Assalamualaikum & Hi readers ❤️️
First of all, ika nak ucapkan ribuan terimakasih buat penulis Ayeshah Amani kerana sudi berikan ebook ini kepada ika untuk ika review. Honest review dari Ika mungkin panjang sikit dalam blog compare dengan di IG. Hee. Ika kerap jugak nampak penulis promote di facebook. Rasanya kalau tak silap ini ialah Kombo Jade. Dalam Kombo Jade ni ada lagi satu ebook bertajuk Duda buat Jasmin //Bella H.
Paling love sebab jarang ebook page berwarna. Tapi, ebook ini berwarna siap ada bunga. Mood dia jadi lain macam sikit haha. Tak menganggu pembacaan lansung sebab warna yang penulis guna ialah baby blue.
Okay, let's proceed with the review. Bismillah.
Penulis: Ayeshah Amani
Tahun: 2020
Page: 299 pages
Publisher: Self Publish
Bab: 29 Bab
REMINDER: Ada a few part "panas" dalam DBS ini masa half pages. |
"SAFEERA bermaksud batu nilam dalam bahasa Arab,
Nasreen bermaksud mawar liar dalam bahasa Parsi"
DBS ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Safeera Nasreen yang kiranya saya masih belajar di universiti pengajian Islam. Dia berselindung disebalik tudung labuh yang dipakainya. Hakikatnya, perangai dia yang sebenar tidak dapat kita jangkakan. Naluri pengoda dia menjadi ekstra berlebihan apabila abangnya membawa pulang seorang kawan bernama Isa Khan. Penulis memberi gambaran bahawa Isa Khan seorang duda yang kematian isteri, sopan, mempunyai anak mata yang berwarna emerald dll. Dan Isa merupakan lecturer Safeera di U. Kebetulan sangat, Bila Isa jadi lecturer, Safeera yang dulunya so so je dengan belajar jadi berkobar-kobar ya. Dasar Safeera.
"CINTA MEMAKAN DIRI DI HUJUNG WAKTU"
Disebabkan naluri Safeera yang inginkan Isa Khan. Dia buat plan untuk goda Isa waktu keluarganya tiada di rumah. Masa ni rasa macam eh kenapa jadi macamtu. Kenapa tak elak?. Kenapa Isa pun tak fikir panjang. Geram sangat. Situasi yang dapat dielakkan sebenarnya. So macam mana? Dah boleh predict storyline? . Yes. Kita dah boleh predict storyline. Tapi, teruskan pembacaan sebab nak tahu ending. Akan tetapi, ada sedikit kelainan dari segi perwatakan Safeera yang penulis tonjolkan. Daring, no manner at first, hati kering & hipokrit. Macam tak kena la dengan diri dia yang alim. Tapi betul, kita tak boleh judge orang dengan pakaian. Itu yang pertama. Yang kedua, iman tak dapat diwarisi. Tak kira la parents kita cikgu agama ke, ustaz ustazah ke. Iman tu atas diri kita.
Namun, selepas kejadian itu, Safeera mula berubah. Ini bagus bagi watak Safeera sebab kalau dia tak berubah memang sampai ke sudah saya akan benci dengan perangan dia. Kesanggupan dia untuk berubah bukan sebab nak impress Isa Khan tetapi untuk diri sendiri. Which is good.
"ISU ALIM BAK MALAIKAT, AKU PULA SEKEJAM IBLIS"
Isa Khan pula tidak berdendam dengan perbuatan Safeera dan dia sendiri tak lepaskan tanggungjawab dia sebagai suami. Makan pakai sakit Safeera masih dijaganya, Dia menerima isterinya dengan baik. Satu contoh yang baik untuk kita ambil. Dalam rumahtangga memang kena ada give and take. Sentiasa tegur & bimbing.
_________________________________________________________________________________________________________
Penulis ada idea. Storyline bergerak sangat cepat. Konflik rumit dapat segera diselesaikan. Watak yang dicipta ada sedikit kelaianan (Safeera). Namun, it just my 2 cent. Watak hero (Isa Khan) macam terlalu sempurna. Kalau penulis dapat seimbangkan dengan watak Safeera mesti ok. Nowdays, pembaca dapat menerima dengan hati terbuka kalau watak itu serba kekurangan kerana kita semua tahu dalam dunia ini tiada yang sempurna.
Untuk penulis, saya doakan awak maju jaya dengan buku seterusnya. Sentiasa positif untuk menerima apa saja yang diperkatakan oleh pembaca. Supaya segala kritikan membina dapat improve penulisan awak. Walaubagaimanpun, satu percubaan yang baik kerana ini merupakan first ebook awak. Teruskan menulis!
Tq sica for this beautiful review. aaaaa i like thisssssss too muchhhh
ReplyDeleteMost welcome cik penulis. Thankyou so much. Keep on writing tau. Fighting🌸
Deletethe review is nice!!! hmmm i tkot la baca kisah ni..takot emo hahaha
ReplyDeleteAda dalam list untuk dibeli..
ReplyDeleteBaca review Ika pun menarik nie..
macam menarik kisahnya ni
ReplyDelete