Mar 22, 2018

# Life

AL FATIHAH.



Assalamualaikum &Hi readers ❤️️

Lately ni, rasa mood nak blogging tu hilang. I'm not sure why and don't ask me why. 
Sabtu lepas, ika baru kehilangan nenek ika belah Penang. Ika still lagi rasa mcm arwah masih ada. Last ika jumpa arwah, raya tahun lepas. Lama dah. Tak dapat jumpa lagi untuk tahun ni. Terkejut dapat call dari Paklong. Dia cakap tok dah lain. Ada baiknya balik. 

So, abah pecut balik. It takes us almost 2 hours to arrived. Tok dah tak bercakap and bergantung sepenuhnya dengan bantuan oksigen. Apa pun, kami sekeluarga dan sedara mara yang lain redha dengan permergian arwah. Kami semua yakin, di sana adalah sebaik baik tempat buat arwah. Al Fatihah. 

Thankyou for being such a good good good grandmother to us Tok. Rumah tok dah tak sama lagi mcm sebelum ni. Orang tua tua kata, hilang seri "ibu rumah". Iya, hilang seri dan suasana meriah. Rindu tok punya sambal tauhu, nasi goreng cili kering, kari pekat piaw, dan roti sorai. Em. 





ADAB MENZIARAHI ORANG MENINGGAL DUNIA. 

Ika selalu tertanya tanya, apa sebenarnya adab buat kita yang masih hidup ni ketika ziarah. Ini apa yang ika ingat dan tahu. Yang lain, hangpa boleh google sendiri nah. 


1. Sunat untuk menyebut Inallilahwainailahirajiun apabila menerima berita kematian seseorang muslim. 

2. Sunat bagi orang yang menziarahi kematian untuk membacakan Yasin. 

3. Beri pertolongan dari segi wang ringgit & makanan kepada keluarga si mati. Sedikit sebanyak dapat membantu menghilangkan beban mereka. Lagi lagi buat mereka yang tidak berkemampuan. 

4.TIDAK MENCERITAKAN AIB SI MATI. Please jangan bawak sifat makcik pakcik bawang sampai ke rumah si mati. Bawak bawak la insaf dan berdiam diri. Ziarah orang yang meninggal dunia ni sebenarnya sebagai peringatan buat kita yang masih hidup ni bahawa semua yang hidup pasti akan mati dan kembali kepada pencipta. 

5. Segerakan pengurusan jenazah. If ramai adik beradik. Agihkan tugas supaya semua urusan dapat diuruskan dengan cepat dan lancar. 

6. Lahirkan perasaan dukacita kepada keluarga si mati. Sekurang kurangan ucapkan la Takziah. 

Jumpa in next entry ya. 
Hargai la tok atau tokwan hangpa selagi depa masih hidup nah. Kalau depa takdak nanti, confirm rindu. 

10 comments:

  1. Innalillahiwainnailaihirojiun... Al-fatihah buat arwah nenek kak Ika

    ReplyDelete
  2. al fatihah untuk ika sekeluarga. semoga tabah :)

    ReplyDelete
  3. اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن.

    ALFATIHAH

    ﺑِــــــــــﺴْﻢِ ﺍﻟَّﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـﻢ*
    ﺃٌﻟﺤَﻤْﺪُﻟِﻠَّﻪِ ﺭَﺏِ ﺍٌﻟْﻌَﻠَﻤِﻴﻦَ *
    ﺍٌﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍٌﻟﺮَّﺣِﻴْﻢِ *
    ﻣَﻠِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﺍٌﻟﺪِّﻳْﻦِ *
    ﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﻮْﺩُ ﻭَﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴْﻦُ *
    ﺇٌﻫْﺪِﻧَﺎ ﺍﻟﺼِّﺮَﻁَ ﺍٌﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴْﻢُ*
    ﺻِﺮَﻁَ ﺍٌﻟَّﺬِﻳْﻦَ ﺃَﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِّﻢْ*
    ﻏَﻴْﺮِﺍٌﻟْﻤَﻐْﺾُﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢ*
    ْ ﻭَﻻَ ﺍٌﻟﻀَّﺂﻟِّﻴﻦَ*
    ﺁﻣِـــــــــﻴﻦ*

    Salam Takziah...

    ReplyDelete
  4. انّا للہ و انّا الیہ راجعون al fatihah

    ReplyDelete
  5. Ma shaa Allah sedihnya..innalillah..semoga arwah di tempatkan di kalangan orang beriman..aamiin

    ReplyDelete
  6. Takziah Ika.. Semoga arwah ditempatkan bersama mereka yang beriman.. Aamiin..

    ReplyDelete
  7. Takziah untuk Ika sekeluarga. Al Fatihah.

    ReplyDelete
  8. Kehilangan yang berat tu bila seri rumah dah hilang. Takziah untuk ika sekeluarga

    ReplyDelete