Sep 17, 2024

Shopee Memperkasa Lebih 100,000 Usahawan Tempatan Baharu pada Tahun 2024

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Kajian ‘Sayangi Malaysia, Jom Rai Lokal 2024’ oleh Shopee mendedahkan pencapaian penting dalam landskap

e-dagang Malaysia: lebih 100,000 usahawan telah menyertai ekosistem Shopee pada tahun 2024. Peningkatan ketara ini menunjukkan penerimaan yang semakin meningkat terhadap e-dagang sebagai model

perniagaan yang penting dan mampan dalam pasaran digital yang semakin pesat.




“Peningkatan penyertaan ke platform kami pada tahun ini menunjukkan usahawan tempatan semakin terbuka

dengan peluang digital. Shopee kekal komited untuk menyediakan perniagaan tempatan dengan sumber penting

termasuk program Penyelesaian Pemasaran Affiliate, perkhidmatan logistik pihak ketiga, dan Shopee Live untuk berkembang maju dalam landskap e-dagang yang

kompetitif. Kami berbangga memainkan peranan dalam perjalanan perniagaan tempatan untuk meluaskan

jangkauan, mengoptimumkan operasi, dan mencapai pertumbuhan dalam ekonomi yang sentiasa berubah ini,” kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia.


Shopee Live telah muncul sebagai instrumen penting buat usahawan tempatan, dengan peningkatan 113% penjual

baharu yang menjalankan penstriman langsung pada tahun 2024. Peningkatan ini menunjukkan kepentingan

Shopee

Live sebagai platform pilihan utama rakyat Malaysia untuk perdagangan secara langsung. Penjual tempatan

mengiktiraf ciri interaktif Shopee Live yang memudahkan mereka untuk berinteraksi secara langsung dengan pelanggan lalu  membolehkan mereka membina hubungan yang lebih kukuh dan berkekalan. Kemudahan untuk menggunakan platform in dengan mekanisme maklum balas secara langsung terbukti penting untuk membantu perniagaan menonjol dalam pasaran yang kompetitif, mencipta hubungan bermakna dengan pelanggan, dan mencapai penonton dari seluruh negara. Penggunaan Shopee Live sebagai strategi perniagaan utama dapat dilihat dengan lebih daripada 1.4 juta penstriman langsung dijalankan oleh penjual tempatan dengan 27 juta komen unik dari pelanggan diterima pada tahun ini.


PetalsMalaysia, jenama penjagaan rambut dari Selangor menyertai Shopee pada tahun 2021 untuk menawarkan produk Buatan

Malaysia lestari yang mesra wudhu’ dan disesuaikan dengan citarasa tempatan. Sebelum menyertai Shopee,

kehadiran pasaran mereka terhad kepada kedai runcit. "Shopee memberikan akses luas kepada khalayak dalam

talian dan dengan ketara memperluaskan jangkauan pasaran kami," kata Khairul Azman, Pengasas Petals Malaysia.

"Shopee Live juga telah mengubah cara kami berinteraksi dengan pelanggan. Melalui strim langsung, kami

berinteraksi dan menjawab soalan mereka secara langsung, dan mempamerkan produk kami dengan lebih berkesan

. Interaksi mudah dan pantas ini membina kepercayaan dan mendorong pembelian. Kami juga menggunakan ciri

‘polls’ dan sesi soal jawab untuk menggalakkan keterlibatan penonton, mengumpul maklum balas, dan

mempertingkatkan pengalaman membeli-belah secara keseluruhan." Petals telah menjual lebih 26,000 unit

syampu pewarna rambut halal,  ‘Hair Color Shampoo’ yang menjadi produk terlaris mereka sejak tahun 2021.


Kajian ini juga mengetengahkan peningkatan sebanyak 65% penjual Shopee Live dari Pantai Timur

yang mencerminkan kejayaan platform ini dalam membantu perniagaan tempatan meluaskan jangkauan mereka

ke seluruh negara. Ini juga menunjukkan komitmen Shopee untuk membantu usahawan terutamanya dari kawasan

luar bandar untuk berkembang dalam e-dagang. Penjual dari Pantai Timur menggunakan Shopee Live untuk

membina kesetiaan jenama dan memperkasakan hubungan dengan pelanggan yang membantu platform ini

mewujudkan lebih banyak peluang buat usahawan lain di seluruh Malaysia.


500 perusahaan tempatan cemerlang di Shopee telah mencapai purata pertumbuhan tahun-ke-tahun

sebanyak 50% pada tahun 2024, menunjukkan keberkesanan platform ini dalam memacu perkembangan perniagaan. Kejayaan ini menyerlahkan


kekuatan ekosistem Shopee dan peranannya dalam membantu penjual berinovasi dan berkembang. Kajian ‘Sayangi

Malaysia, Jom Rai Lokal 2024’ juga menunjukkan komitmen Shopee dalam menyokong perniagaan tempatan dan

memajukan ekonomi digital. Shopee kekal menjadi rakan penting perniagaan tempatan, menawarkan alat dan

perkhidmatan perniagaan untuk membantu penjual tempatan mencapai kejayaan baharu.

Sep 5, 2024

Ulasan EBook - Diari Seorang Duda by Rafina Abdullah

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


"Depan-depan mama saya mengaku sekali lagi, saya nak Zila balik. Saya nak nikah semula dengan dia.” - Adi


Sinopsis Ringkas: Selepas 3 tahun bercerai. Adi nak get back semula dengan bekas isterinya (Zila). Tapi, tidak bagi Zila. Kerana pengalaman lepas mengajar dirinya untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama bersama Adi. Apa yang terjadi seterusnya? 


Rasanya semua dapat agak macam arah tuju cerita ni kalau saya cakap happy ending kan. hshs. Storyline simple & straightforward. 




Cerita tentang peluang kedua. Memang kalau go thru apa yang Adi buat dekat Zila sepanjang tempoh mereka berkahwin. Adi memang redflag ๐Ÿšฉ Pernah naik tangan, kaki perempuan & selalu di side perempuan yang dia selalu usung. Memang patut pun Zila tu fikir panjang nak getback. 


Bukannya benda kecil yang digaduhkan sampai bawa pada penceraian. Besar. So saya tak hate watak Zila yang main tarik tali tu. Reason dia jadi keras hati pun rasanya semua orang boleh faham. 





And Adi? Yes. Kesilapan dia tu buatkan dia sedar yang dia dah hilang keluarga kecil dia. Jadi, memang patut pun Zila tak terus terima dia. Jadi itu membuatkan dia letakkan effort lebih dari 100% untuk tawan semula hati Zila. Sebab guna anak pun tak jalan. So, memang kena berusaha lebih la. 


Konflik berjaya diselesaikan dengan baik. Agak rushing bahagian ending. Maybe sebab ebook ni tak sampai 100 pages pun. 

Saya enjoy baca part bapa & mak Zila komplot nak kenakan dieorang berdua. Part menyakat sampai panas punggung masing-masing. 


Saya rasa saya tak feel sangat kalau ini dikatakan romcom. Maaf. Mungkin masalah itu datang dari saya yang susah nak terhibur dengan senang. Saya memandang cerita ini sebagai cerita yang pra serius. Ha boleh tak macamtu? sebab ini kan tentang peluang kedua. Tapi apa pun satu percubaan yang baik dari penulis.

Sep 1, 2024

Ulasan Buku - Puaka Dobi Layan Diri by Siti Solehah, Mus Masmian & Khairul Ahmad

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Kalau dobi layan diri kalian berada di tempat yang sunyi & tersorok. Kalian nak pergi juga ke? Kalau nak pergi juga. Ajak orang temankan & awal sikit. Bukannya waktu orang tengah sedap buat taik mata. Awak sibuk nak mendobi ๐Ÿงบ Masa baca buku ini, dalam kepala terus terbayang satu dobi yang saya suka pergi di (tempat dirahsiakan). Suasana dekat situ memang sunyi and kalau ada orang pun boleh kira pakai jari. Let say if nak pergi atas dari pukul 10 malam. Memang kena bawa teman sebab kawasan dia macam agak tersorok juga. 


.melihat ☠️ sedang berputar sama dengan baju di dalam mesin itu - Penunggu Baju / Siti Solehah

Darah pada sehelai blaus labuh berwarna nilakandi itulah yang membawa Johari ke dobi yang baru sebulan beroperasi itu. Dia tidak dapat menghilangkan kesan kotor pada baju pelanggannya . Sampai di dobi, mesin yang digunakan tidak mengeluarkan sabun walaupun sudah 10 minit berputar. Dia menghubungi pemilik kedai dobi untuk mengadu. Apa yang terjadi selepas itu?

Cerita pertama best ๐Ÿ™Œ๐Ÿป Simple & not bad. Senang nak faham. Yang tak ada kena mengena terpalit sekali. Malah teruk diganggu. Disebalik gangguan itu. Ada rahsia besar yang tersimpan akhirnya terbongkar juga. Cumanya, kita tak puas hati sikit sebab orang yang sepatutnya kena ganggu. Tak diganggu. Hantu selek ke cane ni?.


..dia terlihat sesuatu cuba merangkak keluar dari mesin-mesin dobi - Dobi Dosa / Mus Nasmian

Terpaksalah Faizal pergi ke dobi walaupun dia penat. Mana tidaknya, mesin basuh rumahnya rosak & baju menimbun berbakul-bakul. Tambah pula dengan bebelan si isteri. Pening Faizal. Jika dia tak ke dobi malam itu, esok dia tiada baju kerja untuk dipakai. Sampai di dobi, ada seorang gadis misteri turut bersamanya disitu. Apa yang terjadi seterusnya?

Cerita kedua tak scary tapi lebih pada misteri. To be honest, kita kesian dekat Faizal. Dia memang mangsa keadaan. Hint yang selama ni dia dapat, dia terlepas pandang. Bukan salah dia sebab betul la. Lelaki memang tak reti benda kiasan. Dan kisah ini juga mengenai ibu - anak & perlakuan jahat manusia yang tidak berperikemanusiaan. Cerita kedua lebih compact. Yang pasti lepasni rasanya Si Faizal terus beli mesin basuh baru letak dekat rumah dia hshs.



Ketiga-tiga penulis berjaya menulis berkaitan dengan latar tempat dobi layan diri. Cuma nak kata seram. Tidak. Dia cuma bagi kita sebagai pembaca rasa macam sus sus sikit saja.


Meraikan Merdeka: Rakyat Malaysia Bersatu Menyokong Perniagaan Tempatan

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥




Menjelang Hari Kebangsaan ke-67, kajian 'Sayangi Malaysia, Jom Rai Lokal 2024' Shopee mendedahkan suatu trend: rakyat Malaysia semakin bersatu menyokong perniagaan tempatan. 98% responden bersetuju bahawa membeli lokal memperkukuh dan memperkasakan komuniti kurang bernasib baik, mempertengahkan perasaan bangga dan solidariti nasional yang semakin meningkat dalam kalangan pengguna

Kajian 'Sayangi Malaysia, Jom Rai Lokal 2024' ini meninjau 2,000 pengguna Malaysia dari pelbagai latar belakang, di mana hasil kajian menunjukkan bahawa 15 kali lebih ramai rakyat Malaysia memilih untuk menyokong usahawan tempatan berbanding jenama antarabangsa. Ini mencerminkan komitmen yang kukuh untuk menyokong jenama dan penjual tempatan. Dengan memilih produk dan perkhidmatan tempatan, pengguna mengiktiraf kualiti dan keaslian barangan Malaysia serta menyumbang kepada penciptaan pekerjaan dan kestabilan ekonomi. Trend ini memperkukuhkan ekonomi tempatan, mengukuhkan solidariti komuniti, dan menjadi daya penggerak yang berkuasa dalam memajukan negara.

"Menyokong perniagaan tempatan bukan sekadar membuat pembelian; ia adalah satu pelaburan terhadap komuniti dan masa depan ekonomi kita," kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia. "Dalam kita menyambut Hari Merdeka, kami terinspirasi menyaksikan bagaimana rakyat Malaysia bersatu untuk memperkasakan perusahaan tempatan. Dengan menyokong produk dan perkhidmatan tempatan, kita meraikan warisan dan memperkukuhkan fabrik masyarakat kita lalu memastikan ekonomi kita terus berkembang dan komuniti kita terus makmur."

Sentimen ini turut dikukuhkan dengan keyakinan rakyat Malaysia terhadap penjual tempatan, dengan 9 dalam 10 percaya dengan kebolehan mereka untuk memenuhi pesanan dan menjawab soalan dengan berkesan. Tahap kepercayaan yang tinggi ini menyerlahkan kebolehpercayaan, perkhidmatan berkualiti, dan khidmat pelanggan yang cemerlang oleh perniagaan tempatan, sekaligus memperkukuhkan hubungan antara pengguna dan jenama tempatan. Ini juga menunjukkan bahawa keutamaan terhadap produk tempatan bukan hanya mengenai menyokong ekonomi; ia didorong oleh keyakinan tulen terhadap kebolehan dan kecemerlangan usahawan tempatan.

Kajian ini juga menonjolkan aspek lain tentang membeli lokal: 70% rakyat Malaysia menunjukkan sokongan teguh terhadap penjual wanita dan penjual luar bandar, menegaskan kepentingan keterangkuman dalam ekonomi tempatan. Komitmen ini mencerminkan keinginan yang lebih luas untuk memperkasakan komuniti terpinggir, memastikan mereka disokong dan mampu berkembang. Dengan memberi keutamaan kepada golongan penjual ini, rakyat Malaysia menyumbang kepada pembangunan tempatan dan memupuk pasaran yang lebih inklusif.

Tambahan lagi, apabila ditanya tentang pengaruh asal usul produk dalam keputusan pembelian, 8 dalam 10 responden berkongsi bahawa mereka lebih suka membeli produk Buatan Malaysia, menunjukkan keinginan yang kuat untuk memperkasakan komuniti tempatan. Keutamaan ini juga menyerlahkan pengiktirafan yang semakin meningkat terhadap nilai unik penjual bandar dan luar bandar dalam pasaran serta komitmen untuk memastikan peluang ekonomi adalah lebih sama rata seluruh negara. Dengan menyokong perniagaan tempatan, rakyat Malaysia meraikan kepelbagaian produk tempatan dan secara aktif menyumbang kepada pembangunan dan kemampanan komuniti penting ini.

Shopee juga telah mengambil langkah penting untuk menyokong penjual tempatan, memastikan mereka boleh fokus untuk menjual produk mereka tanpa risau. Ciri-ciri seperti Bayaran Waktu Terima (COD), Jaminan Tepat Waktu, dan polisi 15 Hari Pemulangan Percuma memudahkan pengguna membeli dengan yakin. Malah, 85% responden menunjukkan mereka lebih cenderung untuk menyokong penjual tempatan jika ciri-ciri seperti ini tersedia, menunjukkan kepentingan kemudahan dan kebolehpercayaan dalam pengalaman membeli-belah dalam talian.

"Kami bersuka cita dengan respon positif pembeli terhadap ciri-ciri baharu ini di mana ianya menunjukkan peranan penting kemudahan dan kepercayaan dalam pengalaman membeli-belah dalam talian. Kami terinspirasi melihat rakyat Malaysia bangga dengan perniagaan tempatan dan aktif menyokong mereka. Dalam kita menyambut Hari Kebangsaan, usaha kolektif ini menjadi lebih bermakna dan mengingatkan kita bahawa dengan memilih untuk membeli lokal, kita bukan sahaja memperkukuhkan komuniti tetapi juga memupuk semangat kemerdekaan dan perpaduan untuk masa depan yang lebih cerah buat semua." tambah Tan.