Apr 25, 2020

EBOOK REVIEW - EBLYS BY FATINILAM SARI AHMAD


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️ 

Sepanjang PKP ni, banyak ebook yang best-best ditawarkan kepada pembaca. FIXI juga tidak ketinggalan untuk menawarkan ebook dengan harga yang berpatutan. Ebook ini dijual dengan harga promosi RM 5 sebuah dan mereka ini merupakan pemenang Sayembara Musim Kedua. Kalau kalian nak beli, boleh beli di Esentral (Apps). Dalam 6 ebook yang ditawarkan, ika beli 3 sahaja. Antaranya ialah Majnun, Tenggek dan Eblys. 

So, harini. Ika nak reviu ebook bertajuk Eblys dari Fatinilam Sari Ahmad. Nama penulis sangat familiar. Rupanya, ika pernah ternampak buku novel beliau dijual di pesta buku Karangkraf. No wonder la. Berpengalaman la kiranya penulis ini dalam dunia penulisan. Baca sinopsis Eblys pun boleh tahan menarik. 



Sinopsis Ringkas: Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Mim yang ingin membunuh diri pada malam Tahun Baru. Namun, belum sempat dia meneruskan hajatnya. Dia datangi oleh Eblys (si mata emas). Mim ditawarkan untuk menukar kehidupannya yang sekarang kepada kehidupan orang lain iaitu jiran Mim ( Zack). 

Bagi Mim, Zack jirannya mempunyai segala-galanya dari segi wang, rupa paras, darjat dan sering dikelilingi oleh wanita. Berbanding dirinya yang kena berkerja berhempas pulas sebagai buruh binaan di sebelah pagi dan pembantu restoran di sebelah malam, dan cintanya juga bertepuk sebelah tangan. Semangat dia hilang. Tahap putus asa Mim pada malam itu memang sudah di tahap maksimum. Namun, dia bersetuju jua dengan Eblys untuk menukar hidupnya dengan Zack. Dengan syarat, Eblys tetapkan ada sesuatu yang perlu menjadi korban. 


** Spoiler Alert**

" Ketakutan hanya bayang -bayang ciptaan kita sendiri. Jika kita berusaha untuk menentang ketakutan yang datang dalam diri kita , semuanya akan menjadi lebih baik. Ketakutan itu akan beransur pergi, andainya kita bijak melawan keadaan "

Bagi Ika, permulaan cerita Eblys best. Cerita bergerak dengan laju sebab belum apa-apa lagi kita sudah kenal dengan watak Mim dan Eblys. Eblys dan Iblis sama ya. Tujuannya di muka bumi ini hanyalah satu perkara saja, iaitu ingin menyesatkan dan menghasut manusia. Sama seperti Mim, dia dihasut Eblys. Menariknya apabila berlakunya pertukaran jasad antara Mim dan Zack. Seronok baca macam mana Mim nak adapt dengan dunia Zack yang dikatakan indah belaka itu. 


Sumber: Instagram FIXI


Dalam masa yang sama, ika juga terfikir macam mana dengan keadaan Zack setelah tertukar jasadnya dengan Mim.Mesti dia sumpah seranah bila dia kena susah payah menjalani kehidupan orang susah. Sedangkan sebelum ni, dia hidup mewah. Rupanya, penulis telah membahagikan cerita di dalam Eblys ini kepada 3 bahagian iaitu kita boleh baca perasaan dari 3 watak iaitu Mim, Zack & Ro Ha. Dari sini, kita dapat baca apa pro and cons nya dari pertukaran jasad tersebut. Sisi hitam Zack lama kelamaan mula terlihat. dan Mim mula rasa kehidupan Zack tidak best seperti yang disangkakannya. 

Mesti kalian ingat cerita Eblys ini semata mata hanya pertukaran jasad. Tidak. Storyline bergerak apabila wanita yang berdamping dengan Zack hilang secara misteri. Kemanakah? Dari sini, muncul la Inspektor Ro Ha untuk menyiasat kes misteri tersebut. Kemunculan Ro Ha adalah satu langkah bijak. Tidak la bosan baca cerita pasal Zack dan Mim saja. Watak sampingan seperti Safura, Sarah, Gina & Doktor Rukhan juga memainkan peranan penting. 



"Memang seronok bila kita tidak perlu menjaga hati orang. Kita tidak perlu bimbang orang terasa hati. Dan kita tidak terikat dengan rasa bersalah walaupun sedikit" 

Kalau tak fokus baca, kita akan lost. Seriously cakap. So jangan skip dan lost. Dan ada juga adakalanya Ika rasa ada lompong sedikit dan kalau takda part tu pun tak apa.  Ika harapkan watak Eblys muncul kerap sebab tajuk kan nama dia. Tapi, dia memang akan muncul bila bila masa yang dia suka. Haha. Tapi okaylah. Overall, masih boleh di baca ketika waktu santai. 

Pengajarannya: Bersyukurlah dengan kehidupan kita yang sedia ada. Jangan dibandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Mana mungkin kita tahu bagaimana kehidupan orang tersebut. Bahagia? Seronok? Sedih?. Cuba jadi orang yang bersyukur okay. dan Iblis tetap Iblis. Dalam Eblys ini, ramai yang menjadi mangsanya. 



Sumber: Instagram FIXI

24 comments:

  1. HAaa ebook..baik mmg nak sangat baca buku ni..cam menarik je tengok review..

    ReplyDelete
  2. I dah lama tak baca buku-buku FIXI hehe 😁

    ReplyDelete
  3. lama dah tak membaca buku..sibuk dengan esaimen..sedihnya..huhu

    ReplyDelete
  4. macam menarik.... teringat dlu pernah baca buku pasal kampung cahaya... srkg layan novel cintan biasa... kalo seram2 xberani... XD

    ReplyDelete
  5. Lama dah nadia tak beli buku baru, buku lama haritu tak habis habis padahal dah dua tahun sebab agak tak tahu nak bahagi masa dgn esaimen :(

    ReplyDelete
  6. Wahh cantiknnya template & header..

    ReplyDelete
  7. wahh lama rasanya tak baca novel Fixi ni. tapi novel ni macam menarik juga! Konsep pertukaran jasad tu buat rasa nak tau macam mana watak tu cuba fahami kehidupan orang lain. nice review btw. bolehlah nanti nak cari e-novel ni!

    ReplyDelete
  8. Wow baca sinopsisnya pun dah seram. Tak berapa suka jika ada bunuh membunuh..tapi ada jelonpok yg suka baca citer begini...

    ReplyDelete
  9. Nampak mcm ada unsur seram.. Tp apa pun kita perlu berusaha untuk memilih menjadi baik

    ReplyDelete
  10. Sis lama betul tak membaca novel2 atau buku cerita ni, dah lama tinggalkan, tak ada masa sebenarnya nak membaca. Bagus ada minat nak membaca

    ReplyDelete
  11. Macam menarik review buku ni. Tapi dah lama tak membaca. Ada pernah tengok cerita yang seakan akan cerita ni. Tukar2 jasad

    ReplyDelete
  12. Good review. Dah lama tak baca novel. Dulu I rajin baca novel. Sekarang dah malas sikit...hehe

    ReplyDelete
  13. Sis tak boleh baca novel gini, nanti terbawa-bawa ketidak kepuasahatinya...tapi cite hantu ke boleh nengok...novel bentul macam ni tak boleh...terus tak fokus...huhuhu

    ReplyDelete
  14. Tengok oada cover page menakutkan... baca sangat ok.. suka dengan jalan cerita dia

    ReplyDelete
  15. fuhhh .. baru baca sikit dah penuh pertanyaan dalam kepala . Ada peluang nak baca gak sebab nak tahu ending tu

    ReplyDelete
  16. Suka baca review novel ika. Kita nak baca serius tak cukup masa padahal dulu kalau baca novel sehari dah habis

    ReplyDelete
  17. Best lah baca review buku ni. Fana pernah lah ada kawan rajin borong buku FIXI ni. Tapi Fana tak pernah baca lagi.

    ReplyDelete
  18. Bagusnye rajin membaca. Ok la dapat juga ena bca review. Hehe. Boleh lah tahu jalan cerita best ke tidak

    ReplyDelete
  19. Saya memang gemar membaca genre Fixi... ada juga buat beberapa cerpen Fixi... hehehehe... cuba bakat... by the way, a good review indeed whereby ia menimbulkan keterujaan untuk turut membacanya juga... #bravo

    ReplyDelete
  20. Macam menarik je buku fiksyen ni apatah lagi bila baca review ika nih. Boleh la nnt ada masa kita baca juga.

    ReplyDelete
  21. Menarik review tentang buku macam ni, saya takde masa nak baca buku dapat baca review macam ni pun dah seronok dan faham jalan ceritanya

    ReplyDelete
  22. Bagus ye time PKP ni banyakkan membaca... FIXI ni pun tengah trending kan dengan anak2 muda sekarang. Dapat pengajaran lagi, tu yg bagus.

    ReplyDelete