Assalamualaikum & Hi readers ❤️️
Ini merupakan buku kedua dari penulis yang dibaca pada tahun ini. Semalam, masa letak review ini di Instagram. Ada yang cakap buku ni dah habis cetak dan susah nak dapat yang baru melainkan preloved atau ebook. Kebetulan, ika sendiri pun baca buku ni secara ebook iaitu di PNMeReader.
Tak sangka pula yang Bukan Kemahuan Fikiran ni susah juga untuk dicari. Tapi gais, if rasa nak sangat baca. Ebook masih ada. Don't worry. Cumanya tak dapat la kita pegang and bau buku.
BKF ini ada sedikit keistimewaan yang saya suka. Bukan seperti kebiasaan perkahwinan 'ganti', atau dalam erti kata lain kena ganti tempat org lain. Mengisahkan tentang Hadif yang terpaksa mengantikan tempat abangnya, Zarif untuk mengahwini Ain. Zarif menghilangkan diri secara tiba tiba dan hanya meninggalkan sehelai nota. Bagi menutup malu kedua belah pihak. Hadif terpaksa berkorban.
Istimewanya ialah karakter Hadif. Dia hidup serba sederhana di sebuah kampung. Berkerja sebagai owner ladang lembu. Dia bermula dari bawah. Walaupun dari keluarga kaya tapi atas sebab tertentu. Dia menyesuaikan diri untuk mencari duit sendiri. Pakai pun motor kapcai & Myvi. Rumah biasa. Sanggup menahan panas demi mencari sesuap nasi.
Nampak hidup watak Hadif. Rasa macam tak mustahil adanya watak org kampung yang sebegini. Seronok. Perwatakannya juga bukanlah sempurna. Dia juga ada kekurangan. Lama kelamaan, ada perubahan dalam watak Hadif.
Bila berkahwin dengan Ain. Semuanya jadi lain. Hidupnya dulu hanya bertemankan Pak Seman dan lembu bertukar dengan kehadiran Ain. Walaupun mulanya dia tak berapa nak layan Ain. Keras. Baran. Tapi Ain pandai mengambil hati Hadif. Sedikit sebanyak dia belajar untuk menawan hati suami dia. Tapi iya. Dia muda. Dengan usia semuda dia, dia kena pikul tanggungjawab besar sebagai seorang isteri. Watak Ain boleh dikatakan watak gadis matang.
Romantik orang kasar yang bagi saya okay. Maksudnya, tak terlalu manis sangat sampai rasa nak muntah. Boleh diterima. Hadif sendiri daulat dengan perasaan dia terhadap Ain. Malu mulanya. Alih alih dia sendiri pergi mencari isterinya. Haha. Okay la cute.
Watak paling tak tahu malu dalam ni ialah Lia. Dah ada tunang. Nak jugak si Hadif. Tak tahu jaga hati Ain. Dan ah kau memang spoiled! Emosi betul. Stress sis.
Okay la BKF ni. Rasa seronok baca sbb berlatarkan suasana kampung. Rasa macam masih logik dibaca sebab realitinya mungkin boleh terjadi ✌🏻At the end of the day korang sendiri boleh predict sendiri kan. #ikareviewbuku
ah suka org jenis tsundere mcm ni.. romantic tapi kasar a bit
ReplyDeleteAssalamuaikum, Ika. Kak Farrah datang balas kunjungan. 😊 Selama ini baca review-review Ika di IG je.
ReplyDeleteHero tauke lembu dan dengan latar kampung, menarik! 😊
Wow.. nice review..
ReplyDeletesuka je romantik orang kasar nie.. lebih menarik.. hehehe
romantik orang kasar ye? hehe macam menarik. and the latar belakang kampung pun, menarik!
ReplyDelete