Jari Jemari Menari ♡

May 20, 2026

Ulasan Buku- Atas Lantai Bumi by Liza Nur

5:46 AM 0
Ulasan Buku- Atas Lantai Bumi by Liza Nur

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian 𓍯𓂃


One word for this book. 


PAIN PAIN PAIN 😩


Sesak betul dada baca cerita ALB ni. Bukan satu isu baru sebenarnya kalau cakap pasal penunggang agama yang bertopengkan syaitan ni. Yang pandai manipulasikan keadaan. Yang menjanjikan bulan dan bintang buat mereka yang terdesak. Dan akhirnya mereka ini jugalah mengkhianti harapan insan-insan naif. Mereka ini membuka mata kita semua bahawasanya nak jadi jahat tidak perlu memegang pisau atau membunuh orang.


Dan bila baca mindset seseorang yang dah diracun sejak dari kecil ni. Memang mengucap panjang dibuatnya. 


Bul & Adwa. Both of them jumpa dalam keadaan yang masing-masing ada masalah tersendiri. Adwa juga tersepit untuk keluar dari cengkaman seseorang sehingga memaksa dia untuk buat diri dia nampak teruk di mata orang lain. Kalau dia tak fikir sesuatu dia bakal jadi korban. Tapi idea dia menjerat orang lain juga. Dan Bul. Dia juga tertekan dengan desakan untuk mengikut telunjuk orang walaupun dia tak rela. Dan dia silap sebab tak ikut naluri hati dia. 



Tahu apa yang paling menyedihkan dalam Atas Lantai Bumi ni? Bila semua karakter. Yang utama mahupun sampingan. Semuanya hancur. Perasaan mereka itu valid. Dan saya faham kenapa mereka susah untuk pulihkan semula keadaan mereka selepas kejadian hitam tersebut. Kejadian hitam itu memang secara zahirnya berikan mereka kebebasan secara total. Namun mereka semua terperangkap dengan emosi yang sangat gelap. Seolah-olah tiada lagi harapan untuk perbetulkan keadaan. Ada yang tergelincir tapi cepat-cepat tersedar. 


Penulis berjaya hook saya dari first page sampai helaian terakhir. Saya tak stop baca sebab jalan cerita bergerak pantas. Momentum membaca saya 📈. Saya rasa penulis letak emosi yang tepat untuk setiap watak. Nasib baik penulis pandai bahagikan cerita ni. Separuh buku mostly banyak pasal di pusat kebajikan & another half kehidupan mereka selepas dari peristiwa hitam tersebut. 


Tapi kan saya happy dengan ending cerita ni. Sekurang-kurangnya saya tahu satu perkara yang jelas. Karakter yang hancur tidak selamanya hancur dan hanyut.


May 12, 2026

Ulasan Buku- Tapi Hati Kata Lain by Nik Feeza

8:19 AM 0
Ulasan Buku- Tapi Hati Kata Lain by Nik Feeza


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian 𓍯𓂃


Lama rasanya tak baca cerita yang ML & FL bergaduh macam anjing dan kucing. Yang kedua-duanga mempunyai darah pahlawan sejati. Tak boleh kalah dengan musuh. Kena lancarkan juga apa saja serangan tindak balas sebab kau tak boleh kalau sehari tak huru harakan hidup musuh kau.


But then, korang sendiri tahu kan? Gaduh la macam mana pun. Orang itu juga la yang akan muncul tanpa kau minta bila diperlukan. Tambah pula, bila bekerja dalam satu tempat yang sama. Lagi tak boleh elak. Lama kelamaan dari musuh jadi kawan dan detik start boleh berkawan pun smooth saja. 



Din punya mata memang berbulu kalau nampak Azlin. Dia macam alergik. Punca bermula semua ni sebab satu kejadian saja. Kalau Din ambil pendekatan untuk selesaikan cepat mungkin dia tak perlu nak bermusuhan dengan Azlin pun. Dan masa kejadian tu. Kita rasa Azlin pun tak buat apa yang sepatutnya sebab dia malu. Sudahnya bercakaran la dua orang ni dengan saling sabatoj sesama sendiri. Mujurlah, both of them dapat berfikir secara waras selepas banyak kejadian. Haha. Itupun berbuih mulut orang sekeliling nasihat. 


Tiada konflik yang berat. Semua dapat diselesaikan dengan baik dan ada jalan penyelesaian. Rasanya konflik yang sedia ada dalam naskah ini semuanya wujud. Tak ada la saya rasa tidak logik. Berkenaan dengan keluarga Azlin terutamanya ayahnya. Saya rasa valid je perasaan ayah dia. Bukan masalah attachment issue pun. Bila anak jauh dan kita pula sedang meningkat usia. Anak pula tak ada siapa jaga. Terus overthinking. Rupanya bukan perempuan je oki ada masalah overthinking hshs. 


Saya suka watak sampingan yang mewarnai jalan cerita. Baik watak antagonis ataupun watak-watak greenflag. Kita suka sangat watak Mak Din. Sangat softspoken dan boleh rasa aura mak mak yang tipikal yang boleh blend in dengan sesiapa pun. 

Malah, Mak Din tidak pernah backup anak kalau dia tahu anak dia buat salah. Dia akan nasihat dan tegur apa yang sebetulnya anak dia kena buat. Itu baru betul. Kita tick ✔️


Karya romcom yang santai boleh kalian baca. Nak baca cerita yang usik mengusik, perang mulut & idea nakal suka pedajalkan musuh. Inilah bukunya :)

Ulasan di IG  


Mar 11, 2026

Ulasan Buku- Bila Cinta Dikhianati Keluarga by Alia Husna

7:53 PM 0
Ulasan Buku- Bila Cinta Dikhianati Keluarga by Alia Husna

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian 𓍯𓂃


Sinopsis Ringkas 𑁍
Kehidupan mewah mereka sekeluarga datang dari hasil yang tidak sepatutnya. Elina Sofea kecewa dan terkilan selepas mengetahui hal tersebut. Dia mula mencari arahnya sendiri untuk mulakan kehidupan yang baru bersama ibunya. 

Namun, bukan semudah yang dia sangkakan. Tohmahan, pandangan sinis dan perspektif orang ramai terhadap keluarganya juga berubah.  Pada masa yang sama, dalam fasa memulihkan keadaan. Hadir Alan dalam kehidupan Elina tanpa diduga. Alan itu hadir dalam bentuk apa? Kegembiraan atau kelukaan untuk Elina? 
Apa yang terjadi seterusnya? 

Konflik emosi yang berat dalam storyline yang simple. Siapa sangka. Pembaca juga turut terjerumus dalam cerita Elina & Alan. Terhimpit dalam masalah yang tidak diminta. Nak menyelesaikan juga bukan semudah ABC. Tapi sempat juga Alan masuk line. Alan is so brokoli hijau 🥦





Siapa yang ada di tempat Elina Sofea. Mungkin akan melakukan tindakan yang sama sepertinya. Bukan melarikan diri tetapi ingin mencari ruang untuk memperbaiki kehidupan yang sudah musnah. Struggle mula dari bawah. Tapi Elina berjaya blend in dengan kehidupan baru. Dia pandai bawa diri. Dia tahu apa yang dia cari. Dia buktikan yang dia juga boleh berdiri atas kakinya sendiri tanpa harapkan ayahnya. 

Selain Elina. Saya juga turur bersimpati dengan Alan sekeluarga. Ya. Demi nak menegakkan kebenaran. Runtuh satu isi rumah yang selama ini bahagia. Dan disebabkan kejadian itu juga. Mungkin menjadi titik permulaan di mana true colour seseorang itu lebih terserlah jelas. Saya suka dengan emak Alan yang positif. Tidak menyalahkan dan menunding jari terus menerus. Malah memberi nasihat pada anaknya dan tegur tindakan Alan. 

Banyak isu yang penulis highlight dalam buku ini. Bagaimana seseorang itu nak face it realiti kehidupan. Dosa silam keluarga yang bukan datang dari diri sendiri, menerima huluran cinta dari seseorang yang datang tanpa diduga, memberitahu kenyataan yang perit untuk diluahkan, start mencari rezeki dari zero dan banyak lagi. 

Siapa yang mencari karya yang memerlukan kalian sediakan sekotak tisu sebab menangis dan happy. Ini bukunya. Semua perasaan ada dalam ni. 

#rumaabooks #noveliman #cintadikhiantiRUMAA #aliahusna

Feb 16, 2026

Ulasan Buku - Siapa Aku? by Cahaya Amara

6:05 AM 0
Ulasan Buku - Siapa Aku? by Cahaya Amara

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian 𓍯𓂃


"Kadang pulang itu bukan tentang tempat, tapi tentang jiwa yang tersesat mencari cahaya yang hilang"


Sinopsis Ringkas: Cahaya Amara berada di tahap kemuncak dalam kariernya sebagai anggota kumpulan gadis terkenal LIGHTZ. Namun, sehinggalah sampai satu tahap Cahaya mula rasa tidak gembira dengan apa yang dikecapinya. Dunia artis tidak seindah yang netizen fikirkan. Dia memperjudikan banyak perkara untuk berada di atas pentas itu. Cahaya Amara tahu dia perlu lakukan sesuatu -- untuk dia mencari semula dirinya sendiri yang selama ini telah hilang. Apa yang terjadi seterusnya? 


Sekali Allah SWT jentik hati manusia. Dia boleh berubah 360 darjah. Malah dia boleh jadi versi lebih baik dari sebelum ini. ✨

Kita boleh nampak watak Cahaya Amara dalam buku ini sedang bermain dengan perasaan dia sendiri. Dia mula tak selesa dengan pemakaian dia dan identiti di atas pentas yang ditonjolkan. Bila dia keluar group and mula untuk berubah. Tetap juga kena kecam dengan fans. For me netizen akan sentiasa menjadi netizen.

Kalau baca luahan hati dia dalam buku ni. Kita akan rasa macam nak tepuk bahu & hug dia. Bukan mudah untuk buat keputusan yang boleh dikatakan drastik. Keluar dari keselesaan untuk kembali pada basic semula. Sanggup hilang dunia glamour & dunia selebriti.

Bukan semua orang ada keberaniaan.
Untuk menghadapi kecaman fans dan netizen.
Pihak pengurusan dan brand yang sponsor.
Tapi Cahaya Amara. Secara peribadi. Saya rasa dia berjaya face it semua itu.





Kita rasa another strong character dalam cerita ni is opah Cahaya Amara. Nasib baik Opah selalu bagi kata-kata semangat & jadi tulang belakang. Love Opah.

"Kadang-kadang Allah tarik kita dari tempat yang penuh cahaya, bukan sebab tempat itu buruk. Tapi sebab hati kita dah penat berkilau untuk orang lain. Sampai tak sempat berkilau untuk Dia"

Saya harap saya dapat baca lebih banyak lagi pengalaman Cahaya Amara mengatasi isu dalaman dengan pihak pengurusan sebab saya nampak part pihak pengurusan macam terlalu senang melepaskan star dalam company dia. Saya tak rasa semudah itu. Mungkin apa yang dalam Siapa Aku ini sekadar suku atau separuh cerita saja. Kan? Kalau ada possibility untuk ada buku kedua. Saya akan jadi orang pertama yang support untuk penulis teruskan menulis :) 




Ulasan Buku - Someday, We Will Love Again by Ayumi

4:33 AM 0
Ulasan Buku - Someday, We Will Love Again by Ayumi

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian 𓍯𓂃


Pertama sekali, terima kasih banyak buat Rumaa Books untuk ARC & kolaborasi ini. Masa RB offer untuk ulas buku terbaharu Ayumi. Saya memang tak fikir lama and terus terima. Ya. Saya memang peminat Ayumi Syafiqah. Sebab saya percaya dia memang sangat berbakat dalam bidang penulisan. Cuba kalian teka. Berapa buah buku yang penulis ada? . Untuk usia yang muda. Saya kagum dengan semangat penulis. Terus menulis dan menulis tanpa jemu. Saya doakan semoga penulis tetap terus menulis sampai beliau tua hshs. Oki? 


Tahun lepas, ini merupakan buku English pertama saya baca. Saya tak sangka yang saya boleh habiskan buku ni dalam masa sehari. In one sitting saja. Kalau saya tahu English yang penulis gunakan sangat mudah. Saya dah lama paksa dia menulis lebih banyak English book. Congrats Ayumi untuk Someday, We Will Love Again. 




Naskah Someday, We Will Love Again ini mengisahkan tentang kisah seorang gadis bernama Shika. Shika menghadapi satu penyakit yang bernama hipermobiliti sindrom. Penyakit ini melibatkan sendi-sendi dalam badan yang terlalu longgar dan fleksibel, lebih daripada biasa. Orang yang ada sindrom ini akan ada masalah postur dan otot badan dan ketidakseimbangan, sendi mudah terkehel, keletihan dan lain-lain.

Kedua ibu dan bapa Shika berharap yang anak mereka mempunyai pekerjaan yang tetap seperti orang lain. Yang lebih menjamin masa hadapan. Namun, Shika lebih memilih untuk bekerja sendiri. Dia ingin menulis dan menerbitkan bukunay sendiri (selfpub). Pertermuan Dylan dan Shika tanpa sengaja di sebuah kafe menjadi titik permulaan pengenalan mereka. Apa yang terjadi seterusnya antara Shika dan Dylan. Berjayakah Shika mencapai cita-citanya? . Adakah kesakitan yang tengah Shika hadapi menjadi batu penghalang untuk Shika melangkah lebih jauh? 



Kita semua akan belajar banyak benda dengan Shika. Perjuangan dia dalam meneruskan hidup itu. Memang luar biasa. Dia tidak pernah meletakkan tanda noktah untuk mematikan dia dari meneruskan cita-citanya hanya kerana dia tidak sihat. Menunjukkan satu sisi karakter perempuan yang sangat kuat, berpendirian, bijak dan bersemengat. Malah di samping Dylan. Shika tampil menyerlah dengan menjadi support system yang baik buat Dylan.

Penulis berjaya mencipta karakter yang tidak sempurna tetapi dapat memberi impak yang baik buat para pembaca. Malah, dengan meletakkan isu hipermobiliti sindrom, konflik broken family, proses dalam bidang penulisan dan lain-lain membuatkan storyline bertambah menarik. 




Dan Dylan - kelihatan seperti tenang tetapi dia juga bergelut dengan konflik peribadi yang melibatkan masa kecilnya. Always ada buat Shika & tanpa sedar mereka saling melengkapi.

Kalau kalian mencari bahan bacaan nipis, fast paced, bittersweet fluffy romance & easy English. Please grab buku ini. Tajuk pun tak misleading. Ending cerita ini buatkan saya rasa nak demand lebih lagi dengan penulis IF penulis terfikir nak menulis sambungan. Saya kira endingnya boleh jadi open ending. Terpulang pada pembaca untuk memilih. Ending masih tetap fair untuk kedua-dua karakter. Tapi akan lebih fair kalau ada sambungan 🤓