Jan 27, 2024

Ulasan Buku - Runcing 2 by Zharulnizam Z.A

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥ 


Pertama sekali, terima kasih buat tim Buku Prima atas naskah Runcing 2 ini :) Saya sangat hargai peluang dan ruang yang kalian berikn buat reviewer picisan seperti saya. Rasa macam mimpi sebab dapat bekerjasama dengan salah satu publisher yang gah dan besar dalam industri buku. InshaAllah semoga lain hari kita dapat bekerjasama lagi. 


📌 Dendam ini harus dilangsaikan dengan darah !


Dengan bantuan Batin Uda. Sahak menjadi lebih kebal. Lebih membara-bara perasaannya untuk membalas dendam terhadap Hambali. Namun, Sahak lupa. Dia juga perlu berhadapan dengan Yusof jika dia berniat ingin membunuh Hambali. Berjayakah Sahak?
Dan apa yang akan jadi pada Hambali?. Akan selamatkah Seri Bakawali dan terus hidup?.


Cerita seram islamik yang mendebarkan.



Genre: Mistik Islamik 

Mukasurat: 488 mukasurat 

Harga: RM 30 


Ini suggestion saya. Kalian beli & baca Runcing 1 dulu supaya lebih feel membaca, kenal karakter & cerita yang pernah terjadi sebelum ini. Tidaklah kalian lost track. Okay?. Saya kira ini satu penantian yang sangat berbaloi buat peminat penulis & Runcing 1. Puas ‼️ Bagi saya, Runcing 2 ialah sebuah naskah yang penuh pengisian. Bukan sekadar cerita seram kosong. Ada banyak elemen (cinta, aksi & mistik) yang dimasukkan penulis.

Gaya penulisan penulis yang puitis, tersusun rapi & penuh hemah membuatkan saya tak lepas membaca setiap patah perkataan yang ditulis. Kagum. Walaupun bukan kebiasaan saya baca gaya sebegitu. Tapi saya enjoy baca. Mungkin bagi sesetengah pembaca. Kalian akan rasa sedikit janggal dengan pengunaan bahasa yang penulis guna. Tapi why not kalian explore benda baharu. Kan? . Saya kira penulis banyak buat kajian untuk naskah ini. Perihal saka & ayat-ayat Al Quran harus diletakkan tempat yang bersesuaian. Bukan boleh simply letak.



•Page turner ✔️
•Full of Emotion ✔️
•Character Development ✔️
•Recommended ✔️

Saya suka banyak scene dalam ni terutama sekali pada awal cerita di mana Batin Uda meminta anak buahnya mencari darah harimau di dalam hutan untuk menyelamatkan si Sahak daser tu. Fuh. Kita pula yang berpeluh baca. Hanya sebab seorang manusia yang angkuh. Ada yang terkorban.

Runcing 2 ini ada berkaitan dengan saka juga. Jangan dibuat main perihal saka. Jangan sibuk mencari penyakit dengan perkara syirik & dibenci Allah SWT. Dan gabungan antara Hambali, Yusof & Kiai Shamsuddin memang acamgini 👍🏻 Semua harapan diletakkan pada Allah SWT.

📌 TAPI -- ada ghaso ghaso cam ada yang tergantung here and there. Ada sambungan ya ? Kan?. Runcing 3 please.

Jan 5, 2024

Ulasan Buku - Ostad Power Metal by Mitch

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥ 


Ostad Power Metal ni best gua cakap sama lu orang. Acamgini 🤘🏻 🎸

Secara ringkasnya, sekolah pondok Tanwiriah akan ditutup dan akan diambil alih oleh pentadbiran baru. Ostad Osman (Ospom) yang mengajar di sekolah tersebut terpaksa giatkan usahanya mencari kerja lain. Dia tahu yang kelayakan yang dia ada tidak cukup untuk dia mohon kerja disitu.

Dalam usaha pencarian kerja kosong. Ostad Osman ternampak satu iklan pencarian vokalis kumpulan metal. Dia dalam dilema. Kalau tidak mencari kerja secepat mungkin, ada banyak yang perlu dibayar. Kalau masuk kumpulan metal, tak kena dengan diri dia. Agaknya, yang berlaku seterusnya?





Geng, Ostad Osman kental ya pergi audition. Haha. Masalahnya lepas pula tu. Geng Icarus boleh sangkut dengan suara dia. Dalam depa dok judge-judge tu. Terpesona gak kan dengo suara member tu. 🤣

“Suara memang power  cuma gua musykil dia pakai ketayap bro, ala fadang fasirlah! Baju Melayu lagi you ,” -Omar

Tak boleh imagine macam mana powernya suara dia nyanyi lagu kapaksss. And, suka baca dia bermonolog dalaman. Banyak benda bermain dalam kepala dia. Lurus orangnya Ospom ni.

“Anda semua dah sembahyang ke belum?

Comel kan setiap kali nak mulakan persembahan. Ospom akan tanya macamni dekat crowd. Matlamat dia nak menyanyi sambil berdakwah. Ha gitu. Bagi dia, dia juga tahu bukan senang nak mengajar orang dewasa untuk berubah ke arah yang lebih baik. Dia ada caranya tersendiri. Halus ~

Suka macam mana penulis susun jalan cerita. Konflik yang dialami oleh watak utama boleh tahan keras juga. Banyak benda Ostad Osman nak kena fikirkan. Keputusan untuk masuk dalam bidang yang bukan kebiasaan dia bukan satu keputusan yang mudah. Tambahan, dia datang dengan imej yang sangat baik & dari statusnya sebagai seorang pengajar sekolah pondok. Cuma, keadaan yang memaksa membuatkan dia pejam mata dan teruskan apa yang dia sudah mulakan. Setiap konflik yang ada, dapat diselesaikan dengan baik pada hujungnya.


5⭐ / One of my best read for 2023

Pencarian Bloglist Blog Sharhanah Sepanjang 2024


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥ 

Hujung minggu ni, kita manfaatkan masa dengan blogging sekejap. Harini, nak join pencarian bloglist dari sis Sharhanah. Jom ramai-ramai join guys :) Lambat lagi tarikh tutup. 


Syaratnya sangat mudah;

  1. Follow saya (klik atas, sebelah kanan) 
  2. Buat entry dengan meletakkan banner di atas dan pautkan.
  3. Tinggalkan komen di bawah entry ini.
  4. Sertai segmen ini sebelum 3 Mac 2024.

Ulasan Buku - Silat Warrior (Government Special Academy) by Sharina Elisa


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥ 


Gunakan seni bela diri ke arah kebaikan bukan sebaliknya.


Ini merupakan sekuel kepada novelet Silat Warrior.
Rupanya, ada mata-mata yang memerhati Yameen. Yameen telah dipaksa untuk mendaftar ke Government Special Academy (GSA) . Dalam keterpaksaan, Meen turutkan juga atas sebab-sebab tertentu.

GSA ialah satu akademi khas yang khusus buat para pembuli. GSA ditubuhkan untuk mengajar pembuli supaya menjadi manusia yang berguna. Dan para persilat seperti Meen, Kamarul dan lain-lain ialah untuk memberikan kestabilan dalam komuniti di GSA. Kalau ada kaki gaduh kena ada yang boleh control kaki gaduh. Dia ibaratnya macam itu. 🙌🏻. Akademi ni sama macam sekolah. Belajar macam biasa cumanya enviroment, sistem, peraturannya berlainan. Lebih ketat.



For those yang belum baca Silat Warrior pertama. Kita boleh cakap yang kalau kalian nak baca terus yang sekuel ini tidak menjadi masalah. Masih boleh faham jalan cerita. Tapi nak lagi feel. Baca la yang pertama.
Mesti kalian tak expect macam mana hubungan Kamarul & Meen sebelum ini compare dengan yang dalam buku sekarang. Kamarul melekat macam belangkas ya 🤣 .
Kita boleh cakap yang buku kali ini lebih menarik sebab boleh nampak banyak perkembangan & perubahan karakter. Yang baik jadi lebih baik & yang jahat berusaha menjadi baik. Tapi ada juga sampai ke sudah nak jadi jahat.

Penulis mengetengahkan isu:
• Buli ✔️
• Politik-tahi ✔️
• Gila Kuasa ✔️



Penulis tak lepaskan peluang untuk selitkan bahagian aksi silat & bergocoh (bergaduh). Part ni pembaca kena ada imaginasi tinggi sikit. Kena sendiri-sendiri imagine gaya yang penulis tulis. Kita sampai sekarang rasa siapa pandai bersilat ni cool.
At the same time, dalam ni kita akan dapat tahu dengan lebih mendalam mengenai salasilah keluarga Meen. Serius tak sangka hubungan yang ada antara Meen dan seseorang itu.

Untuk karakter. Kita suka semua kecuali Basir . Boleh macam tu? Haha. Sebab si Basir tu kalau dapat jumpa depan-depan. Nak tenyeh dia dengan cili api.
Well done akak @sharinaelisanovelist . Teruskan berkarya. Kita nak lagi sambungan. Hehe.


Resensi Silat Warrior GSA (Instagram)

Reels Unboxing

Jan 4, 2024

Ulasan Buku - Apartment by Siti Rozilah

 


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


"Dia tersepit antara ilusi dengan realiti" 


Apa lagi yang Akashah inginkan dalam hidupnya?. Semua sudah lengkap. Mempunyai isteri cantik bernama Maya, dikurniakan seorang anak lelaki (Aiman) , mempunyai pekerjaan tetap, tinggal di sebuah kediaman apartment idaman. Kelihatan semuanya sudah cukup indah bukan?


TETAPI hakikat sebenar, isterinya itu penghidap skizofrenia. Kondisi isterinya juga tidak dalam keadaan baik & bergantung dengan ubat-ubatan untuk kekal waras. Tak cukup dengan itu, Akashah kerap bermimpi perkara yang sama berulang-ulang. Mimpi ngeri itu melibatkan isteri & anaknya. Apa yang akan jadi seterusnya?.


Storyline Apartment ini menarik. Dan ada beberapa bab yang memang menyerlah dari bab-bab yang lain. Bila bab yang saya katakan menyerlah itu muncul. Memang ada 'kick'. Dan persoalan yang wujud dalam cerita ini. Penulis sukses tutup dengan jawapan-jawapan yang dikehendaki pembaca. Terutama sekali berkenaan dengan perempuan yang menyapa Akashah di apartmentnya itu.

Secara peribadi, saya boleh cakap ada juga beberapa part yang sedikit meleret & pengulangan yang terlalu awal. ✋🏻 Contohnya bab itu baru saja dibaca. Tapi next bab diceritakan semula secara details apa yang jadi bab sebelumnya itu. Sedangkan bagi saya, pembaca masih lagi segar dengan apa yang dibaca.


Untuk watak pula. Saya kira penulis berjaya mengetengahkan watak Akashah sebagai peneraju utama. Boleh nampak kepelbagaian sisi Akashah. Malah saya turut bersimpati dengan nasib Akashah. Bagaimana dia juga mempunyai strugglenya tersendiri. Untuk menerima apa yang sudah terjadi dan bangkit dari emosi yang ada dalam diri dia. Juga bukan senang. Saya terkesan bila Akashah kembali semula jejakkan kaki ke apartment itu untuk melihat sendiri apa yang sebenarnya yang terjadi sepanjang dia 'tinggal' disana.

Dengan watak-watak sampingan sebagai pendukung cerita Apartment ini juga berjaya. Jika tiada mereka, mungkin jalan cerita sukar untuk dikembangkan.

Yang pasti, terselit pengajaran yang boleh kita ambil dalam buku ini.
Apa pun satu percubaan yang baik dari penulis.Teruskan menulis dan selamat maju jaya ✨