Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ❤️
Lama rasanya ika tak baca bergenre seram.Jadi, ika pilih untuk baca Dendam Ratu Ular sebab nampak menarik. Kebetulan memang buku ini pun sudah lama dibeli dan tak bersentuh lagi. Jadi, marilah kita habiskan TBR yang sedia ada sebelum kita beli lagi. Haha. Seingat ika, ika beli buku ni semasa Pesta Buku yang pernah diadakan suatu ketika dahulu. Buku ini ketika itu cumalah RM 1 sahaja. Jauh berbeza dengan harga yang asal.
Tak pasti sama ada buku ini sudah ada kulit baru. Tetapi bagi ika. Cover buku ini terlalu simple dan bahagian mata itu memang nampak misteri tetapi belum cukup untuk membuatkan aura seram itu datang. Kena baca isi baru boleh rasa. Jika sudah ada cover baru ika harap cover gempak :)
Mengisahkan tentang Kaira, seorang gadis kampung yang cacat dan hodoh. Ketidaksempurnaan Kaira telah menjadi bahan ejekan orang kampung. Kaira duduk bersama neneknya, Nek Lijah setelah ditinggalkan ibunya ketika dia masih bayi dan ayahnya telah meninggal sebelum dia dilahirkan. Atas sebab itu, ibunya menyalahkan Kaira kerana sial Kaira itulah yang menjadi punca kematian suaminya.
Dalam masa yang sama, Kalsum yang sudah lama berdendam dengan ibu Kaira telah membuat satu rancangan jahat untuk menghapuskan keluarga musuhnya. Diupahnya Daud untuk membakar rumah Kaira. Dan akibat dari itu, Nek Lijah menjadi korban dan Kaira automatik hidup sebatang kara.
Dia yang sedih akan nasib yang menimpa dirinya telah membawa diri ke dalam hutan dan disitu dia telah terjumpa satu perigi. Kaira telah berjumpa dengan Raja Ular dan Raja Ular menawarkan sesuatu yang Kaira inginkan selama ini. Tetapi Kaira harus menjadi ibu kepada anak Raja Ular itu dan apa yang Kaira inginkan akan tertunai. Dan ada syarat yang perlu Kaira ikut. Jika tidak buruk padahnya.
For me personally, saya suka baca DRU ini sebab jarang-jarang haiwan dijadikan cerita. Permulaan cerita yang baik oleh penulis sebab itu saya teruskan membaca sebab rasa selesa dengan gaya bahasa penulis yang santai dan tidak berat. Banyak pengajaran yang kita boleh dapat di dalam buku ini. Dan kita boleh jadikan pengajaran dan refleks diri jua.
• Dendam itu boleh memusnahkan diri.• Permainan syaitan itu sentiasa ada! Membuatkan hidup manusia ini bergelora jika tidak kuat imannya.• Percaya dengan takdir Tuhan.• Percaya dengan Qada & Qadar• Jangan jadikan benda syirik sebagai kawan kita. Hanya disebabkan nafsu semata mata mungkin akan mendatangkan banyak kesusahkan kelak. #ikareviewbuku
betul kan, nak berdendam pun rasa mcm letih.. Percaya dengan Qada & Qadar kannnnn lebih tenang
ReplyDeleteBetul. Percaya dengan Qada Qadar :)
Deletemenarik juga jalan ceritanya. selalu kalau cerita macam ni mesti ending cerita ni si Kaira akan mati akibat syarat yang memakan dirinya sendiri
ReplyDeleteSelalu kalau cerita ular ni dalam movie Hindustan ke India ada. Ye lah kulit buku nampak simple ajer. Budget rendah kot untuk kulit buku tu.
ReplyDeletedah lama tak baca novel. kalau hidup berdendam memang tak tenang, apa pun kena redha dengan takdir Allah
ReplyDeleteSuka ek baca genre sebegini? Sila baca novel hasil tulisan Anuar Darwisy sperti Jangan Biar Dia Masuk - terbaik! Ngauman Cindaku cerita pasal haiwan dan saya dah baca semua genre seram hasil penulisan dia. Memang terbaik
ReplyDeleteMacam best je jalan cerita dia. Kena baca ni nak tahu apa kesudahannya cerita genre seperti ini
ReplyDeleteDalam seram2 Ada benda baik Yang ingin dikongsikan. Bagus bahan bacaan seperti ini
ReplyDeleteAgak-agak ending apa la yang jadi pada Kaira. Sama ada mati ataupun bertaubat. Tapi tu la, kalau berjanji dengan syaitan ni memang akan memakan diri kan..
ReplyDeleteSis baca sinopsis terus terbayang, kalaulah dia buat drama ke filem ke mesti best ni.. tapi Sis takut ularrr huhuhu
ReplyDeleteBgaus juga jalan ceritanya . Bila kita lemah dan ada pulak dendam memang mudah jadi alat syaitan . Jangan pernah salahkan orang lain atas jalan salah yang kita pilih . Masyarakat pun satu hal jugak....patutnya bantu bukan menghina. Last2 semua jadi mangsa. Yang menang sipa ? syaitanlahh...huhuhu
ReplyDeleteMenarik ye, baca tajuk je dah mcm excited nak baca the rest of the book... So true la pengajaran yang sis list down ni...
ReplyDeleteMacam cerita horror tapi penuh dengan mesej baik. Qada dan Qadar tu yang selalu ramak doubt kan. Walau usia dah menginjak, kita harus move on. Yang dah berlalu jadikan pengajaran serta pengalaman.
ReplyDeleteThanks for sharing this book review, cerita ni nampak seram dan full of dendam, kadang takut juga baca buku macam ni.
ReplyDelete