Sep 22, 2020

ZINE REVIEW - SAYANGKU SEROJA BY BELLA H

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Sebenarnya, ika ada ternampak post dari Kak Watie di IG yang review zine Sayangku Seroja ni. Ika tertarik untuk membaca zine Bella. So, ika direct approach dia untuk tanya dia macam mana nak dapatkan ebook ni. Kebetulan, dia sudi berikan kepada ika untuk ika baca. Katanya in one siting dah boleh habiskan sebab cerpen pendek. Lagilah ika seronok untuk baca. Oh ya, ebook ini merupakan Ebook-Projek Amal Covid 19. Ika ada pernah diberitahu oleh salah seorang penulis yang join projek amal ini, mereka jual ebook ini untuk bantu orang yang memerlukan ketika Covid haritu. 

Satu usaha yang murni dari penulis-penulis. Tahniah. 

Let's proceed. Bismillah.


Penulis: Bella H

Format: Ebook 

Page: 69 pages 

Cetakan: Cetakan Kedua 

"IT IS YOU I AM WORSHIP AND LONGING FOR.."


Mengisahkan tentang Seroja yang menjadi mangsa kerakusan manusia yang tidak bertanggungjawab & perikemanusian sewaktu dia ingin pulang ke rumah neneknya. Peristiwa pahit itu mengubah hidupnya 360 darjah. Dia jijik dengan dirinya dan dia mula menyendiri. 

Muncul Ziyad dan maklongnya tanpa diduga mengundang rasa tidak senang Seroja. Sudah semestinya, mereka sudah ketahui tentang dirinya. Malahan Ziyad juga turut terkena tempias peristiwa yang menimpa Seroja. Situasi tersebut membawa mereka berdua ke fasa seterusnya. Apa jadi selepas itu, kena bacalah Sayangku Seroja ini. Takut jadi spoiler pula. 

Source: Google 


Source: Google 



Secara peribadi, ika puji penulis sebab dengan hanya 69 muka surat penulis dapat menyampaikan cerita dengan baik. Teratur. Dan konflik yang menimpa watak Seroja dan Ziyad dapat diselesaikan tampa tergesa-gesa. Masa di mukasurat 45, rasa macam gabra sikit sebab dah nak habis. Watak 'langau' tak sempay nak jadi langau. Ini yang best sebab takda la rasa sakit hati. 

Oh ya, emosi ika macam roller coster ya. Dari awal dah sedih dengan nasib Seroja. dan seterusnya juga pun begitu.Habis satu, satu benda yang terjadi dekat dia. 
Nasib baik la roller coster berhenti baik di penghujung cerita. Puas hati bab storyline tapi tak puas hati sebab pendek sangat. 

Menjadi mangsa rogol & dirogol tanpa kerelaan memang realiti kehidupan kita. Mangsa rogol mengalami satu fasa hidup yang kita sendiri tidak dapat bayangkan. Lagipula, bila ada mangsa rogol yang tidak mendapat keadilan malahan dicaci hina. Hm. Mohon dijauhkan terjadi dalam kalangan orang yang kita kenali dan lain-lain. Maruah wanita bukan untuk dipermainkan. 

Buat penulis, congrats. Dua karya awak sudah mendapat tempat dihati ika. Sayangku Seroja ini ada juga moral value dan pengajaran yang boleh diambil. Watak Seroja dan Ziyad saling melengkapi jua pada akhirnya. 

'Kekurangan kita akan ditutupi dengan kelebihan pasangan kita"  


3 comments:

  1. mangsa rogol ni, trauma dia tak hilang begitu saja :( kesian seroja

    ReplyDelete
  2. Bila penulis berjaya menggarap cerita dengan baik, pasti hati kita rasa puas membaca..

    ReplyDelete