Jul 17, 2020

BOOK SLEEVE BY VAMPY KRAFT


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️


Harini, ika nak share sesuatu dengan kalian semua. Masih lagi berkaitan dengan buku. Kalini, ika nak cakap pasal Book sleeve dari Vampy Kraft. Foundernya bernama Lea ya gais. Ika memang dah lama aim nak ada at least satu la booksleeve untuk diri sendiri. Benda ni sebenarnya bukan keperluan, tapi lebih kepada kehendak dan kemahuan diri. 

Cumanya, bila dah banyak kali ika balik kampung atau pergi ke mana-mana. Bila bawa buku letak dalam beg. Mesti hujung buku akan terlipat. Dan benda tu sangat la menganggu ika. Ika seboleh bolehnya akan cuba jaga buku sebaik-baik yang boleh. Baca buku pun kalau boleh, nak bukak tu sikit je. Bukan kepak terus. Sebab sayang. 


Basic Padded Booksleeve

Looking for a way to protect your book so they don't go damaged when you are on the go? 
A padded book sleeve with lining is the best way to protect the book for damaged. 

  • Suitable & perfect for standard paperback up to 500 pages and small hardback. 
  • A cute and irresistable book cover, ideal to protect book wherever you go. 
  • Perfect gift for book lover! 



Kebetulan, memang Vampy Kraft jual booksleeve dengan harga murah sangat. Masa ika beli dekat Shopee tu, ika dapat redeem code baucar RM 2 untuk setiap pembelian RM 20. Oh ya, lupa nak cakap. Satu booksleeve berharga RM 20 saja gais. Sangat murah.
Ika pilih corak tembikai sebab kiut! And tak rugi beli sebab kalau buku nipis boleh muat more than 1 book. Kalau novel tebal mungkin sebuah je la ya. Material pun best. Besar. 

Ika beli lebih kepada untuk protect buku la. Bukannya untuk kegunaan lain. Kalau letak dalam beg. Memang nampak kemas dan teratur la. Sebab semua orang tahu, beg perempuan ialah beg doraemon. Memang la buku tu besar and boleh grab tapi maksud ika, sedap la mata ika memandang beg yang isi lebih kemas. 



Apa lagi geng. Meh la support local product. Handmade lagi <3 font="">

24 comments:

  1. pencinta buku2 mesti suka ni..
    kalo akak sukaaa corak dia sebab ada tembikai hahaha comey..

    ReplyDelete
  2. Alaaaa comelnya. Zaman remaja dulu ada tau buat book sleeve ni. Tak sangka ada lagi yang buat kraf gini. Nak order lah nanti.

    ReplyDelete
  3. siapa suka baca buku memang sensitif bab buku terlipat ni. sayang oo...comel corak tembikai tu

    ReplyDelete
  4. Bagi mereka yang menyimoan banyak buku boleh la beli booksleeve ni supaya buku tak rosak ...

    ReplyDelete
  5. Cantik sangat, semoga ada peminat-peminat yang tersendiri. Kerana produk yang baharu ini kena sentiasa di sokong.. :)

    ReplyDelete
  6. Cantik betul book sleeve ni kan. Tapi memang perlu kan untuk protect buku-buku yang kita hargai. :)

    ReplyDelete
  7. Elok plak buku ada cover tak bago rosak ek... kalau tak, keluar masuk bag tepi buku tu jadi tak elok kann...oo sesuatu yang interesting bagi pengemar buku ni..

    ReplyDelete
  8. waahh!kter mmg ulat buku..vampy kraft ni ada kedai macam bookstore tu ke? kalau ada boleh belek2..

    ReplyDelete
  9. Wahhh, pencinta buku mesti kena ada nie supaya buku2 koleksi terjaga. Tapi banyaklah pulak nanti kena beli.

    ReplyDelete
  10. Oh my. Sama dengan Rawlins. Sangat annoyed kalau ada cover yang terlipat sebab masuk dalam beg. This sleeve will certainly lessen my guilt. Thanks for the sharing

    ReplyDelete
  11. Lovely!!!!!! Suddenly I want one too. Hehehe. Btw Ika, are you still interested to join my Bookwork interview? If yes, pls DM me at FB or email me at fadimamooneira@yahoo.com. Tq.

    ReplyDelete
  12. Uwhh nama die book sleeve ke. Tak tahu pulak ada jual. Haha. Selalu dok pikir ada cover kan senang. Tak suka jugak terlipat. Walaupon orang kata banyak renyuk tanda rajin bca buku eh tapi tak sukalah. Nak kelihatan kemas je.

    ReplyDelete
  13. Pergh kalau dh syg buku memng akan jaga buku tu dengan elok. Cntik juga book sleeve ni.. Tetiba nak beli je utk buku2 anak.. Hahaha

    ReplyDelete
  14. wow first time dengar pasal such product! Menarik eh! Sesuai untuk yg bawa buku ke mana2😊

    ReplyDelete
  15. Bab buku terlipat ni memang kecewa je rasa. Sebolehnya nak buku tu sentiasa dalam keadaan baik dan nampak kemas je kan. Bagus juga ada jual mcm tu.

    ReplyDelete
  16. Thanks for sharing this, cantik booksleeve ni, kebetulan i tangah cari for some of my old books.

    ReplyDelete
  17. nampak gayanya nak kena beli jugaklah, sebab kt rumah banyak jugak buku. thanks ya share. :) tak tahu pun ada book sleeve ni sebelum ni. :)

    ReplyDelete
  18. Dah jumpa dah geng jaga buku. Akak pun sama, tak suka bagi pinjam koleksi novel akak. Tak suka tengok tepi buku terlipat atau rosak. Satu keperluan juga benda ni.

    ReplyDelete
  19. cantik semua book sleeve ni..sama la shida juga xboleh tgk buku berlipat2 bucu buku tu ^_^

    ReplyDelete
  20. baru tahu tentang ni..agak menarik.. terima kasih atas perkongsian ini

    ReplyDelete
  21. Cantiknya nak beli lah buat koleksi sendiri.. Boleh beli utk adik2 sekali..hihi

    ReplyDelete
  22. Cantik.. macam nak beli satu.. hahaha..

    ReplyDelete
  23. Betullah kan, geram je bila buku terlipat2

    ReplyDelete
  24. Cantik.. berguna ni bila bawa buku masa bawa pergi kerja atau travel.

    ReplyDelete