Assalamualaikum & Hi readers ❤️️
Kalini, ika tertarik untuk share dengan kalian semua mengenai satu kisah yang kita boleh jadikan sebagai pedoman dan inspirasi buat kita. Mungkin ramai yang akan tertanya tanya di sebalik nama Ummu Ju ini. Siapakah beliau? Apa kisah disebalik kejayaan beliau? Jom kita explore.
Puan Ju atau lebih selesa dipanggil Ummu Ju berusia 39 tahun. Beliau membesar dengan melihat kesengsaraan, kepayahan, ketabahan serta kesabaran ibunya dalam mencari rezeki bagi membesarkan mereka adik beradik yang lain.
" Dalam keadaan membesar ini lah aku byk belajar tentang erti ingin berusaha untuk mengubah kehidupan family aku terutama ummi.. kerana x ingin ummi aku susah selama nya kerana membesarkan kami…"
" Ummi membesarkan kami dgn berniaga kantin kilang.. Dr zaman sekolah aku dh mula bekerja part time untuk bantu ummi & adik beradik."
Justeru itu, beliau nekad untuk membahagiakan ibunya, setelah melihat keperihan ibundanya, Puan Sharifah Rauzah, 68 tahun. Beliau sangat menjadikan ibunya idola & inspirasi sepanjang kehidupan dan perniagaannya. Beliau meletakkan ibunya terlebih dahulu sebagai priority.
Next?
Pada tahun 2017, Puan Jue nekad untuk menghasilkan produk yang diberi nama Seri Lady. Bagaimana terciptanya Seri Lady ini?
Ianya bermula dengan kebengangnya mempunyai susuk tubuh yang agak berisi dan ianya menjadi salah satu sebab dan pembakar semangat untuk meneruskan perniagaan walau banyak dugaan yang beliau harus tempuhi.
Berkat kesabaran dan tidak melupakan ibunya sebagai sumber inspirasi. Puan Jue terus menjalankan perniagaan Seri Lady sehingga kini. Malah beliay telah mempunyai seramai 70 agen jualan yang berkualiti di serata Malaysia, Singapura, Brunei & Indonesia.
Malahan, agen jualan juga menjadikan Puan Jue sebagai sumber inspirasi kerana sifat rendah diri & ketabahan menaikkan perniagaannya.
Beliau juga menunjukkan effort untuk belajar lebih lagi mengenai dunia perniagaan dengan mendapatkan tunjuk ajar dari Tuan Azizan Osman yang rata -rata semua tahu siapakah Azizan Osman. Azizan Osman merupakan salah seorang mentor atau guru dalam bidang bisnes yang berjaya. Orang kata kalau nak belajar kena la ada gurunya.
Puan Ju juga merupakan salah seorang dari anak didik Azizan dan bersama 2 rakan kongsi Ain Hamid & Cik Nazira Shariff. What a good effort! Salute.
Antara tulang belakang Puan Jue yang sama sama membangunkan Seri Lady agar lebih dikenali di mata semua masyarakat. Ini adalah agen agen Seri Lady.
Bersama suami Encik Zamri & Anak-anak yang sentiasa memberi semangat dan dorongan.
Keluarga besar beliau. Puan Jue adalah anak ke 2 dari 4 beradik.
Nasihat dari Puan Ju,
BUAT PESANAN BERSAMA TIDAK KIRA KITA BERKERJA, LEBIH LAGI PADA YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN SENDIRI, KALAU MASIH ADA IBU, JADIKAN LAH IBU KITA SUMBER INSPIRASI KITA, KERANA MEREKA ADALAH PELAJARAN YANG SANGAT MAHAL UTK KITA JADIKAN SUMBER INSPIRASI.
ANAK DERHAKA JANGAN ADA HATI NAK JADI KAYA ‘ HARGAI IBU YANG MASIH ADA
Gambar Terkini Puan Juzailah Shariff Founder kepada Jenama SERI LADY
Cantik sangat. <3 div="" nbsp="">3>
Serius cakap, di mana ada kemahuan, disitu ada kejayaan. Tak semua orang hidup senang pada awalnya. Tapi dengan semangat dalam diri untuk ubah diri dan kehidupan ke arah lebih baik itulah yang perlu kita terapkan dalam diri. Kisah Puan Jue sangat memberi inspirasi buat kita semua untuk menghargai insan yang sudah bersusah payah berhempas pulak membesarkan kita.
Jom singgah ke website dan media social Lady Se[ri untuk mengetahui dgn lebih lanjut lagi.
Satu pesanan yang mantap..
ReplyDeleteNamun ramai dari kita melupakan ibu.. Buat seolah-olah ibu itu tidak penting langsung.. ini yang selalu Sha tengok di depan mata..
I think I read this post somewhere posted by other blogger, so cerita ni dah pernah baca la.
ReplyDeleteSaya takde ibu, so please anyone yang masih mempunyai ibu, cherish her, not just her but both our parents.