Assalamualaikum & Hi readers ❤️️
Beberapa minggu lepas, ika cuba cari bahan bacaan yang ringan dan nipis. Kerana, ika fikir hujung tahun ni. Ika taknak baca sesuatu yang sarat, Jadi, ika pilih ebook dari Cik Bawang iaitu Aku Playboy, Dia Ustazah. Sejujurnya, ika memang cuba avoid dari membaca tajuk yang ada perkataan playboy. Kerana sesungguhnya, ika tahu playboy tidak lari dari perangai badboy, dikelilingi dengan wanita cantik dan playboy selalunya kaya haha. Jadinya, ika terjudge ebook ini dengan cover ebooknya kerana sudah semestinya orang kaya tidak lari dalam warna gold ah gitu. Suka hati je kan. Dalam masa yang sama, ika tak pernah baca karya dari penulis Cik Bawang ini. Ini juga merupakan first impression terhadap karya penulis.
So, bismillah. Here we go. Just short review.
" Thankyou Allah for you my love"
Mukasurat: 188 mukasurat
Format: Ebook
Penulis: Cik Bawang
Sinopsis
Mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Dayyan atau mesra dengan panggilan Ean. Sudah semestinya seorang playboy. Permulaan ceritanya, dia ada beberapa kali terserempak dengan seorang gadis bernama Nadja. Pertama kali, di majlis sahabatnya. Jadi, sudah ada tarikan kepada gadis itu. Nadja merupakan seorang guru sekolah yang mengajar subjek agama jika tidak silap. Nak dijadikan cerita, mama Ean memberikannya tempoh untuk membawa calon isteri berjumpa dengannya. Maka, misi Ean pun bermula. Dari ex girlfriend sampailah ke skandal dilist kan sebagai calon isteri.
Berjayakah Ean mencari calon isteri yang menepati citarasa mamanya?. Atau kuatkah jodoh dan takdir Ean dan Nadja? Namun, disebabkan pengalaman sahabatnya bernama Dani. Dia jadi prejudis terhadap insan yang "alim".
Satu percubaan yang baik dari penulis Cik Bawang kerana bukan senang ya nak attract pembaca dengan tajuk yang pembaca cuba nak elakkan. Tapi, ika tetap percaya masih ada ramai lagi pembaca yang tidak kisah dengan tajuk dan tetap akan membacanya walaupun penulis ada claim yang kisah Ean dan Nadja ni klise. Ada pembaca yang masih sukakan cerita sebegini. Don't worry.
Apa kelaianan Aku Playboy, Dia Ustazah?
Personally, ika suka di mana penulis membawa watak Ean dari seorang playboy kepada seorang yang boleh diharap, lebih mendalami ilmu agama, bertanggungjawab serta dapat menjadi ketua keluarga yang baik di mata isterinya. Sekurang-kurangnya, Ean sedar diri yang dia rasa kekurangan di sudut ilmu agama itu dan sudi mempelajari. Kesedaran itu penting.
Dan buat Nadja. Wataknya yang mempunyai 2 karakter dalam satu masa memang fun. Berpakaian menutup aurat untuk masyarakat di luar sana ialah tuntutan kita sebagai muslimah. Namun, di depan suami. Kita boleh jadi lain dari yang lain. Berhias sepuas-puasnya dihadapan suami. Suami happy, isteri dapat pahala.
Pengajaran
- Sentiasa perbaiki hubungan suami isteri dari semasa ke semasa kerana kita selamanya dalam proses mengenali pasangan kita.
- Pengalaman buruk seseorang bukan tiket untuk kita jadikan alasan.
- Mulakan langkah untuk berubah ke arah kebaikan walaupun dimulakan dengan sekecil-kecil perkara.
- Kita akan sentiasa mempunyai peluang untuk belajar ilmu agama . Yang penting jangan malu untuk belajar.
Lagi?
Cuma, mungkin ini bagi pendapat ika. Disebabkan, penulis selitkan situasi MCO dan di dalam buku ini. Jadi, banyak scene dalam novel ini di dalam rumah sahaja dan ianya menjadikan cerita itu sedikit terbatas dan berulang. Sebab itu, ika cakap yang babak suami isteri itu lebih sedikit sebanyak mereka terkurung dan ada di rumah. Haha.
Overall, good try Cik Bawang. Masih ada banyak lagi yang ika perlu baca untuk ika tahu style Cik Bawang menulis. Minta maaf untuk sebarang kekurangan dan kata-kata yang kurang menyenangkan buat Cik Bawang. Ika takkan stop baca karya awak. Sebab, ika dalam kategori pembaca yang baca semuanya :)
Akak pun kurang gemar baca buku ada watak 'playboy', tetapi yang ini boleh dipertimbangkan kot hihihi
ReplyDeletemenarik :)
ReplyDeleteklu ulang kali duduk rumah.. agak bosan juga ceritanya kan
ReplyDeleteWah.. Best bila penulis masukkan situasi MCO tu.. rasa lebih realkan masa membaca..
ReplyDelete