Feb 27, 2023

Ulasan Buku - Medusa by Heartsara



 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Mengisahkan tentang Khayla & Luth Anaqi. Kedua-dua mereka tidak bernasib baik dalam percintaan. Tapi, mereka dipertemukan tepat pada masanya dan pertemuan kali kedua merupakan titik permulaan segalanya. 


Watak Luth Anaqi memang penulis cipta untuk bagi pembaca rasa ada rama-rama dalam perut kot? Kan? . Sebab suka the way dia layan Khayla and dia punya sweet talker tu ya ampun. Manis banget. Haha. Kontra dengan Khayla yang strict haha. Mujur la Khayla ni bukan hati batu. Member dah bagi hint nak try nasib baik la faham. ðŸĪŠ




Konflik yang ada dalam Medusa melibatkan hubungan kekeluargaan. Tak kira samaada Luth atau Khayla. Kedua-dua mereka mempunyai masalah yang sama. Tapi saya puas hati sebab konflik yang ada dapat diselesaikan dengan baik. Walaupun saya ada mengharapkan sesuatu yang setimpal buat mereka-mereka yang sentiasa menyakiti hati Khayla. Banyak yang boleh dipelajari dalam Medusa. 

• Fahami pasangan kita. Jangan terlalu pentingkan diri sendiri. Hanya demi keselesaan & kemewahan yang kita inginkan. Kita lupa untuk melihat struggle pasangan kita demi memenuhi kemahuan kita. 

• Lari dari masalah bukan jalan penyelesaian yang terbaik. Selesaikan & jangan biarkan ianya melarat. 

• Anak pengukur kebahagiaan? . Ini memang hal sensitif. Kita juga tak tahu apa perancangan pasangan tersebut atau mungkin memang belum rezeki mereka untuk menimang cahaya mata sendiri. Jadi, tak perlulah letak anak itu sebagai pengukur aras pasangan itu bahagia atau tidak. Ujian yang berbeza Allah berikan. Maka, jangan dipersoalkan. 

• Kenapa bila lelaki sudah menjaga sehabis baik hubungan kalian. Kau nak curang? . Punya susah nak cari yang setia dan betul-betul jaga batas. Senang-senang je nak curang hargh streghsssss. 

• Jangan TERlalu lurus bendul. Berani untuk cakap tidak. Jangan diturutkan permintaan orang hanya semata-mata sebab orang tersebut minta. Kadang-kadang orang pergunakan kita saja. 

Saya suka dengan cara penulisan penulis. Jalan cerita juga simple dan watak-watak yang ada saling melengkapi cerita. Tersusun dan yang penting ending tak rushing habis begitu saja.

Feb 19, 2023

TOP TIPS FOR SAVING UP BEFORE PAYDAY

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥

If you’re looking to save money while waiting for your salary to arrive, here are THREE WAYS to maximize savings before your next payday:

1. Make a Budget

Before you start shopping, make a budget for how much you can afford to spend. This can help you avoid overspending and ensure that you only buy items you actually need. If you’re ordering online, check out ShopeeFood’s amazing deals that can help you to save up extra ringgits!

2. Plan your Purchases

Look at the items that are on sale and make a list of the ones you want to buy. This way, it helps you to stay focused and avoid buying things on impulse.

3. Enjoy FREE delivery to the fullest


Surprise your best pals with something savory or something sweet! Let it be known that our free delivery vouchers are now up for grabs this ShopeeFood Day and PayDay!

ShopeeFood PayDay Amazing Deals Just You!

Order from a variety of restaurants like Lim Fried Chicken, Kenny Rogers Roasters, Sangkaya, Krispy Kreme and much much more:

From 25th - 28th Feb

● 50% OFF Vouchers

● Free Delivery min. spend RM0

For more information on ShopeeFood Day check out ShopeeFood Day Promos/ PayDay Sale PayDay Sales Promos , or visit or follow @shopeefood_my on Instagram.

     Terms and conditions apply.

Feb 17, 2023

Ulasan Komik - Karakter by Akira Iwaya



Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Jadi, kau dah nampak muka aku ya?'

Ini merupakan versi komik dari filem Character (Jepun). 

Karakter mengisahkan tentang seorang artis komik yang bernama Yamashiro Kengo. Dia merupakan seorang pembantu artis komik yang ingin debut namun karyanya ditolak hanya kerana jalan cerita komiknya tidak cukup bagus. Jadi, untuk tidak terus putus asa. Yamashiro keluar mencari ilham sehinggalah akhirnya dia terjebak dengan satu kejadian pembunuhan. Dan bertambah malangnya, dia melihat muka pembunuh tersebut❗️ 

Ketika disoal siasat, Yamashiro tipu pihak berkuasa dengan mengatakan yang dia tidak nampak wajah pembunuh. Dan dari situ dia mendapat idea untuk karyanya. Wajah pembunuh dilukis dan dijadikan watak utama (Dagger) dalam komik ciptaanya. Yamashiro kemudiannya terkenal dan.. selepas dari itu pembunuhan demi pembunuhan terjadi. Apa berlaku seterusnya? 




Saya secara personal suka dengan storyline Karakter ini. Idea yang menarik. 👍ðŸŧ Betapa beraninya Yamashiro mengambil risiko dengan mengabdikan imej pembunuh dalam komik pertamanya. Kadang rasa maca Yamashiro ni kreatif tapi kadang rasa macam dia terdesak pun ya sebab impian dia nak debut tu sangat tinggi. 

Kalau korang baca komik ni. Korang akan nampak si pembunuh sangat la innocent. Muka dia tu ya Allah. Tak terfikir pun yang dia boleh bunuh orang dengan kejam. Dan cara dia muncul depan Yamashiro secara tiba-tiba pun macam seolah-olah tak ada benda buruk pernah berlaku. Dia nampak sangat tenang. 

 Of course cerita ini ada plot twist. Mesti korang tak expect dengan plot twist dia. For me ada masa intense ada masa macam ergh geram. Macam roller coaster tau feeling. 
Nak puji, lukisan dalam komik ni cantik dan kemas. ❤️ Dah dah lepasni nak layan moviee Character pulak. Wihuu

Feb 15, 2023

Ulasan Buku - My Secret Husband by Siti Nur Dhuha


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Tajuk novel ni My Secret Husband sebab Aifa sorok Ryan sebab Ryan aneh dan degil. Sampaikan dia sendiri perit nak menelan tohmahan orang yang mengatakan dia tak pandai urus suami sendiri.


Mengisahkan tentang Aifa yang secara tidak sengaja terjumpa Ryan yang dikurung di sebuah ruang di bawah tanah. Selama 23 tahun Ryan terkurung. Ryan seperti katak di bawah tempurung, berkelakuan aneh & pertuturannya terbatas. Mujur Aifa tidak berfikir panjang untuk menyelamatkannya pada malam itu. Padahal, Aifa pada ketika itu hanya ada rumah sewa dan hidupnya juga tunggang langgang. Besar risiko yang diambil Aifa. Dan cuba bayangkan macam mana Ryan nak biasakan diri dengan kehidupan baru bersama dengan stranger.


"Abang tahukan, abang tak boleh keluar dari rumah ni selagi abang tak ubah penampilan abang?" -Aifa




Idea penulis kali ni lain dari yang lain. Sebab jarang baca main character tersangat jakun. Dikurung dibawah tanah dalam tempoh masa yang tersangat lama. Ada unsur lawak namun lama kelamaan dia jadi tak lawak sebab nampak macam try to hard untuk buatkan scene tu nampak kelakar. Ada juga yang meleret dan tak logik. Tapi saya layankan juga sebab dah halfway baca.


Bagi saya, Aifa ialah seorang gadis yang TERPALING lurus bendul. Hati dia yang selalu bersangka baik dengan orang itu telah membuatkan diri dia tidak sedar yang dia dikhianati. Orang sekeliling dia sangat toksik. Sakit hati kita bila Aifa kena faceshaming & buli (pukul sampai berdarah). Watak heroin yang sangat lemah sampai tak dapat nak protect diri sendiri dan biarkan diri dipijak-pijak orang. 


Cuma, saya suka dengan cara Aifa menerima suaminya dengan hati terbuka. Menjaga suami yang tidak boleh uruskan diri sendiri. Yang tak lelah mengajar dari segala sudut. Kira macam Aifa berperanan sebagai suami pada awal perkahwinan mereka. Sebab Ryan memang blur sangat. Mujur la saat Aifa memerlukan bahu untuk bersandar. Ryan itu ada!

Simpati juga dengan keadaan Ryan yang masanya banyak terbuang di bilik bawah tanah. Sudahlah mempunyai sejarah pahit ketika kecil. Kawan pun tiada. Dianiaya dan hartanya jatuh pada orang yang salah. Hm. Masa yang sangat tepat bila Aifa terjumpa dia di situ. Mujur member tak tinggalkan dia. Haha. Sudahlah masa jumpa tu keadaan memang macam tarzan. Dengan rambut siapa ada straw aduh.  ðŸĪĢ


Cumanya, saya tak berapa faham kenapa Ryan tinggalkan Aifa selama setahun. Kalau demi untuk mengubah diri, mempelajari dan mendalami ilmu, menuntut hak dan cari jati diri. Kenapa tidak dibawa isteri? Apa semua benda yang dia akan buat akan terbatas ke kalau ada Aifa disisi. Sudahlah ditinggalkan gantung tidak bertali. Khabar berita pun tak ada. Tiba-tiba datang secara mengejut. Entahlah. Kenapa suka sukarkan benda yang boleh memudahkan diri. Dan tidak juga diceritakan macam mana proses pembelajaran Ryan ketika dia menghilangkan diri.


Watak antagonis dalam ni ramai juga. Cuma saya musykil dengan pengakhiran watak mereka ini sebab tidak diceritakan dengan lebih terperinci. Ending juga habis dengan cepat dan begitu saja.








Pencarian Model Lukisan Digital by Cuya

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Sebelum ni selalu terlepas peluang nak join apa-apa yang dianjurkan oleh Cuya ni. Tapi, kalini kita taknak la lepaskan peluang keemasan ni. Berbalik pada apa yang Cuya tulis di entry dia. Saya harap orang ramai akan dapat support Cuya. :) Teruskan usaha Cuya. Jangan putus asa. Tak semua orang pandai buat apa yang Cuya buat ni. 




Syarat-syaratnya:

  1.  Follow Blog Cuya
  2. Buat entri bertajuk " Pencarian Model Lukisan Digital by Cuya"
  3. Copy banner di atas dan backlink ke blog Cuya
  4. Komen link di bawah.
  5. Lepas dah dapat lukisan digital, buat entri baru untuk lukisan digital Cuya tu

Feb 13, 2023

Ulasan Ebook - Teman Sekalbu by Ayumi Syafiqah

 


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Boikot Ayumi Syafiqah

Biasa dia ni buat cerita aneh-aneh. Amboi ❗️


Teman Sekalbu mengisahkan tentang Nadine yang TERsangat introvert. Di kolej dia tidak mempunyai kawan. Hidupnya hanya dengan diri sendiri sahaja sehinggalah pelanggaran yang mempunyai kawan. Hidupnya hanya dengan diri sendiri sahaja sehinggalah pelanggaran yang terjadi antara dia dan seorang lelaki bernama Fahri --(Nadine rushing nak ke kelas). Pertemuan itu telah membuatkan Nadine mula diikuti oleh Fahri yang kebetulan merupakan classmate merangkap partner assignment dia juga. Apa yang akan jadi seterusnya? 


Saya actually suka dengan jalan cerita simple dari Ayumi ini. Saya boleh rasa perasaan Nadine bermain dengan emosinya sendiri. Bukan senang seorang yang introvert nak mencari kawan. Malahan untuk dia sendiri mulakan segalanya pun jauh sekali. It's not easy. Mujur la dengan kemunculan Fahri yang secara tiba-tiba itu mewarnai dunia Nadine.




NAMUN -- Fahri mula menunjukkan ketara selepas peristiwa itu. Kenapa? 

Saya suka la dengan idea scavenger hunt Fahri yang out of nowhere tu. Unexpected. Dan memang la kidnap anak dara orang memalam buta macam tak nice. Tapi ðŸ‘‰ðŸŧ👈ðŸŧ itu mesti momen yang paling tak boleh Nadine lupakan sampai bila-bila kan? Kan? Hm.

And saya suka dengan idea lecturer mereka untuk each of them exchange self-affirmation quotes setiap kali before class bermula -- (partner assignment masing-masing). It's time to flirt haha no no. Tapi, memang Fahri actually menunjukkan tanda-tanda nak tackle eh. Haha. Tapi biasalah Nadine, dia sendiri take time nak faham.

They say great things come to those who wait. 
Guess I don't have to wait anymore, huh. 

Fahri  ðŸĪ

Saya rasa, jika cerita ini lebih panjang. Kita akan dapat lihat character development untuk watak Fahri & Nadine dengan lebih lagi. Saya rasa tak puas. Rasa macam baru saja Nadine untuk menyerlah. End up dia jadi malap semula. Sama juga untuk Fahri.

Walaubagimanapun, hati saya yang berbunga-bunga ni berkecai dengan encing cerita Teman Sekalbu ni. Saya kelam kabut tak tahu macam mana nak twist feeling saya sebab saya tak ready haha. Tapi overall, noce try Ayumi. Siapa nak baca something yang light, in one sitting habis and main emosi. Inilah dia! 




Feb 9, 2023

Ulasan Buku - Kru Paranomal Draugr by Khairul Nizam Khairani


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥ 


Lama rasanya tak share ulasan buku disini. Harini mood extra baik jadi kita akan up ulasan buku yang ika dah baca sepanjang bulan Jan & Feb. Pertama sekali, ika nak ucapkan ribuan terimakasih buat Penerbit X untuk naskah Draugr ini.


Ika happy sangat masa pegang buku ni sebab siapa yang nak tahu. Siri Kru Paranormal ini masih on going. Jadi, penantian yang sangat menyeksakan ya. Haha.Nak menunggu setiap siri dikeluarkan ambil masa juga. So meloncat gembira juga masa parcel ni sampai dekat rumah. By the way, setiap kali tengok cover siri ini, mesti ika akan teruja. Sebab kreatif and cantik sangat. Memang sentiasa salute dengan kreativiti pereka kulit buku. Genius. 



Manusia yang telah mati tetapi hidup semula  ðŸ§ą


Siapa yang masih ingat dengan kumpulan Al Jassasah yang penulis selitkan selingan dalam Upacara Helang Darah?. Kali ini, dalam Draugr 100% menceritakan mengenai group metal Al Jassasah. Seronok mengikuti perjalanan Al Jassasah untuk masuk satu pertandingan nyanyian iaitu Black Plaque War. Kalian akan kenal siapa ahli kumpulan Al Jassasah secara mendalam. Pening melayan kepala rock dieorang. Macam weng weng pun ada haha. Sikit-sikit meraung melalak haha aduhai.


Sebenarnya, saya ada mixed feeling dengan watak Jai. Sebab dia punya perangai pun sesuatu sangat. Kadang nampak macam budak normal, kadang memberontak, kadang misteri dan psiko. Kau ada krisis identiti ke bang? Cuba kalian teka apa yang akan terjadi?. Al Jassasah akan menang atau tidak dalam pertandingan itu?.



Of course 4 ⭐️  dari saya untuk Draugr. Sebab saya suka dengan plot twist dan aksi-aksi mengerunkan yang diberikan penulis. Saya suka dengan writing style penulis dan selepas buku ke 8. Apa yang saya boleh cakap,. Penulis punya idea acamgini jauh dia punya bergeliga ðŸ‘ðŸŧ. Saya rekomen buat pembaca yang baru nak mulakan siri ini. Kalian boleh baca dari Baphomet dan seterusnya supaya kalian akan lebih faham cerita dan watak. Kalian tidak akan lost track sebab semuanya saling berkait. Tiba-tiba saja jangan terkejut akan muncul semual watak Ehsan, si kepala kambing, hantu rockers dan banyak lagi dalam  Draugr.

Masih mengekalkan pattern yang sama di mana penulis selalu berikan hint yang tidak tepat untuk pembaca meneka dahulu. Kemudian, apa yang diteka pembaca itu ternyata salah sama sekali dan yang paling penting akan ada 2-3 plot twist sekaligus yang diberikan which is phew penat otak saya nak terima semua benda sekaligus. 

Korang rasa Draugr itu apakah? Ingat sekadar itu saja ke dari penulis? Haha no no.