Assalamualaikum & Hi readers ❤️️
Bulan Mac ni ika banyak novel cinta. Genre lain boleh kira pakai jari. Semua gara-gara ika baca dekat PNM e Reader. Dekat situ, ika jadi gila pilih novel cinta. Ika cuba berjinak-jinak baca dari publisher lain pulak, nak tengok macam mana dia punya feel tu. Boleh pergi jauh ke tidak hehe.
Kalini, ika pilih untuk buat review untuk buku Samurai by Dekna Lee. Kalau ikutkan, ini buku pertama ika baca dari Dekna Lee. Ika tahu dia dah keluarkan banyak dah buku. Dan ada yang dah diadaptasi dah pun kan. Well, taknak cakap banyak.
Let's do this. Bismillah.
"DALAM HATINYA TERDAPAT SEBUAH TAMAN GERSANG DI MANA HANYA ADA SEKUNTUM BUNGA MELUR' Sweet enough? Not yet. Sila baca novel ni kalau nak tau si hero sweet atau nak makan penampar. Kihkih |
DETAILS
AUTHOR: DEKNA LEE
PUBLISHER: LOVENOVEL
PAGE: 506 PAGES
YEAR:APRIL 2015
PRICE: RM 26
MY REVIEW
Jujur cakap, mood sekarang tgh jiwang-jiwang. So, bila baca buku ni. Menjadi sangat la perasaan tu. Faham tak bila baca novel cinta, kau akan ada rasa 'manissedihsebaicair' dalam satu rasa? Macam gitu la.
WATAK: AIZAT (HERO)
Personally, ika suka watak Aizat dalam novel Samurai ni. Hero muka kerek rock kapak tapi dalam hati ada taman bunga. Manis dia tu, dia tunjuk lepas kahwin dengan Melur. So, tak ada la habis air liur buat modal nak mengorat. Huhu.
Pembaca macam ika ni lebih suka jalan cerita yang flow tu makin naik naik dan naik sampai taknak stop membaca sampailah ending dia tu rasa macam Ahaaa! Cantik! Dekna Lee tak create watak yang perfect untuk Aizat. Yang tak perfect tu la boleh diterima dek akal. Get it? Aizat budak juvana. Mangsa keadaan. Dia gambarkan Aizat sebagai seorang yang kurus keding, berambut panjang, pakai baju yang ada gambar tengkorak jelir lidah & menganggur dekat kg. Aizat sangat misteri orgnya sampaikan kita pulak eksited nak tahu pasal dia.
WEH BETUL ORANGTUA KATA. SIAPA SUKA GADUH TU, KAHWIN KAN JE. Aizat & Melur kahwin terus helok weh haha. |
MELUR (HEROIN)
Watak Melur pula, ika rasa just nice. Mengambarkan yang dia seorang yang bersifat keanak-anakan sikit. Tapi perempuan, memang akan terselit la sifat tu sedikit sebanyak. So, rasa macam perangai Melur ni sangkut paut sedikit dengan perangai sendiri. Tapi bukan la part memanjat pokok. Haha Melur ni another side dia boyish sikit. And kalau melawan, amboii. Geram. Rasa nak cili.
_________________________________________________________________________________
Cuma, ika rasa terganggu sikit bila si Melur ni suka cakap ayat 'nak terkencing' Haha. Rasa macam tak sopan. Tapi, nasib baik tak ada kekerapan ayat tu. Kalau tak, mungkin ika akan tutup buku.
Realiti kehidupan: Budak sekolah jahat selalu dipandang serong seolah olah mereka tak boleh lagi diberi peluang untuk mulakan hidup baru. Kadang, kita selalu judge org tanpa tau apa yang mereka ni alami. Semua org pun buat silap. Mungkin ada diantara mereka ni yang teranaiya dan sebagainya. Kalau masih boleh beri peluang utk mereka, kita berikanlah. Tapi, if depa ni betul betul di pihak yang betul la.
Samurai kena dengan jiwa ika. Ika boleh terima keistimewaan dan kekurangan novel ni. Mungkin kita sama taste, mungkin tak. Hee. Well done penulis. Selamat berkarya!
RATE: ⭐⭐⭐⭐
tak pernah baca lagi buku dekna lee.
ReplyDeleteNi pun buku pertama dekna yg ika baca. Hee. Nanti Tiara blh cuba baca and suggest pulak dkt ika. Buku dekna.
DeleteBuku nie memang best.. heo tu tak perfect dan pergerakan cerita dia cun..
ReplyDeleteKan. If hero perfect. Em. Haha. Jln cerita pun mcm okay la logik. Takda la fairytale sgt.
DeleteBaca review ika ni macam best je. Akak pun dulu boyish jugak tau..panjat pokok mangga, rambutan tu memang rutin. Suka member dengan budak laki sebab budak pompuan hati tisu, cakap kasar sikit sentap. Tapi boyish muslimah pakai tudung :D
ReplyDeletehehe ika selalu jugak dengar ramai perempuan suka kawan dgn lelaki dr pompuan.
Deletenampak menarik ni :)
ReplyDeleteiya saya :)
Deletefollow sini..
ReplyDelete