Feb 11, 2021

BOOK REVIEW - WAR OF LOVE BY WANNIE NORDIN

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️️

Kembali lagi kita dengan ulasan ringkas novel cinta dari Fajar Pakeer yang bertajuk War Of  Love dari penulis Wannie Nordin. Sejujurnya tak pernah dengar nama penulis. Ini kali pertama cuba baca karya penulis dan ika ada high expectation dengan novel ni sebab ika sangat sukakan blurb WOL ini. 

Apa saja yang berkaitan dengan misteri. Memang akan mendapat perhatian. Blurb WOL ini ada menceritakan mengenai Hayat Mikael yang muncul secara tiba-tiba tanpa sesiapa pun yang tahu mengenai latar belakang dia. See? Menarik kan. 


"Yang jahat itu dia..yang indah juga dia. Adakah harus jiwa ini membenci atau mengakui cinta?"

Harga: RM 23 

Setibanya Iris Alesya di airport, dia telah didatangi oleh seorang stranger yang memperkenalkan diri sebagai Hayat Mikael. Hayat memberitahu Iris, dia adalah kenalan yang sangat rapat dengan adik Iris (Inaara). Dan telah offerkan diri kepada Iris untuk menghantarnya pulang ke rumah. Kepulangan Iris kerana ingin memeriahkan majlis perkahwinan adiknya. Akan tetapi, lain pula jadinya bila Iris sampai di rumahnya. Tiada orang dan tiada sebarang majlis berlansung, malahan dia mendapati ayah dan adiknya bergaduh besar sehingga berlakunya sesuatu. 

Selepas itu, Iris kerap bertemu dengan Hayat Mikael yang misteri itu. Yang akan membuat kehidupan dan dunianya berpusing 360 darjah. Yang membuatkan keluarga yang dia sayangi berubah. Dan yang paling penting, yang akan membuatkan dia tiada pilihan selain mengikut telunjuk Hayat Mikael yang annoying itu! 

Dendam | Khianat | Suspen | Aksi | Cinta

Satu demi satu rahsia terbongkar. Iris tergamam dan susah untuk dia hadamkan semua yang dia ketahui. Nak tahu apa? Kalian kena dapatkan WOL. Personally, aku suka dengan watak Hayat Mikael. Seorang yang matang dalam membuat keputusan. Segala tindak tanduknya bersebab. Dan orangnya sangat protective. Boleh lihat macam mana care nya dia dekat insan-insan yang disayangi. Sangat tersentuh dengan perjalanan hidup Mikael. Pengalaman juga mengajar dia erti kehidupan sebenar. Aku kalau bab keluarga ni bukan boleh. Karang meleleh je air mata. 

Buat Iris, ada juga beberapa sifatnya yang boleh dicontohi antaranya sifat kasih dan sayangnya terhadap keluarga. Sanggup korbankan diri untuk menjaga nama baik dan maruah keluarga. Sampai ke tahap itu dia fikirkan. Dan ada ketika, Iris bertindak tanpa berfikir. Membuatkan aku ada rasa sedikit geram. Tapi itulah, perempuan ni selalu buat dulu baru fikir sama juga macam cakap. Kadang dah sehabis baik jaga semua tu pun, tetap ada yang terlepas laku. Begitulah. Tidak sempurna bak kata orang. 

Watak antagonis di dalam WOL ini memang boleh buat darah mendidih panas. Tapi lagi panas hati dengan adik Iris yang sampai ke sudah bodohnya tidak boleh dibawa berbincang atau disorok sama sekali. Jangan jadi seperti Innara yang mudah sangat dengan semua perkara. Pfft.Kalau sesiapa yang sukakan cerita aksi cinta. Ini buat kalian. Klise itu kita tolak tepi sebab cinta itu memang klise haha.. 

Tahniah penulis. Teringin nak baca karya penulis yang lain 🌸



3 comments:

  1. Wow.. Ohsem review.. Cover buku tu cantik..

    ReplyDelete
  2. Menarik jalan ceritanya. Lagi bila kata teringin nak baca karyanya yang lain, sudah mesti jalan cerita dan gaya bahasa yang digunakan menarik!

    ReplyDelete