Nov 27, 2019

MOVIE REVIEW- LUPT 2018


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Sepanjang bercuti dari blogging ni. Ika banyak jugak layan movie. Tak kira la movie apa sekalipun. Kalau ika terlebih rajin, Insha'Allah ika akan update satu persatu movie review ni, tapi jangan la korang expect untuk ika update review secara professional. It just my personal opinion. 

Antara banyak-banyak movie di Netflix. Ika pilih untuk review yang ini dulu sebab movie ni terlintas dalam kepala. Of course, memang tak boleh tgk ada cerita hindustan baru dekat Netflix, mesti kelam kabut nak melayan. By the way, siapa ada Netflix. Boleh tengok movie Lupt ni dekat sana. Selain dari tu, maybe korang boleh cari di website. Ada je website yang ada subtitle. 



 SYNOPSIS
Harsh Tandon, a workholic, decides to go on a vacation with his family when he suffers from insomnia. However, their car breaks down in the middle of a forest and they come across a suspicious man who offer help. 

YEAR: 2018
DURATION: 1h 50 min
CAST: JAVED JAFFREY, MEENAKSHI DIXIT, VIJAY RAAZ, NIKI ANEJA WALIA, RISHINA KANDHARI. 
TAGLINE: Every Family Has A Story




LUPT bermaksud missing/lost. 

Okay, first of all ika hanya familiar 2 muka dalam movie ni iaitu Javed & Vijay. Mungkin yang lain pelakon baru. Apa yang ika perasan. Kalau movie bergenre seram, selalunya dieorang akan ambil Bipasha Basu untuk berlakon. I'm not sure why tapi mmg BB sinonim la dengan cerita seram. Tapi, bila adanya peredaran masa maka banyak la muka baru. But it's okay. Benda tak jadi masalah pun kan haha. 

So, macam yang korang tgk dekat trailer. Cerita Lupt ni bergenre seram dan kekeluargaan. Bagi ika, satu percubaan yang baik. Bukanlah yang terbaik untuk movie seram tapi masih boleh dikatakan enjoyable. Storyline yang simple dan very straight forward. Ika boleh predict dgn ending movie ni, so ika rasa eventho ramai yang kata ada plot twist. Ika rasa plot twist dia kurang umphh. Ika ada baca review yang lain, dieorang kata ini merupakan movie yang underated and low budget. If yes low budget, ika akan kasi credit untuk movie ni sebab walaupun dalam low budget mampu hasilkan satu movie yang bukan dalam kategori yang membosankan dan nampak murahan. 

Ika hanya suka few parts saja dalam movie ni which is masa kereta dieorang rosak and ada stroller dekat tengah jalan. Part tu, ika rasa not bad. Good try. Ulang banyak kali pun, part tu jugak ika "terasa". Haha. Dan bukan part tu je, ada lagi. Kalau cerita dalam ni takut terjadi spoiler pulak. So, kena tengok sendiri la kalau mcmtu. 



And ika puji tempat yang dieorang pilih untuk shoot movie LUPT ni. Memang jalan dekat negara India sejenis yang gelap gelita lepastu takda cahaya eh? Haha. Pastu, tiba-tiba ada seketul rumah yang ala ala homestay dekat tengah-tengah alam. Boleh pulak sesat seketul dekat situ. Ish. Dan yang paling tak masuk akal, boleh pulak rasa nak pergi stay dekat rumah tu. Tak kisah la ramai org ke sikit org ke masa tu atau sensorang ke. Lebih rela duduk dalam kereta tau. Haha. 

Apa pun, kalau korang rasa mcm cerita ni nampak cm best. Boleh la cuba pergi tengok dekat Netflix. Kalau nak tengok jugak tapi takut, ajak la member ke adik ke siapa-siapa ke teman korang okay?  


Thankyou. 

Sep 9, 2019

BOOK REVIEW- TOKSIK BY AFIQ ABRUZZI


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Sempena bulan Kemerdekaan, FIXI bermurah hati untuk bagi pembaca 3 ebook untuk dibaca. Of course, ika tak lepaskan peluang memandangkan buku yang dieorang bagi baca tu buku baru baru belaka. Cumanya, ada la tempoh masa untuk pembaca baca iaitu sampai 16 September kalau tak silap. So, kalau korang nak tahu macam mana cara nak dapatkan ebook tu, korang boleh pergi ke blog Kak Kasihku Amani. Kak Sha ada tunjukkan cara nak dapatkannya with picture. 

Antara tiga ebook tu, Toksik by Afiq Abruzzi menjadi pilihan ika sebab ika tertarik dengan sinopsis dan cover bukunya. Ika boleh katakan yang sinopsis dia berjaya menarik perhatian ika sebab ika suka baca buku jenis survival game. And, cover buku FIXI tak pernah la tak relate dgn storyline. Salute org yang buat cover buku FIXI. Ika kasi 300/100. 


Siapa sini suka tengok movie game survival mcm Escape Room?. Okay, walaupun Toksik ala-ala Escape Room, tapi ika puji penulis sebab masih ada originality dan kelainan di dalam karya beliau. Penceritaan yang terperinci. Permulaan cerita yang tak slow dan boring. So, ika laju je bacanya. Hanya disebabkan mereka ni tekan YES untuk email yang mereka dapat. Mereka terjebak la dalam satu permainan. Baca ni je terus turn on mood membaca. 


SINOPSIS

Page: 466 Pages 


Pemilihan sebuah kilang lama sebagai tempat untuk bermain game adalah satu pemilihan yg tepat di mana ika boleh imagine mcm mana kilang tu. Game yang disediakan pun menarik. Bila baca nama game macam ala budak budak sangat namanya. Tapi, disebalik nama tu, bahaya sehingga boleh bawa maut. Kiranya, setiap pemain ada probability untuk berjaya dalam game tersebut at the same time mcm bermain dgn psikologi setiap pemain. Yang baca pun rasa stress haha. 

Watak dalam Toksik pun tak banyak. Tapi yang mengunguli keseluruhan Toksik ini adalah Petra iaitu watak utama. Petra seorang manusia yang sel sel otak dia sentiasa berhubung. Masa game tu berlansung, dia punya itak tu sentiasa fikir pasal game. Padahal takda masa kot nak fikir. Dah la nyawa dihujung tanduk. Kalau saya la. Haha. Bahasa yang digunakan penulis mmg lain dari yang lain. Walaupun skema. Masih boleh diterima otak. Ada terselit term perubatan dan matematik which is probability. 

For me, Toksik bukanlah satu naskah yang teruk atau lansung tak boleh dibaca. Ianya masih ada keistimewaannya. Terpulang kepada setiap pembaca mcm mana nak menilai ending Toksik ni. Sepanjang pembacaan, ika rasa ika enjoy baca. Seolah-olah ika turut sama dalam game tu dgn Petra dan yang lain - lain. Wah gitu. Over sangat. 

RATE
Tahniah penulis untuk buku Toksik. Semoga maju jaya! 

"Nyawa? Kau tengok manusia zaman sekarang ni ada nyawa ke? Melekat dengan telefon pintar 24 jam macam bangkai bernyawa, macam zombi. Jasad yang tak ada jiwa, itulah realiti zaman sekarang" 
TOKSIK//AFIQ ABRUZZI



Jan 15, 2019

MOVIE REVIEW - RATSASAN 2018


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️




Movie review untuk tahun 2019 kalini, ika nak review satu cerita tamil. Ika baru je lepas layan Tamil Movie bertajuk Ratsasan dekat youtube. New update, tapi ika perasan yang account movie yang ika tengok cerita ni dah tak ada. Taktahu la sama ada dah delete atau macam mana. Oh ya, ika terjumpa satu post dkat fb pasal cerita ni. Katanya, ini movie paling best abad ini. Haha maka ika tak ragu ragu untuk tengok cerita ni harini. 


Ratsasan in english means Demon. (Raksasa)
Genre: Thriller/ Drama/ Crime
Year: 2018
Director: Ramkumar
Duration: 2h, 50 min 
Short Synopsis: A rookie cop attemps to track down a serial killer who is murdering young school girls. 

Source: Google




MY SHORT REVIEW 


Honestly, dari start cerita sampai habis. Ika fokus gila tengok. Sebab jalan cerita Ratsasan ni menarik. Permulaan cerita, kita akan nampak watak utama (Arun) struggle sangat nak bagi skrip cerita dia yang bergenre psiko. Bila tengok dia punya kegigihan mengumpul material - bahan bahan untuk skrip dia. Macam wow. Penuh dinding dengan article surat khabar. Malangnya, banyak producer yang tolak skrip dia sampaikan dia terpaksa kerja as a polis atas bantuan abg ipar dia. 

Dalam masa yang sama, kes pembunuhan kejam budak sekolah dalam lingkungan umur 15 tahun pun terjadi. Kira kita mcm tak boleh nak hilang fokus, sebab cerita dia mcm keep on go go go and go. Nak dijadikan cerita, masa Arun start jadi polis. Dia mcm dapat clue pasal jenayah dan misteri pembunuhan bdk bdk ni. Sbb before this kan dia banyak buat research pasal psiko. 

Agak menakutkan cara pembunuhan budak budak ni. Kita pulak tak boleh imagine mcm mana derita dan seksanya budak tu semua. Nampak sangat kejam dan tak perikmanusian. Damn you!

At the same time, ika salute dekat pembunuh. Pembunuh memang pandai plan strategi. Susah gila weh nak cari pembunuh. Tak ada bukti kot. If ada pun, merujuk ke org lain haha. sebab tu, ika awal awal lagi surrender utk teka siapa pembunuh. 


Source: Google


Sebagai penonton, ika sendiri tak boleh nak predict siapa yang bunuh. Sebab tak banyak sgt yg  boleh kita fikirkan siapa pembunuhnya. Kira mcm zero la nak main tuduh tuduh.Taktahu nak komen apa lagi. Ika rasa siapa yang suka tengok cerita psiko mcm ni, akan suka. Nasib baik ada Arun, so that dia gigih mencari pembunuh tu. Pembunuh akan tinggalkan kotak dekat setiap bdk yang dia bunuh. Scary jugak tengok patung yang dalam kotak tu. Kena toreh bagai haih. Taknak cakap banyak. Please tengok okay? Haha. 


RATE: ⭐️⭐️⭐️⭐️

UPDATE: Ika check balik movie yang ika tengok dekat youtube. Tapi dah hilang yang full movie. Nanti ika carikan yang ada subtitle and update :)