Oct 24, 2023

Ulasan Buku - Bitter Honey by Seri Maya

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥

"Cuma apa, bang?"
"Cuma..abang jatuh cinta lagi, Hannah" 💔


Saya kira selama 14 tahun usia perkahwinan di antara Aidil & Nur Hannah. Mereka berdua bahagia sepanjang melayari bahtera perkahwinan. Setuju? Masing-masing menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya sebagai pasangan suami isteri & parents.

Dikurniakan 3 orang cahaya mata, kedua-duanya juga sudah stabil dari segi kewangan& berpendidikan tinggi.Jadi saya rasa tiada apa lagi yang mereka kurang. Melainkan hanya perlu maintainkan 'spark' ✨ dalam rumahtangga mereka. Walaupun ya. Sepanjang tempoh itu ada upside down nya. Tapi, mereka berjaya harungi. Awal perkahwinan memang tempoh untuk seseorang itu belajar. Kan?

Namun, kehadiran orang ketiga (Deeba) titik permulaan goyahnya Aidil. Silapnya disini ialah Hannah 'terlalu' bersangka baik. Rasanya kalau Hannah tak pedulikan Deeba pun tak mengapa. Sebab Deeba tu bukannya tidak boleh berdikari. Dia dah cukup besar untuk settlekan masalah yang dia hadapi. Tapi itulah peribadi Hannah yang mungkin tidak semua orang ada.


"Truth is honey which is bitter. Jika kita menidakkan segala kepahitan dalam hidup ini, kita takkan rasa kemanisannya."


Kalau ada award watak perempuan paling tabah dalam novel. Kita boleh calonkan Nurul Hannah. Ketabahan dia ketika dilanda ujian orang ketiga dalam rumahtangga dia & Aidil memang 👍🏻. Kalau orang lain mungkin dah tunggang terbalik dah. Tapi Hannah. Wow! Cara dia react, bertanya dan tindakan selanjutnya memang tak semua orang mampu untuk lakukan. Nampak la orang educated tu macam mana.

Adil ke ending macamni? Bagi saya tak adil. Terutama sekali buat Hannah. Kalau saya duduk sebelah penulis masa dia tulis cerita ni. Mungkin kiteorang akan bercakaran sebab saya tak suka endingnya. Saya sikit pun tak kesian dekat Aidil. Dia punca. Towards the end tu, sebab kau rasa kehilangan. Kau nak aku rasa simpati dekat kau? Hm tidak sama sekali.

Jadi rasanya dah boleh tahu dah kan cerita ni memang turn out akan menyakitkan hati para pembaca sekalian. Tambah pula ada watak-watak yang sangat toksik & tolol. Memang jadi double sakit hati. Ini pun nasib baik la ada daya nak tulis ulasan. Ikutkan hati nak letak emoji jari tengah je (khas buat Aidil, Deeba & Puan Masyitah). Tapi apa pun, banyak pengajaran yang boleh diambil dari cerita Bitter Honey ni. 💔


Oct 22, 2023

Ulasan Buku - Puaka Orang - Orang by Rizal Ramli



Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥

"Berambuslah kau, jangan ganggu keluarga aku!"

Haji Ismail sekeluarga yang baru sahaja berpindah ke negeri Pantai Timur mula mengalami kejadian pelik dan aneh di rumah baharu mereka. Orang-orang yang terpacak di tengah sawah, berhadapan dengan rumah mereka seolah-olah memerhatikan mereka sekeluarga‼️ Apa yang akan jadi seterusnya?

..Orang-orang berkepala patung mannequin berada di luar sedang mengantukkan kepalanya di tingkap ..



Ceritanya ringkas, padat & suspen. Vibes kampung & sawah padi. Memang kalau malam-malam pun. Aura dekat kampung ni lain sikit. Tambah pulak dengan adanya orang-orang. Memang 👍🏻. Jangan harap la nak keluar malam wei.

Fast paced. Ending okay. Jalan cerita tak mengarut sebab memang realiti sekeliling kita pun. Memang ada terjadinya benda macamni. Sepatutnya bila kita ni masuk ke rumah yang sudah lama ditinggalkan. Kita kena la buat apa yang sepatutnya. Rumah yang lama tak berpenghuni ni biasanya memang jadi sarang benda tu. Part seram tu walaupun sekejap-sekejap boleh rasa tau. Lagi-lagi bila kita tahu yang kita ni macam sedang diperhatikan sesuatu.



Nasib baik, semua watak dalam Puaka Orang-Orang ni alert dengan keadaan sekeliling mereka. Mereka ambil kisah perubahan kelakuan ahli keluarga. Mujur Haji Ismail bertindak pantas untuk memulihkan keadaan mereka sekeluarga. Kalau tidak, mesti akan ada yang terkorban. Bayangkan, secara tiba-tiba Aina ada kawan imaginasi & Puan Salmah mula mengalami gangguan. Dup dap dup dap juga masa baca.


Next, saya suka macam mana Adam adapt dengan environment baru. Boleh nampak watak Adam ada improvement yang baik dari masa ke semasa. Tambahan pula, perkenalan Adam & Epi membawa banyak perubahan dalam diri Adam. Sedikit sebanyak dia mula seronok berhijrah ke Kelantan. Dan Epi. Watak tambahan yang menonjol 👍🏻 Tanpa Epi. Mungkin watak Adam akan hambar.

Saya rekomen buku ni buat pembaca yang rumahnya ada sawah padi & orang-orang. Eh tak tak. Semua orang pun boleh baca. Buat peminat cerita seram lokal. Jadikan ini sebagai salah satu bahan bacaan santai kalian.

Ulasan Buku - Luk Thep The Anong's Story by Maria Kajiwa

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥

"Dia cakap nama dia Anong, mak" - Farah



Disebabkan perasaan ingin tahu yang membuak-buak mereka ( Farid & Niko) berdua mengenai apa yang ada di dalam hospital lama yang sudah lama ditinggalkan itu. Mereka masuk menceroboh untuk melihat sendiri keadaan di dalamnya. Di sana, Farid telah menjumpai sebuah anak patung dan dibawanya pulang ke rumah. Selepas itu, banyak kejadian aneh yang berlaku. Apa yang terjadi seterusnya?

Kalau sebelum ini penulis menulis cerita Ghumanthong (Anak Patung Nana) & Khumanthong The Revenge. Kalini penulis tampil dengan Luk Thep. Penulis memang suka menulis mengenai budaya popular masyarakat Thailand. Novela terbaru dari penulis @maria.kajiwa ini memang best 👍🏻 Walaupun nipis. Tapi masih mampu buatkan saya merinding ketika membaca. Jalan cerita straightforward & mudah difahami. Diselitkan juga dengan pengisian yang boleh kita ambil sebagai pengajaran.



Saya percaya penulis sudah membuat research mengenai Luk Thep sebelum menulis. Luk Thep dikatakan sebuah patung bayi yang dilayan seperti seorang manusia. Jika Luk Thep diabaikan. Besar kemungkinan, kehidupan pemilik Luk Thep huru hara.💢

Jadi itulah yang berlaku pada Farid sekeluarga. Farid & Niko ni memang punca juga sebenarnya. Terang-terangan dilarang ke sana. Sibuk nak explore. Anong telah membuatkan nyawa yang tidak bersalah terkorban. Mujur, ada tindakan pantas yang mereka ambil selepas peristiwa itu. Kalau lambat, mungkin si Anong tu buat kacau dengan lebih teruk. Yang menjadi lebih menyusahkan ialah si Anong ni sudah banyak berpindah tangan. Dan pemilik kedua Anong dalam sedar tidak sedar sudah melanggar banyak syarat. Jadi pemilik pertama Anong & yang lain turut mendapat tempias.



DAN -- susah nak hapuskan Anong. Sebab dia boleh poof menghilang. Dan kemudiannya muncul di mana-mana yang dia suka. Geram.Tak padan dengan anak patung. Rasa nak starlight je dahi Anong. Cara nak hapuskan Anong ni? Kena baca la buku Luk Thep ni. Saya rekomen buku ini dibaca oleh semua peminat Maria Kajiwa & bakal peminat penulis. Yang takut tu boleh baca. Tapi ajaklah sesiapa teman dekat sebelah tau.





Ulasan Buku - Sarung Mantera by Arifful Baqi

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Kehadiran Naqi sebagai seorang guru baharu di Sekolah Bukit Lama itu diterima baik oleh semua orang. Cut short, banyak kejadian misteri dan aneh berlaku semenjak Naqi membuka pintu berkunci sebuah bilik muzik terbiar di sekolah itu. Bilik itu juga selalu diperhatikan oleh anak muridnya yang bernama Shafiq. Tanpa sedar, Naqi sudah melepaskan makhluk yang cintakan darah. Makhluk itu digelar Cikgu Suhaila. Apa yang akan terjadj seterusnya? 


"Cikgu tak pernah terfikir, apa yang mereka sembunyikan dari bilik itu?" - Shafiq



Silapnya disini. Bila tiada siapa yang berikan amaran pada Naqi pasal bilik berkunci tu. Bagi saya penting untuk Naqi tahu semua itu sebagai tanda berhati-hati. Maksudnya disini, mungkin rakan sekerja Naqi boleh share serba sedikit kan. Bukan sebarangan makhluk yang terlepas dari bilik tu. Makhluk yang boleh bunuh sesiapa saja & menganggu ketenteraman penduduk kampung. Ramai juga orang yang tidak bersalah menjadi mangsa. 


"Aku tak akan tewas di tangan seorang manusia. Tidak untuk kesekian kalinya ‼️" 


Sinopsis SM


Sumpah susah nak hapuskan Cikgu Suhaila. Terlalu kuat. Rasa macam bila baca tu jadi geram sebab dia tak mati-mati. Liat nak mati. Tak lut orang panggil. Tapi kan --mestilah ada cara nak bunuh Cikgu Suhaila. kena baca okay! But deep inside. Saya sangat bersimpati dengan real Cikgu Suhaila. Hanya kerana dia menolak cinta seseorang. Nyawanya menjadi taruhan. Kalau yang real dah mati. Jelmaan Cikgu Suhaila itu siapa?.


Saya dah hook dari first page lagi. Saya suka bahagian Prolog Sarung Mantera pada tahun (1969). Baru permulaan cerita tapi boleh rasa vibes suspen & seram. Jalan cerita tersusun walaupun ada 2 timeline berbeza & flashback. Tak rasa pun penulis nak cepat-cepat habiskan cerita. Malah, penulis masih mampu untuk berikan jawapan pada setiap persoalan yang timbul sepanjang tempoh pembacaan berserta plot twist yang tak disangka-sangla di hujung cerita. Tak sangka pula dalang dia memang pandai bermuka-muka. Dasar. Saya tidak puas hati sebab dalangnya masih hidup dan saya yakin dia boleh buat lebih teruk lagi berbanding dengan apa yang sudah terjadi setakat ini.


Best & Recommended 👍🏻 

Review Sarung Manter (Instagram)

Karangkraf Mall - Sarung Mantera