Jul 11, 2020

BOOK REVIEW - BEAUTIFOOL : SEBUAH ANTOLOGI



Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Ika tak dapat nak recall berapa harga buku ni tapi kalau tak silap ika la SO Publishing ada buat jualan murah haritu. Rasanya, ini dalam RM 2 atau RM 3. Dan ini merupakan buku pertama dari mereka yang ika baca. Rasa tertarik sebab buku dia colour pink yang menenangkan hati. Ah gitu. Haha. 

Tapi dalam masa yang sama, buku ni mengetengahkan isu yang menarik buat pembaca. Isu yang khususnya buat para wanita & para lelaki juga. Selalu sangat kita dengar yang perempuan ni sanggup buat apa saja demi kecantikan walaupun boleh memudaratkan diri sendiri. Kan kan? Tapi tak salahkan perempuan jugak, Adakalanya, lelaki & masyarakat juga memberi pengaruh besar kenapa perempuan sanggup buat semua perkara tersebut. Kerana sifat suka compare, kritik yang keterlaluan dan sebagainya. 

Tajuk buku ini sesuai la dengan perbuatan yang dilakukan oleh mereka ini. Merangkumi 19 cerpen dari 19 penulis dalam bahan bacaan santai yang penuh pengajaran. 




Tak rugi tangan mencapai buku ini di rak. Antologi Beautifool ini bagi saya merupakan bahan bacaan yang ringkas tapi memberi satu kesan kepada pembaca. Mengisahkan tentang segelintir masyarakat kita yang berusaha untuk mencantikkan diri mereka dengan melakukan perkara-perkara yang diluar jangkaan semata mata demi meraih pujian. Namun, jika dilihat ke akar umbi mengapa ramai org sekarang bersikap sebegitu rupa, kerana mulut masyarakat kita juga lagi-lagi di zaman sekarang. 


Body & faceshaming yang keterlaluan boleh membuatkan seseorang yang lain rasa down. Gemok dikatakan macam gajah, kurus macam lidi penyapu, hitam macam punggung kuali, putih macam muka mati laki dan macam-macam lagi. Kisah di dalam Beautifool ini bukanlah propa semata-mata. Saya yakin berlaku di dunia nyata. Memang beauty is pain tapi sejauh mana kita memahami ayat itu. 

Semua cerita di dalam Beautifool ini best. Very straight forward. Simple & tak complicated. Mood tak meleret lansung bila baca. Recommend for those yang sukakan cerita yang tak corner sana sini. Lurus mcm pembaris. Hehe. 

Konklusi mudahnya, sayangilah diri kita. Ubah diri perlahan-lahan dan gunakan cara yang betul. Bukan secara merbahaya. Kerana ia bakal memudaratkan diri. Dan terimalah pasangan kita seadanya dia dan jangan di compare secara keterlaluan & jaga percakapan. 






Ika dah check dkt website SO. Masih kekal RM 3 ya buku ni dah korang boleh claim beberapa buku secara percuma. :) 

18 comments:

  1. Biasa kalau baca buku macam ni, sehari dah boleh habis. Sebab dia straight forward kan. Baca sambil minum petang best ni. Hehe

    ReplyDelete
  2. eh murahnya..boleh la cari buku nih

    ReplyDelete
  3. hmmm.. the fool of the beauty? the title attract me so much and guess gonna get it for my reading

    ReplyDelete
  4. Pasni kena rajin jugak baca buku2 style gini.Tq kongsi info tentang buku ni ya.

    ReplyDelete
  5. sekarang ni lelaki pun dah mula jaga penampilan. Kalau tengok skincare tips tu ramai dah lelaki yang share tips glowing gitewww haha

    ReplyDelete
  6. Good book. Buku was g ada kaitan dgn isu dunia skrang. I think I should read this book too. It’s good for my studies. I’m sure you also learned something from it.

    ReplyDelete
  7. Menarik tajuk buku ni... Sesuatu yang ramai should explore dan ambik tahu. Harga murah giler ni. Nak cari laaa

    ReplyDelete
  8. Adik ada buku ni, bolehlah pinjam dengan dia lepas ni hehe

    ReplyDelete
  9. Cantik warnanya dan tajuknya memang menarik perhatian. Body shaming memang menakutkan sebab kita tak tahu kesannya pada psikologi kan

    ReplyDelete
  10. The price is really affordable. :) Looks interesting. Will try to grab a copy of it if I could.

    ReplyDelete
  11. Bagus buku macam ni..yang suka body shaming orang tu mohon baca huhuhu..yang selalu kena body shaming pun boleh baca untuk naikkan semula semangat hidup..

    ReplyDelete
  12. masyarakatpn ntah apa yg xkena pada org lain nk bodyshaming kan org...xsepatutnya begitu....bagus juga buku ni buka minda ttg isu body shaming...thanks for sharing..

    ReplyDelete
  13. Its good book kalau baca dsri konklusinya. Yang mana pada akhirnya kita perlu sayang diri dan terima seadanya

    ReplyDelete
  14. good book. bagus ada macam2 buku macam ni sekarang ni. alhamdulillah

    ReplyDelete
  15. nampak macam menarik je buku nie. nak baca lah nanti. kena cari nie. betul, kena sayang diri sendiri dan kalau nak ubah pon jangan sbb org lain, ubah untuk diri sendiri

    ReplyDelete
  16. Betul tu.. body face shaming ke body shaming ke.. tak patut dibiasakan dikalangan kita.. kadang benda tu diorang anggap gurauan tetapi dalam masa yang ada hati yang terluka..

    ReplyDelete
  17. Dah lama sangat tak beli and baca buku.

    ReplyDelete
  18. Thanks for sharing this book review, its good to cultivate reading habit.

    ReplyDelete