Jan 31, 2018

SEGMEN BLOGWALKING BY ZATI



Assalamualaikum & Hi readers ❤️️
Harini, ika nak join segmen dari blogger Miss Zati. Sebagai tanda support as a rakan rakan blogger. Jom memeriahkan lagi segmen Bw dia.  Boleh la bw blog blog yang masih ada dan aktif. Hee



Ika nak tag dua org kawan blogger: 
Tarikh tuutp: 15 Feb 2018

Jan 29, 2018

Segmen: Jari Jemari Menari Bloglist


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Harini ika nak buat satu segmen. Memandangkan, blog ika ni tak ada lagi Bloglist. Sebab dulu ada. Lepastu ika remove sebab ramai yang dah tak aktif. 
So, harini motif utama segmen ni is ika nak kumpulkan hanya blogger yang aktif sahaja untuk di masukkan dlm bloglist ika. 


Bloglist kalian akan ada di dalam list selama 3 bulan

Instructions:

1. Follow blog JJM Jari Jemari Menari
2. Buat entry tajuk : " Segmen Jari Jemari Menari Bloglist'
3. Letak banner di atas & link kan ke entry ini. 

4. Ika nak korang komen apa yang boleh ika improve dalam blog ni. 
Sama ada dari segi cara bercerita, topik, benda yang korang tak suka. Anything. 

5. Letak link entry yang sudah dipublish ke ruangan komen. 

Tarikh tutup: 10 Feb 2017

Ika harap rakan rakan blogger ada yang sudi memeriahkan segmen bloglist ika ni and support ika ya. Sebab ni first time ika buat segmen. ❤️️
Sambil sambil tu, korang boleh la blogwalking each other. 

SENARAI NAMA 
1.HANA
2.CIKYAN
3.AUNI
4.MISS EFFAH
5.INDAH
6.RAYDAH
7.NURHA
8.MISS BUNNY
9.AIRAH SYAHIRAH
10.NAJMI FAIQ
11.STARLAVENDERLUNA
12.CIK MULAN
13.CIK NURUL ATIKA

MOVIE REVIEW - JIGSAW 2017


Assalamualaikum &Hi readers ❤️️

Lama tak buat movie review. Semalam, ada masa sikit masa rehat rehat. Ika dengan adik ika tengok cerita Jigsaw 2017. Since kiteorang memang follow up dari Saw 1 sampai 7.  Saw ni kalau nak faham. Kena tengok dari awal sebab dia memang berkait berantai rantai ceritanya. Walaupun dia mcm tu, ika suka. Sebab salute gila dengan otak orang yang buat cerita ni.
Macam mana idea dia untuk susun semua plot cerita and game game yang ada dalam movie tu. 

Sebab ika peminat tegar cerita jenis macam ni. So, it's good for me. Tapi kalau hangpa jenis lemah semangat and boleh muntah pengsan tengok darah. Toksah tengok la nah. Huu. Sebab cerita ni mcm agak kejam jugak cara bunuh nya. 


                                                       SYNOPSIS                                                           
After a series of murders bearing all the markings of the Jigsaw killer, law enforcement officials find themselves chasing the ghost of a man who has been dead for over decade, and they become embroiled in a new game that's only just begun. Is John Kramer back from the dead to remind the world to be grateful for the gift of life. Or is this a trap set by a killer with designs of his own? 

Initial Release: Oct 26, 2017
Director: Michael & Peter Spierig
Film Series: Saw


                                                         MY REVIEW                                                         

Macam biasa, dengan super duper plot twist dalam movie ni buat ika suggest dekat korang untuk tengok. Sebab, mula mula ika cam curious gila dengan kejadian kejadian pembunuhan misteri yang sama macam John Kramer. John Kramer ni la  orang yang selalu buat game game utk mangsa dia. Masalahnya, dia dah mati lama dah. Kalau tak silap dalam Saw 2 atau 3. Anak dia nama Amanda pun dah mati. So, dia tak ada penyambung warisan gituwwww. So, kat situ dah jadi persoalan besar. 
And siapa sebenarnya yang merancang semua game yang sama mcm John ni? 

Ika macam eksited gila sebab dah rasa macam wow. Orang mati hidup balik. 
Sebab kalini, dalam movie ni. Konsep game dia is dia buat semua ni untuk orang orang yang tak hargai hidup dia. Selalu mengabaikan diri atau macam buat benda yang jahat dekat orang lain. 


Setiap kali ada tape PLAY ME ni. Mangsa mangsa tu akan dapat new task. 
Banyak scene yang macam suspen and of course meloyakan anak tekak. Ika suka bila mastermind ni letak mayat dekat satu tempat, and kasi petunjuk dekat polis. tapi, end up still. Polis pun mcm tak boleh tangkap ayat and clue tersirat mastermind. 
Ika suka jugak bila mastermind ni kasi option dekat mangsa mangsa dia. Dia mcm dah kasi clue dah. End up, sebab takut. Mangsa pun mati. Padahal, kalau dia pikir sejenak, rasanya boleh hidup. 

So, depa ni kena korbankan diri la. Ada yang selamat tu selamat la. Tapi, mesti yang selamat tu cacat cela sana sini. 
Kaki takda la apa la. Sangat mendebarkan sebab kalau korang tengok Saw yang lain lain pun, mulut tu mesti tak senyap. Kita pulak rasa sakit bila tengok kulit depa tersiat, terpotong, terbelah, terkopak. Allah. 



Ika recommend cerita Jigsaw 2017 ni. Korang kena tengok sendiri siapa sebenarnya yang rancang game ni semua. John atau orang lain? 

⭐⭐⭐⭐
Selamat menonton gais. Hee

Jan 24, 2018

Budaya Tidak Sihat di Office 🏢



Assalamualaikum readers ❤️️



Harini, rasa tergerak hati nak share sikit je mengenai budaya tak sihat dekat office. Rasanya, kalau sesiapa yang berkerja mesti ada sedikit sebanyak masalah. Tak kisah la masalah tu, effect dia untuk diri sendiri, orang lain, kerja atau company. 
I'm not talking or write this entry referring to anybody. Hangpa kalau baca,jangan terasa. 
This is from my observation only.

1. Pergaulan yang tak dijaga 

Maksudnya dekat sini apa? Maksudnya, beramah mesra yang terover over di antara suami isteri, yang bujang dengan isteri org, yang bujang dengan suami orang. Itu. 
Bergurau dengan melakukan sentuhan. Bertepuk tampar tu kan, kalau dipandang. Nampak sangat la tak manis.  🤷
Tak boleh ke macam bila bercakap tu, tangan tu simpan baik baik dalam poket. Jangan menerewang sangat. Haih. 

2.Percakapan yang tidak sopan dan tak berlapik 

P: "Eh dik, akak request nak tangga la letak dekat bahagian sini. Sebab nanti kalau terbakar, akak la org last lari dik". 
L: Ala, kau nak susah apa? Nanti kalau terbakar. Kau simbah je la dengan air susu kau tu"

Perbualan yang dah telalu menyimpang. Macam tak malu ke? Cakap all those thing. Kot ya pun dah terlampau rapat as a rakan sekerja. Agak agak la nak cakap mcm tu sekalipun. Respect each other privacy. I dun care if org kata ika macam tak open minded. I don't mind at all. Yang ika tahu, ada banyak lagi ayat yang kau boleh guna untuk respon. 

3.Pilih Kasih



Ini rasanya tak semua tempat ada masalah macam ni. Sometimes, tanpa sedar. Boss tu memang nampak sangat pilih kasih. Pilih bulu. Suka orang tu je. Sebab org tu jenis kaki kipas/kaki ampu. So, dia nampak org tu je banyak buat kerja. Padahal kan, kadang tu. Org tu buat ala kadar je. 
Pls, no pilih pilih kasih diantara pekerja. Mood pekerja boleh jadi down. Ramai yang ada masalah macam ni. Effort dia tu, boss tak nampak. Susah payah dia siapkan sesuatu task tu tak dipandang. Tapi, lagi dikondemnya. Jatuh motivasi pekerja kalau macam tu. 
Usaha yang tak dihargai. 

4. Buli emosi




Tak mustahil boleh jadinya buli fizikal. Tapi, tu dah biasa kita dengar. Sebenarnya, buli emosi ni jauh lebih menyakitkan dan boleh buat seseorang tu depress sebab memendam rasa. 
Nak diluah takda tempat yang boleh diluahkan. So, simpan dalam hati. Bila simpan pulak, macam dah overload. Tu yang ada kes mental dan bunuh bergaduh semua tu. 
"Eh, kau ni gemok la. Selekeh la." 
Tak ke dia makan hati je kalau kau asyi keep on repeat same thing. Meluat kot. 

5. Puak

Berpuak puak dalam company tu maksudnya mcm orang HR, satu puak. Department lain satu puak. Lepastu, saling kutuk mengutuk. Em. Susah betul nak nampak semua gather together as a one family. Maybe dekat tempat lain. Ada yang macam family. Depends dekat company masing masing. Maybe ada benda camni, maybe takda.
_________________________________________________________________________

Ika share 5 sahaja. Ada banyak lagi sebenarnya. 
Korang rasa, korang ada tak benda nak share dengan ika pasal ni? 
Good or bad. Tak kisah. Anything hee :) 
Semoga kita dapat elak dari perkara perkara sebegini. Sama ada dijauhkan situasi mcm ni jadi dekat kita atau kita dalam golongan pembuli, puak puakan, dan lain lain. 

Apa pun, Different place, diff culture. 
This is just my random entry. Thankyou guys. 
See you in next entry. InsyaAllah. 

GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM


Assalamualaikum readers ❤️️


Nak join Giveaway Souvenirs Pulau Jeju by SitiYangMenaip & Salbiahm. 
Jom Ramai ramai memeriahkan giveaway ni. 

SOUVENIRS YANG BAKAL DIBERIKAN :
3 x Fridge Magnet Pulau Jeju (3 Orang Pemenang)
5 x Keychain Khas Pulau Jeju (5 Orang Pemenang)

 Tarikh tutup: 25 Jan - 31 Jan 2018

Jan 23, 2018

Giveaway Azam Baru 2018 By Elihjapahar.com


Assalamualaikum readers ❤️️
Ika terjumpa satu blog ni setelah menerewang blogwalking. 
Blog Encik Elih Japahar. So, ika nak join satu Giveaway yang dia anjurkan. 

 Blog Elihjapahar

AZAM 2018: Ada beberapa yang ika nak achieve this year which is antaranya ialah nak habiskan intern yang berbaki lagi dua bulan lebih. Dapat konvo. Dapat cari kerja yang bersesuaian and bayar hutang yang dipanjam secara konsisten. Hee. And also, ika harap dapat menulis short story and publish di dalam blog sendiri. Doakan ! :) 

Jom join gais. Tarikh tutup 24 Jan - 14 Feb. Boleh refer syarat syarat in details dekat blog beliau. Boleh click dekat gambar above. 
Till then gais. Selamat bergiveaway. 

Segmen Blogwalking by Miss Kepeng


Assalamualaikum readers ❤️️
Ika nak join segmen Blogwalking dari Miss Kepeng pulak. Salam perkenalan dari Ika buat awak. 



Syarat Syarat Penyertaan: 


1. Mestilah kena FOLLOW blog penganjur ni, hihihi (tak malu betul,nanti kepeng follow korang balik)  


2. Buat entry yang bertajuk " Segmen Blogwalking by Miss Kepeng " 

3. Copy Paste Banner atas ni dan back linkkan ke entry segmen ni.


4. Tag 3 rakan anda dan pastikan mereka tahu 



5. Publish dan letakkan link entry korang di ruangan komen entry segmen ini.




Penyertaan akan tamat pada 5 Feb 2018

SEGMEN BLOGWALKING BY CIKYAN


Assalamualaikum readers ❤️️
Harini, ika nak join segmen dari Cikyan. Serious cikyan ni rajin sangat. And sebab nama Cikyan bukan la satu nama yang mcm baru buat ika. So, sebagai tanda support. Ika join :) 
Simple instruction yang kena follow. 


Jom kita memeriahkan lagi segmen Cikyan ni sebagai tanda sokongan and at the same time, kita boleh tau siapa blogger yang masih aktif. Hee. 
Tak ada tarikh tutup. Maybe nanti cikyan bagitahu kot hee :D 

Jan 18, 2018

BOOK REVIEW: PROJEK SERAM HIGHWAY 🛣


Assalamualaikum semua :)
Ika nak share a bit genre buku yang ika suka baca. Selain dari novel cinta. 
Few years back. Ika suka baca novel bergenre thriller and horror. Ika kalau boleh nak share semua buku yang ika dah habis baca. Tapi, memandangkan, hangpa pun tau kan. Nak berblogging ni kadang tu kalau takda mood. Lansung takda minat nak blogging. 

Today, ika terjumpa satu gambar dalam gallery phone. Lama dah ni. Nanti ika ambik proper picture of this book. Projek Seram HIGHWAY.
"Kerana dosa, mereka binasa"

PUBLISHER: BUKU PRIMA
AUTHOR: SAIDEE NOR AZAM, AKMA SAIDON, SUFI ABQARI & NINIE OTHMAN.
PAGES: 502 pages

Oh, memang warna buku ni whiteblack. Bukan filter ya. Ika tertarik nak beli and baca sebab ada one of  my fav author. Encik Saidee. And ika nak jugak baca karya dari penulis lain. Oh, Ninie Othman pun ika pernah baca karya dia. Not bad. I mean, her solo novel, Meremang. (nanti ika review)

Kalau cakap pasal highway, ika mesti terbayang banyak kisah yang jadi dekat highway itu sendiri. So, ika a bit eksited nak baca. 


                                                    MY REVIEW                                                      

Overall, ika suka cakap secara keseluruhan feeling ika bila baca buku. Dalam buku ni, ada 4 cerpen. So, setiap penulis, satu cerpen. Honest review dari Ika is, ika hanya suka 2 cerita sahaja dari 4 cerpen. 

My fav is 1.Jalan Terakhir: Saidee Nor Azam 
“Aku takut… aku masih belum mahu mati!” 
Perjalanan Razak sebagai penghantar barang ke Pantai Timur telah diganggu. Rakannya yang juga penemannya, Azhar telah hilang secara misteri. Siapakah Fatin yang sentiasa setia menemani Razak? Siapakah lelaki tua misteri yang dijumpai Razak di pinggir lebuh raya? Adakah nyawa Razak bakal terancam dengan gangguan makhluk halus sepanjang perjalanannya?


2.Gangguan: Akma Saidon
Tarmizi dan Nazrin, dua orang pemandu van jenazah perlu menghantar satu jenazah ke sebuah perkampungan di Kedah. Satu susuk wanita berjubah putih kerap kali mengganggu dan menghantui perjalanan malam mereka sebaik sahaja mereka keluar dari tanah perkuburan itu. Setiap kali munculnya wanita itu, pasti dengan wajah yang menakutkan, mata yang bersinar merah menyala dan seakan-akan marah. Siapakah wanita itu? Mengapa wanita itu terus-terusan mengekori perjalanan malam Tarmizi dan Nazrin? Apa yang wanita itu mahukan?

Personally, ika rasa both of them berjaya menulis satu jalan cerita yang senang untuk dihadam. Tidak putar belit. Bila baca tu, rasa mcm senang je. Memang ada part yang curious. Tapi, tak rugi sebab end up. Ending best. 
Takda rasa satu kerugian bila baca dari mula sampai habis. Memang terasa sesuatu itu. 
Teringat pulak ada satu movie Melayu yang ada ala ala cerita camni. Berkonsepkan cerita perjalanan utk ke satu tempat utk  hantar mayat. Lepastu, dieorang mula cerita hantu dalam perjalanan tu. 
____________________________________________________________

3.Destinasi: Sufi Abqari 
“Kujejak langkahmu kasih, kerana nafasmu adalah nyawaku.” 
Sebuah bungkusan berisi patung porselin sebesar tapak tangan telah mengubah hidup sepasang kembar, Yana dan Syasya. Beberapa kematian yang berlaku membuatkan Mamat, seorang anggota polis mengesyaki Yana sebagai suspek memandangkan dia pernah menghidap paranoid skizofrenia. Manakala Yana dan Xie De telah ke Perasing menjejak Syasya. Adakah Syasya benar-benar telah ke Perasing? Adakah Yana adalah pembunuh yang sebenar?

4.Dosa Semalam: Ninie Othman 
“Kerana dosa mereka binasa…”
Rancangan empat sekawan untuk pergi berseronok di satu tempat tidak kesampaian apabila mereka mengalami kemalangan di Lebuh Raya Karak yang hampir meragut nyawa mereka. Setelah tersedar daripada pengsan, mereka menyedari yang mereka bukan berada di Lebuh Raya Karak. Mereka bagaikan berada di satu dunia aneh yang penuh dengan misteri.

Another two author. Bagi ika. Ika rasa karya mereka sedikit longgar dari segi penceritaan. Macam karya Encik Sufi, ika kena baca banyak kali sebab satu ika konfius dengan nama watak kembar tu. HAHA. Idk maybe ika sendiri problem utk hadam watak atau camna taktahu la. Pening. Tapi, ika rasa Encik Sufi boleh buat better than this. 

Same goes to Ninie. Ika suka baca novel solo dia. Sebab memang meremang. 
Tapi untuk Projek Seram ni, ika rasa cam kurang menyegat sikit. Tapi, masih ada pengajaran yang sampai di hati pembaca. 

Ika bagi 🌟🌟 and a half? 3? Can? Haha
Apa pun. Teruskan berkarya encik dan cik penulis. 

Jan 8, 2018

Mek Zumbie 2k18 Giveaway


Assalamualaikum. 
Harini, ika nak join Giveaway dari Mek Zumbie. 
Hadiah dia semua best dan lawa lawa. Haha. 

Ika tersuka pulak beg ni. Tapi suka novel jugak yang Dari Alam Lain tu haha. 
Tapi tersuka beg ni lebih sikit. Hee. 💗

Ni email ika: sicashoid@gmail.com

Jan 4, 2018

Hadiah dari RealSviors ❤️️


Assalamualaikum. 

Semalam, ika balik dari kerja dalam keadaan yang penat letih seret kaki. Ika nampak satu sampul atas meja dalam bilik ika. Tapi sampul tu dah terbukak. Haha. Biasala. Dekat dalam rumah tu ada lagi yang curious nak tahu apa dalam sampul. HAHA. 
Ika sangat la eksited nak tahu apa dalam sampul. Tulisan dekat sampul pun sangat la lawa. Terus mood jadi happy. 


Rupanya baru la teringat yang ika ada menang giveaway dari RealSviors. Bila tengok dekat belakang sampul ada tulis Comeback Giveaway. 
Serius cantik warna beg ni. Ika suka. Thankyou so much awak. Me love it so much. Nampak very girl girl. 😘
Ika received this with a good condition and thanks again. 


Korang boleh visit her blog 

Salam perkenalan dari ika buat awak. Happy blogging to you too. Happy New Year and May god always bless you.


Jan 2, 2018

LAZADA : Kecewa dengan 40 Colors Matte Luminous Eyeshadow Palette Cosmetic Makeup Eye Shadow Colorful Popfeel?


 Assalamualaikum & Hi readers. 
Harini ika nak buat product review yang ika beli dekat Lazada guna voucher yang ika dapat baru baru ni. Sebenarnya, ika beli sebab baca review. Ramai kata bagus dan okay. So, senang cerita. Ika terjebak. Ika terpengaruh. So, ika pun terbeli. Padahal, ika macam was was sangat nak beli. Tapi dalam hati nak cuba. HAHA. 
Di punya simptom dilema tu teruk sangat. 
Ika dah try product ni dalam 2 minggu mcmtu. 

Ika beli 40 Colors Matte Luminous Eyeshadow Palette Cosmetic Makeup Eye Shadow Colorful Popfeel. 
PRICE: Tak tentu. Ikut seller. Tapi ika beli ni dengan harga RM 13.10.
SELLER: AUKEY STORE




 MY REVIEW 

Honestly speaking, ika rasa a bit kecewa. HAHA. Sebab ika rasa colour  eyeshadow ni semua cantik cantik kot. Tapi, kenapa ika kena bazir tenaga untuk tenyeh banyak banyak kali just untuk dapatkan real colour of it. Menyusahkan. 
Bagi ika, semua colour dia very very nice. Earth colour which is very safe la for me untuk pakai ke mana mana. Tapi itu la, sayangnya dia mcm tak keluar sangat warna. 
Tapi, ikut logik akal ika. Setelah muhasabah diri. Bendanya murah. And ika baca review. Maybe some of them sangat puas hati sebab kena dengan citrasa dieorang. 
But not for me. 
Bagi ika, ika tak recommended lansung! HAHA. 
Toksah la beli. Dari makeup sejam jadi dua jam. HAHA. 

Another thing is, pallete dia sebesar tapak tangan ika. Cute. Tapi, confirm cepat habis. And korang tahu tak, budak budak punya water colour yang jenis mcm dalam gambar bawah ni? Eyeshadow ni sama mcm dalam bekas water colour untuk budak budak. 
Macam tak ada beza. Tepuk dahi bila tengok. 

Size ni mcm mini pocket eyeshadow. Sesuai untuk bawak pergi travel. 
Sekali terhempas ni, mau berkecai dengan jayanya haha. Confirm. 





Ika taknak komen service. Memang Lazada bagus dalam penghantaran barang. As you can see above. Dia punya balut dengan wrapping bubble. Membantu banyak untuk jenis produk mudah pecah mcm ni. Seller titik beratkan benda camni. Yang ni, ika salute la. 
But for the product itself. Sorry. ⭐ only. 
Ada sedikit penyesalan. Dan mungkin ini first and last ika cuba. 
Nasib baik, ika bukan la makeup lover. Syukur. Pakai je la eyeshadow yang sedia ada. Tak payah la pakai yang ni. Huhu. 

Ni, personal opinion ika. Ika taktahu orang lain punya opinion macam mana. Sorry again kalau pendapat ika ni menjejaskan apa apa. 

See you in next entry reader.