Jan 28, 2021

BOOK REVIEW - PUAKA TANDAS SEKOLAH BY AIDA ANGGERIK, RHEA & ILMAR IMIA

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Siri Puaka Tandas Sekolah ini menghimpunkan 3 cerita pendek dari 3 orang penulis. Ika perasan yang kebanyakan latar tempat untuk siri-siri Puaka ini ialah sekolah. Bagi adik-adik yang masih bersekolah. Kalau kalian nak baca buku seram berkaitan sekolah, rasanya boleh saja cuma kalian kena set kan dalam kepala kalian yang cerita yang ditulis penulis semuanya hanyalah fiksyen semata-mata. 

Ika selalu pesan dekat diri sendiri atau sesiapa sekalipun. Baca buku genre apa sekalipun, tak ada masalah. Yang menjadi masalah bila kita terlalu ikutkan sangat perasaan kita sampaikan ada yang cakap terbawa bawa di dalam mimpi. Jika takut sangat, cuba baca waktu siang atau berteman. Baca dalam suasana yang terang dan cerah. 

Niat kita baca ialah kita inginkan pengajaran di setiap cerita yang dibaca. Okay :)



๐Ÿงป๐Ÿšฝ Tandas sekolah kebiasaanya kalau ada 3, 1 mesti rosak. Lepastu, depan pintu rosak tu besar-besar ditampalnya kertas yang bertulis 'ROSAK'. Jadinya dalam otak fikir ianya rosak dan bukannya ada momok dekat dalam tu haha. Tapi kalau ada, sis lari dulu.Cover Siri Puaka Tandas ni kalau dizoom hm ada baiknya tak payah zoom la. Untuk cover buku ika kasi A+.

1. Apa Di Dalam Tandas/Aida Anggerik

Mengisahkan tentang Aisya, seorang pelajar yang baru mendaftar di sebuah sekolah teknik. Sewaktu pendaftaran & orientasi, Aisya tanpa sengaja membuat seniornya Neera menjadikannya sasaran. Ketika Aisya menggunakan tandas, dia menjumpai 'sesuatu'. Namun dirahsiakan kerana dia tahu dia mempunyai sesuatu yang orang lain tidak ada. Nak dijadikan cerita, Neera mengenakan denda bagi sesiapa yang tidak mendapatkan tandatangannya ketika orientasi, salah seorangnya ialah Aisya. Dendanya, masuk ke tandas yang ditetapkan selama 20 minit. Jadi , cuba teka apa yang berlaku selepas itu?

 2. Dendam /Rhea

Mengisahkan tentang Aidil yang mendapat kerja sebagai guard di sebuah sekolah elit. Di sekolah tersebut, terkenal dengan 5 orang pelajar yang suka membuli budak-budak yang tidak sekufu dengan mereka. Nak dijadikan cerita, ketika Aidil baru mulakan kerja. Ada satu peristiwa rasuk di sebuah tandas di Blok D. Dan yang dirasuk itu merupakan salah seorang dari 5 kaki buli. Benarkah ada hantu perempuan di tandas baru itu? Apa yang Aidil akan lakukan seterusnya? 

3. Bunga Malam / Ilmar Imia

Lara suka bersendirian pada waktu malam di tandas asramanya. Baginya, waktu itu adalah waktu yang paling terbaik untuk dia manjakan diri. Lara juga tidak penakut seperti rakannya yang lain. Dan dia percaya yang hantu takkan kacau kalau kita tak kacau. Temannya Erin sebagai roomate selalu mengingatkan Lara untuk tidak berjam jam bertapa di tandas tersebut. Jadi, entah bagaimana. Lara merasakan yang dia seperti melihat sesuatu dan banyak kejadian aneh yang terjadi kepada dirinya selepas dari suatu malam itu. 

Ketiga-tiga cerita best. Tapi kalau disuruh pilih yang terbaik dari yang terbaik. Ika suka cerita ketiga. Sebab, ika suka dengan pengajaran yang ingin disampaikan oleh penulis. But overall, not bad. #ikareviewbuku 





Jan 26, 2021

BOOK REVIEW - TERIMA KASIH CINTA BY MOON LEEYA ZAFRINA

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Terima Kasih Cinta ini ialah buku terbaru dari Penerbit Scribble Media. Ika suka dengan cover buku dia yang simple. Simple but nice. Ika tak pernah lagi rasanya baca karya dari penulis Moon Leeya Zafrina ini. Tapi, ika ada follow cik penulis di media socialnya. Finally, dapat juga baca karya penulis. 


Harga: RM 35
Penerbit: Scribble Media 

Ika suka dengan tema "move on" yang cuba dihighlightkan oleh penulis dalam TKC ini. Betapa susahnya ya bila kita nak move on dari sesuatu perkara yang kita suka ataupun duka. Tak kira perempuan atau lelaki, kedua dua jantina ini akan menghadapi isu move on ini. 

TKC secara ringkasnya mengisahkan tentang Dhia yang cuba menyelesaikan perkara yang baginya cukup susah untuk dia ungkapkan. Kehadiran Rafiq disisinya tidak juga dapat membuka hatinya untuk menyukai Rafiq walaupun Rafiq itu baik orangnya. Jadi, bila Dhia berbicara secara heart to heart dengan Rafiq, Rafiq dapat menerimanya dengan baik. Jadi, kedua-duanya move on. 

Nak dijadikan cerita, Eijaz yang merangkap crush dan kawan baiknya secara tiba-tiba muncul ketika Dhia di kampung. Dhia juga dimaklumkan yang Eijaz kini berstatus duda anak sorang, Maya. Timbul persoalan dalam diri Dhia, apa yang terjadi kepada Jannah, bekas isteri Eijaz yang juga merupakan teman rapatnya suatu ketika dahulu. Kehadiran Eijaz membuatkan Dhia tidak senang duduk dan perasaan nak move on dia tu mula berada dipersimpangan dilema. Apa agaknya yang terjadi antara Eijaz, Dhia & Rafiq? Siapakah pilihan Dhia?

 Ada beberapa perkara yang menarik perhatian ika dalam TKC ini iaitu:- 

1. Hubungan persahabatan yang sangat akrab diantara Dhia & Nadrah membuatkan ika tersenyum  lebar membaca telatah mereka di dalam buku ini. Nadrah selalu ada disisi Dhia tidak kira susah atau senang. Suka dengan good friendship vibes dari mereka berdua. Nadrah juga bukanlah seorang yang akan tinggalkan sahabatnya dalam situasi tegang, malahan dia turut sama dalam menyelesaikan masalah sahabatnya. 

2.Peluang kedua itu sentiasa ada dan hanya akan diberikan kepada orang yang selayaknya. Sebab kalau orang tersebut tak menghargai peluang tersebut, dia akan tetap lakukan kesalahan yang sama berulang kali. 

3.Percaya dengan kata hati. I'm talking about kes Eijaz and Dhia. Kena baca la kalau nak tau. :) 

4..Hubungan kekeluargaan yang sangat erat. Dieorang punya memahami si Dhia ni memang boleh dipuji. Moral support yang sangat bagus dari keluarga untuk boost up kita punya semangat diri. 

Kalau nak dapatkan buku Terima Kasih Cinta ini, kalian boleh terus direct message Kakaks Scribble di:-

BOOK REVIEW - PUAKA MAKMAL SAINS SEKOLAH BY SITI SOLEHAH, LAVENDER BIRU & HASIF RAYYAN

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Bulan Januari ni, mood nak membaca ika rasa agak memuaskan la untuk orang macam ika. Ini merupakan buku yang ke 10 untuk bulan ini. Ika pilih untuk baca Siri Puaka Makmal Sains Sekolah dari penulis Siti Solehah, Lavender Biru  & Hasif  Rayyan. Terimakasih buat Penerbit X atas review copy ini. Ini membuatkan ika lebih bersemangat untuk teruskan membaca dan memberikan ulasan ringkas. Kalau tidak silap, ini buku baru untuk 2021 dari mereka. 

Let's proceed. 

๐Ÿงช๐Ÿ”ฌ Makmal Sains sekolah kalian macam mana?. Makmal Sains mengingatkan ika dengan suasana yang gelap, bau hapak, meja panjang dan kerusi bulat, dipenuhi dengan balang-balang kaca & tengkorak besar. Jadi, vibes melihat makmal waktu tak digunakan tu ada rasa macam meremang sikit kan?. Nasib baik sekolah siang hari, kalau malam hari rasanya kepala fikir nak balik cepat je kot haha. 

Harga: RM 10 (SM) / RM 12 (SS) 

Mukasurat: 125 m/s

Publisher: Penerbit X 

Tahun: 2021

  • Mimpi Arina / Hasif Rayyan

"..Dah jumpa"

Mengisahkan tentang seorang gadis misteri yang wajahnya berurat merah, mata terjojol, serta rambut mengurai yang membuatkan Arina meracau. Dalam mimpi tersebut, Arina yakin dia berada di sebuah makmal. Arina binggung. Apa kaitan antara dia dan gadis tersebut sehinggakan gadis tersebut berkata yang "dia sudah menjumpai orangnya". Musykil bukan? 

Maka, Jun sebagai rakan Arina bertindak pantas dengan turun pandang bersama-sama Arina dalam menyelesaikan mimpi misteri tersebut. Jun dengan sehabis baik mengorek segala benda di perpustakaan sekolah mereka dan Jun telah menjumpai majalah sekolah & keratan akhbar dimana ianya penting dan sangat membantu Arina dalam menyelesaikan puzzle mimpi Arina itu. Mereka sama sama menyiasat kisah disebalik salah sebuah makmal sains sekolah mereka yang menjadi tempat larangan bagi para pelajar. 

Good job penulis. Plot twist yang tidak dijangkakan sama sekali. Kalian akan disajikan dengan cerita yang ada keasliannya tersendiri.

  •  Doktor Iblis / Lavender Biru 

"..Doktor tidak sabar. Doktor lapar.."

Mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang suka bercerita kisah-kisah seram berlokasikan makmal sekolah mereka. Akan tetapi, pada suatu hari ketika mereka membuka cerita mengenai sebuah hospital lama yang dikatakan terjadinya kejadian misteri di mana pesakit yang tidak akan sembuh akan hilang. Kemana agaknya pesakit ini semua hilang dan bagaimana pelajar ini menerima gangguan?.

Budak sekolah memang selalunya topik cerita seram ni jadi favourite la. Yang bercerita pun jadi semangat kalau yang mendengar beria-ia nak dengar. Tapi, cerita sikit-sikit tu boleh la macam sekali sekali kalau dah selalu sangat nampak macam addicted pulak kan?. 

  • Makmal A/ Siti Solehah 

"Anak anak, kamu berdua tetamu kami malam ini"

"Nyalakan penunu bunsen, kita berpesta unggun api"

Asalnya, Fendi & Tajul berpakat untuk mengenakan salah satu kawan mereka di asrama yang bakal menyambut harijadi tidak lama lagi. Jadi, mereka merancang untuk membuat satu eksperiman "bom" yang memerlukan bahan dari makmal. Kak Nisa sebagai pembantu makmal sudi membantu mereka dalam melaksanakan misi tersebut.

Yang menjadi masalahnya apabila mereka mula mendapat gangguan dari makmal tersebut ketika ingin menjalankan misi prank itu. Banyak kejadian yang bakal kalian baca dalam cerita Makmal A ini. Nice. 

Overall, ika berpuas hati dengan ketiga-tiga cerita dalam Makmal Sains Sekolah ini. Ringkas namun masih ada elemen misteri. Penulis juga mampu menulis cerita dengan baik. Walaupun cerita pendek dan mungkin ada para pembaca yang baca akan katakan ianya klise. Tapi bagi ika, masih ada orginalitynya tersendiri.

Jan 16, 2021

EBOOK REVIEW - BUKAN BIDADARI SYURGAMU BY AYESHAH AMANI

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Kalini, ika nak review satu ebook baru yang bertajuk Bukan Bidadari Syurgamu dari penulis Ayeshah Amani. Ini merupakan bacaan ika yang ke 3 untuk tahun ini. Masih seronok untuk membaca pada tahun ini. Alhamdulillah. 
Terimakasih buat saudari Ayeshah Amani untuk ebook terbaru beliau. Ika sangat berbesar hati menerima karya dari beliau. Sebelum ini, ika pernah baca ebooknya bertajuk Duda Buat Safeera. Kalini, ebook ini juga ada terselit Safeera & Isa Khan. Teruskan berkarya Sha. Semoga penulisan Sha memberi impak yang positif buat peminat & pembaca Sha. 

Bismillah. 



Mukasurat: 312 mukasurat
Format: Ebook
Publisher: Self Publish 

"Aku benci kau Fayyad Razzel. Aku benci kau sampai aku mati!"

Zulaikha Adriana binti Fernand Abdullah, seorang gadis yang mempunyai misinya tersendiri ketika dia mengahwini Fayyad Razzel. Dendamnya membara sejak di bangku sekolah lagi. Gara-gara dibuli, diejek dan dicerca dengan Fayyad. Dia nekad untuk buatkan Fayyad tunduk di kakinya. Tapi mampukah dia menidakan perasaannya walaupun suaminya itu bukanlah seperti mereka waktu bersekolah. Sejauh mana dendamnya terhadap Fayyad dapat bertahan?

Adakah keputusan Zue untuk membalas dendam itu keputusan yang bijak?. Secara peribadi, mungkin tidak. Tapi, kita tak pernah dalam situasi Zue. Kena body and faceshaming ni sakit hati dia memang tak boleh dibawa berbincang. Lagi-lagi bila kau diejek depan orang ramai macam tiada harga diri. Boleh jadi sakit hati yang sedikit bertukar jadi dendam. Hm. Buat Fayyad. Memang kesian la dekat dia sebab saya percaya masa sekolah siapa je yang tak nakal. Budak laki perangai macam "nates". Kuat mengusik dan sehari tak ngusik tak sah. Tapi mungkin Fayyad tak sangka yang isterinya akan berdendam sebegitu rupa. Nasib kau la Fayyad! 

".. aku mati-mati ingat kau mampu jadi menantu aku yang terbaik dan mampu berikan anak aku zuriat rupanya perangai teruk macam ni. Dasar perempuan sundal!"

Tapi, apa yang seronoknya, bila Fayyad tak putus asa nak tackle hati bini dia. Usaha tangga kejayaan kan. So kena baca la kalau nak tahu macam mana taktik dia tackle and storyline BBS ini. Paling terkilan bila Fayyad dengan secara melulu membuat keputusan drastik buat Zue. Paling tidak cubalah fikir sebelum menuturkan sesuatu yang bakal mengubah hidup kalian berdua. Kenapa lepas dah habis bercakap baru berfikir. Malahan, turut sedih dengan perangai keluarga mertua Zue yang terus menerus menyalahkan dan mengeluarkan ayat sinis yang menyakitkan hati. Sepatutnya, mereka tidak perlu merumitkan keadaan yang sedia ada. Berikan ruang untuk Zue dan Fayyad menyelesaikan masalah mereka. Ini, lain jadinya bila Ibu Fayyad secara mengejut membuat keputusan buat Fayyad. Eh? Tak faham la kenapa setiap kali ada masalah rumahtangga nak kena ada babitkan orang ketiga. Tak boleh ke tak wujudkan orang ketiga tu. 


Tahniah buat Ayeshah Amani kerana menghasilkan karya yang menyentuh jiwa. Ada juga terkesan bila habis baca Bukan Bidadari Syurgamu ini sebab bilamana kita letakkan situasi Zue itu atas diri kita. Mungkin kita juga akan down. Baru pertama kali, saya tahu mengenai kanser Melonama. Sebelum ini hanya common cancer sahaja. Terimakasih kerana selitkan ilmu di dalam cerita saudari. Semoga bermanfaat buat para pembaca.


Jan 14, 2021

My First Giveaway by Blog Sal

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Malam ni, mood nak blogging meluap-luap. Jadinya, untuk permulaan ni kita warm up dengan join giveaway dari rakan-rakan blogger. Saling support each other and lagi meriahkan keadaan. Sesiapa yang nak join giveaway dari Cik Sal ni boleh lagi join. Jangan malu-malu.


Semoga terselit rezeki. :) 
See you guys in my next entry. InshaAllah. 




Jan 7, 2021

BOOK REVIEW - BULAN HIJAU UNTUK ARA BY NURFIZZKMI

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Masa first time buka box dari Kakak Scribble memang mata dah tertarik dengan cover simple berwarna hijau Bulan Hijau Untuk Ara ni. Ini merupakan buku kedua yang ika baca pada tahun ini. Buku ni nipis dan ika dan rakan-rakan bookstagram yang lain berjaya habiskan buku ni in one sitting. Rata-rata memang ada pendapat yang sama dengan ika berkenaan dengan buku ini. 

So, let's proceed. Bismillah. 

Flatray kalini kita pilih untuk buat flatray version crowded. Selalu serba putih je. Masuk 2021 ni kita cuba lain sikit la sebab diri sendiri pun naik jemu. Haha. 
-IG:@ikashoid-

Sejujurnya, ika tak puas dengan ending Bulan Hijau Untuk Ara ni. Rasa nak dm @nurfizkkmi nak cakap 'Boleh tak tolong sambung atau panjangkan lagi cerita Ara ni? Saya la pembaca yang taktahu bersyukur haha' ๐Ÿ˜‚.  Kalau BHUA ini dipanjangkan lagi, ika rasa ika adalah pembaca paling happy. Buku ini ada potensi besar untuk ditebalkan. HAHA

Pertemuan Ara dengan Alien bukanlah bermula dengan baik. Setiap kali berjumpa, mereka berdua kerap bergaduh. Selalunya, si Alien akan mulakan dulu. Ara mati-mati cuba menjauhkan diri atau elak dari bertemu dengan Alien.Tak puas betul baca kisah Ara & Alien. Bertikam lidah itu tanda suka ke? Haha. Agaknya memang suka tengok orang geram naik angin kot. Kan? I dun know. Watak Alien nampak pasif pada awal cerita namun jadi agresif manis pada akhir cerita. Manis yang tidak overdose, cukup sederhana namun kita akui yang ianya manis.

Penerbit: Kakaks Scribble 
Mukasurat: 105 muka surat 
Harga: RM 19 

Bagi ika. Ika kesian dengan Ara & adiknya (Boy) sebab dia seolah-olah mereka dianak tirikan oleh ayahnya. Ayahnya lebih mementingkan orang lain dari anak sendiri. Ara dapat kasih sayang lebih banyak dari orang lain. Sayang seribu kali sayang kalau kita tak curahkan kasih sayang untuk anak kita ๐Ÿฅบ Dari sini, banyak yang kita boleh ambil untuk jadikan pengajaran dalam kehidupan kita. 

"Ara tak kisah pun dengan konsep reward diri sendiri setelah bekerja keras.Tapi kenalah berpada-pada"

Dalam masa yang sama, I'm so proud of Ara. Sebab dia pandai bawa diri dan sangat berdikari. Nasihat yang dia berikan kepada adiknya menunjukkan yang dia cukup matang. Betul kata Ara. Reward diri sendiri tiada salah yang penting reward ikut isi poket la. Biarlah berpada-pada, jangan sampai ada kerugian untuk diri sendiri semula. 

Dan juga, ika rasa watak tambahan yang penulis selitkan juga bukan hanya sekadar watak. Mereka juga turut mewarnakan jalan cerita BHUA ini. Penambah perisa orang kata. Jalan cerita ringkas dan very straightforward. Tiada watak annoying yang mampu buat kita rasa geram. Semuanya tenang. Tiada konflik berat. Untuk bahan bacaan ketika waktu santai memang sangat sesuai. Ini pertama kali ika baca karya penulis. Jadi, untuk first impression. Ika nak ucapkan tahniah buat penulis. Teruskan berkarya :)

"Bulan Hijau ini yang buatkan you jatuh cinta kan Ara?"

Apa maksud Bulan Hijau? Go and grab this book oki! Terimakasih @kakaksscribble untuk copy BHUA ini. Laff you. Ika akan baca lagi 2 buah buku dari mereka. Terimakasih Cinta & Malam 1000 Bulan! 

Jan 6, 2021

BOOK REVIEW - ABANG BODYGUARD NAKAL BY CIK ZALIKHA

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Pertama sekali, ika nak ucapkan ribuan terimakasih buat AHA Publication untuk review copy Abang Bodyguard Nakal ini. Dah lama ika berhajat untuk baca karya yang diterbitkan di AHA Publication. Finally! Ika tertarik dengan warna cover buku terbitan mereka. Pengunaan warna pastel sangat menarik perhatian. Dan buat penggemar pastel colour. Mungkin ini akan menjadi daya tarikan pertama mereka.Tambahan pula, ianya merupakan sebuah novel wattpad dengan 3.6 juta bacaan. Wow. I'm so impressed. 

Sebelum ika memberikan ulasan mengenai ABN ini, sejujurnya ika kurang gemar dengan buku yang tajuknya ada perkataan abang, suami, isteri, miss, mr, cik, encik & nama orang. Namun, itulah tajuk yang paling banyak di atas rak. Kalau pergi ke kedai buku, mungkin tajuk-tajuk ini akan dibelek paling terakhir sekali. Entah kenapa masih ada lagi perasaan sebegini dalam diri sedangkan orang kata Don't judge a book by it's cover. Yang penting isinya. Kan?



“ Muka you, tangan you dan semua anggota you tu kotor untuk pegang I. Lelaki gatal macam you patut mampus saja!” 


Mengisahkan tentang Aisya Maisara, seorang gadis kaya yang terlalu diva. Diva dia tak boleh dibaca berbincang ya. Dia rasa dia paling cantik dan semuanya dia. Orang lain dia tak pandang pun. Ibarat macam bawah tapak kaki dia.  Aisya hidup bersama dengan ayahnya dan ibunya telah meninggal ketika usianya 17 tahun (jika tidak silap). Kematian ibunya meninggalkan kesan yang terlalu besar dan membuatkan dirinya jadi seperti sekarang. Kekwat dan menjengkelkan.


Demi keselamatan Aisha, ayahnya telah mengupah seorang bodyguard yang bernama Dani Iskandar. Dani merupakan bodyguard yang serba boleh dalam menjalankan tugasnya. Namun, perangai Dani yang terlalu berterus terang/ 'transparent' terhadap Aisha membuatkan Aisha angin satu badan. Dengan adanya Dani disisi Aisha jadi Aisha terpaksa menerima walaupun dia tak rela. Mereka kerap bergaduh dan selalunya memang nampak Aisha akan kalah teruk la.

Dani memang buli habis-habisan. Dan pergaduhan mereka itu memang tak kering gusi . Macam ada je benda yang tak kena. Kalau dah gaduh lama lama apa geng?. Lama lama ter-suka. Macam tu la untuk kes Aisha ni. Dia tertangkap cintan pulak dengan Dani. Tapi macam mana agaknya penerimaan Dani terhadap Cik Aisya kekwat ni? 


 "Senakal-nakal aku, buat kau jatuh cinta" 

Penulis: Cik Zalikha 

Muka Surat: 260 mukasurat

Penerbit: AHA Publication


Watak Aisya & Dani memang menghiburkan. Walaupun pada awalnya, ika memang tak dapat nak bendung perasaan menyampah dengan Aisya yang annoying. Tapi, betul kata orang. Jangan

nilai seseorang dengan sikap luaran saja kerana sesungguhnya, kita kena kenal orang itu luar dan

dalam barulah kita tahu. Untuk Aisya, luaran dia memang nampak lain, tapi dalaman dia. Ika puji. :) Dan Dani pula, ika salute dengan kesungguhan Dani menjaga Aisya dalam keadaan “darurat”.

So gentleman


Ada satu perkara dalam buku ini, iaitu adik kepada Dani iaitu Amani. Amani dikatakan berumur 7 tahun dan pada pendapat ika. Cara percakapan dia tak mcm budak umur 7 tahun. Terlalu petah dan matang. Agak kekok juga sedikit bila baca . Tapi it's okay. Sebab mungkin ini personal problem ika. Tapi, ikutkan budak sekarang memang matang sebelum usia. Haha. 


Dan untuk Puteri. Mohon tiada la manusia macam kau. Depan baik belakang semut pun tak mati. Pakaian yang tidak menunjukkan identiti diri. Emo betul dengan watak Puteri. Aisha yang kerek 1000 kali ganda lagi bagus dari engkau. See bayangkan kenapa agaknya ika cakap watak Aisha dari ini ke ini. Ke buruk ke baik atau ke buruk ke lebih baik? Yang mana agaknya?


Secara keseluruhan, ika enjoy baca Abang Bodyguard Nakal ini. Tahniah buat penulis, Cik Zalikha. Teruskan berkarya. :)