May 17, 2018

# Books

BOOK REVIEW - JIBRAEL: YOU'RE MINE


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Lama tak buat book review. Kalini ika pilih untuk baca novel romantik. 
Menjerit tadi bila singgah rumah sedara ternampak buku ni ada dekat atas meja. Terus mintak izin nak pinjam. Ika memang setiap hari nampak novel ni dekat timeline facebook. Since dia punya hashtag #ProjectBadBoy2017. For sure, novel ni punya character mesti badboy. Hee. Lama tak baca novel cinta. So, untuk tahun ni. Ni novel cinta yang pertama ika baca. 

"YOU ARE MINE AND ONLY MINE. ALL RIGHTS RESERVED"
Baca sebaris ayat ni pun dah rasa cair meleleh leleh. Haha. 



REVIEW

Ku Jibrael ni memang bad boy sangat. Sepanjang ika baca novel ni. Geram dia lain macam. Ika rasa penulis berjaya mengolah watak Jibrael dengan baik. Sebab kalau watak tu tak berjaya diolah mesti watak tu akan rasa macam biasa biasa je buat pembaca. 
Ika sebagai pembaca tak tahan dengan perangai Jibrael. Mencik! Ika kerap keluarkan perkataan "Eeii jahat ah dia ni" "Tak baik ah dia ni" "Apa ni dia ni" "Ish". 
Dah dapat bini macam Dara tu hargai la. Ikutkan sangat perasaan. Dah la suka cakap benda menyakitkan hati. Ada ke orang macam ni in real life? Serious menyakitkan hati. 
Kalau perangai camni ada in real life, mau kena cepuk!

Sebab sorang perempuan lain, isteri sendiri jadi mangsa kebencian. Hm


Bagi ika personally, kalau korang yang dah selalu baca novel cinta. Bila baca novel ni akan ada a few part dalam novel ni yang boleh dikatakan "typical". Tak. Ika tidak sama sekali mengkritik karya penulis. Sebab,org yang suka baca novel cinta boleh menerima apa saja karya cinta yang dihidangkan. Tak ada salahnya. 

Tapi rasa macam ada sesuatu yang kurang. Mungkin sebab Rael ni tunjuk manisnya dia bila hujung cerita. Bila dah ada anak. Sebelum tu, asyik menyakitkan hati Dara je. Kalau ada banyak scene manis diantara Rael dan Dara could be so good. 

Isteri Ku Jibrael ni punya innocent sampaikan terima apa saja yang suami dia buat dekat dia. Sampai pukul kot! Ish. Tahu la. Ku Jibrael tu emosi dendam sebab kisah silam. Tapi takkan la sampai macam tu gayanya. Cekal. Kuat Semangat. Taat. Dara memang perempuan yang tabah. Pembaca yang tak tabah. Haha Emo betul. Kalau ika dekat tempat Dara. Tak boleh tahan rasanya. 

RATE: ⭐️⭐️⭐️
Ika dah baca Jibrael: You're Mine. Nak mencari lagi dua pulak. 
Qidran: One Night Stand dengan Rafael: Isteri Satu Malam. 

See you gais in my next entry. InsyaAllah. 

11 comments:

  1. Selalu je nampak novel nie lalu lalang dekat timeline, dululah.. kikiki..

    ReplyDelete
  2. cantiklah cover dia! macam menarik je novel ni

    ReplyDelete
  3. pernah tengok dekat fb suci hidayat tp belum pernah baca. suka dgn ayat ika... orang yg suka baca novel boleh menerima apa sj karya. setuju!

    ReplyDelete
  4. First time tau pasal novel ni.. Maybe sebab my timeline bebudak yang dah tak baca novel.. huhu..
    Anyways, jemput join my GA.. :D
    http://www.razanahanis.com/2018/05/mystery-giveaway-by-flavnesz.html

    ReplyDelete
  5. Dah lama dah tak baca novel.. wah.. tajuk2 menggunakan nama malaikat ea?

    ReplyDelete
  6. wah sangat bad bad boy. lepas baca review ika rasa nak terus cari je novel ni..hahaha

    ReplyDelete
  7. Menariklah jalan citer novel nie, rasa macam nak cari aje novel nie dalam minggu nie..

    ReplyDelete
  8. dah lama x baca novel2 ni. xde masa bzi sngt ngn study. rindu zaman2 baca novel

    ReplyDelete
  9. betul2 emosi tu. Kadang dalam cerita watak yang tabah tapi pembaca dah geram serupa nak tumbuk dah :P

    ReplyDelete