Oct 27, 2024

Shopee Affiliates Pacu Kejayaan Jenama: Satu Juta Video Dihasilkan & Pertumbuhan 4X Strim Langsung Semasa 10.10 Festival Jenama

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥

Shopee Affiliates memainkan peranan penting dalam memacu kejayaan jenama dengan menghasilkan hampir satu juta Shopee Video semasa Shopee 10.10 Festival Jenama—peningkatan 34 kali ganda  berbanding hari biasa, yang menyumbang kepada pertumbuhan jualan keseluruhan penjual Shopee Mall di platform tersebut. Secara keseluruhan, jenama baharu dan sedia ada di Shopee Mall mengalami peningkatan sehingga 8 kali ganda dan kenaikan pesanan sebanyak 6 kali ganda berbanding hari biasa, di mana Shopee Affiliates sentiasa membantu jenama tempatan berkembang melalui kandungan interaktif dan pengalaman membeli-belah berperibadi.


Jenama cemerlang yang diketengahkan oleh Shopee Affiliates termasuk SKINTIFIC, Glad2Glow, Panda Eyes, Dr. Cardin, dan Masdora berdasarkan jumlah pesanan.


Jenama baharu di Shopee Mall yang menyertai 10.10 Festival Jenama buat pertama kali menyaksikan jualan mereka meningkat 36 kali ganda berbanding hari biasa. Jenama-jenama ini juga mencatatkan kenaikan pesanan kempen sebanyak 13 kali ganda, hasil daripada komitmen Shopee melalui program Dijamin Harga Terendah, promosi eksklusif, dan keterlihatan jenama hebat melalui ciri-ciri dalam aplikasi Shopee, seperti Shopee Live dan Shopee Video, serta sokongan daripada Shopee Affiliates.


“Pada 10.10 ini, Shopee Live telah membuktikan keupayaannya sebagai hab strategik untuk penjual berinteraksi lebih baik dengan pengguna, dengan peningkatan 2X jenama yang berstrim langsung semasa 10.10 berbanding hari biasa. Lebih 25 juta baucar Shopee Live dan lebih 21 juta Syiling Shopee telah dituntut sepanjang tempoh kempen, hasil daripada peningkatan penglibatan pengguna semasa strim langsung. Kami juga bersuka cita nmemaklumkan bahawa Shopee telah membantu rakyat Malaysia berjimat lebih RM70 juta melalui baucar menarik di platform dan seluruh kedai Shopee,” kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia.


Shopee turut menyaksikan minat pengguna yang semakin meningkat terhadap produk fesyen wanita dan kecantikan, dengan kategori Kesihatan & Kecantikan, Rumah & Gaya Hidup, serta Barang Runcit & Haiwan Peliharaan mendahului dari segi perbelanjaan pada 10.10 ini. Kategori produk utama termasuk produk penjagaan kulit, alatan penambahbaikan rumah, dan suplemen, manakala carian teratas merangkumi power bank, sandal, blaus, selipar, dan aksesori telefon bimbit.



Shopee 10.10 Festival Jenama sekali lagi menekankan komitmennya untuk memperkasakan jenama dan memacu pertumbuhan jualan yang ketara. Kempen ini menyediakan platform dinamik untuk jenama tempatan dan antarabangsa untuk berhubung langsung dengan pengguna, mempamerkan produk mereka, dan memaksimumkan kecapaian pelanggan. Shopee berdedikasi untuk membina ekosistem e-dagang yang berdaya maju di Malaysia, menyokong pertumbuhan jenama dan meningkatkan pengalaman membeli-belah keseluruhan untuk pengguna.





Oct 21, 2024

Ulasan Buku - Puaka Rombongan Sekolah by Rumie

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ☘︎


Kita pilih untuk beli buku ini terlebih dahulu masa 1010 dari buku siri puaka yang lain sebab tertarik dengan sinopsis & cover. Memandangkan, cerita ada mengisahkan tentang Jambatan Pulau Pinang. Sedikit sebanyak dapatlah kita melepaskan rindu dekat tempat kita dilahirkan. Buku siri puaka ini lebih tebal berbanding buku yang lain. Tapi don't worry, masih tetap boleh dihabiskan in one sitting. So, jom ke ulasan. 

Bismillah. 


"..Siapa yang minta izin dengan penjaga lautan sewaktu nak bina jambatan itu? "🏗️


Sinopsis Ringkas: Sebagai reward menjadi Johan dalam pertandingan tarian. Seperti yang dijanjikan, 25 orang pelajar SMK Alor Pondok dapat menjelajah negeri Pulau Pinang diiringi oleh 2 orang guru. Dalam perjalanan pulang, Shah mula bercerita tentang kisah seram mengenai Jambatan Pulau Pinang kepada Zul. Tanpa sedar, mereka sebenarnya mula diganggu oleh sesuatu. Apa sebenarnya yang berlaku?


Ada 3 kisah yang diceritakan oleh Shah kepada Zul sepanjang perjalanan mereka. Dan kesemua cerita ada kaitan dengan Tiang 56. Tiang 56 merupakan salah satu tiang yang ada di Jambatan Pulau Pinang dan juga penjaga lautan. Walaupun jalan cerita setiap kisah rasa macam dah selalu sangat dengar & baca. Orang kita dok panggil urban legend.
Tapi, penulis pandai olah cerita. Cerita tersusun dengan baik dan gaya penulisan yang smooth. Memang tak dapat dinafikan memang kita jadi seronok baca sebab know know tak sedar dah nak habis. Very da page turner. Nak tambah sikit, kita rasa cerita yang Adam cerita dekat deejay tu pun kalau jadi depan mata. Rasanya lari tak cukup tanah.Walapun hanya selingan tapi tetap 'memberi' rasa. 




Kisah 1 -"Ada yang bermain muslihat" - ⭐️⭐️⭐️
Kisah 2-"Tengok rumpai tu..macam.." - ⭐️⭐️⭐️

Kisah 3-"Dua lembu, dua lepat" - ⭐️⭐️⭐️⭐️

Rasa macam tipikal cerita nombor ekor. Tapi silap. Ada nyawa yang harus menjadi korban. Kita sedih bab yang menjadi mangsa korban. Perjanjian yang penuh tipu daya. Kita pun tak sangka dengan maksud lembu & lepat. Akhirnya, ada jua manusia yang terperangkap dengan helah syaitan.


Cakap pasal scene meloyakan & menakutkan. Ya memang ada 🤚🏿 Kita masih lagi boleh bayangkan apa yang kita dah baca. Terperinci juga penulis gambarkan. Mungkin lepasni nampak rumpai air, lepat, dan ikan dah terimagine benda lain. Hshs

Cumanya, kita harap cerita pasal budak-budak tu dalam bas & gangguan lebih banyak atau seimbang dengan 3 kisah yang ada. Rasa tak puas. Ending pun very da pandang dinding. Tapi overall, satu naskah yang berjaya dari penulis.

Kisah yang mempunyai pengajaran. Selalunya perkara asas lah yang orang mudah lupa. Kan? Kita kena tahu, memang ada segelintir manusia yang tamak haloba dan mahukan lebih lagi. Ada juga yang dalam fasa di mana halal atau haram sudah tidak lagi menjadi keutamaannya kerana terdesak. Apa pun, kita sebagai hambaNYA kena sentiasa bersyukur.


Fun fact: Rumie ialah nama pena debut penulis di Penerbit X. Penulis bukan penulis baru. 

Bookcafe : Beli Sini

Ulasan di Instagram @ikashoid