Jul 6, 2020

MOVIE REVIEW - HORROR STORY (2013)


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️ 


Next movie yang ika nak review ialah Horror Story. Pun boleh ditonton di Netflix. Previously, ika ada update pasal movie Lupt kan? . Actually, ika tengok movie ni dulu baru la Lupt. Haha. Ika tak expect yang Netflix akan ada banyak movie horror dari India. Dan, kalau Netflix tak masukkan movie ni. Mungkin ika pun takkan sedar kewujudan movie ni sampai bila-bila. So, thanks to Netflix. 

To be honest, apa yang menarik perhatian ika untuk tengok movie ni ialah bila ika baca sinposis yang tersangatlah ringkas di ruangan details dalam Netflix. Haha. Mudah terpengaruh? Yes for sure! Ika suka cerita dimana konsepnya ala-ala mcm "cabar mencabar" & explore. Okay, lets jump to review. Eh macam ayat youtuber. Haha. 

Bismillah. 


SYNOPSIS
A group of friends meet to bid farewell to another friend, who is going abroad. They decide to spend the night in a haunted hotel, which changes their life in a way they least expected. 

YEAR: 2013
Duration: 1 hour 31min
CAST: APARNAA BAJPAI, NISHANT SINGH, KARAN KUNDRA, SHEETAL SINGH, RAVISH DESAI


Permulaan cerita yang dah menarik minat ika untuk terus menghadap TV. Semua gara-gara sebab nak tahu apa yang dieorang bakal explore di sebuah hotel yang dikatakan berhantu. Ika paling nak tahu sangat, dengan keputusan secara drastik dieorang ni semua untuk ke sana, apa yang akan dieorang jumpa dan experience. Sebab selalunya kalau jenis buat keputusan on the spot ni, adalah satu keputusan yang memudratkan diri. Haha. Tiber. 



Suasana hotel yang sunyi, kosong, besar dan gelap menambahkan la rasa seram tu. Tapi bukan untuk 7 sekawan ni. Mungkin sebab dieorang rasa, dieorang dtg ramai. So, keberanian tu ada. Jujur cakap, kalau ika nampak hotel ni dari jauh pun. Ika takkan berani nak masuk sebab ah memang tak hingin la aku. Buang masa dan tenaga je dan yang penting tak berfaedah lansung tak explore tempat yang mcmtu. Yang perempuan pun sama naik juga eh, tak tau erti takut tu apa. 

Ika suka kejutan dalam movie ni sebab kejutan tu tak berhenti setakat tu saja. Dia mcm nonstop. Buatkan ika rasa tak senang duduk. Haha. Ika suka banyak part dalam movie ni antaranya kerusi roda bergerak sendiri tanpa ada org atas tu. Memang la dah biasakan scene ni dkt dlm cerita hantu. Tapi entah kenapa haha rasa dalam movie ni, rasa suka pulak scene ni. Mungkin sbb rasa mcm menjadi. And also, waktu salah sorang dari kwn perempuan dieorang yang tiba-tiba muncul hm korang kena tgk la kalau nak tahu apa jadi. 


Ika suka cerita macamni sebab ika suka tengok sejauh mana agaknya mereka ini dapat melarikan diri daripada bala yang mereka sendiri cari. Tak ada siapa suruh kan? haha. Ending best. Cuma korang kena accept la cerita bollywood ada la part yang over sikit kan. Tengok dekat Netflix k gais!

Rating: 4 /5 

19 comments:

  1. akak kalau bab seram2 ni tak berani nak tengok, nak tengok tu rasa ada tapi bila dah tengok confirm sebulan masing terbayang-bayang part yang seram tu, nak tidur pun susah hahaha

    ReplyDelete
  2. Wow rating yang kamu beri begitu tinggi? Nak tengok lar nanti. :)

    ReplyDelete
  3. wahh menariknya bila baca sinopsis review ni.. terasa nak tengok jugak ni.. tapi sejak pindah rumah baru ni.. agak takut jugak nak tengok kisah seram dan scary ni.. hahaha.. terbayang pulak nanti.. =P

    ReplyDelete
  4. Ok. Ngam. Balik nie nak tengok la. Rawlins memang sejenis suka menonton cerita horror. Lepas nie bleh tengok recommendation dari Netflix la plak. Thanks ye

    ReplyDelete
  5. ok dah pernah tgk movie nih ika..ika suka tgk cite seram2 eh,
    geng lah dgn kak shida..kak shida pun suka juga! :)

    ReplyDelete
  6. Takut Kalau nak tgk cerita horror ni. Sejenis seorang yang penakut yang amattt

    ReplyDelete
  7. tengok poster dia pun dah scary ..iena memang tak berani tengok cerita cerita seram macam ni..baca sinopsis pun meremang bulu roma..kalau tengok mesti tutup muka je :D

    ReplyDelete
  8. Suka movie hindi atau tamil tapi bab movie seram ni aduhai bercinta betul nak tengok sebab spesis penakut. Jalan cerita not bad ni. Ala ruginya tak tengok

    ReplyDelete
  9. Tingginya rating..boleh masuk dlm wish list movie yg nak tgk la.. Tgk movie cam ni malam2 baru Best..

    ReplyDelete
  10. Walaupun rating cerita ni tinggi I tetap takkan tengok jugak sebab I penakut. Tapi boleh recommend dekat my husband. Dia suka tengok cerita seram-seram ni.

    ReplyDelete
  11. Ok nak tgk lah nanti.. sebab kita suka citer temil dan seram hehhe

    ReplyDelete
  12. huhu saya memang tak tengok la citer seram camni.

    ReplyDelete
  13. Terkejut den nengpk gambo atas tu woii hahahahaha...adeiii..tapi kan cite horor tamil menakutkan okay..ingat lagi cite chandramukhi tu, kan kannn..

    ReplyDelete
  14. Ni yang buat tak sabar nak tengok bila ika bagitau ending best. Kena buka tv cepat-cepat. Layan waktu malam..fuhh serammm ahhaha

    ReplyDelete
  15. Wow tinggi rating. Boleh cuba tgk ni tapi kena tgu husband balik la. Haha kita sejak2 dah ada anak ni tba2 jadi penakut plak. Hahhaha

    ReplyDelete
  16. walau tinggi rating, huda memang takkan tengok cerita genre horror macam ni, huda penakut! tak suka movie hantu

    ReplyDelete
  17. Serius lahhhh ... Macam seram sangat je. Rating pon tinggi jugak ni. Kita suka tengok tapi kita ni penakot kang sampai tidur malam pon termimpi hahaha

    ReplyDelete
  18. Huwaaaa takutnya nak tengok. Hahaha. Tapi rating tinggi. nanti suruh husband tengok. Hahaha

    ReplyDelete
  19. Adoi.. seram serius nie tak berapa berani sangat.. 🙈

    ReplyDelete