Apr 10, 2018

# Life

Accident x April 2018. 🤷


Assalamualaikum &Hi readers ❤️️
Lama abaikan blog. Baru harini ada mood nak buat entry. Jumaat minggu lepas, malang tak berbau. Sebab, ika dgn Encik FA eksiden. Lagi 15 min nak sampai destinasi. Tereksiden. Allah. Sekelip mata je benda jadi. Betul orang kata, benda kalau nak jadi. Jadi juga. 

Sepatutnya, kami nak pi majlis akad nikah orang. Alih alih, bila jadi macam ni. Persinggahan kiteorang dekat balai polis la jawabnya. 


Punca eksiden sebab masa tengah elok drive. Tiba tiba ada kereta Viva hitam menyelit mengejut depan kereta kiteorang. Dengan tak kasi signal. Menyelit betul betul depan kereta. Terkejut. So, nak elak dari hentam Viva yang pandai lagi bijaksana tu. Elak punya elak. Elak devider semua. Kereta terpusing ke tengah jalan. Dan terhentam Exora. 
Nasib tak baik sebab terhentam kereta orang. Gara gara nak elak Viva ni. Yang tak sangkanya, Viva tu nyelit nyelit dan blah mcm tu je. Tak berhenti. Blah camtu yang sakit hati sangat. Agaknya dia takut tengok dua kereta dah eksiden teruk. 

Tak guna ambik no plat Viva tu sebab end up, takleh nak dakwa dia sebab dia takda involve dengan kemalangan. Dia penyebab je. Lagi la sakit hati. 🤷


Alhamdulillah,kami dua just fine Cuma terkejut. Serius kalau tengok kereta, orang ingat kami dua dah cedera teruk dah. Tapi Alhamdulillah sangat sangat. Allah panjangkan lagi umur kami dua.  And sebab orang lain, kami kena. Kereta remuk teruk sikit bahagian depan. Bumper habis tanggal dekat tengah jalan. Lampu pecah kanan kiri, kemek sana sini. 
Itu la, WALAUPUN KITA HATI HATI, TAPI KALAU ORANG LAIN TAK HATI HATI. TETAP KENA TEMPIASNYA. 🤦‍♀️

Take time nak fix my second baby. InsyaAllah. Nanti okay. Cuma ambik masa sikit je nak repair. Bersyukur sangat sebab Allah lindungi kami dua. Dah memadai. Kereta boleh repair. Duit boleh cari. Tapi nyawa? Allah. 

Untuk pemandu Viva tu. Orang macam hang la buat nyusah orang lain. Kalau hang hati hati, mesti tak jadi macam ni. Hang memang selfish. Tak kisah la hang nak pi mana pun. Semua org pun nak cepat. Tapi hang memang tak reti nak kasi signal ka? Bawak pelan pelan. Orang mcm hang ni patut kena gantung ja lesen tu. Cuai. Dan of course biadap. Sekian. 💆

12 comments:

  1. Hana tak boleh brain lah dengn pesalah yg tak bertanggungjawab ni!! :'( geramm!!!
    .
    May everything goes well kak Ika!! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Kenot brain at all. Menyusahkan orang. Lain la kalau depa langgaq, depa huluq duit. Ni dak. Haih. Thankyou Hana :)

      Delete
  2. Ya Allah, zumal ni kerana accident la buat jadi trauma drive sorang-sorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang tu cmtu la kan encik zumal. Org lain punya hal, kita pulak tak psl psl kena tempias trauma huu.

      Delete
  3. Masya Allah.

    bertabah la.

    Nasib baik tak ade apa-apa.

    mungkin pemandu Viva tu..

    baru bawa kereta.

    orang lain jadi mangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih encik Hanafi. InsyAllah. Mungkinla. Kita bersangka baik je la dia budak baru bawak kereta. Tapi dari cara dia bawak, i dun think so. Sebab dia bawak sangat laju dan agak cekap. Sebab main cilok cilok.

      Delete
  4. ngee ni yg tak suka..kita dok hati2..ada org lain pulak yg menyusahkan kita..

    ReplyDelete
  5. Memang betul ika.. Kita selalu hati-hati memandu tapi disebabkan pemandu lain yang cuai, kita jadi mangsa.. Alhamdulillah Ika okay..

    ReplyDelete
  6. allahu kesiannya ika! Nasib baik tak cedera parah. Salah satu sebab tak suka drive, sebab manusia macam si viva ni lah. Take care ye ika

    ReplyDelete
  7. subhanallahh. seram juga tengok kereta tu sebab quite teruk. Alhamdulillah takde apa apa yang berlaku kat ika & Encik FA.

    ReplyDelete
  8. Allahu Akbar, kesian awak Ika, tapi Alhamdulillah, syukurlah awak dan Encik FA selamat... =)

    ReplyDelete