Jan 24, 2018

Budaya Tidak Sihat di Office 🏢



Assalamualaikum readers ❤️️



Harini, rasa tergerak hati nak share sikit je mengenai budaya tak sihat dekat office. Rasanya, kalau sesiapa yang berkerja mesti ada sedikit sebanyak masalah. Tak kisah la masalah tu, effect dia untuk diri sendiri, orang lain, kerja atau company. 
I'm not talking or write this entry referring to anybody. Hangpa kalau baca,jangan terasa. 
This is from my observation only.

1. Pergaulan yang tak dijaga 

Maksudnya dekat sini apa? Maksudnya, beramah mesra yang terover over di antara suami isteri, yang bujang dengan isteri org, yang bujang dengan suami orang. Itu. 
Bergurau dengan melakukan sentuhan. Bertepuk tampar tu kan, kalau dipandang. Nampak sangat la tak manis.  🤷
Tak boleh ke macam bila bercakap tu, tangan tu simpan baik baik dalam poket. Jangan menerewang sangat. Haih. 

2.Percakapan yang tidak sopan dan tak berlapik 

P: "Eh dik, akak request nak tangga la letak dekat bahagian sini. Sebab nanti kalau terbakar, akak la org last lari dik". 
L: Ala, kau nak susah apa? Nanti kalau terbakar. Kau simbah je la dengan air susu kau tu"

Perbualan yang dah telalu menyimpang. Macam tak malu ke? Cakap all those thing. Kot ya pun dah terlampau rapat as a rakan sekerja. Agak agak la nak cakap mcm tu sekalipun. Respect each other privacy. I dun care if org kata ika macam tak open minded. I don't mind at all. Yang ika tahu, ada banyak lagi ayat yang kau boleh guna untuk respon. 

3.Pilih Kasih



Ini rasanya tak semua tempat ada masalah macam ni. Sometimes, tanpa sedar. Boss tu memang nampak sangat pilih kasih. Pilih bulu. Suka orang tu je. Sebab org tu jenis kaki kipas/kaki ampu. So, dia nampak org tu je banyak buat kerja. Padahal kan, kadang tu. Org tu buat ala kadar je. 
Pls, no pilih pilih kasih diantara pekerja. Mood pekerja boleh jadi down. Ramai yang ada masalah macam ni. Effort dia tu, boss tak nampak. Susah payah dia siapkan sesuatu task tu tak dipandang. Tapi, lagi dikondemnya. Jatuh motivasi pekerja kalau macam tu. 
Usaha yang tak dihargai. 

4. Buli emosi




Tak mustahil boleh jadinya buli fizikal. Tapi, tu dah biasa kita dengar. Sebenarnya, buli emosi ni jauh lebih menyakitkan dan boleh buat seseorang tu depress sebab memendam rasa. 
Nak diluah takda tempat yang boleh diluahkan. So, simpan dalam hati. Bila simpan pulak, macam dah overload. Tu yang ada kes mental dan bunuh bergaduh semua tu. 
"Eh, kau ni gemok la. Selekeh la." 
Tak ke dia makan hati je kalau kau asyi keep on repeat same thing. Meluat kot. 

5. Puak

Berpuak puak dalam company tu maksudnya mcm orang HR, satu puak. Department lain satu puak. Lepastu, saling kutuk mengutuk. Em. Susah betul nak nampak semua gather together as a one family. Maybe dekat tempat lain. Ada yang macam family. Depends dekat company masing masing. Maybe ada benda camni, maybe takda.
_________________________________________________________________________

Ika share 5 sahaja. Ada banyak lagi sebenarnya. 
Korang rasa, korang ada tak benda nak share dengan ika pasal ni? 
Good or bad. Tak kisah. Anything hee :) 
Semoga kita dapat elak dari perkara perkara sebegini. Sama ada dijauhkan situasi mcm ni jadi dekat kita atau kita dalam golongan pembuli, puak puakan, dan lain lain. 

Apa pun, Different place, diff culture. 
This is just my random entry. Thankyou guys. 
See you in next entry. InsyaAllah. 

30 comments:

  1. YAA.. BULI EMOSI TU PALING BETUL.. HAHAHAA.. ORG ATASAN BULI ORG BAWAHAN..STRESS MAK NAKKK !

    PASTU PERGAULAN LELAKI POMPUAN.. PON KNE JAGA.. SKG NI BNEDA NI ORG DAH TAK PEDULI DAHH..

    ehh baru perasan.. terhuruf besar pulak dah... nmpok tak tu haaa cikyan excited nak komen.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, buli emosi tu kalau org tak tahan. Mesti banyak makan hati. Tu yang jadi meluat dekat org tu. Haha.
      yang tak dipedulikan tu la yang tak manis sgt cikyan. Ika tak suka sebab ika perhati je benda mcm ni jadi depan ika. hm.

      HAHAHA TERCAPS LOCK EH EH HEHE.

      Delete
  2. dekat tempat kerja den...semua jenis nih ada...nasib den jenis masuk jer semua orang..hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHA. Memang ramai kata, tempat depa kerja pun. Banyak jenis cmni. Udah tu. Memang la budaya yang tak sihat nampak sihat jeee sebab kita pandang sebelah mata je. HAHA. nak ditegur mcm em siapa lewww kitewww niw. haha

      Delete
  3. Keje company besar2 akan nampak puak puak. Tai bila kje company kecik tak nampak dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha, ika rasa ada logiknya jugak :) Terimakasih sebab share opinion awak. Hee

      Delete
  4. Kalau dekat opis sha nie, berpuak-puak.. Lepas tu ada satu makhluk nie kerja nak menyindir je.. Tapi dengan sha memang dia kalahlah.. I hati keras giler walaupun sebenarnya lembut.. hahaha.. depan orang memang tak tunjuk..
    Tapi semua yang diatas ini memang berlaku di mana-mana.. kerajaan ke swasta ke.. mesti ada je makhluk yang berperangai seperti diatas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yang jenis menyindir pun ada eh. Macam mana perangai kan ada dekat ofis. Yang busybody makcik pakcik bawang pun hado. Nyakit hati je haih. Haha. Mesti akak jenis biarkan je eh org yg nyindir tu kasi dia lagi sakit hati sbb akak tak balas. Hehe.
      Betul tu kak. Mana mana pun mmg ada mcm ni. Huuu.

      Delete
  5. Seram jugak kerja office ni kan? Tak sangka macam2 spesis ada! Heheh ^^ takut pulak nak masuk alam pekerjaan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe ada yang seram ada yang tak. Depends dengan company tu sendiri. Ada je yang mcm satu family. Kalau dapat yg jenis tu Alhamdulillah sangat. Tapi, kalau dapat jenis yang mcm di atas atau lain lain. Sila la bertabah :)

      Delete
  6. Takpe kak Ika. Yang penting kita bekerja kerana Allah SWT. Semoga Allah SWT dipermudahkan segala urusan kita di dunia dan di akhirat. InsyaAllah. Aamin. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Terimakasih GV. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua ya. Amin :)

      Delete
  7. betul sangat tu ika. selalu dekat sini bab harassment lah paling tinggi kadang nak nangis rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Farhanna kan. Memang sebenarnya, bab harassment ni mcm benda besar kot. Kalau tak dijaga and mcm ambik sambil lewa. Em, makin teruk kot boleh jadi. Makin melalut. Ika rasa elakkan je dari org org mcmtu Farhanna.

      Delete
  8. Kat office ni kena tahu jaga batas and respect each other. Bila tak buat dua benda tu yang berpuak-puak. Paling tak suka dengan yang tak reti nak jaga batasan tu. Tak respect betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.Lumrah kehidupan di office. Puak tu mcm benda memang lama dah wujud. Tapi, mcm ckp lepas lucah and sebagainya mcm tak normal jewww. Huu. Tak respect em.

      Delete
  9. semua tu standard la kan... semoga kita sentiasa menjaga silaturahim sesama kita dan berjaga juga dlm pergaulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes.Memang standard sebab mcm kita terbiasa dengan situasi mcm tu kan. Apa pun, harap kita tak la dalam kategori seperti di atas. Entry ini sekadar untuk buka mata yang sebenarnya culture di office dah "tak sihat" dulu kini dan selamanya huu.

      Delete
  10. betul tu. bab tak menjaga pergaulan tu memang banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. At least bukan ika sorang je nampak benda macam ni. Hee

      Delete
  11. so far, at my office ok je..sebb i byk keja ngan depan komputer n non malay teammates...so, dont care je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. As been mentioned. Different place, diff culture. :) Hee.

      Delete
  12. Betul sekali.. sikap buruk diatas harus dihindari.. tak baik pun.. Tak dapat bahagia hidup apabila punya sikap diatas TT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya kan. TT Jauhi perkara di atas. Beringat. semoga kita bukan dalam kalangan golongan ini ya :D

      Delete
  13. Dulu masa kerja, semua jenis jumpa. Dah lah front line jumpa customer..bab bodek bos mmg hampir semua buat..huh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Bab bodek bos tu mcm awkward je nak buat. Cam tak selesa. Tapi, nowdays memang ramai kaki kipas. Jadi tukang kipas boss. Huu.

      Delete
  14. Budaya berpuak dan pilih kasih tu memang tak dinafikan. Pergi lah mana2 pejabat kebanyakan ada je budaya ni. Yg penting kita kawan je dgn semua org dan buat keje kita dgn komitmen yg tinggi kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak Ana :) Apa pun, kita buat kerja kita betul betul. HEE. Memang budaya camni takleh nak dielakkan. memang akan ada di mana mana sekalipun. Huu

      Delete
  15. kadang-kadang kita elok duk diam tak kacau orang tapi selalu jadi mangsa, paling tak best termasuk kancah politik office.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Kadang mmg kita tak involve atau masuk campur sangat pun. Tapi tu, ada kalanya kita pulak jadi mangsa huu. Bertabahlah sis

      Delete