Oct 27, 2020

BOOK REVIEW - PHILANTHROPISTS BY ROZLAN MOHD NOOR


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️



Ini merupakan kali ketiga ika berpeluang untuk join blogtwit tour bersama dengan Untitled. Sebelum ini seperti yang ika pernah beritahu dalam previous post. Ika pernah collabarate untuk Sinarut 1994 & Magnolia 1976. Untuk bulan ni, ika akan baca buku baru dari FIXI yang bertajuk Philanthropists dari Rozlan Mohd Noor. Tujuan utama ika apply untuk baca buku ni sebab ika aim tahun ni at least nak baca 3 buah buku English. At least. Dan juga penulis bernama Rozlan Mohd Noor ni, ika familiar dengan nama beliau tapi tak pernah lansung baca karya dia. Hanya dengar ura ura yang karya beliau memang best! 

Tapi, sebelum itu. Review ini akan ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Melayu. Nanti, ika akan update semula dengan Bahasa Inggeris. Kira review ini akan jadi dwibahasa. :)



Penulis: Mazlan Mohd Noor
Penerbit: FIXI
Mukasurat: 301 muka surat
Format: Paperback 
Genre: Jenayah & Penyiasatan
Harga: RM 16.90

Mengisahkan tentang dua lelaki yang ditemui mati dibunuh di sebuah rumah di Sentul. Dengan kesan tembakan dan boleh dikatakan pembunuh tidak meninggalkan banyak petunjuk untuk dikesan. Yang menjadi misterinya apabila pembunuhan tersebut mempunyai kaitan dengan dadah. Namun mengapakah tempat persembunyian dadah tidak disentuh? Dan masih terdapat juga misteri yang lain. 

Dalam menangani kes itu, Inspektor Mazlan Latif dan Detektif Sarjan Jihan Kamaruddin dari Penyiasatan Khas (D9) menghadapi rintangan yang belum pernah terjadi sebelumnya. Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) di seluruh negara. Ianay menyekat pergerakan mereka untuk mencari lebih banyak petunjuk. Atau sebenarnya mungkinkah pembunuh tersebut dekat sahaja dengan mereka? 

Siapa yang minat cerita penyiasat polis. Ini khas buat kalian semua. Kalian akan dibawa menyelusuri penggembaraan dalam menyelesaikan jenayah besar di Malaysia.Cerita ini terasa dekat kerana kita tahu cerita yang ditulis penulis itu berlatarkan negara kita. Jangan sangka dunia dan tugas polis ini senang. Risikonya tetap ada di mana mana saja yang mereka ada. Tahniah buat penulis kerana berjaya menulis cerita ini dengan sangat baik dan kalian boleh dapatkan terus kesemua karyanya. Worth it! 

Penulis juga ada menyelitkan tentang pe'el orang kita di Malaysia ini. Yang memang betul sama sekali apa yang diperkatakan nya di dalam bahagian pertama buku ini. Tentang orang kita yang suka berkumpul di tempat berlakunya kemalangan. Membuatkan keadaan disitu sesak dan kehadiran mereka yang sekadar melihat itu tidak membantu pihak polis. 

Cumanya, ika ada juga macam blur sikit dengan pangkat yang ada dalam unit polis dan juga term-term yang mereka gunakan. Namun, ika rasa itu bukanlah penghalang untuk ika tidak habiskan buku ini. 

Congrats again untuk penulis Rozlan Mohd Noor! Semoga terus berkarya dan hasilkan karya yang menarik lagi. 



20 comments:

  1. Baru aim nak beli ebook ini dekat esentral.. Penulis ini punya cerita memang best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul kak sha. Banyak karya penulis yang dipuji pembaca :) Boleh la beli hee.

      Delete
  2. minat cerita penyiasatan ni, tapi skrg mcm susah nak focus membaca .. mampu tgk movie jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham faham. Tengok movie pun best dan okay. Kalau nanti ada mood nak baca, boleh la baca :)

      Delete
  3. This is a good review, I might get my hands on this book hehe

    ReplyDelete
  4. daripada review ni, macam best ceritanya... lama juga dah tak beli buku penyiasatan

    ReplyDelete
  5. Cx jarang baca buku english sebab nanti tak berapa faham dan salah faham. Haha tapi bagusnya Ika ada target untuk baca 3buah buku english dalam setahun. Tahniah! Cx kagum.

    Cerita buku penyiasatan memang seronok untuk dibaca . Cx pon suka. Kita rasa macam tk sabar nak tahu apa kisah disebalik semua yang berlaku. Nak tahu apa ending cerita.

    ReplyDelete
  6. Tetiba teringin nak miliki...sinopsis dia pun dah best. Boleh bayangkan kalau jadi movie mesti best

    ReplyDelete
  7. Rawlins ada 6 novel lagi tak baca hahaha
    Ingat nak tambah novel lagi, and now you recommend this one. Macam best plak baca your review.

    ReplyDelete
  8. wow thanks for recommending the book. I like story about police so I am gonna check this out too

    ReplyDelete
  9. Wow.. Hebat ika! Bagusnya rajin membaca. Kak nina dah lama tinggalkan novel sejak dah kawin. Cerita penyiasatan memang best, kena lebih fokus. Ika kata novel ni, risau terjebak jer ni. HAhaa...

    ReplyDelete
  10. I haven't read many Fixi novels -- only anthologies. But I might give this one a try. Let's support local writers.

    ReplyDelete
  11. macam menarik jalan ceritanya.. tahniah kerana rajin membaca buku.. ramai dah yg jarang baca buku ni termasuk saya.. serba serbi digital masa ni.

    ReplyDelete
  12. This investigation story looks interesting to me. I was like looking for more about the story summary. For sure I will going check this book

    ReplyDelete
  13. Ini true story ke? the jalan cerita macam real, menarik juga nanti nak terus baca.

    ReplyDelete
  14. wah. bunuh. PKP. dadah. siasatan.
    ni kalau movie ni, aida la penonton di barisan depan :)

    aida ni ada sedikit malas (banyak kot ! ha ha ha ha) baca buku cerita.
    tapi rajin beli kan anak-anak.
    lagi best ekk kalau kita baca and faham rank polis.
    surely baca and google. then only baru syok kan. rank polis ni aida pun tak tau :)

    bagus la ika set target utk baca bahan bacaan english.
    aida lom set lagi utk anak-anak dara berdua tu. nak diorang baca bahan english.
    tak faham, rujuk la kamus or mr.google translate.
    dgn membaca, memang amat boleh improve english kita, kan :)

    ReplyDelete
  15. Macam bagus plak novel ni, sebab menceritakan hal realiti yang berlalu zaman ni kan.. kalau ada dalam novel online, nak juga laa cuba membacanya.,nanti Sis cari..

    ReplyDelete
  16. Minat jugak cerita jenayah ni. Suami pon selalu cerita pasal kes berlaku tak semua papar dlm akhbar. Xsurela nak jaga nama kot. Die pon even isteri sndiri xboleh cerita hal sebenar sbb rahsia polis kan.

    ReplyDelete
  17. Lama tak baca buku fixi. Dulu rajin la membeli. Lepastu dah banyak sangat, letgo. Now nak start baca balik. Boleh la cari buku ni

    ReplyDelete
  18. baca review macam menarik pulak jalan cerita buku PHILANTHROPISTS ni. tp tulah saya bukan jenis boleh baca buku. mesti tido jela. hehe

    ReplyDelete