Aug 29, 2020

ZINE REVIEW - KEKASIH SEGERA BY ELLA SYASDHIA


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Ikutkan, zine ini penamat Goodreads Reading Challenge ika untuk tahun 2020. Tetapi, ika tak jumpa zine ini di GR untuk direview. Maka, nanti kena add manual di GR. Tengah tak rajin. :'( Zine ini, ika baca di PNM eReader. Ini bacaan kedua ika dari penulis. Sebelum ini, ika ada baca Dia Setajam Kaktus. Mungkin lepas ini, ika akan letak review DSK di dalam blog. 

Rupanya setelah ika baca di carian google, zine ini sebenarnya dihasilkan di wattpad. Kalau tidak silap dan penulis sendiri mengeluarkan zine ini. Kalau salah info, minta ika untuk betulkan ya. Dicetak mengikut permintaan. So, zine ini berformat paperback dan ebook. Kalau untuk paperback, kalian boleh tanya kepada penulis. Tetapi kalau untuk ebook. Boleh baca samada di PNMeReader atau eSentral. 



PENERBIT: NOVELLA PUBLICATION
MUKA SURAT: 99 MUKA SURAT
BAB : 11 BAB 

SINOPSIS: Pertemuan pertama sudah mengundang rasa tidak selesa Mariam. Hadi ni baru keluar dari gua ke? Pandang Mariam macam tak pernah tengok perempuan! Namun, hanya sebaris ayat mengubah hidup mereka. 'Jadi girlfriend I?". 
Bagaimana seorang lelaki asing boleh bertukar menjadi kekasih sesegera itu? Bahkan lelaki itu tahu hampir separuh mengenai diri Mariam. Siapa Hadi sebenarnya? Kala Mariam diludah nista yang tidak benar, siapa sudi membela?


Source: Google & Writer

Disebabkan ini merupakan zine. Maka, sekejap saja ika mengambil masa untuk menghabiskannya. Zine ini bertemakan cinta. Dan memang dikategorikan sebagai bahan bacaan santai. Seperti yang dibaca di sinopsis, secara ringkasnya. Pertemuan antara Mariam & Hadi telah menjadikan mereka sebagai kekasih segera. Hal ini disebabkan oleh perkara yang berlaku diluar jangkaan. 

Nak komen watak Arif dan Ellie. Especially Arif. Ika paling tak suka orang (Arif)  yang suka memutar belitkan keadaan dan perkataan. Meskipun, mereka tidak sengaja atau sengaja. Sebabkan apa yang diperkatakan, orang lain yang tidak bersalah mungkin menjadi mangsa keadaan. Dan jadi manusia (Ellie) ni, jangan cepat melenting dan percaya bulat-bulat apa yang diperkatakan orang okay? 

Dan untuk Hadi & Mariam. Ini cerita kalian. Saya enjoy baca. Walaupun saya sendiri mengharapkan penulis panjangkan lagi cerita sebab dah nak sampai penghujung baru saya sedar, i want more haha. Tapi at the end of the day, kita tahu la endingnya bagaimana. Cuma sebagai pembaca yang tamak haloba, nak lebih. Haha. 

Sangat santai sehinggakan dah nak sampai penghujung pun tak sedar. Seronok flip ebook. :)

Source: Google & Writer








BOOK REVIEW - JAGAKAN AKU BY SYU ARIANI


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Kalini ika nak review satu novel bertajuk Jagakan Aku dari Syu Ariani. Nama Syu Ariani acapkali menjadi sebutan dalam kalangan pembaca buku. Tahun lepas, ika beli buku penulis berjudul Jagakan Aku dan baru beberapa bulan lepas barulah ika dapat baca baca. Sebab tak tahan baca review yang rata-rata memuji karya Syu yang ini. Mana boleh duduk dan tengok saja. Curious sangat! 

Oh ya, InshaAllah kalau tiada apa apa, upcoming review ialah buku dari Syu juga bertajuk Aku Ada. Lepas dah baca JA terus grab semua buku Syu. Tamak kan? Tapi puas sebab lepasni kalau nak baca dah tak payah nak kena tunggu. Terus grab dekat rak saja. Ah, memang suka justify apa yang dibeli supaya tidak ada rasa pembaziran haha. 

Ingat lagi, lepas balik kerja terus ke Chapter One di Star Avenue untuk beli buku Syu ni. Tepuk tangan dengan effort diri sendiri.
Cover buku dia sesuatu sangat. Misteri gitu! 

"LINDUNGI AKU DARI DIA DAN MEREKA, HINGGA HUJUNG NYAWA"

PENERBIT: KARYA SENI 
MUKASURAT: 668 MUKA SURAT
TAHUN: 2019

Sinopsis Jagakan Aku.
Source: Goodreads. 



Secara ringkasnya, Jagakan Aku bertemakan psiko thriller.Mengisahkan tentang Doktor Ana Zahirah yang menjadi mangsa Devil Angel setelah dia secara tidak sengaja melihat satu pembunuhan yang telah Devil Angel lakukan. Since that, Ana Zahirah berada dalam permainan Devil Angel. Setiap mangsa yang Devil Angel aim atau akan dibunuh, akan terpalit sama Ana Zahirah secara tidak lansung. Mangsa-mangsa tersebut akan dihantar kepada Ana Zahirah. 

Ini membuatkan Ana Zahirah menjadi takut. Ketakutan dia bertambah apabila ASP Aydin mengsyaki Ana adalah suspek utama. Dan Ana lah Devil Angel tersebut. Sebab? Sebab apa saja la yang berkaitan dengan Ana mesti akan ada kaitan dengan mangsa Devil. Muzzafar yang merupaka  kawan Ana Zahirah turut sama dalam penyiasat di dalam kes Devil Angel. Misteri kes-kes pembunuhan yang terjadi saling berkait rapat antara satu sama lain sehinggakan ada yang merasakan ianya adalah pembunuhan berantai atau bersiri. 

Source: Google 
Secara peribadi, ika merasakan bahawa Jagakan Aku ini ceritanya berat. Bukan bahan bacaan santai yang boleh kalian flip flip page. Bila cerita berat, kita perlukan konsentrasi yang lebih banyak kerana takut akan lost di mana-mana bahagian dalam cerita ini. Novelnya agak tebal. Dan dengan ketebalan sedemikian kita akan disajikan dengan cerita Ana Zahirah yang menjadi buruan Devil Angel. Paling berdebar bila kita tahu yang Dr Ana Zahirah ini sentiasa dalam keadaan bahaya dan paling utama dia akan selamat tak dihujung cerita. Dan turut diselitkan dengan watak hero seperti Asp Aydin yang sentiasa ada untuk sama-sama membantu Zahirah.

Penulis selitkan juga watak tambahan agar kita sebagai pembaca dapat menuduh siapakah Devil Angel yang dicari-cari. Rata-rata yang membaca mengatakan bahwa mereka semua salah meneka termasuk la ika. Ika sendiri salah meneka kerana obviously, ika akan tuduh orang yang rapat dengan Ana Zahirah. Yang kerap akan muncul depan Ana Zahirah setelah Ana Zahirah terserempak dengan Devil Angel. See? Takkan la tak rasa nak tuduh haha. Dalam masa yang sama, ika seronok baca JA bila ASP Aydin & Muzzafar berganding bahu menyelesaikan kes. Macam baca buku Detective Conan.

Storyline yang agak menarik untuk dibaca kerana dari awal penulis dah belanja sikit dari sudutan mengenai apa yang Ana Zahirah nampak Devil Angel buat dekat seorang mangsanya ketika hujan. Vibes kdrama yang bertemakan misteri ada dalam Jagakan Aku. Ika sebenarnya okay dengan penggunaan ayat dan dialog dari penulis. Tak rasa kekok untuk dibaca.


Alamak, kita baru tahu muka Syu Ariani macam ni. Macam muka Janna Nick versi berhijab Cantiknya.

Cuma jujur memang ada terlost sana sini sedikit and kena baca semula dari part yang lost. Itulah banyak main lagi. Watak Ana & Aydin macam kadangkala ada chemistry, kadang tiada huu. Rasa macam ada something wrong somewhere. Susah nak describe dengan perkataan tetapi watak mereka seolah-oleh seperti dipaksa terpaksa. Tapi, tidaklah ika kata yang ika tak suka dengan mereka. Suka cuma ada sedikit kurang. 

Jangan risau. At the end of the day, setiap persoalan yang penulis selit akan terjawab juga. Siapakah Devil Angel? . Kenapa Ana Zahirah? Apa punca yang membuatkan Devil Angel tekad untuk membunuh? Ana Zahirah end up nanti dengan siapa?. Macam-macam lagi persoalan akan terjawab. Yang paling penting, novel Jagakan Aku tetap mempunyai keistimewaan tersendiri dan masih ada nilai-nilai yang boleh kita ambil di dalam cerita ini. 

Source: Syu Ariani's Picture.
Cuba tengok buku-buku Syu. Tempting sangat. Lepas ni review buku Aku Ada menyusul. 

Syu, ini baru buku pertama ika baca. Maka, first impression ika mungkin berbeda dengan pembaca lain. Tunggu review Aku Ada tau! Kbye. 


Aug 28, 2020

KOLEKSI EBOOK - PENULIS TEMPATAN


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️


Ika ada banyak nak share dengan kalian semua mengenai buku. Tapi, ika nak slowdown sedikit supaya kalian tidak bosan dengan entry entry ika. Tapi, sebenarnya blog ika ini memang main focusnya adalah book review & book sharing. Lifestyle, movie review dan sebagainya adalah tambahan untuk ika improve diri ika dari semasa ke semasa untuk tidak stick kepada satu benda saja iaitu buku. Ika juga nak share dengan semua mengenai benda-benda lain. Doakan ika supaya idea menulis mencurah-curah dan ada content yang menarik selain buku :)

Let's proceed. 



Bulan Ogos ni, rezeki dapat ebook dari penulis tempatan yang masih fresh dalam industri buku. Kebetulan sangat, ika memang tengah terbuka hati untuk membaca karya penulis baru. Nak ubah mindset ika terhadap novel cinta. Adakah masih sama storyline nya dengan 10 tahun lepas? . Ika sentiasa mengharapkan ada perubahan dalam kisah-kisah cinta sekurang-kurangnya sedikit. Kelainan itu kena ada untuk memberi satu vibes baru dalam diri pembaca. 

Tak sangka juga sebenarnya bila dibelek-belek phone, rupanya ada 9 buah ebook yang ika dapat plus 1 ebook memang dapat percume (Exclusively Mine).Alhamdulillah. Terimakasih banyak-banyak kepada penulis-penulis sekalian kerana bermurah hati berikan kepada ika dan beri ika peluang untuk mengulas ebook kalian. All the best in future tau. 

Ada yang ika dah baca dan review dalam blog. Ika sertakan link ya so that korang boleh go through untuk baca ebook yang sudah direview. InshaAllah more to come. 





Mengikut peredaran masa, ika juga merasakan percubaan penulis publish ebook adalah satu langkah yang baik. Mungkin ada baiknya ebook kalau difikirkan. Ada juga buruknya. Baiknya, bagi ika bila ika malas nak pegang physical book atau bawak ke mana mana. Ika suka baca dekat phone :)

Ada banyak lagi ebook penulis tempatan yang ika masih tidak baca. Nanti, ada rezeki ika akan dapatkan dan baca . Kalau ada antara penulis yg ingin berikan ebook atau buku untuk ika baca dan review boleh dm atau email ika :- 

Email: sicashoid@gmail.com 
IG: www.instagram.com/sicashoid

Aug 26, 2020

520 Giveaway by Garaeki


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Harini, ika nak join Giveaway dari Garaeki. Menarik juga giveaway kalini sebab dia bagi giftvard Bookexcess. Em, ika tak pernah jejakkan lagi ke Book Excess ni. Mana tahu, ada rezeki, boleh jejakkan kaki ke sana :) Hi geng baca buku, nice to know you. 

Click Here To Join

REKOMEN BUKU 

Source: Google


Ika rekomen untuk awak cuba baca salah satu dari buku Buya Hamka. Ika dah baca Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Dan kalau nak lagi best boleh tengok ceritanya di Netflix. Bagi ika, kalau sesiapa yang tak sukakan ayat puitis, lepas baca buku Buya Hamka, mesti akan rasa macam dapat vibes puitis tu. Rasa buku Buya Hamka banyak pengajaran yang boleh diambil untuk kita jadikan panduan untuk kehidupan seharian kita. Di atas diantaranya saja, kalau tak silap ika, ada banyak lagi :) 

TAG: @Blog Kasihku Amani
IG USERNAME: @sicashoid

Aug 19, 2020

EBOOK REVIEW - EXCLUSIVELY MINE BY HANNAZ


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Baru-baru ni, ika ada ternampak satu entry Kasihku Amani mengenai ebook ini. Kak Sha mention ianya free ebook pula, terus pergi claim guna link yang Kak Sha bagi. And tak sampai beberapa minit terus penulis hantar dekat email. Memang cepat :) Sebelum tu, ika nak komen berkaitan ebook. Ada sesetengah penulis yang letakkan password untuk access ebook penulis. Sebab hanya pembaca saja yang boleh access ebook tersebut dgn password yg diberikan penulis. 

Tapi, tolong jadi manusia yang tak amanah! Sebab ternampak penulis Anjell post dekat IG Story dia baru-baru ni yang walaupun dia letakkan password and setiap password tu berlainan ya untuk setiap pembeli untuk memudahkan dia detect siapa yang sebar /jual ebook dia tu. Tetap ada yang buat macam tu. Untuk ebook Exclusively Mine ni juga ada password. Jadilah pembaca yang bijak ok. Walaupun ebook ni free, biarlah semua details penulis sendiri yang beri. 

Source: My Own Picture

PENULIS: HANNAZ 
TAHUN: JULY 2020 
PAGE: 279 PAGES 
PUBLISHER: SELF PUBLISH
FORMAT: EBOOK


"HANYA KAU YANG HATI INI MAHUKAN"


By the way, thanks to cik penulis sebab bagi ebook EM ni secara percuma. First of all, saya enjoy baca every pages dalam ebook ini. Isu yang diketengahkan memang sangat menarik. Isu yang menjadi bualan dan yg paling banyak terjadi di seluruh dunia iaitu suicide & depression. Hanya org yg berada dalam situasi depress saja yg mengetahui. Kita tak boleh judge mereka ini. Kita kena bantu mengatasi masalah mereka. Bunuh diri bukan jalan yang terbaik & sangat ditegah dalam Islam. 

Sinopsis Exclusively Mine.
Source: Goodreads 


Storyline okay. Flow cerita cepat sebab mungkin penulis rasa dia kena cut mana tak penting and fokus yg penting saja. Konflik rasanya mungkin konflik berperang dengan diri sendiri. Sebagai pembaca, saya tak rasa konflik antara Hud & Aiza adalah konflik yang besar sebabnya Aiza dia memang buat hal dia lepastu. Gangguan dari Hud tu pun biasa saja. 

Cocktail menjadi pemanis cerita antara Harriz & Aiza. Addicted betul ya Harriz dengan cocktail yang dibuat oleh Aiza haha. Padahal tu semua mohong ja tu. Haha. Dan rupanya disebalik kisah cocktail, Harriz & Aiza memang saling berkait rapat. Tertanya tanya juga dieorang dua ni sangkut paut ke? Persoalan yg terjawab di penghujung cerita memang memuaskan hati. Laff ❤️

To Hud. Macamtu la rasanya kalau perempuan dah move on. Jangan mintak peluang kedua. Pandang muka pun belum tentu nak. So, jangan la mainkan hati perempuan. Sakit tahu dipermainkan. And to Aiza, saya personally suka dengan watak Aiza yang very straight forward, tegas, tak berpaling ke belakang, sentiasa tahu apa dia nak dan berdikari. Macam mana dia bertegas dgn Hud tu. Kena puji. 

"TO BE ON THE EDGE OF BREAKING DOWN, AND NO ONE IS THERE TO SAVE ME BUT.."

And to Harriz. Watak dia main peranan penting dalam EM ini sebab disebalik apa yg dia ada sekarang, sejarah silam dia memang kita sendiri tak dapat bayangkan. Tak pasti macam mana nak cakap tapi sebab kita yg tak faham keadaan org depress ini memang akan ckp ah sibukkan diri je ah, ala ignore je la. But then bukan kita yg hadapinya. Nasib baik watak Harriz berjaya bangkit. Salute! 


Malas nak fikir panjang, terus imagine yang Harriz rupanya gitu, Aiza gitu. Ah jadiklah ya haha :')
By the way, siapa yang tak tengok lagi Her Private Life tolonglah tengok. best kot! 

Dan manisnya Aiza & Harriz memang macam kau letak gula 8-10 sudu besar dalam jug air . Ah cewah. Part di bilik lukisan Harriz mengingatkan saya dengan scene dalam satu Kdrama iaitu Her Private Life. Congrats penulis!

"I WANT PEOPLE TO KNOW THAT DEPRESSION AND ANXIETY LEADS TO SUICIDE. IT'S REAL. NOT JUST MYTH"

Please, if ada rasa sampai nak bunuh diri sebab depress. Dapatkan bantuan. Bunuh diri bukan jalan penyelesaian. Dan kita sebagai orang Islam. Agama kita memang melarang sama sekali ya bunuh diri. Kita tiada kuasa atau hak untuk mengambil nyawa kita sendiri. Dekatkan diri kalian dengan Allah. InshaAllah. Moga yang baik-baik saja buat kalian semua.  Sayangi diri anda semua :) 

Siapa yang nak baca boleh dapatkan dari penulis sendiri. 

Segmen Bloglist Pertama Blog SalatulZarida



Assalamualaikum & Hi readers ❤️️




Click Sini Untuk Join

Syarat-syaratnya



  1. Follow blog salatulzarida.blogspot.com, follow instagram salatulzarida 
  2. Buat entri bertajuk Segmen Bloglist Pertama Blog SalatulZarida
  3. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen di entri SINI


Syarat yang mudah dan ringkas kan?

Beberapa blog yang bertuah akan dipilih untuk dimasukkan ke dalam bloglist.  Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2020.

Merdeka Giveaway By Eknsofi


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Harini, ika nak join giveaway  dari Eknsofi. Cantiknyaaa banner giveaway dia. Tertarik betul. Tengah free ni, join terus la :) Tanda sokongan jua. Semoga ada rezeki buat diri ini. 



Syarat-syarat untuk menyertai giveaway ini ialah:

❀ Warganegara Malaysia
❀ Wajib follow blog ini
❀ Follow Instagram, tekan @eknaimn
❀ Subcribe channel Youtube, tekan Eikin Sofi.

Cara-cara untuk menyertai:

❀ Mesti buat satu post bertajuk "Merdeka Giveaway By Eknsofi"
❀ Copy banner di atas dan backlink ke post ini 
❀ Tag 3 kawan blogger anda dan pastikan mereka tahu 
❀ Copy dan paste link post tersebut di ruang comment post giveaway ini

Aug 17, 2020

COMIC REVIEW - 3 MINIT FAKTA CIPTAAN HEBAT



Assalamualaikum & Hi readers ❤️️ 

Kalini, nak update komik pula. Mesti korang ingat, ika tak baca komik kan? Ika baca tapi baru sekarang nak kumpul komik. Gempak Starz memang relevan dan konsisten dari dulu sampai sekarang. Publisher komik yang famous buat mereka penggemar komik. 

Ini semua gara-gara pergi 7E. Kalau korang perasan dekat 7E ada satu rak yang khas untuk komik saja. Kalau dibelek, banyak jugak komik yang best-best dari Gempak Starz. Dari setebal-tebal sampailah senipis-nipisnya. Ika tak judge sesiapa yang suka baca komik, sebab komik juga salah satu bahan bacaan. Jadi, kalau ada anak kalian yang nak baca komik. Boleh je bagi baca :) 


Komik yang patut ada di setiap rak di rumah. Secara jujurnya, siapa pun kalau baca buku sejarah yang tebal & wording, pasti akan kerap menguap. Justeru, ini adalah salah satu langkah bijak dari @gempak_starz mengeluarkan komik berasakan sejarah & fakta. Tapi dengan gambar rajah, ilustrasi yang comel & berwarna. .

Komik ini terbahagi kepada 3 bahagian: .
•Makanan •Ubatan
•Ciptaan yang Mengubah Sejarah.

Mempunyai 20 fakta menarik antaranya Mi Segera, Internet, Kontrasepsi, Kapal Terbang dan sebagainya. Dengan halaman sebanyak 125 muka surat. Mesti kalian akan menyukai komik ini. .

Setiap tajuk mempunyai pecahan bahagian yang wajib antaranya:-
•Tahukah Anda
•Kesan kepada Dunia
dan lain lain pecahan yang bersesuaian dengan tajuk. Sedikit perkongsian menarik dari komik ini ialah, kedudukan penjualan mi segera mengikut negara. .

1. China
2. Indonesia
3. Jepun .

Saya rekomenkan komik ini kepada semua peringkat umur. Sesuai buat parents juga. Sebab ini adalah knowledge yang bagus untuk kita ceritakan kepada anak-anak kecil. Pendedahan mengenai asal usul sesuatu benda dengan lebih jelas dan tepat. Tidak perlu susah payah untuk rujuk di internet. Dan yang paling penting, ilustrasi dari Fuji mampu menarik perhatian kita untuk teruskan pembacaan sampai pengakhiran komik. .

Saya enjoy sepanjang baca komik ini. Rasa macam belajar sejarah in a fun way. ✌🏻 .#ikareviewbuku



Source: Google 

Aug 14, 2020

EBOOK REVIEW- DUDA BUAT JASMIN BY BELLA H


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Pertama sekali, ika nak ucapkan ribuan terimakasih kepada penulis Bella H sebab sudi berikan ebook DBJ ini untuk honest review. Ika kenal nama Bella H dari rakan Kombo Jade dia iaitu Ayeshah Amani. Ia, ini adalah pasangan kepada Duda Buat Safeera yang ika review baru-baru ini. Both berformat ebook ya. So, senang sebab boleh baca buku di telefon saja. 

Kalini ebook ini setiap page berwarna kuning dan ada motif bunga yang cantik untuk setiap bab which is yes. clever idea. sebab ika suka sangat bila page ada warna sebab ika rasa mood nak membaca lagi seronok. 



PENULIS: BELLA H 
TAHUN: 2020
PUBLISHER: SELF PUBLSH 
PAGE: 324 PAGES 

"SHOW ME YOUR GARDEN IN WHICH JASMINE BLOSSOM TONIGHT AND I'LL MAKE SURE YOU WILL REMEMBER NOTHING OTHER THAN ME" 


Mengisahkan tentang seorang gadis genit bernama Jasmin yang hidup dalam keluarga yang bermasalah. Abang dah kakaknya melayan dia dengan layanan yang buruk dan dialah yang menanggung perbelanjaan abang, kakak & abg iparnya. Rasa macam ada biawak hidup di dalam rumah. Akan tetapi, Jasmin sedar yang dia kena kerja demi mencari sesuap nasi. Dia diterima bekerja sebagai tutor Lenus Home Tour di rumah Puan Maimunah. Dan ditugaskan untuk mengajar Didi (Anak Puan Maimunah) dalam subjek Bahasa Inggeris. 


Di sana, dia pelik kenapa orang di dalam rumah tersebut memanggilnya dengan nama lain dan pandang semacam. Bertemu pula dengan Aafan, duda yang kematian isteri. Dia rasa sesuatu. Aafan seperti tidak endahkan dia tetapi selalu ada untuk dia. Sampailah Aafan sendiri ambil keputusan drastik yang bukan saja drastik bagi Aafan tetapi Jasmin juga. 



Sumber: Facebook Penulis.
Adakah ini gambaran penulis tentang Aafan & Jasmin? Wow. 


Buat si Aafan yang setia. Kemunculan Jasmin sedikit sebanyak membuatkan hati Aafan rasa lain. Kematian isterinya memberi satu impak yang luarbiasa. Bagus juga dengan kehadiran Jasmin, Aafan boleh teruskan hidup dan buka buku baru dengan orang lain tak bermakna dia kena lupakan arwah isterinya. Kan?. So bercinta la kerna tiada salah pun. 


Watak abang Jasmin iaitu Hamdan selayaknya di starlight dahinya sebab watak dia memang sangat menyakitkan hati dan jahat.  Tak lupa juga untuk si Jaja dan suami dia. Memang Jasmin struggle nak hidup dengan mereka bertiga dalam satu rumah. Tak selamat. Nyawa terancam. Badan sakit. Patutnya semua tu kena cekup dengan polis dan duduk la dalam penjara tu. Kbai. 

"Pakcik doakan anak bahagia dunia akhirat. Pakcik doakan anak dapat apa yang anak impikan. Pakcik doakan anak dilindungi dari manusia-manusia zalim dan kejam"

Part yang menarik dalam novel ini ada banyak yang boleh dihighlight antaranya ialah percaya atau tidak kalau sebenarnya doa dari seseorang yang tidak dikenali itu boleh jadi doa yang dimakbulkan Tuhan. Siapa tahu kan?. Pertemuan antara Jasmin dan Aafan juga mungkin sudah diaturkan Allah. Tapi, doa yang baik-baik dari orang yang hatinya baik mungkin membuatkan hubungan itu menjadi hubungan lebih istimewa. 

Storyline agak klise tapi ika puji penulis sebab dia create watak yang membuatkan kita rasa emosi. Macam-macam yang kita rasa dalam satu masa. Ayat yang digunakan sesuai, mudah, plot twist, elemen suspen itu ada, konflik yang berat dan semestinya ada moral value. 

Overall, ika enjoy baca DBJ. Watak Jasmin & Aafan melengkapi antara satu sama lain. Watak tambahan yang lain juga turut sama main peranan penting dalam DBJ. Ika baca sampai tak sedar dah pukul 3 pagi. Haha. Teruskan berkarya okay! 

Siapa yang berminat untuk dapatkan Kombo Jade ini boleh ws no tertera di gambar. :) 
CONGRATS PENULIS! <3 span="">

.

Aug 11, 2020

BUBBLE WRAP TEMAN KARIB SELLER


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️


Bubble wrap atau plastik yang terdiri dari gelembung-gelembung kecil yang dipenuhi udara biasanya digunakan untuk melindungi suatu barang daripada rosak atau pecah dan selamat sampai ke tangan pembeli.

Peniaga atas talian mahupun luar talian yang mengunakan khidmat penghantaran wajib jadikan bubble wrap sebagai pelengkap dalam proses pembungkusan barang niaga anda. Kami membekalkan dua jenis bubble wrap iaitu:- 


🎈 Single Layer 100meter x 50 cm (RM 65) 
🎈 Double Layer 100 meter x 50 cm (RM 85)  

Semua jenis bubble wrap adalah yang terbaik. Tiap gelembung padat dengan udara yang mana memberikan perlindungan pada barang-barang yang dipos. 



KUIH KAPIT DAP DAP


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Mula dikenali di kalangan masyarakat Inggeris dan Belanda dengan gelaran "Egg Roll Wafer" untuk sajian minum petang. Pada Era penjajahan, kuih ini dibawa masuk melalui negeri-negeri Selat yang dimonopoli oleh masyarakat peranakan Baba Nyonya. Dengan kreativiti yang ada, mereka mengolah "kuih belanda" ini dengan cara dikepit/disepit dengan acuan khas bermotif flora kemudian dibakar di atas arang dan selanjutnya dilipat segi tiga. Kuih sepit atau kuih kapit ini menjadi menu utama ketika perayaan Tahun Baru Cina. 


Dengan berjalannya waktu, kuih tradisi ini mengalami pelbagai inovasi dari segi cara pembuatan, lipatan, perasa tambahan dan cara persembahan sehinggakan kuih warisan ini menjadi snek setiap masa untuk semua peringkat umur dan sesuai dihidangkan pada semua peringkat umur dan sesuai dihidangkan pada semua jenis majlis dan perayaan. 




#Kuihkaputdapdap ialah produk keluaran bumiputera yang ditanggung halal 100% mengunakan resepi turun temurun dan mula bertapak di dalam pasaran sejak 2016 lagi. Pengeluarannya adalah terhad bagi menjami kualiti tiap #kuihkapit.

Bahan utama yang digunakan terdiri daripada #tepung, #pati santan asli dan #telur gred double A. Tepung rosak mahupun tepung lama semestinya menjejaskan kualiti kuih yang bakal terhasil maka kami mengunankan tepung timbang kilo @ 1 kilo/plastik yang sentiasa direstock sebagai inisiatif standars kualiti kuih kapit. 



Pati santan yang digunakan ialah pati santan asli hasil dari perahan kelapa bukan dari kotak (instant). Hal ini membuatkan #kuihkapitdapdap berbeza dengan kuih kapit jenama lain di dalam pasaran. Kuih kapit kekal wangi tidak berbau tengik atau kurang enak walaupun berada di dalam balang hampir 6 bulan. 

Telur gred double A amat membantu dalam menghasilkan tekstur kuih yang ranggup dan rapuh. Ini menjadikan tiap adunan kuih kapit pekay dan likay. Tiap adunan dimasukkan ke dalam acuan kuih kapit mengunakan sukatan yang sama lalu dipanggang sehingga garing. Oleh sebab itu, kuih kapit yang terhasil mempunyai saiz dan ketebalan yang sama. 

Hasil inovasi pengasas kuih kapit dap dap kini boleh dinikmati bersama inti yang sedap dan lazart. Terdapat dua jenis inti premium yang menjadi kegilaan ramai iaitu coklat dan mentega kacang. Kedua-dua inti ini adalah halal JAKIM. 



Rasa inti coklat seakan-akan jenama terkenal (Nutella) sememangnya menjadi pilihan ramai. Inti kacang yang lain dari yang lain dengan rasa seimbang masin manis dan lemak berkrim pula membuatkan ramai jatuh hati. 

Pelbagai jenis topping juga turut disediakan bersesuaian dengan selera pelanggan tidak mengenal usia tua dan muda. 

Jenis topping:-

🍫 Badam 
🍫 Oreo
🍫 Choco Rice
🍫 Bubble Rice 

Antara toping yang menjadi pilihan ramai sudah pastilah badam. Terdapat beberapa variaso gabungan topping yang menarik untuk dicuba: 

🍬All in one (kuih kapit kosong, inti kacang, inti coklat dan topping badam)
🍬 Limited Edition ( semua jenis topping) 



#Kuihkaptdapdap dihasilkan di Kuantan., Pahang namun telah menembusi pasaran sehingga ke seluruh negeri  di Malaysia termasuk Sabah dan Serawak. Dengan mengunakan 'bubble wrap' yang berkualiti tinggi dan hasil pembungkusan yang baik, teliti dan kemas, maka tidak hairanlah jika kuih kapit tidak mengalami kerosakan yang teruk. 

Asbab 'bubble wrap' yang berkualiti, kami turut menjadi antara pembakal bermcam jenis 'bubble wrap' di Kuantan. Teruskan membaca sehingga ke entry 'bubble wrap'.