Jun 15, 2019

REVIEW ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER



Assalamualaikum & Hi readers ❤️️


Hi geng. Harini, ika nak review satu produk yang best. Aloe Ac Clean Bubble Cleanser dari Hansagee Nature. Setelah lama pakai, ika berani cakap yang produk ni lain dari yang lain. Dan of course, sesuai dengan kulit ika yang sensitif. 

Ika actually ada kulit yang sangat sensitif which is akan kemerah merahan kalau produk tu tak sesuai. Jadinya, ika sangat teliti dan memilih kalau bab skincare ni. Bukannya apa, yang akan tanggung sakit, diri sendiri. So, before this ika pakai produk skincare khas untuk kulit sensitif which is Medskin. And now, if Medskin dah habis, ika boleh pakai produk dari Hansagee ni pulak. 

Alright, jom tengok apa yang best pasal Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni. 






Remove excess sebrum/oil & impurities deep within pores-clean looking skin. 




TEA TREE OIL
Protects skin, leaving it smooth & moist, keep skin refreshed.

Effectively removes dirt & dead skin cells from skin. 


HOW TO USE 
1. Fully wet face & hand. Pump 1-2 pump Bubble 
2. Massage face gently with the bubble as you make a circular motion. 
3. Wash face with water. 




REVIEW


Ika personally rasa selesa bila guna produk ni sebab rasa muka tak ketat bila selesai basuh muka. Bukannya apa, ika mestilah nak mencari sesuatu yang baik untuk kulit muka ni. And bila pakai tu, bau dia bau yang sangat menyenangkan dan wangi. 
Bau daun teh which is bau yang best la! 

And bila kita pump tu, produk yang keluar dari botol is buih. Haih, mana la tak jatuh suka. Bila letak buih dekat muka rasa sangat ringan. Rasa mcm tak pakai apa-apa. Nak basuh pun senang. Korang jangan risau. Sebotol Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni boleh tahan lebih dari sebulan. Ikut cara pengunaan korang la. 

Macam ika, ika akan pakai pagi dan malam. Macam biasa korang basuh muka. 

Untuk orang yang nak cepat and malas macam ika yang nak guna cara tradisional which is ambik aloe vera bagai untuk letak dekat muka. Boleh beli ni. Senang! 

PRICE: RM 65 

Nak tahu lebih lanjut mengenai Aloe AC Clean Bubble Cleanser atau produk yang lain, boleh singgah ke: 

FACEBOOK 


INSTAGRAM 

WEBSITE 

Jun 13, 2019

BOOK REVIEW - PEMUSNAH CINTA BY SITI KHADIJAH



Assalamualaikum & Hi readers ❤️️


Selamat Hari Raya korang semua. Entah macam mana masa hari raya haritu, ika boleh terhabis baca beberapa buku tanpa sengaja. Antaranya ialah Pemusnah Cinta by Siti Khadijah. Lama sangat hold untuk baca buku ni dekat PNMeReader. Menyesal sangat tau lambat baca novel ni. Sebab best! Plan nya, ika nak beli buku ni. Sebab baru feel baca bila pegang buku kan. Tapi, sebab kebetulan sangat ada ebook. Ika baca la dulu dekat situ, kalau best baru ika beli untuk simpan dalam rak. 

And yes! Nak pergi beli nanti. Tak sabar nak repeat baca hehe. By the way. Ika pernah buat review untuk buku penulis yang lain iaitu Pewaris Takhta Cinta. Tapi actually, ika banyak ketinggalan. Penulis banyak keluarkan buku baru. Untuk PTC, tak mendapat tempat sangat di hati ika. Tapi untuk Pemusnah Cinta.. 

Okay, let's proceed to my short review! 


DETAILS 

AUTHOR: SITI KHADIJAH
PAGE: 762 PAGES
YEAR: 2017 
PUBLISHER: KARYA SENI 


Pemusnah Hati
My rating: ⭐⭐⭐⭐


Sedar tak sedar, ralit baca sampai dah pukul 5lebih. Maknanya, kalau tak best takda la gigih ngadap dan habiskan! Tetibe rasa syg nak habiskan novel. Kalau lagi banyak page lagi best haha. 

Personally, suka banyak dgn watak Qartal & Umar Faruq. Protective at the same time egois. Entah kenapa la tersuka dgn watak ni. Boleh dikatakan ianya adalah watak yg berjaya untuk novel bergenre mcmni. Aksi cinta dan jenayah! Dalam kau melayan aksi gangster lawan sana sini, ada la pulak seorang manusia yang sangat protective! Bikin cair haha. Suka bila dia konfius dgn perasaan dia sendiri. Rasa cm cute! Haha. 

Masa dekat hutan, Qartal mmg pelindung terbaik. Same goes to Aisy. mcm dieorang ada utk each other no matter what happen. No wonder la Aisy boleh terjatuh suka dkt Qartal. Suka dekat penculik yg culik dia. Haha. Nampak tak logik. Tapi benda dtg scara smulajadi, nak tepis pun ssh sikit rasanya. Qartal pulak awal lg dah suruh Aisy buang jauh perasaan tu takut nanti jadi ssh dekat dia dan Aisy sendiri. Em. Tahap bahaya utk Aisy ni mmg tahap dewa. Dia punya selalu kena kidnap dgn konco2 musuh bapak dia tu taktahu nak kata mcm mana. Susahnya bila difikirkan hidup Aisy ni. 

Taknak cakap banyak pasal geng gangster. Best baca. Rasa mcm real. 

Tak kisah la reviu org lain yg rata-rata kata storyline drag. For me, just nice dah sebab takda rasa nak skip even one page. Oh ya, goodjob penulis. Good effort. 👏🏻 Thankyou sbb create watak Umar. Haha. Tersengih baca perangai ngada taknak mengaku sayang dkt Aisy. Eeii gedik! Kalau korang nak tahu apa jadi next next and next. Beli dan baca okay? 

AIM buku bawah ni pulak lepasni. Anyone nak kasi hadiah? Haha 




Siapa disebalik Produk Rempah Mak Siti?



Assalamualaikum & Hi readers ❤️️


Kalau kita selalu ke bahagian rempah ratus di supermarket. Kita akan automatik familiar dengan produk Rempah Ratus Mak Siti ni. Produk yang ada pelbagai pilihan. Jadi rambang mata pulak nak memilih. Tapi tahukah kita siapa disebalik produk rempah ratus ni? Jom baca. 




Pada awalnya Mak Siti ditubuhkan untuk menyara keluarga pada ketika itu secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan sekeluarga.Berkat usaha dan pengedaran yang pada masa itu dibuat di kampung-kampung dan bandar-bandar kecil akhirnya Mak Siti dikenali.

40 tahun dalam pasaran, Rempah Mak Siti memang sangat terkenal di Johor Bharu.Produk yang ‘wajib’ ada didalam dapur rumah ini menjadi kesukaan ramai kerana kelainan rasanya yang bebas dari penggunaan perasa, pewarna dan juga pengawet.

Kemunculan resepi turun temurun yang asli ini sebenarnya ada jalan cerita, pahit manis buat  Puan Siti Khawa Jannah dan suaminya Tuan Mohd Hafizan Yusoff yang menyambung legasi perniagaan keluarganya.Setiap orang yang berjaya pasti ada permulaan yang hebat, cabaran yang besar dan semangat yang kuat yang ada dalam diri mereka.Menjadi pengasas produk atau jenama terkenal adalah idaman ramai orang.


Puan Siti dulu selalu tertekan kerana di bahunya terpikul harapan dan beban untuk memajukan bisnes keluarga sedangkan beliau tidak mempunyai pengalaman.Selepas beliau habis belajar dan terjun dalam dunia bisnes keluarga, keadaan bisnesnya adalah tidak tentu arah. Berlaku penyelewengan di kalangan pekerja dan ramai pekerja yang tidak percaya kemampuannya
Terdetik dalam fikirannya, kenapa Rempah Mak Siti tidak mampu untuk bersaing dengan jenama-jenama lain yang berada di pasaran Malaysia dan antarabangsa. Meneruskan bisnes yang dah bertapak sejak turun temurun bukan satu tugas yang mudah lagi-lagi nak pastikan perniagaannya akan terus bertahan dan menjadi legasi satu hari nanti.
Puan Siti Khawa Jannah Nasuha yang merupakan Pengurus Besar Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd telah membuat pembaharuan serta penjenamaan baru rempah ratus MAK SITI daripada paket biasa sehingga sekarang diperkenalkan rempah ratus di dalam botol.




Rempah Mak Siti adalah produk yang semulajadi, tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan dan sesuai bagi vegetarians. Produk utama adalah Serbuk rempah Kari Daging, Serbuk Rempah Kari Ikan, Serbuk Rempah Sup, Serbuk Rempah Sup Soto, Serbuk Rempah Rendang, Sup Tulang, Sup Punjut, Sup Soto dan Raja Sup. Kini produk rempah ratus Mak Siti ada dijual di kedai-kedai runcit, Pasaraya dan Hypermarket (TESCO, Giant, Aeon Big, JUSCO dan Mydin).

Syarikat kini mempelbagaikan lagi jenis produk dengan menghasilkan produk rempah dalam botol seperti Emping Cili (Chili Flakes), Serbuk Cili, Daun Limau Purut, Serbuk Daun Limau Purut, Serbuk Kayu Manis, Serbuk Halia, Serbuk Lada Putih, Serbuk Lada Hitam dan Serbuk Kunyit. Produk-produk ini telah mula diperkenalkan semasa Expo MIHAS 2017 baru-baru ini dan  mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Sebelum meneruskan legasi keluarga, Siti Khawa menimba pengalaman kerja daripada bawah.Siti Khawa pernah menimba pengalaman bekerja sebagai pelayan restoran, juga sebagai kerani di sebuah firma audit dan perakaunan. Setelah itu, Siti Khawa diberi mandat oleh keluarganya untuk meneruskan legasi keluarga..Minat yang mendalam Siti Khawa dalam perniagaan sebenarnya timbul sejak kecil lagi.Semasa berumur sekitar 8-10 tahun, Siti Khawa telah mulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Siti Khawa tidak perasan akan minat tersebut sehinggalah pada masa itu, Siti Khawa berniaga air dan jajan di Kawasan perumahan beliau. 





Sewaktu mula-mula bekerja dengan Mak Siti adalah antara detik mencabar ketika itu.Beberapa situasi dimana pada ketika itu Siti Khawa masih muda dan mentah dalam selok belok ilmu perkilangan sehinggalah pengedaran. Antara cabaran lain pada ketika itu adalah untuk menjaga team yang rata-rata nya lebih matang daripada Siti Khawa pada ketika itu.

Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan termasuklah penyelewengan oleh pekerja yang lebih matang daripada siti Khawa pada ketika itu yang melibatkan sejumlah amaun ratusan ribu ringgit.Walaubagaiamanapun, pengalaman- pengalaman ini yang mendewasakan siti Khawa. Atas sebab itu, siti Khawa bertekad untuk benar-benar mempelajari ilmu dan selok- belok perniagaan walau apa pun terjadi.

Persaingan produk bukanlah perkara utama Siti Khawa. Siti Khawa akan hanya fokus kepada pesaingan yang melibatkan diri sendiri iaitu “ adakah tahun ini kita buat lebih baik daripada tahun sebelumnya”.

Setiap kali apabila merasa mahu putus asa, sebenarnya di saat itulah saat yang kita patut bangkit dan melawan perasaan itu.Siti Khawa juga tidak gemar melayan perasaan sedih terlalu lama. “Sekiranya ada sesuatu cabaran berlaku, Siti Khawa yakin itu adalah proses pembelajaran untuk ke peringkat yang lebih baik dan seterusnya”Ujarnya. Perancangan mereka untuk 2019 adalah untuk memperluaskan lagi jenama Rempah Mak Siti ke seluruh negeri dan juga untuk memberi pendedahan kepada pengguna Mak Siti yang kini, mereka boleh peroleh produk Mak Siti di dalam botol setaraf dengan jenama antarabangsa.

Tonggak utama Puan Siti Khawa semestilah ibu dan bapanya,Ibu dan bapanya adalah seorang yang amat kuat bekerja dan berusaha dalam memperbaiki kehidupan. Ini adalah kerana pada asalnya keluarga ini bukanlah daripada kalangan keluarga orang berada.Tidak asing lagi bila diperkatakan perniagaan rempah ratus yang terkenal iaitu MAK SITI .Lebih 35 Tahun perniagaan rempah ratus ini diusahakan oleh Pengasas Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd iaitu Tuan Haji Nasuha Kasin (Pengarah Urusan) dan Puan Hajah Hajir Salleh (Pengarah).

Pernah juga ibu bapa di kutuk dan dihina kerana pada masa dahulu kononnya bekerja di dalam sektor kerajaan adalah amat dihormati berbanding dengan berniaga “hanya rempah sahaja”.Ketika itu, perniagaan rempah ini diambil enteng kerana belum nampak lagi “buah dan isinya”.
Ternyata, itu semua bukanlah satu pengakhiran.Ianya merupakan pembakar semangat keluarga ini untuk terus berusaha menjadi yang lebih berjaya.

Kilang Mak Siti pada awalnya diusahakan di 2 lot rumah kedai sahaja. Diatas lot kedai tersebut dimana keluarga kecil ini meneruskan kehidupan sebagai peniaga. Tidak kenal erti siang dan malam kerana disulah perusahaan rempah dan disitulah juga tempat tinggal.



Pada tahun 2000, keluarga ini mengambil keputusan untuk berpindah ke Muar, Johor apabila perniagaan mereka semakin berkembang. Disana sana mereka beroperasi di atas tanah seluas 3200 ekar. Di Muar tersebut pelbagai aktiviti dijalankan antaranya perladangan, pemprosesan rempah ratus sehinggalan pengedaran rempah ratus. Ladang ini juga penah dinobatkan sebagai Malaysian Guiness Book of Record 2014 sebagai ladang herba terbesar di Malaysia yang mempunyai hampir lebih kurang 6000 species rempah ratus dan herba.

Ladang dan kilang   terletak di Batu 12, Jalan Muar-Pagoh, Muar, Johor  yang merangkumi  kawasan seluas 3,200 ekar. Ladang ini juga telah mendapat pengiktirafan sebagai “ The Largest Herbs & Spices Plantation’ oleh The Malaysia Book of Records (MBR).

Selain daripada mengusahakan ladang Rempah RatusPuan Hajah Hajir Salleh (Pengarah) atau lebih dikenali sebagai Mak siti juga mengusahakan sebuah restoran .“Melayu sememangnya terkenal dengan nilai dan elemen tradisional yang diwarisi dari zaman ke zaman. Bahan-bahan masakan yang sering digunakan seperti cili, serai, ketumbar, santan kelapa dan rempah ratus dilihat terus kekal hingga hari ini dan membuatkan rasa serta keenakannya tidak banyak berubah”.ujar Mak Siti

Bagi Mak Siti, keistimewaan hidangan yang ditawarkan pihaknya terletak pada konsep masakan ibu yang disediakan oleh beliau sendiri.

Misalnya, kesemua hidangan yang disajikan di sini menghidangkan masakan Melayu tradisional yang pastinya berpatutan dengan harga yang ditawarkan.



“Kami menawarkan lebih kurang 40 jenis masakan Melayu asli tanpa masakan gabungan (fusion Food) seperti yang ditawarkan di mana-mana restoran lain yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur.

Dari pelbagai variasi lauk-pauk seperti gulai sayur nangka, ikan bakar, pecal, sayur lodeh, daging masak lada hitam dan ulam pastinya membangkitkan selera mereka yang menggemari masakan Melayu asli.

Mak Siti berkata, restorannya ini mempunyai penggemarnya tersendiri. Bukan setakat orang Melayu, Cina malah pelancong asing juga berminat dan gemar pada masakan Melayu .

Seperkara lagi yang menarik tentang restoran ini ialah masakannya tidak menggunakan perasa tiruan seperti MSG. Sebaliknya, Mak Siti memilih untuk mempelbagaikan rempah dan herba Melayu asli daripada Rempah Ratus Mak Siti serta memastikan pemilihan bahan mentah seperti sayur, ikan, ayam, daging segar supaya kualiti keenakan masakan sentiasa terjamin.

Bahan-bahan yang digunakan dalam rempah ini terdiri daripada bahan yang segar dan bebas daripada sebarang bahan awet serta ejen pewarna. Dengan adanya rempah ratus yang dihasilkan menggunakan bahan segar dan dikisar menurut standard kualiti cukup tinggi, pastinya mudah untuk sesiapa menyediakan pelbagai resipi kegemaran di rumah tanpa perlu risau rasa masakan berubah daripada kebiasaan.

“Di sini, kami mengutamakan kualiti berbanding kuantiti.Pelanggan boleh memilih menu daripada pembuka selera, salad, sup, masakan laut dengan harga berpatutan.Kami juga menyediakan menu percubaan, iaitu hidangan dalam kuantiti kecil untuk tujuan rasa.

______________________________________________________________________________________
Boleh dijadikan inspirasi bagi sesiapa yang ingin mulakan bisnes. Contoh terbaik yang boleh diambil iaitu jangan takut untuk mencuba dan teruskan mencuba sehingga berjaya. Jangan hangat-hangat taik ayam saja pada mulanya atau gibeup sekiranya tidak berjaya untuk sesuatu perkara tu. 





Jun 1, 2019

BOOK REVIEW - NIQAB BY SHIELD SAHRAN



Assalamualaikum & Hi readers ❤️️


Harini, ika pilih untuk ulas sedikit sebuah buku Fixi bertajuk Niqab // Shield Sahran. Ika tertarik dengan blurb & cover buku Niqab ni. Perempuan berniqab yang ada mystery eyes. Mana la hati ni tak tertarik. Rasa macam mata Emma Maembong pun ada. By the way, satu perkara lagi is ika takda pun buat research mengenai penulis. So, ika ingatkan yang penulis sebenarnya lelaki. Sebab nama dia. Rupanya Shield Sahran seorang perempuan ya rakan-rakan. 



Antara buku yang pernah ditulis oleh penulis ialah Cincang: Dendam Terbalas, Ancang Merpati & Mudahnya Move On! 19 Karya Bangkit Selepas Putus Cinta. Dan kalau tak silap, penulis ada kata yang dia ada Wattpad juga. So, boleh la cuba beli & baca karya-karya penulis selain Niqab. 



My rating: ⭐⭐⭐⭐
Year: 2018
Author: Shield Sahran 
Page: 240 Pages 
PriceRM 19.90

SHORT REVIEW

NIQAB
Mengisahkan tentang Nadia. Semuanya tentang seorang Nadia. Menariknya, kepulangan dia ke kampung Pinang bersama Herman & Hawa (ibu bapa) dia menimbulkan pelbagai persoalan lagi lagi dengan imej baru dia iaitu berniqab. Kenapa berniqab? Apa yang Nadia nak sorok. Mula la terfikir mcm-mcm. Yang menjadi tanda tanya ialah pulang setelah 8 tahun kejadian 'itu'. Mak ayah berpakaian moden, tapi anak berniqab. Berniqab walaupun tetap didalam rumah. 

Bagi ika,setiap karakter dalam Niqab mempunyai kekuatan tersendiri. Kiranya, tidak la karakter tu kosong semata-mata. Sejujurnya, sejak dari awal. Rasa meluat dengan Aminah & Lina. Sebab dua-dua manusia ni memang tamak dan tak reti bersyukur. Padahal, usia dieorang waktu tu boleh dikatakan masih kecil la. Itupun, dah mula nampak ciri-ciri macamtu. Hm. Penulis sengaja agaknya buat karakter annoying mcmni, untuk buat ika teruskan pembacaan. Haha. Sedangkan watak tambahan pun, penulis olah dengan baik. Watak Nadia apatah lagi. Good job penulis! 


Isu yang diketengahkan dalam Niqab sangat menarik. Isu yang mmg ada dalam realiti kehidupan kita. Hanya segelintir sahaja yang kisah pasal isu ni. Jangan ingat barang saja ada proses jual beli, ehem pun ada okay.Dapat tangkap hint isu nya? Aha. 

Serious, ika suggest utk korang dapatkan Niqab dan baca. Explore dunia Nadia. Dunia yang penuh misteri & kepura-puraan. Ika sikit pun tak boleh nak predict apa yang akna jadi seterusnya. Ika kena terus membaca sebab nak tahu. Kita akanrasa curious memanjang. Half pages, semua persoalan akan terbongkar satu persatu dan buat kita rasa mcm wow! Jalan cerita pun tak drag. Mood baik je nak habiskan buku ni. Ending pun not bad. .

Reviu pendek dekat IG ya. Dekat sana ika guna #ikareviewbuku. Korang search je hashtag tu. Nanti keluar la buku yang ika reviu secara ringkas. See you guys in my next entry okay? InshaAllah.


Kalau korang nak dapatkan Niqab: NIQAB (FIXI WEBSITE)