Mar 30, 2021

BOOK REVIEW - BAHAGIA YANG JAUH BY NURIL BAHANUDIN

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Sejak kebelakangan ini, ika selalu baca buku dari Anaasa Publication. Kalau dulu, ika terhad dalam memilih buku sebab masa tu kan tak banyak lagi publisher macam sekarang. Annasa Publication merupakan salah satu publisher yang banyak keluarkan novel bertemakan cinta. Dimana, banyak juga penulis yang ika familiar. Banyak lagi buku dari mereka yang ika aim untuk baca :) 

Ini merupakan buku kedua dari AP untuk bacaan bulan ini. Bahagia Yang Jauh ditulis oleh Nuril Bahanudin. Cover buku ni lawa. Rasa macam perempuan dalam cover tu sedang berjauh hati. Tapi memang boleh relate la dengan watak utama novel ini. Vee Layla. Satu nama yang ringkas namun menyimpan 1001 masalah hidup. 

Jom proceed ulasan ringkas untuk buku ini. Bismillah. 


"Izinkan Aku Mendakapmu" 

Penerbit: Anaasa Publication
Harga: RM 27 (SM) / RM 30 (SS) 
Mukasurat: 646 mukasurat 
Penulis: Nuril Bahanudin
Tahun : 2016


📝 Percaya atau tidak, kekerasan atau kejahatan yang tidak dilakukan oleh kita. Tetapi diletakkan di atas bahu kita merupakan satu perkara yang perlu dielakkan. Berdiri dan pertahankanlah diri kita sebaiknya kerana hanya kita saja yang mampu lakukan semua itu.

Mengisahkan tentang Vee Layla, seorang perempuan yang mempunyai kehidupan yang 'teruk'. Dia tidak dapat merasai nikmat kasih sayang dari ibunya dari kecil. Dirotan, bertikam lidah serta dilayan buruk sudah menjadi kebiasaan baginya. Bukan sahaja ibunya. Malahan ayahnya juga tidak guna. Sanggup menidakkan hak Vee. Dia sudah lelah dengan kehidupannya itu. Tak dapat bayangkan jika kita berada di tempat Vee. Kena marah dengan parents pun tak tacing. Inikan pulak kalau kena hentam. 

Bagi saya watak Vee Layla ini adalah watak seorang perempuan yang lemah bila melibatkan hal keluarga namun dia turut kelihatan tabah dan kuat untuk itu juga. Aneh bukan. Namun itulah perempuan. Cuma itulah. Bahaya juga bila terlampau baik sangat. Memudaratkan diri. Berpada-pada la.

Apa yang saya rasa macam tak puas hatinya ialah cerita antara Vee & Hans sikit sangat. I want more! Ah gitu orang yang tak bersyukur dan tamak selalu haha. But overall, watak Vee la yang paling upside down dan kemudian perubahan yang berlaku dalam hidup dan serta diri dia sendiri itu dikatakan ada improvement

BOOK REVIEW - NAMA AKU SYAIFUL RIZAL BY RINA KHAN

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Sejujurnya, ika bukanlah seorang yang akan pilih tajuk yang ada nama orang & cover buku ada muka sebesar alam unknown guy. Bukannya apa. Mindset memang dah cakap tak best buku yang ada nama orang ni. Tapi, bila saya baca 2-3 bab untuk NASR ini. Ika terus tak berhenti baca. Bergenre jenayah dan kekeluargaan . Siapa yang mencari buku bergenre sebegini, ika syorkan kalian baca buku Nama Aku Syaiful Rizal. 

Buku keluaran Anaasa Publication pada tahun 2018 ini, memang jika difikirkan sudah lama. Mesti ada yang tertanya-tanya. Masih relevan lagi ke kalau nak  baca? 

Jawapan ika ialah iya. Masih relevan. Kerana genre jenayah sampai bila-bila pun akan boleh dibaca. Sebab jarang sangat nak jumpa storyline seakan-akan sama. Berbeza dengan novel cinta. 

"Darah bayar darah" 

Penerbit: Anaasa Publication 
Penulis: Rina Khan 
Mukasurat: 346 m/s
Harga: RM 23 (SM)/ RM 26 (SS)
Tahun: 2018

Cuba bayangkan, secara tiba-tiba ada satu musibah datang dan memerlukan engkau ada RM 200,000. Mana nak cari dalam waktu yang singkat. Dana tersebutlah yang diperlukan Rizal untuk anak saudaranya yang sakit.Rizal yang pada asalnya sudah 'cuci tangan' dari kerja kotor ini seperti tiada pilihan. Dia terpaksa menerima kerja tersebut disebabkan Eddy yang ingin membalas dendam kepada seseorang. Tapi menjadi lagi bertambahnya masalah Rizal apabila abangnya (Azam) ingin mengikutnya sekali untuk bekerja.

Parah!
Habis kantoi la apa yang dia lakukan selama ini. Selama ini rahsianya tersimpan rapi kemas di poket. Teka apa yang berlaku selepas itu?
Adakah abang Rizal dapat masuk ke dalam geng rompak tersebut atau dia akan ditendang keluar?

Ketika membaca buku ini, ika fikir ini sudah cukup untuk letakkan emosi ika di watak Rizal. Sesungguhnya apa yang dia lakukan bersebab dan semua hanya untuk keluarganya. Namun, abangnya memang lurus ya amat. Lagi lurus dari pembaris. Penat ya memikirkan yang abang dia ni taktahu la macam mana nak cakap. Menyusahkan mungkin?. Nak buat jenayah yang sudah ada strategi yang baik, tapi akan jadi menyusahkan bila ada orang yang main suka hati saja buat benda. Kan jadi tak best tu. 

Niat Rizal untuk berubah itu juga boleh dipuji kerana bukan senang nak berubah. Berubah itu perlukan kekuatan emosi. Jika tak kuat. Maka hanyut dibawa pergi. Ada sesetengah orang, bila sudah dikaburi dengan wang ringgit. Hati susah nak berubah. Kerana duit yang didahulukan dari segala-galanya. 

Buku ini underated ya. Cuba la baca jika mencari kelainan. Menarik. Ending juga bukanlah ending yang bikin hati lagi panas.Kalian boleh baca review di Goodreads dulu sebelum beli. Mana tahu dapat membantu sedikit sebanyak. Jika berminat untuk dapatkan ika akan letakkan link direct ke kedai buku. 

Mar 26, 2021

BOOK REVIEW - LICIK BY SHAM HASHIM & JULIE ANNE

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Sebenarnya tak ada plan pun nak baca buku Licik ni. Saja selak untuk baca bahagian Prolog. Tak sangka pula makin laju mukasurat diselak. Tengok-tengok dah di pertengahan muka surat. Buku Licik yang berwarna coklat ini merupakan edisi kemaskini. Sebelum ini, buku ini berwarna biru dan cover depannya ada gambar perempuan. 

Ika akan buat seringkas mungkin ulasan untuk buku ini sebab ika rasa kalau panjang sangat nanti meleret dan mengantuk. Tapi, ika hanya akan highlight benda penting sahaja dalam buku Licik ni, Tapi sebelum itu, buku ini ada part 18sx dan untuk budak sekolah yang masih bawah umur rasanya tidak sesuai. Memang sesungguhnya Licik hanya untuk pembaca matang sahaja. 

Bismillah. 


Mengisahkan tentang Alias dan anaknya Fira yang kerjanya menipu orang. Menipu yang kayakan dieorang anak beranak. Dari nothing to everything la. Alias pun, hidupnya bukanlah dikategorikan sebagai papa kedana. Tapi sejak perniagaan dia gulung tikar. Dia terpaksa berpindah ke KL demi mencari sesuap nasi. Namun pekerjaanya itu sekejap saja kerana dia dituduh benda yang dia tidak buat.

Pertemuan Alias dengan Sazila telah mengubah hidup dia 200%. Hubungan mereka yang sudah menyimpang jauh telah menyebabkan Sazila fikir Alias serius dengan hubungan mereka dan banyak pertolongan yang Sazila berikan kepada Alias tanpa mengetahui yang Alias mempunyai tujuan lain. Dan banyak lagi kejadian yang terjadi selepas pertemuan Alias dengan Sazila. Kena baca la.

"Nak tipu orang bukan sembarangan. Kau cuma boleh tipu orang yang tak jujur."
ALIAS

Bagi saya. Prolog boleh dipuji untuk buku Licik ni. Kalau tidak takkan la teruskan ke bahagian yang lain. Mula-mula seronok bila baca strategi & trick Alias untuk menipu duit orang. Strategi yang orang kata ada yang okay la not bad ada juga yang oh okay brilliant. Mempergunakan anaknya si Fira untuk tujuan yang sama. Akhirnya Fira pun terjebak dengan menipu. Hati kering sangat dua beranak ni. Duit orang dicuri macam tu sahaja. Malahan, tiada rasa takut bila mangsa sudah mengetahui tipu muslihat mereka. Alias memang bijak. 

Tapi Fira dia gunakan aset dan kecantikan yang dia ada. Pamerkan diri dia- jual - sapu duit - And chow. Kadang kesian dekat Fira sebab dia tak ada mak jadi hidup dia seolah olah macam terumbang ambing dengan bapaknya pun mengajar dia benda yang bukan-bukan. Tak ada siapa nak melarang. Jadi dia macam hilang didikan yang sewajarnya dan pedoman hidup. Memperjudikan badan hanya untuk wang. Tapi itulah orang kata, didikan ibu bapa itu penting. Asas nya kena ada dari awal.

Eh tapi yang anehnya. Mangsa Alias - Fira ni macam blur blur ya.Rasanya sebab mungkin duit hasil titik peluh dieorang tu pun duit dari sumber yang tak betul. Jadi, dieorang kena tutup mulut atau pejam mata je la kot. Tapi ada juga yang report and upah pengintip serta ada yang balas dendam. Tidak la semuanya blur haha #ikareviewbuku

Tawaran Hebat dari Mid Valley Megamall sempena Shopee 4.4 Hari Jualan Mega

 

Mid Valley Megamall menawarkan penjimatan hebat pada Shopee 4.4 Hari Jualan Mega ini!



Rakyat Malaysia kini kembali mengunjungi pusat membeli-belah untuk mendapatkan barangan yang diidami sambil berjalan-jalan dan berhibur setelah kian lama duduk di rumah untuk mengekang penularan Covid-19.


Oleh itu, Mid Valley Megamall KL bekerjasama dengan Shopee untuk menawarkan e-baucar menarik dengan potongan harga sehingga 60% daripada kedai-kedai yang mengambil bahagian pada Shopee 4.4 Hari Jualan Mega ini!


Para pengunjung di Lembah Klang yang ingin ‘menghadiahkan’ diri mereka sepasang kasut baru yang cantik dari JD Sports boleh memilih tawaran 'Me Time Bundle', manakala pasangan yang mengunjungi pusat membeli-belah tersebut boleh menikmati 'Sweet Date Bundle' di mana mereka berdua dapat menikmati sesi urut kaki yang melegakan di Thai Odyssey.


Bagi ibu bapa yang bersiar-siar bersama anak-anak, mereka boleh memilih ‘Family Fun Bundle’. Tawaran ini pasti akan menggembirakan si kecil setelah mereka menjamu selera di Pizza Hut, mendapatkan buku kegemaran dari MPH Bookstore dan menikmati aiskrim yang menyegarkan dari Baskin-Robbins.


Buat mereka yang inginkan staycation, tawaran dari Cititel dan The Gardens - A St Giles Signature Hotel & Residences pasti menarik hati. Hotel-hotel ini terletak bersebelahan dengan Mid Valley Megamall KL dan amat sesuai sebagai tempat istirehat setelah berjalan-jalan di pusat membeli-belah.


Berikut adalah butiran lebih lanjut mengenai tawaran-tawaran* ini yang boleh ditebus di Mid Valley Megamall KL:


Tawaran

Butiran

Harga asal

Harga promo

Mid Valley Megamall: Me Time Bundle

1x baucar tunai Sushi Jiro bernilai RM30 

1x baucar urut separuh badan selama 30 minit di Siam Oasis

1x baucar tunai JD Sports bernilai RM50

RM138

RM55

Mid Valley Megamall: Sweet Date Bundle

2x baucar urut kaki selama 60 minit di Thai Odyssey 

1x baucar tunai Chili’s Grill & Bar bernilai RM50 

1x baucar tunai HYPE bernilai RM50 

RM276

RM130

Mid Valley Megamall: Family Fun Bundle

1x baucar tunai Pizza Hut bernilai RM100

1x baucar MPH Bookstore Books & Stationery bernilai RM100 

1x baucar tunai Adidas bernilai RM100 

4x baucar Baskin-Robbins Single Regular Scoop Ice Cream

RM346

RM160

Cititel Mid Valley

Penginapan 2 Hari 1 Malam di Superior Room dengan sarapan pagi untuk 2 orang dewasa

RM303

RM138

The Gardens - A St Giles Signature Hotel & Residences

Penginapan 2 Hari 1 Malam di Deluxe Room dengan sarapan pagi untuk 2 orang dewasa

RM390

RM208


Tawaran ini dilancarkan sebagai sebahagian daripada Shopee 4.4 Hari Jualan Mega, festival membeli-belah mega pertama pada tahun 2021 di rantau ini. Berlangsung hingga 4 April, kempen ini menawarkan penghantaran percuma dengan pembelanjaan minimum RM4, tawaran diskaun dan baucar 95% setiap hari dan rancangan permainan baharu RM10,000 Roda Duit Shopee di mana para peserta memutar roda dan berpeluang untuk memenangi wang tunai apabila mereka berjaya meneka perkataan yang betul.



Selain itu, anda berpeluang memenangi 44,444 Syiling Shopee apabila anda menambah nilai sekurang-kurangnya RM50 ke dalam dompet ShopeePay anda.


Acara membeli-belah ini juga akan melancarkan kerjasama eksklusif antara jenama-jenama fesyen dan selebriti, iaitu Pestle & Mortar x Jameson, Roscani x Fatin Afeefa, Tomorrow Showtime x Amelia Henderson dan Hype x Kide pada 30 Mac.


Antara sorotan lain bagi kempen ini ialah Shopee 4.4 Mega Show yang akan disiarkan di Shopee Live, Astro Ria dan Astro Gempak pada 3 April, jam 9 malam. Acara ini akan menampilkan persembahan daripada bintang-bintang ternama seperti Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Zizi Kirana, Hazama, Elizabeth Tan dan Naim Daniel serta legenda Dato’ M. Nasir.



Acara membeli-belah ini akan memuncak pada 4 April dengan penampilan Midnight Madness dari 12 tengah malam - 2 pagi dengan Tawaran dan Baucar Khas 4.4, Super Brands Spotlight, penstriman langsung Shopee Live tanpa henti dari pukul 9 pagi dan banyak lagi. Kumpulan gadis K-Pop terkenal di dunia, Mamamoo, yang dipilih menjadi 4.4 Mega Celebrity serantau Shopee, akan mempersembahkan lagu-lagu hit mereka secara eksklusif di Shopee Live dari jam 9 malam - 11 malam.


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 4.4 Hari Jualan Mega, layari - https://shopee.com.my/m/4-4 

Mar 22, 2021

Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Harini, rasa bersemangat blogging. Nak publish entry yang banyak dekat draft. Jadi tengah scroll tu ternampak la Giveaway dari Kak Shida. Sesungguhnya, tangan ini laju je nak join :) Hee sebab semua yang join akan dapat kad raya. Ish aura nak Ramadhan & Raya dah ada bau bau dah ni. 


Nyatakan perasaan korang dalam menyambut bulan Ramadhan & Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi (penceritaan bebas).

Tahun ini, merupakan tahun kedua ika puasa tanpa arwah mak dan merupakan tahun kedua sambut puasa bersama suami. Jadi ada rasa macam lain sikit la. Selalu mak akan kejut bangun sahur. Siapkan lauk semua lengkap atas meja. Memang perfect. Siapa ya dapat tandingi aura mak-mak ni. Salute dekat semua mak. Jadi bila dah kahwin ni. Kita ambil tugas mak untuk buat semua tu. Takpe. I ken du it! Belajar dan terus belajar untuk improve diri. Yeay!

Namun, untuk tahun ini. Ika teruja sebab ada Bazar Ramadan dan dapatlah juadah berbuka. Yang di-cravingkan sahaja. Supaya tidak berlaku pembaziran. Eksited nak makan je kan. Tapi ika harap, ika juga dapat la solat terawih. Seronok bila kenangkan dulu ramai-ramai berjalan nak solat. Rindu betul. 

Dan semoga tahun ini, kita dapat menyambut Bulan Puasa & Hari Raya dengan tenang dan jayanya. Semoga Covid ini berlalu pergi dan terkawal. Amin. Mudah-mudahan. 

TAG: Kak Sha & Sha

BOOK REVIEW - AISYAH KEANGGUNAN SEJATI BY SULAIMAN AN-NADAWI


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

💌 Sempena Hari Wanita yang jatuh pada bulan ini. Saya memilih untuk membaca buku yang bertemakan kewanitaan & sekaligus mengangkat martabat wanita di suatu tahap yang lebih tinggi lagi.. Tidak salah lagi pemilihan saya kerana sememangnya. Setelah habis baca pada muka surat terakhir. Saya tersenyum lega. 


Bila tengok cover buku ini, rasa sangat tenang. Cantik sangat pemilihan putih ditambah seri bunga. Ini merupakan edisi terkini yang dikeluarkan oleh PTS Publication. Bukunya tebal, hard cover dan setiap muka surat mempunyai kertas yang berkualiti tinggi. 



Buku ini mempunyai 5 topik besar iaitu:-

• Sejarah Hidup Aisyah

• Karakter & Keistimewaan Aisyah

• Biografi Intelektual Aisyah

• Mendidik, Memberi Fatwa dan Membimbing Orang Islam

• Jasa Aisyah kepada Kaum Perempuan

Dan setiap tajuk besar mempunyai sub topik yang lain. Walaupun tebal, kita akan rasa ralit membaca sehingga kita tidak sedar kita sudah baca separuh darinya. 


Siapa yang tidak tahu mengenai isteri Nabi Muhammad SAW, Aisyah RA. Satu nama besar dalam sejarah Islam. Aisyah RA digelar sebagai As Siddiq yang membawa maksud bercakap benar. Nabi Muhammad gemar memanggilnya dengan gelaran Bintus Siddiq iaitu anak gadis lelaki (Abu Bakar As-Siddiq) yang berkata benar. 


Seorang wanita yang berjaya dari segala sudut, tertib adabnya & cerdas pemikirannya. Dari kecil lagi sudah jelas segalanya. Membuatkan Aisyah RA jauh berbeza dari yang lain seusia dengannya. 


Puas hati baca buku ini kerana cukup lengkap serba serbi tentang cerita sejarah hidup Aisyah RA dan hal-hal yang berkaitan dengan beliau. Secara tidak lansung dapat memberikan kita banyak inspirasi dan memotivasikan diri. Masa dalam pembacaan. Saya asyik keluarkan perkataan Wow. Wow hebatnya. Wow hebatnya. Wah. Wow. Rasanya banyak kali. Haha. Rasa teruja sangat dan amazed. Justeru itu, masih tidak terlambat untuk kalian dapatkan dari @bukupts . Worth every penny.


Buku ini juga sesuai dijadikan hadiah buat yang tersayang, diletakkan di setiap ruangan membaca di rumah atau sekolah, dijadikan hantaran dan sebagainya. Tiada had umur untuk membaca kerana saya rasa buku sebegini selain dari memberi infomasi tentang nama Aisyah RA. Ianya juga dapat membuatkan kita sebagai wanita menjadi lebih baik dari semasa ke semasa. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Ada terselit perkara contoh yang boleh kita terap dan ikuti. 


Sekarang tengah ada KLIBF 2021. Jadi buku Aisyah Keanggunan Sejati ini ada diskaun yang sangat menarik. Harga memang sangat murah. Dapatkan segera kerana anda tidak akan menyesal memilikinya. 

PTS - AISYAH KEANGGUNAN SEJATI



BOOK REVIEW : DENDAM RATU ULAR BY ANNUR SHANANA

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Lama rasanya ika tak baca bergenre seram.Jadi, ika pilih untuk baca Dendam Ratu Ular sebab nampak menarik. Kebetulan memang buku ini pun sudah lama dibeli dan tak bersentuh lagi. Jadi, marilah kita habiskan TBR yang sedia ada sebelum kita beli lagi. Haha. Seingat ika, ika beli buku ni semasa Pesta Buku yang pernah diadakan suatu ketika dahulu. Buku ini ketika itu cumalah RM 1 sahaja. Jauh berbeza dengan harga yang asal. 

Tak pasti sama ada buku ini sudah ada kulit baru. Tetapi bagi ika. Cover buku ini terlalu simple dan bahagian mata itu memang nampak misteri tetapi belum cukup untuk membuatkan aura seram itu datang. Kena baca isi baru boleh rasa. Jika sudah ada cover baru ika harap cover gempak :) 


Mengisahkan tentang Kaira, seorang gadis kampung yang cacat dan hodoh. Ketidaksempurnaan Kaira telah menjadi bahan ejekan orang kampung. Kaira duduk bersama neneknya, Nek Lijah setelah ditinggalkan ibunya ketika dia masih bayi dan ayahnya telah meninggal sebelum dia dilahirkan. Atas sebab itu, ibunya menyalahkan Kaira kerana sial Kaira itulah yang menjadi punca kematian suaminya.

Dalam masa yang sama, Kalsum yang sudah lama berdendam dengan ibu Kaira telah membuat satu rancangan jahat untuk menghapuskan keluarga musuhnya. Diupahnya Daud untuk membakar rumah Kaira. Dan akibat dari itu, Nek Lijah menjadi korban dan Kaira automatik hidup sebatang kara.

Dia yang sedih akan nasib yang menimpa dirinya telah membawa diri ke dalam hutan dan disitu dia telah terjumpa satu perigi. Kaira telah berjumpa dengan Raja Ular dan Raja Ular menawarkan sesuatu yang Kaira inginkan selama ini. Tetapi Kaira harus menjadi ibu kepada anak Raja Ular itu dan apa yang Kaira inginkan akan tertunai. Dan ada syarat yang perlu Kaira ikut. Jika tidak buruk padahnya.

For me personally, saya suka baca DRU ini sebab jarang-jarang haiwan dijadikan cerita. Permulaan cerita yang baik oleh penulis sebab itu saya teruskan membaca sebab rasa selesa dengan gaya bahasa penulis yang santai dan tidak berat. Banyak pengajaran yang kita boleh dapat di dalam buku ini. Dan kita boleh jadikan pengajaran dan refleks diri jua.

• Dendam itu boleh memusnahkan diri.
• Permainan syaitan itu sentiasa ada! Membuatkan hidup manusia ini bergelora jika tidak kuat imannya.
• Percaya dengan takdir Tuhan.
• Percaya dengan Qada & Qadar
• Jangan jadikan benda syirik sebagai kawan kita. Hanya disebabkan nafsu semata mata mungkin akan mendatangkan banyak kesusahkan kelak. #ikareviewbuku

BOOK REVIEW - THE MEMOIRS OF SHERLOCK HOLMES BY SIR ARTHUR CONAN DOYLE


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

👣 Sebut nama Sherlock Holmes, pasti dalam fikiran kita akan jelas gambaran seorang lelaki yang memakai kot kulit, berpipa serta bertopi deerstalker. Kebijaksanaan SH menyiasat dan membongkar misteri yang berlaku disekelilingnya tidak dapat disangkal lagi.

Buku ini merupakan gabungan antara 3 buku SH yang berwarna biru, hijau & kelabu dari @penerbit_x . Saya rasa jika kalian inginkan kepuasan boleh dapatkan buku yang sudah mengabungkan kesemua 11 cerita di dalam satu buku.


Sudah semestinya, setiap tajuk yang pasti akan memberikan satu tarikan untuk membaca. Saya suka dan tertarik dengan cara pemikiran Sherlock Holmes. Ada kalanya dengan hanya menilai bahasa tubuh/riaksi seseorang itu sudah dapat memberikannya petunjuk. Tidak perlu untuk melihat kawasan tempat kejadian. Tidak melulu membuat tuduhan dan sebarang keputusan. Tenang berfikir dan cakap bila hanya ada perkara yang perlu diperkatakan. Rasa curious sangat bila baca. Tak sabar nak tahu siapa yang bersalah. Ada rasa nak skip. Tapi kalau skip mesti tertinggal benda best. Jadi tak skip la. Haha

Kalau ditanya yang mana paling suka dalam kesemua cerita. Saya akan pilih Top 3 iaitu: Kes Kerani Broker Saham, Lelaki Berbadan Bongkok & Perjanjian Perkapalan.

Cuma untuk Masalah Terakhir. Rasa sedih juga sebab taktahu apa nasib Sherlock. Mengenangkan yang dia perlu letakkan nyawa sebagai galang ganti untuk kejayaan siasatannya. Rasa macam emosi pulak. Hm.

Kalau sebelum ini kita risau banyak buku Sherlock dalam Bahasa Inggeris. Tapi kalini sudah ada dalam Bahasa Melayu. Jangan fikir banyak geng. Dapatkan kesemua jilid atau himpunan dari jilid buku Sherlock Holmes ini. #ikareviewbuku





Mar 21, 2021

Skincare Terbaru dari Cosmoderm | Skin.Lab Perfect Balanced

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Harini, ika nak share satu skincare baru keluaran Cosmoderm. Sebelum ini mereka ada skincare berformulasikan green tea. Kalini, serius menarik perhatian sebab skincare baru ni berwarna pink. Siapa suka warna pink mesti akan fall in love dengan packaging Cosmoderm Perfect Balanced ni.

Secara jujurnya, ika masih mencari skincare yang sesuai dengan kulit ika. Sebab, ika ada kulit yang sangat sensitif dan bukan semua produk sesuai. Jadi, sudah banyak percubaan untuk mencari yang okay. Ada skincare yang ika pakai tiada kesan namun bila sudah lama dipakai, masih sama tiada perubahan yang ketara. Itu juga menjadi masalah untuk ika. 

Sudah semestinya, ika mengharapkan ada perubahan pada kulit muka. Sekurang-kurangnya kulit nampak lebih sihat dari sebelumnya. Kan? Jadi, bila Cosmoderm melancarkan produk baru mereka ini. Ika rasa apa salahnya kalau ika cuba. Mana tahu kalau ianya sesuai dengan ika. Apa kata kita explore satu persatu produk baru mereka ini. Jom. 

Bismillah. 


Ada 4 produk kesemuanya iaitu:- 

  • Foaming Cleanser (RM 29.90)
  • Toning Lotion (RM 45.90
  • Soothing WOW Cream (RM 65
  • Sun Milk SPF25PA ++ (RM 65)
Semuanya bebas dari Paraben, Fragrance, Artificial Colorant dan untuk Cleanser tambahan satu lagi iaitu SLS/SLES. Sudah semestinya, dermatologically tested. Mempunyai Prebiotic + Calamine. 

Prebiotic: A food to Probiotic (good bacteria) in our skin & body. It helps to balance skin's microbiome to avoid redness and improves in radiances & comfort of skin due to restructuring, nourishing & soothing effect. 
Calamine: A well known ingredients for its benefits such as treating eczema & psoriasis by easing skin irritation, itchiness. It reduce skin oiliness, soothes redness & sunburn. 



Foaming Cleanser 

Ika gunakan foaming cleanser ini setiap pagi & malam. Teksturnya agak pekat dan tebal. Seperti yang diperkatakan, memang tiada bau yang tidak menyenangkan. Kulit ika boleh terima cleanser ini kerana setelah ika cuci muka. Muka terasa lebih segar dan tidak tegang. Selunya ika akan rasa macam tak selesa, tapi yang ini okay. 


Toning Lotion

Sebelum gunakan toning lotion ini. Sila goncang dulu okay geng. Selepas kita basuh muka. Kita akan apply toning lotion ini pula. Caranya pun mudah. Tak perlu cotton pad. Letakkan sedikit di telapak tangan dan terus dap dap di keseluruhan muka. Ika suka toning lotion ni sebab kulit ika rasa macam kulit baby. Haha perasan ya. Tapi dia macam melembapkan kulit ika. 


Soothing WOW Cream 

Seterusnya ialah Soothing Wow Cream. Okay, memang wow sangat yang ini sebab ika rasa bila ika pakai di muka & leher. Ika rasa macam pakai primer makeup. Siapa sini pakai primer sebelum makeup? Kan selalunya kita akan rasa macam kulit tu smooth je kan. Begitulah untuk produk Cosmoderm yang ini. Rasa sangat smooth. Dan nama nya pun Soothing Wow Cream kan. Ada pump ya. Mudah sangat. Kita boleh adjust berapa pump yang kita nak. Teksturnya lembut dan tak melekit. Ika rasa siapa yang bekerja dan duduk di tempat yang ada aircond memang sesuai pakai untuk elakkan kulit kering. 
Cara pemakaian pun mudah. Sapu di kawasan muka & leher. Apply pagi & petang. Ini juga kesukaan ika :) 


Sun Milk SPF25PA++

Dan yang terakhir ialah Sun Milk SPF25PA++. Ini ialah sun screen. Tahu kan yang kita perlu pakai sunscreen walaupun kita duduk di rumah sekalipun. Ini juga step penting dalam penjagaan kulit. Sama juga seperti Soothing Wow Cream, ianya datang dalam bentuk pump. Sangat mudah. Cara nak apply ialah letakkan produk di dua jari anda. Ikut panjang jari ya. Itu yang ika baca di internet. Ika follow saja. Kalau salah, minta maaf geng. 

Produk Cosmoderm Perfect Balanced ini sudah pun ada di drug store dan online Jadi kalian boleh dapatkan untuk mencuba :) Untuk ika, ika sukakan range skincare baru dari Cosmoderm ini. Walaupun bagi ika ianya sedikir pricey tetapi kalau sesuai dengan kulit. Why not spent kan duit untuk dapatkan kulit wajah yang sihat dan baik. Kan. Dari awal ini lah kita kena jaga kulit kita. 

Semoga entry ini meberi sedikit manfaat buat kalian. Maaf jika ada yang tersalah dalam entry ini. Sebab ini merupakan pengalaman ika sendiri mencuba produk Cosmoderm ini. Ika bukan beauty consultant atau apa apa yang berkaitan. Ika hanyalah seorang manusia yang suka share. 


Mar 19, 2021

Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF) 2021

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Ika ada ternampak di twitter beberapa hari sebelum ni, ramai ulat buku yang tengah countdown untuk KLIBF yang akan bermula pada hari ini. Ada juga publisher yang hebahkan awal dan ada juga yang baru letak adv di media social mereka. Sama macam yang lain, ika berharap yang Covid ini akan hilang dan Pesta Buku akan dapat diadakan semula seperti sebelum ini. 

Bukannya apa, suasana di pesta buku dan beli di online sangatlah berbeza walaupun kita tahu buku apa yang kita nak beli. Kalau di Pesta Buku, kita akan dapat pegang buku dan boleh melihat buku-buku lain yang terlepas pandang. Lagipun, seronok berjalan dikelilingi dengan buku. Last, ika dapat pergi Pesta Buku ialah PBAKL yang diadakan di Serdang. 

Long.. longg. time ago :')


Apa yang best mengenai KLIBF X Shopee ini? 

  • KLIBF Campaign: 40% off untuk Perbelanjaan Minimum RM 10 
  • Diskaun RM 8 untuk First Time Buyer
  • Diskaun 12% untuk setiap kedai di Shopee. 
  • Free Shipping RM 15 
  • RM 7 Deals 
  • Shocking Sales etc


Kalau kalian ada berniat untuk beli buku pada bulan ini. Ika rasa kalian boleh beli online kerana harga jauh berbeza dari jual di kedai. Sebab, walaupun sikit diskaunnya. Ianya tetap murah. Kalini, kalian akan lihat ada pelbagai publisher yang join untuk KLIBF ini. Jom kita go through publisher yang ada. Bukan semua ya. Ini yang ika selalu tengok :) 

  1. FIXI : Fixi juga tidak ketinggalan menawarkan promosi terbaik untuk ulat buku. Sesiapa yang teringin nak beli bundle boleh dapaykan 6 buku RM 99. Untuk yang baru berjinak-jinak boleh beli yang sebuah RM 7. Jimat. Dan ada juga tajuk buku baru yang dijual dengan harga RM 7 sebagai contoh Pskiki, Rasa, Kawal, Belantara, Syawal Tak Boleh Lewat & lain-lain. 
    Special untuk KLIBF, Fixi telah keluarkan buku Penjara dari Muhamad Farid. Ika dah baca dan ika suka :)

  • JEJAK TABIAH: Buat mereka yang suka baca buku dari seberang yang sudah diterjemah, buku self help, buku Buya Hamka, Ustaz Hasrizal dan lain-lain. Jejak la Jejak Tabiah. Banyak buku menarik yang boleh dibeli. Pasti puas hati. 

  • FAJAR PAKEER: Kalau nak cari novel cinta & thriller boleh pergi ke FP. Mereka menyediakan pelbagai bundle deals. Antaranya ialah 3 novel RM 20, 3 novel RM 30, 3 novel RM 40 & Diskaun 30%. Menarik bagi ika sebab harga asal boleh tahan la. Kalau beli masa sales boleh la beli 2-3 buah. 

  • THE BIBLIOPHILE OFFICIAL BOOKSTORE: Di twitter, kedai ini menjadi pilihan mereka yang sukakan buku yang diterjemah dan juga buku-buku urban baru. Muhammad Martin Lings itu memang popular sangat sekarang. Ramai tengah memburu buku ini. 

Kalian rasa ika dah beli berapa buah buku? 
Ika dah checkout 4 buah buku dari Faisal Tehrani dan ika tengah cuci mata dan berkira-kira nak checkout yang lain. Hm kan best kalau ada yang nak belanja buku. Sebuah pun jadilah haha. 
Kalian tunggu apa lagi. Boleh la beli sebuah dua untuk baca masa lapang atau baca waktu nak tidur hehe. Selamat mencuci mata. Ika saja share disini. Mana tahu ada yang terlepas pandang ke? Benda baik, kita share la.