Jun 13, 2020

BOOK REVIEW - DENGKIL PERFORM


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️


Ulasan buku seterusnya ialah buku Dengkil Perform dari Wow Press. Wow Press bermurah hati berikan buku Dengkil Perform ini untuk Ika. Terimakasih banyak-banyak. Macam yang dapat dilihat dalam gambar, Dengkil Perform ini merupakan gabungan antara puisi, prosa dan lukisan. Sejujurnya, ika bukanlah pengemar buku puisi. Secara peribadi, ika rasakan baca buku puisi ini bukan untuk ika sebab ayatnya terlalu puitis. Orang yang lurus macam ika kadang susah nak hadam ayat puitis. Unless kalau macam ada buku puisi yang berjaya menarik perhatian ika bila ika start baca mukasurat pertama. 

Tapi, kalau kalian nak tahu. Buku puisi boleh dijadikan pilihan ketika seseorang pembaca itu mengalami reading slump. 
Sebab kita tahu yang buku puisi ini bahan bacaan yang pendek, ringkas, straight forward dan paling utama ialah nipis. Maka, sesuai la orang yang tiada mood nak baca pilih buku puisi. Serioustalk. 

Cover DP yang simple dan pemilihan warna hitam sebenarnya pemilihan yang not bad. Kalau tak silap, mengikut sumber terdekat ika. Cover bangunan Dengkil Perform ini merupakan entrance UITM Dengkil. Ingatkan bangunan biasa saja rupanya ada maksud disebalik gambar. 


Source: Picture by myself. 



Muka Surat: 135 m/s 
Tahun: 2017
Bahasa: Mixed Language (Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris) 

Dengkil Perform merupakan hasil karya gabungan pelajar-pelajar UITM Dengkil. Ini ibarat seperti luahan hati setiap seorang dari mereka semua yang akan meninggalkan kampus tersebut. Mereka semua mengekspresikan apa yang di dalam hati dengan fikiran dengan menulis. Senang kata macam majalah sekolah tapi ini majalah sekolah versi bebas. Sebab terselit juga lukisan. 

Disini, kita akan lihat kreativiti dari mereka. Perasaan mereka bila mereka dah habis belajar, tinggalkan kolej, kenangan, kawan-kawan dan dll. To be honest, bila baca rasa macam nak jadi student balik. Sebab seronok bila kita dikelilingi dengan kawan-kawan dan perkara-perkara yang best masa kolej. Cuma ika nak pergi kolej untuk spent time dengan kawan la bukan untuk belajar haha boleh macamtu tak? 


Ini selingan dari Dengkil Perform (Prose) 

Favourite <3 3="" td="">

Ika sangat enjoy bila belek bahagian painting dan ika percaya semua orang mempunyai kreativiti tersendiri. Kalau mereka ini datang dari bidang yang berlainan, lagi membuatkan ika lebih kagum dengan bakat yang mereka ada. Kerana bukan semua orang boleh melukis. Dan bukan semua orang juga boleh menulis seperti mereka. Kalau disuruh saya menulis, 1 perenggan pun belum tentu saya mampu. 

Mungkin akan datang untuk penambahbaikan, di belakang buku sediakan blurb ringkas menceritakan buku Dengkil Perform ini mengenai apa. Dan highlight kan ianya nukilan /karya dari pelajar dari UITM Dengkil itu sendiri. 

Disini, ika nak attached sekali soalan yang ika tanya kepada Wow Press berkenaan DP. Semoga kalian lebih mengetahui mengenai buku DP ini dengan lebih jelas. Ika tanya 5 soalan dan pihak Wow Press ada baca soalan ika mengenai mengapakah mereka ini trending di twitter. Maka, total semua soalan ialah 6. 




Kalau korang nak dapatkan buku DP ini sila ke instagram Wow Press dan dm mereka. Dan kepada pelajar UITM Dengkil yang pernah menulis di dalam buku ini atau pernah berlajar di sana. Kalau korang terbaca review buku ika ni. Sila komen dibawah ya. :) Share la pengalaman korang semua masa di sana. 


See you gais in my next book review. Tata

22 comments:

  1. Replies
    1. Kalau rasa nak baca, Rabia boleh dapatkan dekat Wow Press.

      Delete
  2. Memang best kalau tengah reading slump dan baca buku macam ini.. dia macam boleh naikkan balik semangat membaca.. sebab bukunya ringkas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak. siapa yang selalu ada reading slump. Tukarlah ke bacaan yg lebih ringan :)

      Delete
  3. baca buku macam ini...pas bangat tambah ilmu danbermanfaat bagi semua orang..#1431

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah mudahan bermanfaat buat semuaorang ✌🏻

      Delete
  4. Oh menarik tajuk dia... ingat buku mengenai Dengkil rupanya puisi2.. peminat peminat yg suka baca puisi elok beli ni...

    ReplyDelete
  5. menarik cover bukunya tu...kita suka baca buku poem macam ni bila tengah down and rasa nak tenangkan fikiran...

    ReplyDelete
  6. hebat2 student situ. bagus jugak pengalaman mereka dijadikan sebuah kisah. at least org lain pun dpt tahu pengalaman bila belajar kolej

    ReplyDelete
  7. Looks like a good book to have on your shelf. Cover Dia pun cantik. Thank you for sharing your review.

    ReplyDelete
  8. Lama I tak read a book. Thanks for introducing buku Dengkil Perform, macam interesting nak read one day juga

    ReplyDelete
  9. Buku kalau ada lukisan dan kata-kata macamtu, memang best, sebab bila baca tak boringkan..

    ReplyDelete
  10. Akak suka buku stail camtu. Tak tertumpu pada word sahaja. Hehehe. Selamat membaca!

    ReplyDelete
  11. Firstime dengar tajuk dengkil.. Hehe.. Onga nak cerota pasl dengkil.. Kita ni jarang membaca sangat ni..

    ReplyDelete
  12. kalau yang minat kata-kata puitis wajib beli la buku ni. tajuk pun dah menarik

    ReplyDelete
  13. unik dan menarik buku ni. isi kandungan pun macam tak heavy sesuai untuk bacaan masa santai. thanks sharing buku ni

    ReplyDelete
  14. konsep yang menarik dalam penghasilan buku ni. bolehlah nanti untuk tempat lain dibuat perkara yang sama, baru boleh nampak kreativiti masing-masing :)

    ReplyDelete
  15. Wahh menarik lah konsep novel ni ada macam-macam yang mencerikan kisah pelajar kat UiTM Dengkil hehehe kita tengok dah faham dan tahu cerita yang dikongsikan dengan juga beberapa gambar yang asal best juga hehehehe...

    ReplyDelete