Assalamualaikum & Hi readers ❤️️
Tahun ini, ika hanya sempat baca dua buah karya dari Anna Lee iaitu Jika Aku & Hello, It's Me. Kalau tidak silap, ada lagi 1 buku yang dikatakan berkesinambungan ceritanya iaitu Mesej. Ika dah tunggang terbalik baca. Tak tahu nak dahulukan yang mana satu. Sebab, main ambil je di rak dan baca. Pemalas sangat nak baca atau tanya orang yang dah pernah baca, nak kena baca yang mana dulu. Haih. Buku Anna Lee ni dulunya (2016) memang menjadi buah mulut book lover sebab jalan cerita dia yang lain. Masa tu, ika tidak berpeluang untuk baca buku keluaran Prolog Media ini. Jadi, tahun ini kita dah ada bukunya, kita baca la :) Better late than never.
So, here we go. Bismillah.
Penulis: Anna Lee
Publisher: Prolog Media
Year: 2016
*Review diambil di Goodreads*
Ika tergelak sendiri bila fikir yang ika pergi baca Jika Aku dulu instead of Hello, It's Me. Why why why la. Sebab tu la watak Tiya & Duta dalam Jika Aku telah buatkan ika blur. Dari mana datangnya dua watak ni. tapi lepas baca HIM ni. Baru la faham semuanya. And HIM ni pun memang tidak mengecewakan. HIM romance action ya buat sesiapa yang tertanya dengan genre buku ini. Mengisahkan tentang Tiya & Duta yang tertukar phone di cafe. Kebetulan yg luar biasa ya sebab semua tentang phone dieorang sama dari segi jenis, warna, password dll. Haha. Oh wow memang tak tercapai dek akal ya. Dan disebabkan pertukaran handphone itu la dieorang boleh berkenalan and disebalik perkenalan itu menyimpan rahsia terbesar Duta. “Life is too short to spend it at war with yourself”. – Duta “Being different isn’t a bad thing. It means you’re brave enough to be yourself”. -Tiya Dalam masa yang sama kita akan menyusuri pathway seorang penulis secara general. Bagaimana industri buku di Malaysia. Adakah seperti yang kita semua sangkakan. Mudahkan menjadi seorang penulis? For me personally, aku rasa penulis seperti meluahkan perasaannya towards industri buku di dalam HIM ini. Menarik untuk kita tahu serba sedikit mengenai industri ini. Nampak mudah menjadi seorang penulis tapi hakikatnya, mereka saja tahu. No idea, no manuscript. Cumanya, ketika membaca part di mana Tiya sebagai novelis cerita mengenai isu ni, seolah-olah macam kena ceramah. Dan ceramah tu buat mata terkebil kebil menahan ngantuk. Nasib baik, hanya selingan saja bahagian ini. Jadi, ia tidaklah mencacatkan jalan cerita. Seronok berkenalan dengan watak Tiya & Duta. Both of them ada very good chemistry. Suka dengan kombinasi perwatakan kontra yang dibawa oleh penulis untuk kedua watak utama HIM ini. Walaupun, awal cerita dieorang banyak communicate through phone. Tapi seronok baca. Tak boring. Boleh rasa mood cinta tu. Kurang ayat cinta tapi kita boleb rasa aura tu faham tak?. Tak perlu dihuraikan dengan ayat manis manis dan ceritakan secara terperinci dari segi perbuatan. At the same time kita dapat rasa perasaan suspen yang dihadapi oleh Tiya ketika di airport dan semasa Tiya di negara orang. Persoalan demi persoalan. Identiti Duta pun masih samar samar tapi tetap tidak memburukan jalan cerita. Storyline A. Congrats penulis. ❤️ And part last tu memang meremang. Kaitan antara HIM, Jika Aku & mind reader saling berkait. Hee. Nice. Dasar seketul ika. Main baca je lepastu dah blur baru la nak baca first book. |
Buku-buku keluaran prolog memang sentiasa membawa kita ke perasaan yang berbeza.. Penulis ini juga antara penulis yang memberikan sesuatu yang berbeza dan seronok dibaca..
ReplyDeleteselamat membaca :)
ReplyDelete