Jul 8, 2020

Throwback Aktiviti PKP 2020 - Melukis & Mewarna


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️ 

Saja la nak refresh balik apa yang ika buat sepanjang PKP 2020 beberapa bulan lepas selain dari baca buku & tengok movie. Ika sebenarnya ada beli sketch book dekat Ninso PKNS Shah Alam. Tak terguna-guna. So, kebetulan MCO. Lama pulak tu kan. So, berbekalkan sketch book tersebut, ika pun melukis la random cartoon. Saja suka-suka. Tak ada basic melukis lansung. Nak buat shadow ke, perfect circle ke memang kirim salam la. Haha. Macam mana boleh terjebak melukis? Sebab teman adik ika buat assignment melukis juga. 

Minat melukis tu memang ada sebab pernah ada hasrat nak lanjutkan pengajian dalam bidang seni lepas sekolah menengah. Tapi, berubah 360 darjah sebab atas nasihat abah. Abah kata ambil business la. Kalau ika nak ambik seni masa tu, kena ambik foundation setahun dulu. So abah berat hati and terus tak kasi ambil. Tak apalah, lagipun siapa kata kalau belajar bidang lain, tak boleh melukis. Jadi, tiada masalah la :) 




Yang seronoknya kan bila melukis seronok-seronok ni. Rasa release tension. Sebab kalau melukis ada rupa sikit tu kira nasib baik lah. Tapi, kalau melukis tak menjadi tu la yang kerja dok gelakkan diri sendiri tu. Haha. Tangan hilang satu jari la, kepala besar la, warna lain dari yang asal sebab tak ada pen colour tersebut, colour tak habis sebab malas. Haha so jadi macam tak stress lansung. Enjoy <3 span="">

Cuba korang tengok lukisan yang Monster Inc tu. Dah ada rupa macam Chibi Maruko Chan & Duta Mamee Monster dah. Ini yang kelakar. Belum tengok yang lain. Sama jugak. Tu Si Woody Toy Story tak ada mata sebab mata dia susah wei nak lukis. End up tak payah lukis. Settled satu masalah. Tangan Mario pun nampak pelik & misai dia senget. Tepuk dahi tengok. 

Hm, lepas tu, ika fikir why not ika beli pensel kaler sendiri dan benda-benda lain sendiri. Takkan nak pinjam orang punya kan. Nanti kalau barang orang tu rosak atau habis guna macam mana. So, beli la yang murah-murah dekat Ninso, Eco & Faber Castell. Benda asal ada cukup la. Lepastu, on je la nak melukis & mewarna. Yang penting, mood tu kena selalu on la. Karang, benda dah ada, mood yang tak ada-ada susah jugak. 




Ika ada suarakan dekat husband, yang ika nak belajar kaligrafi, nak buat journal and kalau rasa dah yakin sikit nak melukis dekat atas kanvas. Husband pun okay je. So, lepasni nak beli bahan untuk semua tu pulak. Korang doakan la minat suka-suka ika ni in future mendatangkan keuntungan untuk diri ika sendiri. Mana tahu nanti dah ada anak, bila anak suruh melukis. Ika boleh lukiskan. Haha gituw! 

Nak jadi ibu yang serba boleh! Ibu yang multitasking! Ibu yang kreatif! 



Orang kata, mana tahu lama-lama praktis. Akan asah skill lagi. Usaha nak belajar tu la yang paling penting. Budak-budak sekarang lagi advance melukis. Ika salute orang yang pandai serba serbi dalam bidang seni. Seni tu, memang satu anugerah yang paling besar dan mahal buat seseorang. Hargai dan buatlah perkara yang baik-baik sahaja dalam bidang seni tersebut. Semoga memberi inspirasi buat yang lain. 

Adik ika 2 orang dalam bidang seni. Grafik & Fashion Design. Ika nampak sendiri macam mana dieorang belajar, buat assignment, melukis, mewarna dll. Rasa terpegun. Belum tentu ika dapat buat macam yang dieorang buat. Belum lagi yang guna komputer. Haha. Ini ika guna apakebenda tah dekat komputer untuk melukis tu, mampu lukis orang lidi je dik. Haha. 

Agak-agak dalam 5 bintang. Korang nak bagi lukisan ika berapa bintang? Haha. 

23 comments:

  1. cantik... semua tu kartun kegemaran aiyan, macam akak ni kalau di suruh mewarna memang takde bakat melukis apatah lagi heheheh

    ReplyDelete
  2. comelll! kemas je awk lukis.. =)

    ReplyDelete
  3. Lovely artworks! Masa PKP Hari tu I pun melukis, blogging, menulis cerpen, write my own book, and baca novels juga. Looks like you and me a few things in common. Nice to know you Ika.

    ReplyDelete
  4. Lovely artworks! Masa PKP, Saya pun melukis, blogging, menulis cerpen, write my own novel, and baca novels. Looks like you and me have a few things in common. Nice to know you Ika.

    ReplyDelete
  5. Bab mewarna dan melukis adalah bab paling Rawlins tak suka. Report card Rawlins masa belajar dulu - ada satu je merah dari darjah 1 sampai form 5 iaitu lukisan hahaha

    ReplyDelete
  6. Cantiknyer kartun tu semua. Ingatkan gambar print tadi. Bila tengoh balik eh lukisan sendiri rupanya. Wah!

    ReplyDelete
  7. Menarik lukisan ni semua. Comel je kartun ni. Memang awak ni ada bakat dalam melukis. Nampak cam kartun yang diprint!

    ReplyDelete
  8. cantikla. kalau dah berseni, buat apa pun cantik, u ambik gambar ni pun cantik.

    ReplyDelete
  9. Cantiknya. Pandainya warna. Serius berseni. Syira minat juga mewarna tapi masanya tiada pula. Hehehe

    ReplyDelete
  10. cantiknya ika lukis, memang sama dengan karakter kartun tu semua tapi Mario tu memang sengaja buat tinggi eh haha. Good luck ika, semoga impian nak lukis atas kanvas tu tercapai tak lama lagi.

    ReplyDelete
  11. Ika sama Sis, Sis siapkan keluarkan buku mewarna semua yang dulu-dulu, tu kira dah tahap bosan melampau le tu hahahaha

    ReplyDelete
  12. Masya Allah cantiknya lukisan yg awak buat tue.. Memang nampak cam yg di print la pulak.. Saya xpandai lukis cam awak.. Org lidi je yg mampu buat pun

    ReplyDelete
  13. Wahh comelnya... masa PKP hari tu saya banyak tengok movie je... tak banyak melukis dan mewarna... semua katun yang awk lukis tu semua saya suka especially monster inc...

    ReplyDelete
  14. Memang bagus isi aktiviti mcm ni. Jauh sikit dari gadget hehe. Dulu waktu kecil minat jugak melukis, sedar2 tak ada bakat utk dikembangkan , sekadar minat

    ReplyDelete
  15. wah teringat pulak zaman sekolah rendah, sellau masuk pertandingan mewarna & menang. lepas tu terus tinggal hehe

    ReplyDelete
  16. Cantik lukisan Ika memang berbakat. Kak pun dari family berseni... suami dan anak dalam bidang grafik arts...kak pun dulu boleg gak lukis tapi dah lama tak lukis kekok lak.

    ReplyDelete
  17. Suka sangat tengok lukisan ika. Berbakat sangat melukis kalau kita la confirm buruk

    ReplyDelete
  18. Wah nice...

    Tak semestinya kalau nak buat seni kena study. Asalkan mahu, boleh belajar bila-bila di mana-mana

    ReplyDelete
  19. cantikknyaa nanti nak try buatlah aktiviti mcm ni

    ReplyDelete
  20. CANTIK lukisan dan caloring tu. ada bakat tu. kalau saya buat confirm tak cun

    ReplyDelete
  21. akak selalu jealous dengan orang pandai lkis ni !! mmg gifted sangat
    arwah ayah pandai lukis.. tapi bakat tu x menurun kat anak dia. tau lukis orang lidi ja..

    ReplyDelete
  22. Cantiklah ika lukis.. Ika punya tangan nie berseni.. Tak sangka PKP berjaya mengeluarkan banyak bakat-bakat terpendam takyat..

    ReplyDelete