Feb 27, 2018

BOOK REVIEW - PROJEK SERAM PULAU


Assalamualaikum &Hi readers ❤️️
Before this ada yang pernah request untuk ika share buku pasal Pulau. Maybe dia maksudkan buku jenis tavelog rasanya. Tapi, memang kebetulan sangat. Hari yang dia request tu. Ika baru je beli buku ni dari Pesta Buku. Sorry, memandangkan awk, Cik xx pun just mention pulau. Ika pun asume ini la buku pulau nya. 

Entahlah, tarikan novel novel Projek Seram ni terletak dekat pemilihan tajuk and cover buku. And of course, sinopsis. 
Ika tak nafikan. Colour dia sangat la hijau sampaikan dari jauh macam boleh nampak. Dia macam warna aiskrim Solero. HAHA. 

DETAILS 
AUTHOR: NAIM TAMDJIS, S KAUSARI, & ILLYA ABDULLAH 
PRICE: RM 20 
PUBLISHER: BUKU PRIMA 


MY REVIEW 
"SEKALI KAU MELANGKAH MASUK, SUKAR UNTUK KAU MELEPASKAN DIRI" 
First, novel ni hanya ada 3 cerpen sahaja. Which is kena la dengan harganya. Hee.
Personally, bagi ika. Novel ni just nice. Cerpen pilihan ika is Malam Berdarah by Sis Illya. 
Tapi cerpen lain pun ok jugak, cuma ika suka lebih sikit karya Sis Illya.

PUAKA BERLULUT / NAIM TAMDJIS 
Bagi ika, kekuatan cerita ini datang dari segi penceritaan penulis yang menyusun rapi dialog, jalan cerita, suasana suspen. Ika rasa penulis berjaya mengolah cerita dengan baik dan pembaca dapat memahami dengan sekali baca dan bukannlah sampai kena baca ayat yang sama berulang kali. Jirin dan Misran ni buat ika rasa mcm ika pun ikut dieorang berdua untuk jelajah Pulau Jerejak tu sama sama. Macam yang ika cakap, banyak fakta menari

FLOR DE LA MAR/ S.KAUSARI 
Honestly, bila baca karya beliau. Ika rasa mcm ada sesikit similarity diantara cara dan konsep S.Kausari & Helmy. Sebab depa akan mcm selitkan dengan sejarah. Dan ika rasa macam konsep cerita ni ala ala Indiana Jones. Hehe. Adventuree. Ika paling tak suka dengan watak Linda. Annoying hokey. Phew. 
Apa pun, ika rasa kalau novel ni lebih banyak diolah oleh penulis, akan lebih banyak yang boleh dicreate and watak watak akan lebih menyerlah lagi. Dan, mungkin penulis dapat menghasilkan novel solo dengan cerita ni. 

MALAM BERDARAH/ILLYA ABDULLAH 
Ika suka cerpen ni sebab walaupun semua kejadian hanya berlaku dalam satu malam dan agak klise la jugak bila sebenarnya start baca dapat mcm predict apa akan jadi in next scene. Tapi tetap ika suka. Mungkin, sebab ika suka baca benda benda yang klise ni. Eh? 
Menariknya, ika suka bila permulaan cerita mcm bila agent offer resort dengan harga yang murah. Which is, brilliant starting. Penulis berjaya pancing pembaca untuk tahu lebih lagi. Ika suka bila mana penulis jugak berjaya menghasilkan banyak watak yang berlainan dan kita tak keliru dengan watak yang begitu  ramai dalam satu resort tu. Dpat rasa feel seram tu. And ika suka cerpen ni. Enough! Huhu. 

🌟🌟🌟 and a half. 
Kalau sesiapa yang suka jenis travel ke pulau tu. And rasa nak feel pulau tu boleh la beli buku ni. Lain sikit dari jenis buku travelog pulau yang lain. Hehe. 
Jumpa in next entry gais. 

6 comments:

  1. yyeaaayy best..serius cantik kan muka depan dia tu..yela mcm aiskrim..nmpk sedap...wakakakakaka ! hmmmm xpenah lagi baca buku ni...kat popular pon xde ika...sedey je smlm cari the lost wolrd tu, takde...adeiii..

    ReplyDelete
  2. ceritaya mcm sama dgn novel penyiasatan jepun...

    ReplyDelete
  3. menariknya buku ni... siapa yg minat kisah misteri boleh dapatkannya...

    ReplyDelete
  4. Menarik ! I memang suka baca cerita seram, tapi buat masa ni macam banyak pulak baca cerita seram rasa macam tak sedap pulak hahaha. You know bila kita baca banyak sangat benda seram, rasa macam sekeliling kita tak selesa and ada something tak kena. Masuk list je dulu la hehe.

    ReplyDelete
  5. tak jumpa lagi buku ni nanti boleh try kot :D

    ReplyDelete
  6. Yup.. Cover dan tajuk sangat attractive.. Kak sha kumpul PS ini pun sebab cover dan warna yang mereka guna.. Nampak sangat cantik bila disusun di rak.. Kikiki.. Pulau ini menarik juga..

    ReplyDelete