Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ❤️️
Sebenarnya, ika terima parcel dari Wan Khan ni bulan lepas (Jan). Tapi, ika tidak berkesempatan untuk letakkan di blog. Ini tidak sama sekali niat untuk menunjuk dapat hadiah buku. Ini hanyalah sekadar perkongsian dan menghargai niat baik Wan Khan. Wan Khan mengadakan satu misi di Instagram iaitu #misikongsibuku & #projekmanusiasemut. Misi ini bertujuan berkongsi rezeki dalam bentu sesuatu yang disukai oleh Wan Khan. Ini merupakan buku kedua dari Wan Khan. Sebelum ini, ika ada menerima buku Rebel Dengan Tuhan // Muhd Iqbal Samsudin. Tapi tak ingat tahun bila sebab dah lama sangat.
Tapi, misi ini kebetulan lalu di IG ika. Saja cuba nasib tanya sebab buku yang dia nak bagi tu, ika still tak baca lagi. Jadi why not kan. Tak sangka ada rezeki :) Ika happy sangat bila parcel ni sampai dekat rumah.
Wan Khan memang tidak pernah mengecewakan. Selalu bagi sesuatu dengan terselitnya nota tangan. Which is, ika sukakan nota-nota yang ditulis. Rasa macam masterpiece. Jadi, ika letakkan notes ini di journal ika di ruangan highlight bulan Januari :). Hm, ingatkan Wan kasi buku saja. Tapi dia tambah dengan notebook pulak. Alhamdulillah. Terimakasih banyak buat Wan. Rakan instagram yang mempunyai interest yang sama :)
Nanti, ika baca okay. Nak habiskan TBR yang sepatutnya dibaca dulu. Apa pun, ika sentiasa sokong dengan misi Wan dan doakan Wan sentiasa dimurahkan rezeki. Dapatlah Wan bagi buku lagi dekat pembaca yang lain. Semoga terselitlah manfaat buat Wan disitu.
Tahniah kak
ReplyDeleteseronoknya! lagi best bila dapat notes tuu, sy oun suka kumpul notes dari org lain... dr zaman sekolah lagii
ReplyDeletealhamdulillah, best hadiahnya
ReplyDeleteAlhamdulillah..bestnya dapat hadiah
ReplyDeleteBestnya dapat hadiah!! Dapat notes tulisan tangan ni pun best, sebab jarang2 dapat.
ReplyDeleteWah.. buku yang menarik.. Tahniah Ika..
ReplyDeletecongrats! bertuahnya dapat buku..title pon macam best je.
ReplyDeletecongrats.. btw cantik tulisan Wan Khan tu. mestinya karya nya cantik jg hehe
ReplyDelete