Assalamualaikum & Hi readers ❤️️
Terima Kasih Cinta ini ialah buku terbaru dari Penerbit Scribble Media. Ika suka dengan cover buku dia yang simple. Simple but nice. Ika tak pernah lagi rasanya baca karya dari penulis Moon Leeya Zafrina ini. Tapi, ika ada follow cik penulis di media socialnya. Finally, dapat juga baca karya penulis.
Harga: RM 35
Penerbit: Scribble Media
Ika suka dengan tema "move on" yang cuba dihighlightkan oleh penulis dalam TKC ini. Betapa susahnya ya bila kita nak move on dari sesuatu perkara yang kita suka ataupun duka. Tak kira perempuan atau lelaki, kedua dua jantina ini akan menghadapi isu move on ini.
TKC secara ringkasnya mengisahkan tentang Dhia yang cuba menyelesaikan perkara yang baginya cukup susah untuk dia ungkapkan. Kehadiran Rafiq disisinya tidak juga dapat membuka hatinya untuk menyukai Rafiq walaupun Rafiq itu baik orangnya. Jadi, bila Dhia berbicara secara heart to heart dengan Rafiq, Rafiq dapat menerimanya dengan baik. Jadi, kedua-duanya move on.
Nak dijadikan cerita, Eijaz yang merangkap crush dan kawan baiknya secara tiba-tiba muncul ketika Dhia di kampung. Dhia juga dimaklumkan yang Eijaz kini berstatus duda anak sorang, Maya. Timbul persoalan dalam diri Dhia, apa yang terjadi kepada Jannah, bekas isteri Eijaz yang juga merupakan teman rapatnya suatu ketika dahulu. Kehadiran Eijaz membuatkan Dhia tidak senang duduk dan perasaan nak move on dia tu mula berada dipersimpangan dilema. Apa agaknya yang terjadi antara Eijaz, Dhia & Rafiq? Siapakah pilihan Dhia?
Ada beberapa perkara yang menarik perhatian ika dalam TKC ini iaitu:-
1. Hubungan persahabatan yang sangat akrab diantara Dhia & Nadrah membuatkan ika tersenyum lebar membaca telatah mereka di dalam buku ini. Nadrah selalu ada disisi Dhia tidak kira susah atau senang. Suka dengan good friendship vibes dari mereka berdua. Nadrah juga bukanlah seorang yang akan tinggalkan sahabatnya dalam situasi tegang, malahan dia turut sama dalam menyelesaikan masalah sahabatnya.
2.Peluang kedua itu sentiasa ada dan hanya akan diberikan kepada orang yang selayaknya. Sebab kalau orang tersebut tak menghargai peluang tersebut, dia akan tetap lakukan kesalahan yang sama berulang kali.
3.Percaya dengan kata hati. I'm talking about kes Eijaz and Dhia. Kena baca la kalau nak tau. :)
4..Hubungan kekeluargaan yang sangat erat. Dieorang punya memahami si Dhia ni memang boleh dipuji. Moral support yang sangat bagus dari keluarga untuk boost up kita punya semangat diri.
Kalau nak dapatkan buku Terima Kasih Cinta ini, kalian boleh terus direct message Kakaks Scribble di:-
Wah tajuk dia pun dah tahu best jalan ceritanya
ReplyDeleteall 4 points yg u listed ... menampakkan buku ni mmg menarik utk dibaca
ReplyDeleteAdoi.. Tajuk dengan cover dia sweet sangat nie..
ReplyDelete