Sep 28, 2018

Wedding Gift - Printcious


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️  

Selalunya ika akan ada small talk dengan mak ika pasal wedding gift. Ye la, lagi lagi bila kita pergi wedding kawan kita. Nak juga bagi sesuatu yang menarik untuk pengantin. Tapi, yang menjadi kebiasaanya. Ramai org akan menghadiahkan sesuatu yang boleh dikatakan normal dari dulu lagi iaitu macam set gelas, sudu, pinggan mangkuk, tuala dan sebagainya. 

Tapi kan, apa salahnya kalau sekali sekala kita hadiahkan pengantin sesuatu yang istimewa supaya mereka akan lebih rasa teruja dan happy dengan hadiah tersebut. Lepas ada discussion dengan mak ika. Mak ika suggest untuk berikan sesuatu yang boleh di custom made. Maksudnya sesuatu yang kita sendiri design. Ika cari banyak website yang menyediakan perkhidmatan tersebut. dan akhirnya terjumpa satu website: Printcious. Dekat sini, ada banyak sangat pilihan. Untuk birthday, graduation, anniversary, christmas, new baby, engagement dan termasuk jugak Wedding gift ideas for bride and groom & Personalized wedding gifts. Kalau dilihat apa yang boleh kita buat dekat sini. Ika yakin, ramai akan teruja. sebab ada banyak sangat pilihan. 

Kalau kita yang nak berikan untuk org pun dah teruja, apatah lagi yang menerimanya. Bila banyak pilihan, mula la rambang mata. Oh ya, Printcious jugak menyediakan perkhidmatan Bulk Order. Di mana kita boleh membeli secara pukal. Ika yakin harga yang ditawarkan oleh Printcious sangat berpatutan dan murah. 






Yang penting sebelum kita nak design apa saja yang kita nak. Kita kena sign up dulu. Ada account sendiri. Kemudian baru boleh proceed. Ika tertarik nak hadiahkan Throw Pillow untuk pengantin. So, ika nak design satu untuk pengantin sebagai hadiah. Senang saja step nya. Sebelum tu, ika akan cari gambar yang ika nak di google. Senang nanti bila kena letak gambar, dah ada :)

Click Throw Pillow > Pilih jenis pillow > Image (masukkan image yang anda mahukan) OR Text > Adjust dekat space yang dia dah berikan > Tekan Done. 






Jangn lupa untuk add cart. Dan teruskan pembayaran. Bagi ika personally. Website printcious sangat user friendly. Sesiapa saja mampu mengunakannya tanpa sebarang masalah. Sambil sambil tu, boleh baca customer review di home page. 

So, terhasil la design yang kita mahukan secara automatik. Kalau nak lebih teliti mengenai produk yang dipilih, boleh tengok gambar yang disediakan. Supaya kita akan dapat lebih clear image. Atau scroll di bawah. Ada full details. Mudah dan jimat. Printcious menjimatkan masa kita untuk mencari hadiah buat insan yang kita sayangi. Jimat masa juga sebab tak perlu untuk kita pusing satu mall semata mata nak cari satu hadiah. 


“If you are looking for best door gift ideas for wedding, don’t forget to contact them.
Or if you have any upcoming birthday party and would like to impress your guest, 
wedding photo booth rental is your best entertainment.
Don’t miss to click here too Button Badges MalaysiaBulk Order Color MugBulk Order Magic MugBulk Order LanyardBulk Order Mousepad.
We also welcomed any sponsorship to get sponsor for their event. Don’t miss out to grab this big opportunity by click here Sponsorship for Event.
Printcious is also available in SingaporeAustraliaHong KongCanadaPhilippines & Taiwan

Sep 25, 2018

Lazada Shopathon Blogger Contest-Part 2


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️  

Disebabkan haritu ada join yang first session. So, kalini nak join yang second session pulak untuk melengkapkan contest dari Lazada ni plus untuk memuaskan hati sis. Hee. And yes. Lazada akan buat another sales iaitu Shopathon Blogger dari 21-27 September 2018. Of course korang kena pergi intai sales yang ada sebab selalunya harga memang cun dan murah sangat. Affordable gituww. 



Before that of course kena jawab soalan: 
Select three of your favourite brands on Lazada and tell us why you love them.

1.  Bonia

Bonia ada banyak handbag & wallet yang ika suka tengok. So many modern pattern. And of course banyak pilihan warna dan saiz. Memandangkan, ika suka pakai handbag yang jenis kecik. So, Bonia ada banyak jenis beg kecik yang bagi ika perfect size. Dan bukan ada untuk perempuan je, lelaki pun ada. Wallet, jam & beg. So, dua dalam satu. Dalam kita cuci mata untuk kita, boleh la cuci mata untuk adik lelaki ke, ayah kita ke, boyfriend kita ke, suami kita ke. Haha



Ini memang brand favourite ika dekat Lazada. Sebab ika pengguna produk Body Shop. So, bila dah singgah ke kedai Body Shop. Tapi during that time, usually. Macam berbelah bahgi nak beli ke tak. Bila balik tu, tiba tiba rasa nak beli pulak. So, tak payah la rasa susah payah nak patah balik pergi kedai tu. Just bukak dekat Lazada je. Lagipun, jimat la untuk kita. Jimat minyak kereta, tol serta tenaga kita haha.  Sebab kita dah try produk tu dekat store dia. So, we just need to pick and add to cart. Easy!



Dah lama aim nak beli kamera sendiri sebab rasa macam rugi sangat kalau pergi tempat lawa lawa and travel. Kita tak ada good camera. So, ika selalu usha dekat sini untuk tengok harga kamera idaman ika. Lagipun. Fujifilm ni boleh dikatakan jenama yang dah lama dan mampu bertahan sampai sekarang. Kira dia bukan la jenama yang cincai. Instant camera dia semua comel. Aih. 


So, itu antara 3 jenama fav ika dekat Lazada. And ada lagi banyak tapi mintak 3 je kan. Hee. So, all this Top 3. So gais jangan lupa untuk join contest ni. Sebab still ada masa lagi. Siapa yang termiss session one pun masih boleh join. Hee. And also, don;t forget to set  your date for Shopathon Sales

Sep 24, 2018

MOVIE REVIEW - SEARCHING 2018


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️  

Lama rasanya tak buat movie review. Kalini, ika nak share satu movie yang ika tengok baru baru ni, Searching.Kebetulan, taktahu nak tengok cerita apa. Tapi once baca sinopsis dia ika jadi excited untuk tahu lebih. Lagipun rating movie ni not bad. So, ika buat conclusion awal yang movie ni memang boleh diterima oleh semua org. Boleh dikatakan movie ni macam ala ala Internet Movie yang lain mcm Dark Web, Unfriended etc. 

SINOPSIS RINGKAS: Setelah anak perempuannya (Margot) yang berusia 16 tahun menghilangkan diri secara tiba tiba. Seorang ayah (David Kim) yang terdesak mula menyelongkar laptop anak perempuannya untuk mencari petunjuk . 

DIRECTOR: ANEESH CHANGATY
STARS: JOHN CO, DEBRA MESSING, MICHELLA LA , JOSEPH LEE 
GENRE: THRILLER / DRAMA


Boleh dikatakan sebagai satu movie "realiti" yang berlaku disekeliling kita. Dalam movie ni kita akan dapat lihat macam mana kehidupan kita yang sebenarnya sangat attach dengan gadget yang serba moden. Kebetulan, bila anak dia hilang. Dia tahu mana nak cari petunjuk. Dia tak buta IT. Kira dia tahu mcm mana nak bukak email, nak bukak media social anak dia. Dengan tukar password. Check history, livestream archieve dan banyak lagi. Personally, sebagai penonton. Ika salute dengan ayah dia sebab tak penat dan putus asa cari anak dia dengan mengodek segala media social anak dia. 

Bila dilihat struggle nya dia untuk mencari maklumat dari kawan Margot, polis dan stranger di media social anaknnya. Membutkan ika merasakan yang dia tidak rapat sgt dengan anaknya lepas kematian isteri dia. Tapi, dia sentiasa contact anak dia  untuk 



Kita akan dapat lihat mcm mana David dan isteri dia besarkan Margot dari kecil dengan sertakan video, gambar dan grafik kalendar. Which is so good. Tak boring. Kita akan lebih fokus untuk tengok. Dan mcm mana bijaknya David dapat maklumat dan clue lebih dari apa yang detective dapat. Which is weird jugak la kan. Tapi it's okay. It's all about effort. Kan?. Suspen dan berdebar jugak bilamana setiap kali David interaksi depan screen laptop. Bukannya apa, rasa macam cool jugak sebab dah tak payah susah susah nak face to face nak jumpa atau cakap dengan org tu. Video cam je. 

And kenapa korang kena tengok is sebab Searching ni ada plot twist. Ika pun dah tertipu dan tak salah teka mana pergi Margot. Mati ke hidup? Kena kidnap atau kena bunuh? Dalam movie ni kita akan didedahkan dengan posibility dunia teknologi. Ada yang memudaratkan ada juga yang membawa satu kesenangan dlm kehidupan. 


RATE: ⭐️⭐️⭐️ point 5 
Ni short review saja. Maaf kalau terkurang. 


Giveaway Berkongsi Rezeki



Assalamualaikum & Hi readers ❤️️  

Taknak lepaskan peluang cuba nasib untuk giveaway dari Kak Sha. Hadiah dia pulak sebuah buku yang dalam wishlist. Maka, tak salah mencuba hee. Before this pernah baca review dari Kak Sha. And since dari tu mula tertarik nak dapatkan and baca. 

Jom join GA Kak Sha. Tarikh tamat: 5 Oktober 2018. 

Sep 23, 2018

'What do you read today?' - Giveaway RM20 + Modern Resume !!!



Assalamualaikum & Hi readers ❤️️  

Ika terjumpa GA ni dari blog Sayidah. Tertarik dengan GA dari Cik Nur Aisyah. Sebab soalan dia pasal buku. Hee. lagi 5 hari untuk korang join GA ni. 




Minat baca buku sejak kecil terbawa bawa sampai ke besar. Alhamdulillah. Makanya, saya memang tak memilih genre buku untuk dibaca, Apa saja jenis buku boleh dibaca sebab saya suka kepelbagaian dalam sesebuah buku. Fiction, Non Fiction, Adventure, Fantasy, Horror, Thriller, Islamic etc. Banyak sangat genre buku yang boleh dibaca. Well, jangan sekat pembacaan kita. 

What did I read today? 

Satu soalan yang menarik untuk dijawab haha. Actually sekarang saya tgh baca satu novel yang bertajuk Paranormal by Hani Suraya (still pending). Which is sekarang saya mula tertarik untuk baca indie book. Yang lebih sarat untuk fikiran dan luar kotak. Of course, saya ada love hate relationship dengan buku Fixi. Sebab expectation saya sometimes tak capai. But it's okay. As long as ada pengajaran dan 'sesuatu" yang boleh saya dapat dalam sesebuah buku tu. 

'Sesuatu" yang saya maksudkan tu ialah inner feeling kita. Sama ada kita terkesan dgn jalan cerita yang disampaikan oleh penulis atau sebaliknya. 

Beauty Giveaway By Mrs Pip



Assalamualaikum & Hi readers ❤️️  

Harini, ika feel free untuk join Mrs Pip punya GA. Syarat nak join pun sangat mudah. Tak memeningkan kepala sangat hee. First of all, congrats dekat Mrs Pip sebab banyak dia guna domain dia sendiri, dapat baby & PV dah setengah juta. Salute sangat. Blog ika baru nak bertatih. 

So, untuk soalan yang ika nak tanya dekat Mrs Pip: 
Boleh tak share macam mana Mrs Pip dapat idea nak buat setiap entry untuk blog? 


All the best gais. Selamat bergiveaway & GA ni tamat 6 Oktober 18. 

Sep 20, 2018

Segmen Bloglist Oct & Nov'18 by zzzyy.blogspot.com



Assalamualaikum & Hi readers ❤️️ 

 Sebab dah lama tak join any segmen. So, ika nak join segmen dari 

Book Haul September 💸


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️ 

Tak plan sebenarnya nak beli buku untuk this month. Rasanya bulan ni la paling banyak overspent untuk buku, which is ika sendiri tak jangka akan terbeli sebanyak 21 buku. 21 buku kali ni ika mixed malay and english book. Oh lupa. 21-10= 11 books je actually yang ika beli guna duit sendiri. Another 10 books ialah pemberian Cik Anatassia Isabella. 
Well. thankyou so much miss.

Buat masa sekarang, mood membaca ika boleh dikatakan agak slow sebab banyak buku yang tak dibaca lagi. Tapi, ika yakin 100% yang ika akan habiskan semua buku ni dlm jangka masa pendek haha. Tak apa la. Asalkan, baca dan sentuh buku. Hee. Kadang tu kekangan duit nak membeli tu membuatkan ika sentiasa make sure at least ada stok buku untuk dibaca. Kalau takda duit nak beli buku pun. Tak la rasa mcm sedih hehe. 



21 Books. 
1. Cheese: Cik Qwerty 
2. Cinta Si Ikan Buntal & Kambing Liar: Muliati Abdul
3. Akulah Cinderella: Nozi Danisya 
4. Awek Chuck Taylor: Nami Cob Nobbler. 
5. Kombo Fixi: Cekik + Amerika: Ridhwan Saidi 
6. The Sweet Life of Sally Tomato: Jean Ure 
7. Inexcusable: Lynch 
8. "..Startled by his furry shorts!": Loiuse Rennison 
9. Sara's Face: Melvin Burgess
10. Kissing Snowflakes: Abby Sher 
11. Paula Spencer: Roddy Doyle 
12. Stay: Caletti 
13. The short second life of Bree Tanner: Stephenie Mayer 
14. Paranomal: Fixi 
15. Permainan: Fixi 
16.Jahat: Fixi 
17. Sumbat: Fixi 
18. Champak: Iman Publication 
19. Air Mata Presiden Mursi: Iman Shoppe 
20. Mudahnya Menulis: Iman Shoppe Publication
21.The Trouble of twins: Bright


Minggu lepas kalau tak silap ada Mycyber sale. So banyak book store alam maya yang buat promotion gila gila. Dan of course. Ada few books yang ika tengok berbaloi untuk beli. Semuanya memang tengah murah sangat. Contoh: Fixi (3 buku- RM50), Lejen ( 1 buku- RM 3.90) dll. Tapi ika pilih Iman Shoppe Publication. Dan ika pilih buku yang nipis nipis saja sebab cepat habis sikit bila baca. 



Itu saja untuk bulan ni. Rasa macam nak buat GA. Tapi risau sebab tak pernah buat. Hee. Dan takut tak ada sambutan. Nanti ika fikirkan. Thankyou sebab ada yg masih sudi singgah blog dan drop comment. Sangat hargai. Dah la kita ni jarang update. Harap lepas ni lebih rajin dan konsisten :) 

Sep 15, 2018

Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana




Assalamualaikum & Hi readers ❤️️ 

Sebab harini rajin blogwalking, ika terjumpa satu GA dari Kak Ana. Tengok nama GA pun tahu mesti pasal produk kecantikan. Taknak cakap panjang panjang, jom join GA ni untuk meriahkan lagi hee. Kalau tengok hadiah semua best best hee. Geram!

All the best gais :)

Sep 8, 2018

BOOK REVIEW - NOTA



Assalamualaikum & Hi readers ❤️️ 

Lama tak update blog untuk book review. Last book review: Kampus by Syafiq Aizat Kalini, ika nak buat sedikit review untuk buku Nota by Shaz Johar. Dan iya. Masih publisher yang sama iaitu Fixi. Ika ingat lagi. Masa first time buku ni keluar tahun 2015 dekat bookstore. Ika memang tertarik sangat dengan sinopsis buku ni. Tapi entah kenapa. Tahun 2018 baru la dapat beli dan baca. Pity me. By the way. Ni first time ika baca karya Shaz Johar. Makanya, ika taktahu corak dan gaya penulis utk buku buku sebelumnya. 

Apa ya nak dikomen? Risau dalam emosi menaip tertulis spoiler pulak haha. 

Boleh kita cuit sikit pasal cover buku as usual? Baiklah. Ika suka bila pereka kulitbuku Nota ni letak antara helaian nota yang dalam buku ni sebagai cover page. Which is yes. Very good idea and eye catching. For me la. Sebab ika mudah tertarik dengan cover buku yang cantik dan unik. 



BOOK DETAILS

PAGE: 300 PAGES 
PUBLISHER: FIXI
AUTHOR: SHAZ JOHAR
YEAR: 2015


Ika ada buat short review dekat Goodreads. Tapi rasa tak puas sebab tak dapat membebel dan tulis apa yang terbuku dalam hati. Haha. Perasaan bila baca Nota boleh dikatakan mixed feelings sebab ika enjoy baca tapi at the same time rasa confius dan blur. Ayat yang digunakan penulis senang untuk difahami tapi jangan pandang takda mata hokey. Sebab penulis akan buat otak hang sebagai pembaca upside down dengan cerita dia. Tapi susunan cerita kemas. Itu kena puji. 

Ray  (watak utama )yang passion dia totally nak menulis sanggup bersusah payah untuk cari bahan for his next manuscript. Sampaikan dia dapat idea untuk buat cerita pasal Pedophilia. So, dia cuba korek rahsia yang tak terungkai dari Intan Sofea (tertuduh/pembunuh). Watak dalam ni banyak. Faiz, Intan, Lisa,Vin, Rekha, Iskandar, Bang Aji, Dina dan banyak lagi. Makanya, korang kena betul betul tangkap dgn nama karakter so that mcm biasalah. Tidak lost!

Tapi, tak la semudah yang Ray sangkakan. Intan yang disyaki membunuh tu seolah olah main tarik tali dengan dia. Setiap kali Ray dtg melawat dia dekat Hospital Mental, dia akan hulur nota. Intan tak boleh bercakap, hanya helaian nota dan tulisan saja sebagai bahan komunikasi antara dieoang. Oh ya, plot cerita ni berjaya 100% buat ika jadi curious dan bertambah curious sampailah di penghujung cerita. Ika tak stop baca Nota sebab ika rasa mcm terfikir fikir. Ika selalu salah tafsir dan teka. Plot twist dia 👍



Ini personal opinion ika. Ika rasa Ray ni macam hidup dia senang lenang betul. Dah la taknak dengar nasihat. Dengan kerja yang belum tentu dapat jamin masa depan dia, dia berani ambik risiko untuk berhenti kerja dan mula ikut apa yang dia minat. Iya bagus kalau kita follow apa yang kita minat. Tapi, takkan la dia takda komitmen lansung dlm hidup dia? Useless? Maybe half useless haha. Jahat nya kutuk perangai Ray. Haha. 

Ika rasa sebab penulis ada banyak sangat idea. Dia create banyak sangat cerita yang ending nya tergantung. Sebab hujung cerita, ika dapat rasa ianya macam terlalu cepat sangat habis dan persoalan terhadap cerita yang penulis create tu, ika tak dapat jawapan. At least belanja ah sikit apa jadi sebenarnya dekat Faiz, Iskandar ke? Lisa jadi ke kahwin dengan Vin? Melissa tu siapa? Dina tu sebenarnya gila kan? Bhg akhir tu sebenarnya dia cuma berhalusinasi je kan? Adakah Intan tu mastermind untuk semua ni atau dia memang mangsa keadaan? Haha. 

TIDAK! Ika la mangsa keadaan sebab ika konfius haha. 😅



Rupanya ada sambungan untuk Nota 1. Lega ya amat! At least takda la rasa ralat hingga hujung nyawa sebab tertanya tanya haha. Well, ika harap ika dapat beli Nota 2 & 3 secepat yang mungkin dan bukan la tahun tahun lain bru dapat beli. Ketinggalan zaman sangat nanti. Memang betul hanya utk pembaca matang saja. Orang matang kena cool utk terima jalan cerita sebegini rupa haha. 

RATE: ⭐️⭐️⭐️⭐️

MOVIE REVIEW - THE MEG 2018



Assalamualaikum & Hi readers ❤️️ 

Lama tak buat movie review, rasanya last movie review yang ika buat Eiffel I'm In Love. Sebenarnya nak sangat tengok Hantu Kak Limah & Munafik 2. Tapi tak kesampaian lagi nak tengok sebab kekangan masa. Tapi, sempat curi masa utk tgk The Meg. Sebab masa tayangan cun. 

The Meg adalah singkatan untuk Megalodon. Megalodon ni merupakan seekor ikan jerung zaman purba yang dikatakan pernah wujud 23 juta tahun yang lalu. Seberat 60 ton dan panjang Mega ialah 60 kaki. Kalau nak tahu lebih lagi pasal Megalodon boleh google. Ada banyak sangat fakta pasal ikan jerung Mega ni. 




SINOPSIS 
A massive creature attacjs a deep sea submerisible, leaving it disabled and trapping the crew at the bottom of the Pacific Ocean. With the time running out, rescue diver Jonas Taylor must save the crew and the ocean itself from a unimaginable threat-A 75 foot long prehistoric shark knowns as Megalodon. 
Source: Google



Ish. Taktahu la mcm mana nak review movie ni. Dari dulu kurang minat tengok cerita yang mcm jerung jerung ni. Tapi tertarik dengan tajuk The Meg tu. So, tengok la jugak.  Opening cerita ni superb. Sebab deep sea punya view sangat la lawa and nampak so real. Amazed seketika dengan keindahan deep sea. Siapa yang suka tengok cerita Fantasy/Thriller Film. And boleh menerima cerita yang luar kotak maksudnya yang logik tak logik macamtu. Boleh tengok. Sebab ramai kata, eh takkan la dengan guna senjata tu boleh bunuh binatang purba tu just like that. Sebab tu, ika kata movie ini hanya org yang boleh terima benda yang out of box.

Disebabkan ada submarine crew terperangkap dekat deep sea tu, so dieorang terpaksa untuk cari Jason untuk misi menyelamat. Jason actually dah lama berhenti buat kerja misi menyelamat sebab dia dituduh gila masa misi terdahulu sebab tinggalkan kwn kwn baik dia. Tapi tula, hanya dia saja yang berpotensi dan ada good skill utk selamatkan dieorang. so cm wow la. Glap! Glap!


Honestly, ada jugak ika terlompat lompat masa tengok cerita ni sebab bab terkejut memang thumbs up. haha. I like the way flow cerita ni bergerak. Suspen and curious tu tak hilang. Dia makin buatkan kita sebagai penonton tak sabar nak tau ending haha. Tapi, itulah. Untuk katakan ini the best movie and recommended movie. Ika akan cakap, boleh pi tengok la cerita lain. Ada lagi yang best haha. 

Megalodon nampak so real bila dekat deep sea. Tapi bila dia dah mula show off diri dia. Dia macam jadi tak realistik pulak. Haha. Tapi takkan la dari awal sampai habis nak dekat deep sea je kaan. So, terimala movie ni seadanya dia.

RATE: ⭐️⭐️⭐️