Mar 3, 2018

# Personal

Best ke beli di Carousell ?




Assalamualaikum &Hi readers ❤️️
Sebenarnya masa tengok website Carousell ni, ika sebenarnya tengah mencari rak buku secondhand. Tapi alih alih, terjumpa tudung bawal. Ika memang peminat tegar tudung bawal. Kalau shawl tu dah mcm jarang sangat pakai. I found this one seller yang 
jual bawal dia dengan harga murah. Actually, dia cam just suruh bayar postage sahaja. 
Tengok condition bawal dalam gambar dia pun nampak ok. 
So, ika decide untuk try beli. 



This is my personal picture. And not seller picture.

Kalau kita suka barang yang ada dalam website Carousell, kita cuma perlu dm seller mcm biasa. And deal dengan seller tu pasal condition barang, harga & postage. Alhamdulillah, first time membeli. Seller yang namanya Aniss ni sangat la baik dan senang nak berurusan dengan dia. 


Dekat Carousell ni ada a lot of stuff yang kalau nak disenaraikan satu satu tu taktahu la berapa lama nak habis. Bagi ika, barang barang preloved yang masih elok ni tak salah pun untuk kita beli. As long as, kita sendiri puas hati dengan barang tersebut. 

Macam ika, ika tengok dan pikir jugak nak membeli barang yang ada. And bagi ika, tahap kejujuran seller memang sangat diperlukan bila dia jual barang. 

Sometimes, barang yang dia jual tu ada sedikit kotor, calar, atau terkopek ke apa ke. Dia kena jujur bagitahu and tunjuk gambar. Bila tunjuk tu dah kira okay sangat. Lepastu, terpulang dekat buyer tu sendiri. Please jadi la seller yang jujur ya ✌️
Carousell memang satu platform jual brg preloved yang paling femes. So, you guys need to check out. Mana tau ada benda yang selama ni dicari, terjumpa dalam ni. 






Oh lupa, korang bukan saja boleh membeli, Tapi turut serta menjual barang dalam website ni. Jual la apa sahaja. Just sign up. Dan boleh download apps Carousell ke dalam phone untuk sesiapa yang lebih spent time masa dengan phone dari laptop hee. 

Website: Carousell
FB: Carousell MY 
Twitter: @thecarousell

Mood: Masih mencari rak buku secondhand 🙊

11 comments:

  1. Wahh bestnya. Cikyan pon peminat tudung bawal jugak. Xpenah lg laaa try kat carousel ni. Nanti boleh la cikyan pi usya kat sne. Mana la tau kot2 ada yg cikyan bkenan ke kan. Bestnya. Thanks ika for sharing !

    ReplyDelete
  2. suka tengok barang dekat carousell sebab kebanyakkan nya murah dan boleh dipakai lagi

    ReplyDelete
  3. Hana tak pernah terjebak dengan Carousell lagi sebelum ni ^^ thanks for sharing tau!! :3

    ReplyDelete
  4. dulu pernah beli dan pernah jual juga sekali dekat carousell, tapi sekarang dah tak aktif dah, hehe

    ReplyDelete
  5. tak pernah beli lagi dekat carousell. takut scam je banyak. nanti boleh cuba ni

    ReplyDelete
  6. Pernah try untuk jual.. Menariklah juga..

    ReplyDelete
  7. dah download apps ni lama dah tapi tak pernah lagi beli sebab tak jumpa yang berkenan di hati

    ReplyDelete
  8. Siqah tak pernah beli di carousel. Jual di Carousel pernah. Jual preloved tudung.

    ReplyDelete
  9. Ada kawan yang kena tipu masa beli dalam Carousel Januari tahun ni, nasib dia terkena dengan orang yang salah. Tapi saya prefer Shopee..huhu

    ReplyDelete