Feb 2, 2018

BOOK REVIEW - BARONGAN



Assalamualaikum & Hi readers ❤️️
Dah lama rasanya nak review pasal novel ni. Novel pertama yang ika baca karya Naim Tamdjis is Roh Rumah Sewa. Which is his first novel. Ika tertarik nak dapatkan novel ni bila ika baca Projek Seram Hotel. Naim ada buat satu cerpen badut dalam novel tu mengenai badut. 
Dan, sambungan mengenai badut tu ada kaitan dan kesinambungan cerita dalam novel ni. Like of course, ika kena dapatkan. 



                                                                SINOPSIS                                                                  

Kyra seorang anak yatim yang dijaga oleh keluarga pakciknya selepas kematian ayah dan ibunya. Kyra seorang yang lurus dan nerd serta tidak dilayan dengan baik oleh makciknya. 

Kyra menyambung pelajaran di UM yang terletak di Sepang. Dari hari pertama, pelbagai perkara pelik dan gangguan yang berlaku sehinggalah Kyra dan kumpulannya ditugaskan untuk membuat penyelidikan mengenai Barongan. Berlaku satu peristiwa sehingga Kyra berubah menjadi lebih kejam dan pendendam. Seorang demi seorang yang pernah mengusik Kyra termasuk yang membunuh kawan baiknya, Ezah tidak terleps daripada dendamnya. 

Cif Inspektor Arisya telah ditugaskan untuk menyiasat pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku. Manakala Ekmal pula telah kembali selepas melarikan diri ke luar negara dan cuba mendekati Cif Inspektor Arisya semula. Apakah yang merasuk Kyra sehingga telah dia menjadi pendendam dan kejam? Siapakah yang akan dibunuh seterusnya? 

AUTHOR: NAIM TAMDJIS 
PRICE: RM 26
____________________________________________________________________________

MY REVIEW 

Honestly speaking, novel ini salah satu novel yang ika gigih untuk dapatkan. Sebab, novel ni ada beberapa benda yang berjaya menarik perhatian ika. 
Sinopsis dia best. Baru baca sinopsis. Kalau baca whole story mesti lagi best. 
Plus, cover novel dia macam mistik sangat. Ada ada sambungan pasal badut macam yang ika dah mention tadi dekat atas. Sebab kebetulan masa tu, ika baru habis baca novel Projek Seram Hotel tu. 

Penulis berjaya buat ika sebagai pembaca untuk terus membaca sampai habis. Ika suka dengan watak Kyra yang dari innocent terus jadi kejam sangat. Sampai sanggup bunuh orang. Tapi, ikut emosi ika. Memang ika rasa, patut pun Kyra bunuh dieorang tu semua. Dieorang buli emosi Kyra teruk gila kot. I kenot. Rasa nak pi backup Kyra. Dia macam perempuan lemah yang menurut kata. Kadang tu, geram jugak. Haih


And kesian jugak dekat kawan Kyra yang mati tu. Sebab gara gara dia macam berani lawan cakap diva diva si Sally & Ameera tu, Dia terbunuh. Watak jahat dalam novel ni buat ika menyampah teruk kot haha. Rasa cam eh overnya kau. Eh kau ni melampaunya. 

Kyra ni jadi berani kejam dan semuanya la bila ada Barongan ni menghasut dia untuk buat apa yang selama ni dia simpan. Kira macam satu semangat la untuk Kyra. Ala ala pendamping rasanya. Cara dia bunuh orang dalam novel ni scary. Huu. Rasa macam ika dah "in" habis dengan cerita ni. Dia sikit pun mcm "I don't care at all" bila nak bunuh org tu. Rasa suka pulak bila dia cam tu. Takda la org suka suka nak buat dia mcm mcm lagi. 
Phew

At the same time, Kyra ni macam berperang dengan diri dia sendiri bila pendamping dia hasut. Barongan tu mcm brainwash otak dia sampai la dia nekad buat semua benda yang out of box. 

Overall, jalan cerita superb. Compare dengan RRS. Ika pilih Barongan. Sebab penulis tunjuk satu sisi lain dia bila menulis Barongan. Korang kena cuba beli dan baca. Ika fully recomended. And ika nak bagi ⭐️⭐️⭐️⭐️and half star.Hee. Good job penulis. Ika puas hati sebab at the same time ika dapat tau ending pasal badut tu. Haha. 
Lepasni nak dapatkan Kakak Kemboja. Teringin sangat nak baca, Huu. 

See you gais in my next book review. InsyaAllah. 

17 comments:

  1. macam best je tgk mbuku ika semua warna hitam...wakakakaka..

    kdg rasa mcm malas dah nk beli buku novel cinta sbb bila pengakhiran tak sama mcm kita harapkan, cikyan frust...serius ni best eh? nak beli !

    buat byk2 lg ika review psl buku seram...at least cikyan dah tau kat mana nak rujuk..wakakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee buku hitam ika, sikit je cikyan. Compare dengan org lain yang setiap kali keluar buku baru. Depa beli. Ika cam beli bila ika kayos sedikit haha.
      Yes, buku cinta memang gituww le. Tapi, ada je novel cinta yang ok ika rasa. But still, tahap klise tu tetap ada.
      InsyaAllah cikyan. Ika akn buat review buku seram lagi. Hee.

      Delete
  2. Bestnya buku ni ika. Kak ana suka novel genre mcm ni. Kalau dulu suka layan novel cinta skrg dah beralih ke arah yg lebih thriller.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee ya kak ana. Best :) Nnt kak ana cuba la baca and kak ana suggest la kat ika novel apa yang kak ana suka baca hehe. Genre camni rasa dia lain sikit kan. hee

      Delete
  3. Baca sinopsis macam.best jer novel ni.. Tambah lagi ika tuli s reviee tu teringin nak.baca gak la. Seram tak hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Kan. Baca sinopsis mcm nak baca whole story. Hee. Seram tu ada la jugak. Dia mcm banyak suspen anc berdebar sebab part bunuh tu cam nervous sikit :)

      Delete
  4. perghh kejam siot bunuh bunuh...hahah tapi tu la yang lagi buat kite nak baca kan..menarik..mungkin lepas ni boleh beralih pada novel melayu pula.heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes exactly. Memang yang bunuh bunuh tu la buat lagi teruja nak baca haha.
      Why not. Maybe awk akan fall in love dengan novel melayu yang awak suka. Kena pilih genre yang awak suka la. Hee. Yang tak suka tu, just ignore it hehe.

      Delete
  5. Nampak macam ngeri tapi bila ika citer tu rasa menarik nak baca...

    ReplyDelete
  6. First time mama.tgk barongan sgt ngeri ok.. mesti Seram cite ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee. Barongan nampak a bit scary.Kalau muncul ddpn, lari dah huu. Hee. Terasa meremang bila bacanya.

      Delete
  7. Setuju sangat dengan ika.. cara penulis gambarkan Kyra tu memang sesuatu sangat.. Novel ini menunjukkan sisi lain penulis.. RRS itu dia macam komedi hoorror.. But this one memang menaikkan bulu romalah bila baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee kan kak kan. Yayy. Ada jugak yang sama pemikiran dengan ika hehe. RRS yes, itu komedi horror. Tapi, Barongan ni lain. Akak dah baca ke kakak kemboja?

      Delete
  8. Sinopsis & Review macam best. Tapi kalau buku ni kesinambungan jadinya kena beli dua2 la kan baru faham cerita. So far Mai ada novel dari penerbit FIXI je, nanti nak usha novel2 seram recommended by Ika pula.

    ReplyDelete
  9. Waw.. macam best je tengok buku ni

    ReplyDelete
  10. Orng kata don't judge book by it's cover kan.. Nampak je kulit hitam camtu, isinya tk tahu lagi. Heh

    ReplyDelete