Mar 24, 2019

BOOK REVIEW- SAMURAI BY DEKNA LEE



Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Bulan Mac ni ika banyak novel cinta. Genre lain boleh kira pakai jari. Semua gara-gara ika baca dekat PNM e Reader. Dekat situ, ika jadi gila pilih novel cinta. Ika cuba berjinak-jinak baca dari publisher lain pulak, nak tengok macam mana dia punya feel tu. Boleh pergi jauh ke tidak hehe. 

Kalini, ika pilih untuk buat review untuk buku Samurai by Dekna Lee. Kalau ikutkan, ini buku pertama ika baca dari Dekna Lee. Ika tahu dia dah keluarkan banyak dah buku. Dan ada yang dah diadaptasi dah pun kan. Well, taknak cakap banyak. 

Let's do this. Bismillah. 

"DALAM HATINYA TERDAPAT SEBUAH TAMAN GERSANG DI MANA HANYA ADA SEKUNTUM BUNGA MELUR'
Sweet enough? Not yet. Sila baca novel ni kalau nak tau si hero sweet atau nak makan penampar. Kihkih


DETAILS 

                                                                  AUTHOR: DEKNA LEE                                                       
                                                           PUBLISHER: LOVENOVEL                                                        
                                                                      PAGE: 506 PAGES                                                       
                                                                        YEAR:APRIL 2015                                                       
                                                                            PRICE: RM 26                                                         

MY REVIEW 

Jujur cakap, mood sekarang tgh jiwang-jiwang. So, bila baca buku ni. Menjadi sangat la perasaan tu. Faham tak bila baca novel cinta, kau akan ada rasa 'manissedihsebaicair' dalam satu rasa? Macam gitu la. 

WATAK: AIZAT (HERO)

Personally, ika suka watak Aizat dalam novel Samurai ni. Hero muka kerek rock kapak tapi dalam hati ada taman bunga. Manis dia tu, dia tunjuk lepas kahwin dengan Melur. So, tak ada la habis air liur buat modal nak mengorat. Huhu. 

Pembaca macam ika ni lebih suka jalan cerita yang flow tu makin naik naik dan naik sampai taknak stop membaca sampailah ending dia tu rasa macam Ahaaa! Cantik! Dekna Lee tak create watak yang perfect untuk Aizat. Yang tak perfect tu la boleh diterima dek akal. Get it? Aizat budak juvana. Mangsa keadaan. Dia gambarkan Aizat sebagai seorang yang kurus keding, berambut panjang, pakai baju yang ada gambar tengkorak jelir lidah & menganggur dekat kg. Aizat sangat misteri orgnya sampaikan kita pulak eksited nak tahu pasal dia. 



WEH BETUL ORANGTUA  KATA. SIAPA SUKA GADUH TU, KAHWIN KAN JE.
Aizat & Melur kahwin terus helok weh haha. 


MELUR (HEROIN)

Watak Melur pula, ika rasa just nice. Mengambarkan yang dia seorang yang bersifat keanak-anakan sikit. Tapi perempuan, memang akan terselit la sifat tu sedikit sebanyak. So, rasa macam perangai Melur ni sangkut paut sedikit dengan perangai sendiri. Tapi bukan la part memanjat pokok. Haha Melur ni another side dia boyish sikit. And kalau melawan, amboii. Geram. Rasa nak cili. 


_________________________________________________________________________________


Cuma, ika rasa terganggu sikit bila si Melur ni suka cakap ayat 'nak terkencing' Haha. Rasa macam tak sopan. Tapi, nasib baik tak ada kekerapan ayat tu. Kalau tak, mungkin ika akan tutup buku. 

Realiti kehidupan: Budak sekolah jahat selalu dipandang serong seolah olah mereka tak boleh lagi diberi peluang untuk mulakan hidup baru. Kadang, kita selalu judge org tanpa tau apa yang mereka ni alami. Semua org pun buat silap. Mungkin ada diantara mereka ni yang teranaiya dan sebagainya. Kalau masih boleh beri peluang utk mereka, kita berikanlah. Tapi, if depa ni betul betul di pihak yang betul la. 

Samurai kena dengan jiwa ika. Ika boleh terima keistimewaan dan kekurangan novel ni. Mungkin kita sama taste, mungkin tak. Hee. Well done penulis. Selamat berkarya!


RATE: ⭐⭐⭐⭐

Mar 20, 2019

BOOK REVIEW- BILA CINTA MILIK DIA BY SHARINA ELISA (PNMeREADER)



Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Source: Google


DETAILS

AUTHOR: SHARINA ELISA
PUBLISHER: KARNADYA
PRICE: RM 23
YEAR: 2017 


MY REVIEW 

Tertarik dengan sinopsis sebenarnya. Misi Nia untuk mencari cinta sejati. Untuk buktikan dekat parents dia yang masih ada orang yang bukan sayang seseorang tu disebabkan rupa paras tapi hati. So, Nia ke Terengganu. Dan menyamar menjadi 'seseorang' yang lain. Haha. Suddenly, teringat pulak dekat cerita Cinta Kolestrol. 

Sanggup Nia tukar diri dia yang cantik menjadi seorang yang gemok(130 KG), gelap, berjerawat. Em, entahlah. Bukan benda pelik lagi bila cakap pasal isu penerimaan seseorang terhadap rupa paras ni. Isu normal. Lelaki secara logiknya memang suka tengok benda atau orang yang cantik. Tak kata lelaki la, Perempuan pun sama. Kan? 

WATAK

RAQIB: Satu perkataan untuk Raqib. "ANNOYING"!. Kita pulak jadi angin bila baca perangai dia ni. Mulut tak ada insurans lansung. Kalah makcik bawang. Suka sangat mengata si Nia. Body shaming tak sepatutnya terjadi okay. Dekat sesiapa pun tak boleh sebab itu dah menyentuh sensitiviti seseorang. Tapi, si Raqib ni boleh selamba je bahan Nia gemok la apa la, anak badak la. Datang ke tempat Nia semata mata nak sakitkan hati. Ah. 

Layak la kau kena tinggal dengan gf kau. Mau penampar je muka kau tu kuat-kuat. Kuat sangat menganjing orang. Sis emo ah bab-bab gemok ni sebab terasa dekat batang hidung sendiri. 

ABANG-ABANG SEPUPU NIA: Tapi penulis create watak-watak yang menyenangkan hati. Abang-abang sepupu Nia yang sangat protective. I like. Sebab cara dieorang semua jaga dan sayang Nia tu. Rasa macam "haaaa, baiknya lahai". Lagi-lagi IQI. Ehe. Siapa yang tak suka watak IQI taktahu la. Diam diam suka Nia. Tapi sorok perasaan tu. Menjaga dalam diam org kata. Semua dekat Nia sampaikan sanggup hold nak kahwin semata-mata nak tunggu Nia kahwin dan dapat org yang sesuai. 

_______________________________________________________________________________________

Korang rasa berjaya tak Nia dapatkan cinta yang dia nak? Yang tak mengenal rupa paras? Yang terima diri dia yang gemuk dan tak cantik?
Siapa lelaki yang terima dia? Raqib si annoying tu ke? Overall, bagi ika. Jalan cerita simple dan santai. 

RATE: ⭐⭐⭐

Mar 9, 2019

BOOK REVIEW- LELAKI NERAKA BY ASRAF SHAARI



Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Lama reserve ebook ni dekat PNMeReader. Akhirnya, sampai jugak giliran ika untuk baca. Sebenarnya, ika tidak la baca sinopsis buku ni. Ika tertarik sangat-sangat dengan tajuk & cover buku Lelaki Neraka ni. Plus, ni first time ika tahu mengenai kewujudan penulis bernama Asraf Shaari ni. Em, banyak pulak perkataan "ni". Haha. Maaf. 

Agaknya terlepas pandang pasal buku ni, ika tak perasan yang buku ni mungkin ada terjual dekat bookstore atau tempat lain. Kalau tak, mesti dah beli sebab korang tahu kan yang ika suka baca novel bergenre macam ni. 


"Kejahatan Tersembunyi Disebalik Kebaikan"



DETAILS 

AUTHOR: ASRAF SHAARI 
PUBLISHER: KARNADYA PUBLISHING 
PAGE: 491 PAGES
YEAR: OCTOBER 2017 


SINOPSIS 





MY REVIEW 


Cover buku Lelaki Neraka ni lawa. Simple but nice. 👍🏻 Di Goodreads, ika berikan 3 bintang untuk novel ni. Antara sebabnya ialah ika dah boleh agak siapa dalang disebalik pembunuhan dan penculikan dalam cerita ni di pertengahan pages. Tapi, ika tutup mata je la. Pura-pura tak boleh predict lagi. Penulis sebenarnya banyak bagi hint (personaliti & ciri-ciri pembunuh). Pembunuh dalam cerita ni ada 2 orang. Yang sorang ni memang dah ter-expose dah identiti dia. Yang sorang tu, mcm yang ika cakapkan tadi. 

Jalan cerita bagi ika diolah dengan baik oleh penulis. Meskipun, penulis tinggalkan kita dengan pelbagai persoalan. Tapi, persoalan yang penulis cipta, dia akan bagi jawapan dekat kita tapi bukan la jawapan yang segebuk untuk kesemua persoalan. Faham tak? Kira mcm tengah page, dia jawab pasal persoalan di awal page. Lepastu, di hujung page, dia akan jawab pasal persoalan di tengah page. 
______________________________________________________________________________________________________

Loya tekak bila baca pasal daging yang Malik hantar dekat kedai. Semua orang suka makan daging yang dimasak oleh Malik. Ish. Ada jugak beberapa part dalam novel ni yang boleh dipuji la. Penulis cerita details jugak tiap-tiap pembunuhan yang terjadi dan kisah misteri yang terjadi dekat Iskandar. 


PENGAJARAN 

1. Jaga solat dan doa banyak-banyak dekat Allah supaya jaga dan lindungi iman kita.        Jangan terpesong jauh dari landasan agama. 

2. Jangan berkawan dengan "setan" la senang cerita. 

3. Kalau tak yakin dengan sesuatu perkara atau berita, jangan tuduh atau fitnah orang. 

4. Sentiasa maafkan orang. 

By the way, ending cerita Lelaki Neraka ni memang mcm ni ke? Ika sorang je ke rasa tergantung dan penamatnya tak seperti yg diharapkan. Atau salah ika punya pemahaman terhdap cerita? If ya, sorry my bad. Tapi, apa pun. Ika puji usaha penulis menulis cerita Lelaki Neraka ni. Kalau korang nak tahu ending dia macam mana. Kena baca la. K babai. 



RATE: ⭐⭐⭐

Mar 7, 2019

Hadiah dari Blogger AD ❤️️



Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Lama simpan entry yang ini. Ingatkan dah publish, Rupanya tak. Ish ish. My bad. 
First of all, entry ni untuk memberi penghargaan buat blogger AD. Thankyou so much to her. Dia berbesar hati untuk buatkan ika this love pillow. Sebab ika pernah komen of her entry pasal bantal jugak. Ika cakap ika nak dia buatkan. Tak sangka dia betul betul ingat dan buat. Terharu tau.

Dah la pandai jahit. Ish. Berbakat betul. Ika cuma cakap ika nak warna apa and bentuk apa. Memang kasi kebebasan untuk AD buat. No special request. Tapi end up dia hasilkan cute pink pillow for me yang sekarang ni dah elok letak dekat atas katil haha. Sayang sangat nak guna untuk tidur sebab risau melekat peta Malaysia (air liur basi).




And AD bagi cute keychain. Comel geram sgt. Tapi, ika mcm agak agak ni dinasour haha. Bukan eh? Ke ikan? ke dinasour campur ikan? Hehe. Tapi apa pun. Ika happy to received this as a my birthday present. AD. InshaAllah, ada rezeki kita boleh jumpa. Sebab memasing pun rasanya macam duduk dekat. Thanks tau. Gonna keep this sampai dah ada anak cucu haha. 

Feel free to visit her guys:  Anak Denesor