Terimakasih buat Cik Honey sebab berikan ebook ini kepada sis. Honestly, saya baca sinopsis sekali imbas saja. Jadinya, saya rasa dengan cara begitu saya tak dapat clear view cerita ini sebenarnya mengenai apa. Tapi dari tajuk, ika asume yang ianya mungkin cerita cinta islamik. Tengok cover ebook ni, ada seorang perempuan yang berpurdah. Ya ya, saya judge cover buku :)
Mengisahkan tentang Aisyah yang ada crush dengan seorang lelaki di sekolahnya. Lelaki yang bernama Umar itu setahun muda darinya. Tetapi, dia terpaksa lupakan Umar kerana baginya mungkin ianya adalah cinta monyet semata mata. Aisyah juga mempunyai seorang kawan baik bernama Raudah. Kemana saja mereka bersama sehinggalah 10 tahun yang datang.
Kejadian ketika di rumah Aisyah tersebut memberi satu pandangan buruk saya kepada Aisyah. Saya cop watak Aisyah sebagai watak yang tidak matang, suka bersikap melulu,lady boss, berlagak dan boleh nampak Aisyah seakan akan memberontak. Sedangkan pada ketika itu, umur Aisyah sudah 26 tahun dan I wonder adakah umur 26 tahun masih tidak cukup matang untuk fikir mana yang baik dan buruk. Yang penting adab itu macam tak ada.
Nak dijadikan cerita, Aisyah bertemu Umar semula. Dan Aisyah juga mula memasang strategi untuk memikat hati Umar. Sanggup berhijab hanya untuk impress Umar. 😅 By the way, watak Raudah senyap seketika ketika Aisyah cuba memikat Umar. Namun, Raudah muncul semula setelah di kemuncak. Menarik sebab dari sini kita dah boleh rasa konflik cerita. Rumit? Iya rumit. Ada solution? Iya pasti ada. Kena dapatkan dan baca okay.
Best part dalam buku ni ialah di mana penulis berjaya membawa satu feeling lain ketika part di Mekah. Untuk orang yang teringin macam saya nak jejakkan kaki ke Mekah. Terasa seolah olah ianya membawa saya ke sana sekali. Dan perasaan di mana kehilangan orang yg tersayang itu juga turut dirasai sama. Sedih.
Dan perubahan setiap watak itu boleh dipuji. Dari jahat ke baik dan dari baik ke pentingkan diri sendiri. Semuanya kita boleh lihat.
All the best penulis dengan manuskrip yang lain 🌸
Kalau kalian berminat untuk dapatkan ebook Jodoh Di Luh Mahfuz ini boleh beli di ESentral.
Buku klasik pilihan ika kalini bertajuk Hikayat Malim Deman yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku ini ika dapat dari kotak subscription dari Readers Heaven. Kalau RH tak berikan buku ini, kemungkinan besar ika tidak akan baca buku ini. Tetapi, setelah beberapa muka surat ika baca. Ika rasa tertarik dengan buku klasik Melayu ini & rasa macam nak dapatkan kesemua koleksi. Menarik juga kalau boleh dapatkan semua koleksi.
Format: Paperback
Harga: RM 10
Mukasurat: 113 mukasurat
Bab: 14 Bab
Mengisahkan tentang Malim Deman yang mendapat mimpi dari wali untuk berhijrah ke tempat lain untuk mencari jodoh. Bangunnya Malim Deman dar tidurnya, dia terus menyampaikan hasratnya itu kepada kedua orang tuanya. Namun, ibu bapanya merasa risau kerana Malim Deman ini tidak pernah masuk ke dalam hutan. Jadinya, perjalanan Malim Deman untuk berhijrah itu ditemani oleh beberapa orang dan malangnya kesemuanya kecundang, tinggal lah Malim Deman keseorangan meneruskan perjalanan.
Secara peribadi, ika mengaku untuk memahami bahasa puitis di dalam buku ini agak susah kerana setiap kali baca. Ika akan terjumpa beberapa perkataan yang ika tidak faham. Meskipun, kita boleh main agak apa yang ingin disampaikan dengan membaca keseluruhan ayat. Tetapi, ika rasa tidak puas. Jangan risau kerana terdapatnya glosari di bahagian belakang. Jadi, ianya sangat membantu.
Buku ini turut terselit butir bicara secara gurindam, pantun, syair dan lain-lain. Menarik. Kalau difikirkan, bahasa yang klasik macamtu dikekalkan sehingga ke harini, mungkin kita akan terasa lain sama sekali. Kan?.
Semalam masa scroll Twitter, ika ternampak satu tweet berkaitan dengan cerita yang bakal keluar di Netflix bertajuk The Call. Bila tengok pelakon, oh ada Park Shin Hye. Tapi, ika bukanlah suka Park Shin Hye. It just macam okay, lepas tengok dia berlakon dalam Alive. Apa kata tengok yang ini. Mana tahu karakter dia lain ke? dan juga sinopsis cerita ni macam best. Mungkin ika dah lama tak tengok cerita thriller. Jadinya, ika fikir okay tak apa la. Why not cuba tengok since cerita ni pun nampak macam ada kelainan. Tapi, katanya movie ini sama macam cerita The Caller 2017. Nanti boleh layan The Caller pulak.
Ini merupakan short review ya dari Ika sebab ika tak reti sangat la nak review movie dengan baik. Ika cuma nak share apa yang ika dah tengok di Netflix. By the way, cerita ni baru keluar semalam dan ika baru tengok pagi tadi sebab baru berkesempatan. So, here we go. Bismillah.
Sinopsis:
Connected by phone in the same home but 20 years apart. A serial killer puts another woman's past-and life- on the line to change her own fate.
Cast: Park Shin Hye, Jun Jong Seo, Kim Sung Ryung, Lee El, Oh Jung Se, Lee Dong Hwi, Park Ho San
Director: Lee Chung Hyeon
Secara ringkasnya, cerita ini mengisahkan tentang Seo Yeon (Park Shin Hye) yang berpindah ke sebuah rumah yang pada asalnya ingin dibeli oleh ayahnya. Namun, setelah sampai ke destinasi, dia menyedari yang handphone dia tertinggal dia dalam keretapi. Jadi, Seo Yeon mula mengunakan telefon tanpa wayar di rumah tersebut.Akan tetapi, dia mula menerima satu panggilan yang aneh dari seorang perempuan yang bernama Young Sook (Jun Jeong Seo) . Setelah kerap menerima panggilan yang sama, Seo Yeo mula menyiasat.
Dalam siasatannya, dia mendapati bahawa mereka berdua tinggal di rumah yang sama namun hidup dalam dua zon waktu yang berbeza.
I tell you gais. If korang tak fokus untuk tengok cerita ni. Automatik akan lost teruk. Aneh campur pening pening lalat dengan storyline dia. Ika sebenarnya tertarik untuk mengetahui macam mana agaknya mereka berdua saling berhubung. Macam for what reason. Adakah selama ni pun, si Young Sook ni kerap telefon ke rumah tersebut ?. Kalau betul dia kerap telefon, dengan siapa dia berhubung selama ni? Sebab tu kan rumah kosong?.
Tapi, kalau fikir punya fikir mau botak kepala. Jadi, ika tolak tepi dan ika buat konklusi sendiri lepas dah habis tengok cerita ni. Seo Yeon ternyata seorang gadis yang baik hati sebab dia macam boleh dikatakan bantu Young Sook ini untuk keluar dari bahaya. Bahaya yang melibatkan nyawa Young Sook. Namun, dalam masa yang sama. How eh to explain. Disebabkan Seo Yeon ni tahu yang pada kehidupan Young Sook itu, bapanya masih hidup. Dia mula merancang sesuatu untuk mengubah segalanya supaya dia dapat kehidupan berkeluarga macam yang dia nak dan Young Sook juga dapat kehidupan yang dia inginkan. Kira win win la.
Tapi disebabkan, ada perubahan yang berlaku dalam percubaan mereka untuk menukar takdir. Jadi benda lain. Dan perkara tersebut membuatkan keadaan bertambah buruk dan teruk. Kalau nak tahu apa, memang kena tengok la.
Iya ending tidak seperti yang ika harapkan dan inginkan. Dan faham sangat kalau tengok cerita thriller/ horror dari mana mana negara pun. Sama ada lepas tengok kau puas hati atau kau rasa nak baling remote TV dekat lantai haha. Tapi untuk The Call ni ending dia memang bikin hati panas. Dan benda yang boleh dipuji dalam ini mungkin ialah lakonan Young Sook. Cara dia bawa watak ni, ika suka. Jadi, ika anggap dia ialah main lead dalam The Call ni dan Park Shin Hye ialah second lead. Cumanya mereka saling melengkapi la untuk cerita ni. It just kalau tanya siapa lebih menyerlah. Ianya ialah Young Sook.
Awal cerita pun dah ada banyak persoalan dalam kepala. Tambah tengok sampai habis kan? Haha. Jangan expect cerita bergenre macamni logik ya. Siapa yang tak boleh terima cerita yang tak logik, tidak usah la tengok. Kalau sesiapa nak cuba tengok dan layan sendiri. Silakan. Tiada masalah. Mana tahu kena dengan selera kalian. Ini cuma pendapat peribadi ika. Perasaan suspen msteri itu ada. Tapi bercampur baur dengan perasaan lain yang aneh.
Harini, ika nak join segmen simple dari Zati. Dia tengah cari bloglist untuk diletakkan di blog dia selama setahun. Yang penting tiada had dan semuanya akan layak masuk dalam bloglist. Best kan :) So, tunggu apa lagi gais. Support her gais. Meriahkan lagi segmen dia.
Step nya tersangatlah mudah, hanya buat satu entry tentang segmen ni, copy dan paste kan banner diatas dalam entry korang.. lastly, komen link penyertaan korang kat bawah ni ye..
Harini, ika nak share pengalaman membeli barang harag RM 0.11 sen pada 11.11 Sales di Shopee baru-baru ni. Sebenarnya, ika ada follow satu youtuber muda bernama Aina Maisara. Dia selalu sangat update youtube dia dengan barang-barang yang dia selalu shopping kalau ada sales dekat shopee. Lagi tertarik sebab dia dapat beli semua tu dengan harga sen dan free shipping yang semestinya.
Jadinya, ika ni pun curious la. Memang si Aina ni dia ada ajar macam mana nak beli macam dia beli. Tapi entah kenapa bila cuba tak menjadi. Sampailah dia ada up satu video tutorial dekat youtube dia. Memang step by step dia ajar. Akhirnya, ika pun dapat la beli barang-barang random dengan harga 11 sen sahaja. Diulangi ya. 11 sen! Seronok sampai tak sedar add banyak ke cart.
Cumanya, setiap pembelian barang 11 sen ni, hanya 1 barang untuk seorang. Kira kita tak boleh beli banyak la. Dan once kalian dah masukkan dalam cart tu kena terus checkout. Sebab dia ada masa. If kita lambat, harga akan berubah means maybe semua barang yang dioffer dengan harga 11 sen tu dah habis diredeem. Begitulah istilahnya. Yang penting nak memudahkan untuk checkout tu, korang boleh topup Shopee Pay korang. Senang tak payah nak ke online banking.
Barang yang ika beli memang tersangatlah random. Dan percayalah walaupun sekecil-kecil barang yang kita beli, seller tetap akan hantar. Packaging dia memang kecil-kecil je. Tapi, kira okay la sebab rata-rata parcel ika setakat ni semuanya dalam keadaan sangat baik dan siap ada bubble wrap lagi walaupun barang tak seberapa. Dan juga, masa nak tunggu barang sampai pun tak lama. Sekejap juga.
Barang dekat atas lebih banyak getah rambut. Sebab ika kebetulan memang perlukan getah rambut. So, borong je la semua getah yang dieorang offer. Memang berbaloi sangat and barangan lain tu pun memang akan digunakan. Maka, tiada pembaziran dan ika jimat banyak sangat. Total semua barang dalam 50 barang. I'm happy girl in the world sebab berjaya dengan percubaan pembelian pertama ni. Nanti nak dekat 12.12 ika buat sekali lagi entry step by step okay? Atau kalau korang dah clear dengan tuto step by step dari Aina tu. Should be okay :)
Buku seterusnya yang ika nak share ialah novel sejarah islam. Nak dijadikan cerita, kebetulan sangat. Hari yang ika jejakkan kaki ke Chapter One, Star Avenue. Novel Sejarah Islam ini tengah ada sale. Harga memang sangat berpatutan tapi biasalah rasa macam nak ambil semua. Instead of ambil semua, ika rasa why not ambil 2 buah. Terimakasih dekat sepupu sebab belanja satu buku, lagi satu bayar sendiri. Happy tak terkata! Lagi satu buku bertajuk Abu Jahal Yang Jahat kalau tak silap.
Tertarik dengan tajuk. Kisah-kisah Nabi ini memang takkan dilapuk dek zaman. Selalu seronok untuk dibaca walaupun kita dah tahu ceritanya dan selalu baca. Kan?
Tajuk: Nabi Musa A.S VS Firaun Yang Zalim
Penulis: Abdul Latip Talib
Publisher: Latip dan Keluarga Enterprise
Bab: 16 Bab
Harga: RM 19
Walaupun dah baca banyak buku yang menceritakan mengenai Nabi Musa AS. Namun, buku ini mendapat tempat di hati kerana menceritakan bagaimana kehidupan sebelum kelahiran Nabi Musa sehingga la Nabi Musa A.S dilahirkan sehinggalah Nabi Musa A.S mendapat wahyu dan peristiwa-peristiwa menarik. Kekejaman Firaun memang tiada tandingan. Angkuh, ego, takbur dan banyak lagi yang negatif ada dalam diri Firaun.
Banyak juga isi yang menari dalam buku ini yang baru dapat tahu antaranya ialah:-
•AllahS.W.Tpelihara kehormatan isteri muda Firaun, Asiyah dengan menjadikan iblis sebagai ganti bila Firaun ingin bersama isterinya.
•Firaun memisahkan suami isteri kaum Bani Israel sebab Firaun takut akan terjadinya kelahiran bayi lelaki iaitu Nabi Musa. Namun, Firaun tidak mampu menghalang sesuatu yang sudah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
•Rupanya, Firaun sempat percaya akan wujudnya Allah S.W.T. Tapi Allah S.W.T tak terima.
•Ketua Ahli Sihir & Ahli Ahli Sihir masuk Islam selepas melihat kebesaran Nabi Musa A.S (tongkat bertukar menjadi ular)
•Bab 9 : Bala Menimpa Mesir sangat best. Firaun yang berjanji akan beriman ingkar selepas Nabi Musa berdoa kepada Allah S.W.T untuk menghilangkan segala musibah yang melanda.
Novel Sejarah Islam yang menarik untuk dibaca oleh semua peringkat umur, baik muda atau tua. Kalau sesiapa yang sukakan bacaan sejarah Islam yang mudah untuk difahami ayatnya dan penceritaan yang jelas. Boleh beli buku ini. Nipis tapi padat isinya. Nabi Musa A.S juga menghadapi kesukaran dalam dakwah yang ingin disampaikan. Akan tetapi, berkat kesabaran Nabi Musa A.S, ramai golongan Bani Israel yang bersama sama dengannya dan percaya akan wujudnya Allah SWT. Bukan senang ya.
Suka dengan penceritaan yang ringkas namun memberi kesan yang mendalam dalam diri. ❤️ Rekomen buat semua pembaca yang sukakan bacaan ringkas.
Harini, ika nak share sesuatu yang menarik buat kalian semua. Especially bagi mereka yang aktif bersukan dan pentingkan penjagaan kesihatan. Ini merupakan entry mixed language. Maaf di atas percampuran bahasa.
Apa itu Oxwhite?
Oxwhite adalah jenama gaya hidup e-dagang yang beroperasi dengan model perniagaan terus kepada pelanggan, memberikan akses alternatif jenama mewah yang menekankan kualiti premium pada harga yang berpatutan.
Oxwhite dilancarkan di Malaysia pada 2018 dengan hanya satu produk iaitu kemeja T asas putih. Bermula dari situ, jenama ini telah berkembang dan menawarkan pelbagai jenis produk khusus untuk keperluan harian penduduk Asia yang moden; dari pakaian kerja hingga kasual, dan untuk yang suka mengembara sehinggalah ke keperluan rumah dan kehidupan.
Sebagai satu jenama, Oxwhite bertujuan untuk terus menambah baik penawaran barangan untuk menjadi e-dagang pilihan penduduk Asia yang mahu tampil bergaya dan selesa dengan harga yang berpatutan.
OXWHITE LAUNCHES X PERFORMANCE COLLECTION
OXWHITE LAUNCHES X PERFORMANCE COLLECTION
Bundle deals and free workout tips for Malaysians to unleash their potentials in the comfort of their own homes in style
24 Nov 2020, KUALA LUMPUR: Unable to hit the gym due to the on-going Conditional Movement Control Order (CMCO)? No problem!
Oxwhite collaborated with Anytime Fitness Eco Sky to put together an easy to follow 30-minute high intensity exercise routine video for Malaysians to stay safe and healthy at home.
The video was released in conjunction with the launch of Oxwhite X Performance Collection which consist of moisture absorbing, sweat wicking and cool fit activewear -- training tees, training shorts, sports bra launched today.
With the launch, Oxwhite is offering a limited-offer bundle deal exclusively for the first 2,000 customers.
With the bundle deal, Oxwhite customers are able to purchase Oxwhite X Performance range in sets of two at a price point that starts at RM98 and get an Oxwhite Breatheasy face mask worth RM19.90 free!
So, tunggu apa lagi gais. Jom singgah ke website Oxwhite dan enjoy shopping. Korang mesti suka dengan barang yang ada dalam website mereka. Ika dah cuci mata dah tadi dan aim nak beli beberapa barang.
Musim PKP ni, masa memang banyak sangat di rumah. Jadinya, kalau suka-suka nak ke tempat kesukaan macam kedai buku tu semata-mata untuk beli buku rasa macam tak patut sebab kita patuh sajalah arahan dari kerajaan. Lain kali, boleh pergi kedai buku. So, ika ambil keputusan untuk beli buku secara online atau beli ebook sajalah. Lagi senang. Sebab ika sendiri pun takda la memilih soal format buku.
Tengah scroll shopee, ika terjumpa buku baru rasanya keluaran siri puaka. Memang ika kumpul buku-buku siri puaka ni. Wah. Tajuk kalini memang kena sangat ya dengan situasi. Mood tu terus on nak dapatkan buku ni and baca. Terus ke ESentral dan beli. Review kalini mengenai Siri Puaka PKP dari Khairul Nizam Khairani.
Penulis: Khairul Nizam Khairani
Format: Ebook
Harga Ebook : RM 8
"AKIBAT TIDAK MEMATUHI SOP"
Mengisahkan tentang kejadian misteri yang berlaku di Kuarters Kerjaaan Sri Bukit sepanjang tempoh PKPD. Penduduk kuarters tersebut bukan sahaja positif Covid disebabkan sebuah majlis perkahwinan yang berlansung diatas sikap tidak bertanggungjawab salah seorang dari penduduk di situ. Malahan, berlaku juga kes kehilangan yang misteri. Kehilangan penduduk kuarters tersebut menimbulkan pelbagai tanda tanya dan pihak polis bingung dengan kes tersebut.
Watak Akif, seorang remaja lelaki dalam Puaka PKP ini mengungguli keseluruhan cerita di dalam ini. Akif lebih menonjol dan wataknya boleh dikatakan sebagai watak yang degil dan tak reti duduk diam. Arahan untuk duduk di rumah seperti tidak diendahkannya dan dia tetap keluar secara sembunyi-sembunyi untuk bertemu dgn rakan-rakannya dan ketika kes misteri itu berlaku, Akif paling curious dan dialah yang paling berani antara mereka semua di kuarters tersebut. Tidak gentar dengan polis yang berjaga di situ. Bilamana penulis ada selit mengenai drone. Teringat cerita zombie Korea, Alive! Watak kedua-duanya ada gunakan drone untuk melihat kawasan sekeliling. Sama tapi tidak serupa.
Dia merasakan bahawa hutan di belakang kaurters itu mungkin juga menyimpan sesuatu dan Akif juga ada melihat sesuatu yang pelik di sekitar kuarters tersebut! Makhluk itukah punca nya? Kepala babi tunggal? Hantu kah?
Sila dapatkan dan baca okay?
Sumber: Facebook Penerbit X
Storyline simple dan paling menarik ada plot twist yang tak expect pun. At the end of the story, ika sendiri macam berfikir fikir dalam kepala dengan ending dia. Sebab tak sangka. Di pertengahan cerita, ika ada predict mengenai sesuatu berkaitan dengan watak tambahan. Ternyata salah sama sekali ya. Normally ika agak kurang la dengan jalan cerita beberapa buah buku dari Siri Puaka. Tapi yang ini masih boleh diberikan kredit buat penulis. Penulis berjaya membawa situasi Covid 19 ini yang terjadi sekarang di seluruh negara sebagai isu utama dalam ceritanya dan ianya memang terasa dekat masa baca. Goodjob!
Secara peribadi, ika rasa walaupun ianya adalah cerita fiksyen semata-mata namun sedikit sebanyak dapat memberi iktibar. Jangan jadi manusia yang terlalu pentingkan diri sendiri dalam keadaan musim Covid yang tengah melanda sekarang ini. Kita kena jaga kita! Semuanya memerlukan kerjasama antara satu sama lain. Kalau kita saja jaga diri, orang lain tak jaga. Pun tak akan menjadi juga. Betul kan?
Harini, ika nak review satu ebook baru dari FIXI iaitu Penjara. Jujurnya, ika dalam fasa reading slump. Jadi, buku tebal ke nipis ke tidak dapat dibaca. Mood tu lari. Bulan ni hanya dapat baca 2-3 buah saja. Tapi, sebab ika tersangatlah tertarik dengan sinopsis Penjara ni. Ika rasa tak salah untuk baca supaya mood tu kembali semula. Biarlah lambat asalkan habis baca haha.
Buat masa sekarang, Penjara berformat ebook dan tak pasti sama ada FIXI akan keluarkan physical book dalam masa terdekat. And by the way, turut sama seiring keluar dengan Penjara ialah ebook Angker dan Ular. Ketiga-tiganya boleh dapatkan di Google Play Store atau Kaki Buku.
Penulis: Muhammad Fareed
MukaSurat: 435 mukasurat
Publisher: FIXI
Format: Ebook
Genre: Thriller
SATU KESALAHAN: ENGGAN BERKAHWIN SEBAIK MENCECAH USIA 21 TAHUN!
Permulaan cerita Penjara ini. Seolah olah, kita turut sama dalam cerita. Bayangkan, kau masih muda dan taknak berkahwin dan taknak sangkut dengan apa apa komitmen. Tapi ditangkap sebab itu. Tidak berkahwin. Dan dihumban ke dalam Penjara Manusia Sepi yang dikelilingi oleh jerung gergasi. Lepastu, keadaan dalam penjara tu penuh dengan peraturan yang aneh. Itu la yang terjadi dekat Sufian. Sufian rasa hak berkahwin tu, adalah hak manusia. Tak perlu orang lain masuk campur terutamanya kerajaan la.
Ketika Sufian ditangkap, ada beberapa lagi orang yang mengalami nasib yang sama seperti Megat, Paul, Anggerik & Joanna. So untuk dijadikan cerita, dalam tu semuanya akan bekerja la. Di bahagian masing-masing. So, semuanya akan berpasangan untuk buat kerja tersebut. Sufian bergandingan dengan salah seorang dari yang ditangkap dengan dia. And dekat sana, mereka diberi peluang untuk cari pasangan dan berkahwin. Tapi, mereka akan hidup di rumah agam. Kalau okay dalam fasa perkahwinan tersebut mereka akan dibebaskan. Agak agak macam mana kehidupan Sufian? Dia akan dapat cari pasangan dan bebas tak? Atau Sufian dan tahanan semua ada rancangan lain?. Mmapukah mereka bertahan?
Undang-undang yang aneh?
Kegilaan yang memang gila.
Latar tempat ala ala movie Hollywood.
Perasaan yang bercelaru
Survival
Permulaan cerita memang membuatkan saya berdesup baca sebab seronok. Suka dengan idea dan konsep penulis yang membawa kita menjelajahi pengalaman berada di Penjara Manusia Sepi. Boleh imagine la sebab ada cerita juga keadaan di sana bagaimana. Nak expect apa dalam Penjara. Mestilah suasananya sama. Gelap kotor dan sunyi. Akan tetapi, sampailah dekat 300++ mukasurat. Rasa macam 'perlahan' sedikit. Ketika part di hutan. Mungkin sebab diri sendiri tak sabar nak tahu apa sebenarnya yang akan berlaku dekat dieorang semua. Hm ada sedikit part 18sx yang masih boleh dikawal. Saya sebenarnya taktahu nak cakap macam mana tapi ending dia saya hanya mampu berhuhu di dalam kepala otak je.
Sebelum ending yang huhu tu, saya suka juga dengan ending yang akhirnya menyelesaikan segala persoalan di permulaan cerita. Ending yang mengembirakan untuk manusia manusia di Penjara Manusia Sepi. Kira ada dua ending la. #ikareviewbuku
Kepada sesiapa yang sukakan cerita thriller aksi dan misteri boleh dapatkan Penjara. Ebook ini dijual dengan harga RM 8 lebih. Dan kalau ditanya, apa pendapat keseluruhan setelah baca ebook ini. Hanya satu yang boleh diulas. Luar kotak yang bikin hati geram. Ternyata cerita fiksyen sekadar fiksyen dan kalau ada pengajaran yang boleh diambil. Ambillah dengan sebaiknya. Yang buruk-buruk tolak tepi dan hiraukan. Okay? Arraso?
Ebook kalini memang tak plan nak baca dalam masa terdekat tapi sebab bila belek tengok macam boleh habiskan dalam masa sekejap. Ika decide untuk terus baca. Memang ebook ni sangat santai untuk dibaca. Kebetulan, memang ika tengah mengalami simptom reading slump and tiada mood untuk update blog. Mungkin bacaan nipis macam ni okay untuk ika.
Penulis: Cici Aida
Format: Ebook
Harga: RM 10 - Ebook
Ebook yang mempunyai 45 mukasurat ini mengisahkan tentang Nurin Syakila & Naqil Farid Qayum. Kehidupan mereka suami isteri ternyata dalam fasa yang tidak baik setelah beberapa tahun mendirikan rumahtangga. Sya mula perasan akan perubahan suaminya apabila banyak hal rumahtangga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suaminya, dilepaskan kepadanya 100%.
Akan tetapi, ternyata seorang gadis bernama Sya ini masih mampu berlembut dan sabar dengan suaminya serta bersangka baik walaupun kalau difikirkan secara logiknya. Suaminya itu memang membawa masalah kepada dia. Suami dia lebih pentingkan diri sendiri dari isteri dan anak. Kebajikan anak jatuh no berapa entah, kebajikan dia no 1. Blergh.
Namun, kejadian yang tidak pernah disangkanya terjadi depan mata Sya. Kecewa dengan suami yang disayanginya. Tapi, dia kena terima yang semua ini benar benar terjadi. Nak tahu apa yang jadi? Kena baca la ebook HMS. Plaster siap mulut takut termaki watak yang jahat jahat dalam ni haha.
Jalan cerita ringkas dan konflik yang ada dapat diselesaikan dengan baik. Puas hati dengan endingnya. Secara peribadi, ika memang suka sangat dengan watak Nurin Syakila dalam ebook ini. Siapa kata bila terjadinya perkara yang melukakan hati boleh buatkan kita jadi lemah dan terduduk?. Sya buktikan yang dia mampu berdiri dan teruskan kehidupannya dengan lebih baik dari sebelumnya. ❤️ Positif sangat vibes yang watak Sya ini berikan! Untuk watak Farid, meh sis nak gelak kat depan muka engkau! Geram aku. Haha okay puas emosi. Kbye.
Kalau kalian berminat untuk dapatkan ebook ini boleh direct contact penulis ya.
Sebenarnya, ika suka follow account penulis di media social mereka. Sebab dari situ, kita boleh dapat perkembangan semasa mereka. Buku-buku yang bakal diterbitkan dan sebagainya. At the same time, mereka rajin juga buat contest. Ika sebenarnya masuk contest pun sekadar suka-suka. Just fullfill apa yang penulis nak untuk contest tersebut. Last month, ika masuk contest anjuran @tiey_anam. Penulis novel Patahnya Sayap Icarus & Sesungguhnya Itu Kamu.
To be honest, ika baru je add penulis sebab ada baca review yang baik mengenai buku beliau. Berbalik ceritanya, contest tu nak sepucuk surat yang ditulis bertemakan perkara/nasihat/teguran/peristiwa/kata-kata yang anda mahu kongsikan kepada diri sendiri pada masa akan datang. Jadinya, ika rasa ini peluang terbaik untuk ika menulis sesuatu walaupun secara ringkas.
Alhamdulillah. Rezeki bulan November ni. Penulis dm semalam cakap ika antara yang dapat hadiah utama. Happy and serious tak sangka. So, dia kata dia pilih surat ika yang Pakcik KK Mart tu. Ika hantar 2 penyertaan sebenarnya. Dua dua surat pun, peringatan untuk diri sendiri. Tapi, surat untuk Pakcik KK Mart tu memang kisah benar dan ika sampai sekarang pun masih teringat-ingat peristiwa tersebut.
Novel Patahnya Sayap Icarus
Sign Author
Sktech Book
Highlighter
Brooch
Bag
Terimakasih sekali lagi buat penulis untuk hadiah-hadiah ini. Yang kelakarnya, penulis memang ada cakap nak sign dekat buku. Tapi bila sampai pembalut buku elok je tak terusik. So, ika anggap yang penulis lupa la nak bagi sign dia. Tapi terasa nak belek buku. Terpaksa la ika buka plastik walaupun tak baca lagi. Memang sah ada sign dalam tu. Serius tak sangka. Haha. Baru nak feeling sedih.
Malaysians’ favourite bubble tea chain Gong Cha is taking it up a notch with another of its exclusive creations, in partnership with Shopee. This month, be prepared to be knocked off your feet when you try the chocolate-themed Gong Cha 11.11 Big Drink series. This range is in celebration of Shopee’s 11.11 Big Sale that is taking place from now to 11 November.
Check out the Earl Grey Chocolate Smoothie, Chocolate Latte with Coffee and Chocolate Marble which are only available for purchase via the Shopee App from now till 22 November, even after the 11.11 Big Sale has ended! After all, who can say no to chocolate when it is practically everyone’s favourite?
Earl Grey Chocolate Smoothie
The Earl Grey Chocolate Smoothie is made from freshly brewed Earl Grey tea, blended together with bittersweet chocolate for a uniquely fragrant drink. Topped with Gong Cha's famous milk foam, chocolate lovers will surely enjoy this one - a refreshing cold and creamy pick-me-up.
Chocolate Latte with Coffee Jelly
Chocolate and coffee lovers rejoice! Here’s a chance to have the best of both worlds in a cup. Witness the union of bittersweet chocolate and coffee-flavoured jelly in a sea of milk. Chew on the addictive jelly while sipping on the rich and creamy chocolate milk to get that extraordinary Mocha oomph!
Chocolate Marble
For those who like to keep it simple, enjoy the distinctive flavour of bittersweet chocolate in creamy milk foam. This makes for a nice and refreshing way to clean the palate after a good meal, especially for those who do not want a heavy dessert.
So how do Malaysians get their hands on these drinks?
The Gong Cha e-drink series can only be purchased via the Shopee App, and redeemed at all Gong Cha outlets nationwide. Get the Shopee x Gong Cha 11.11 Big Drink series exclusively on Shopee through the Food & Services Vouchers in-app portal from now to 22 November.
Fans can enjoy the Earl Grey Chocolate Smoothie at an introductory price of RM12 while the Chocolate Latte with Coffee Jelly and Chocolate Marble can be enjoyed at RM10. Save more when you purchase the drinks at 50% off this November on these special dates: 7, 8, 11, 15 and 22. Enjoy 30% coins cashback with no min spend and earn up to 500 Shopee Coins when you complete your purchase with Shopeepay.
Additionally, users who use ShopeePay to pay for their Gong Cha orders at physical outlets stand a chance to receive RM4 cashback when they spend a minimum of RM10. This offer is valid till 31 December 2020.
1. Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia sahaja; 2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway by ejulz & radhia". Letak banner di atas dan backlink ke post ini; 3. Follow blog ejulz dan radhia; 4. Follow IG ejulz dan radhia; 5. Tinggalkan penyertaan korang di post ini; 6. Pemilihan pemenang dengan menggunakan random.org dan hadiah RM20 untuk seorang pemenang.