Jun 29, 2021

CERPEN REVIEW - MEOW BY LILA VEE

 

 Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Harini, ika nak ulas satu cerpen yang ada dalam ebook HOPE. Lepas ika dah ulas kesemua cerpen dalam entry yang berlainan. Ika akan buat satu entry khas untuk ebook tersebut. Ika saja ulas cerpen satu persatu sebab ika rasa cerpen cinta yang ditulis untuk ebook ini sangat manis dan mungkin ada yang curious nak tahu apa agaknya cerpen yang ada dalam ebook secara terperinci. Ika harap ika tak bagi spoiler.

Penulis: Lila Vee
Mukasurat: 95 mukasurat 

ANYTHING IS PAWSIBLE.. IN LOVE 





Mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang bernama Luqman Hakeem dan Mawar Aishah. Mawar sangat sukakan kucing. Jadi, dia ada seekor kucing bernama Snowy. Namun, sepanjang mereka berkahwin. Mawar musykil dengan perangai suaminya yang suka mengelak bila ada Snowy. Jika melayan sekalipun Snowy ala kadar sahaja. Tambahan lagi, si suami letakkan syarat yang dia terpaksa turutkan walau tidak rela. Hidup bersama & tinggal sebumbung membuatkan Mawar sendiri perlu memberikan kerjasama kepada suaminya. Kata sepakat juga turut terpatri. 

Nak dijadikan cerita, ada satu kejadian dimana kehilangan Snowy telah menimbulkan huru-hara. Disebabkan risau dengan keadaan anak kucingnya yang hilang. Mawar yang tidak senang duduk mula menyalahkan suaminya. Walaupun bukan salah Luqman. Luqman tetap tenang. Sangkanya Mawar akan lebih tenang. Tetapi, gara-gara kehilangan Snowy telah membuatkan mereka berdua bergaduh. Sedangkan Luqman, dia mempunyai alasan tersendiri dan kukuh tentang layanan dan perbuatannya kepada Snowy. Apa sebenarnya yang terjadi? Snowy hilang kemana? Luqman dan Mawar bermasam muka sampai bila? 



Secara peribadi, ika sangat enjoy dengan cerita Meow ini. Ringkas, santai, jalan cerita tersusun, dialog juga simple dan konflik sederhana yang boleh diselesaikan. Yang penting, ika paling suka dengan tagline penulis Pawsible sangat kan. Comel :) . Tak pernah terfikir pun. Haha. Berkenaan dengan watak pula. Watak Luqman lebih pasif berbanding dengan isterinya. Seorang lelaki yang nampak seolah-olah demand dengan isteri sendiri sebab letakkan syarat untuk bela kucing. Tetapi hakikatnya, apa yang dia lakukan ialah win win situation. Dimana masing-masing akan puas hati. 

Manakala Mawar, ika rasa watak Mawar asalnya sedikit annoying sebab dia lansung tak boleh nak faham suami dia. Mungkin sebab dia stress dengan kehilangan kucing dia. Buatkan dia lupa yang dia tengah berbicara itu suami dia. Mungkin juga dia lambat sedar situasi sebenar. Kemusykilan yang ada dikepala dia tu, dia lambat sikit nak pickup selagi keadaan buruk tak jadi depan mata. 

Tapi, ika suka dengan endingnya dimana kedua-duanya dapat selesaikan masalah dengan baik dan jadi lebih baik. 

Penulis masukkan isu yang mungkin nampak remeh di mata orang lain. Namun, besar impaknya kepada yang menghadapi situasi tersebut. Siapa kata semua yang takutkan kucing itu mengada?. Kalau lelaki pun kena cop mengada juga ke?. Dah 2021, rasanya dah boleh agaknya fikir sebelum cakap sesuatu perkara kan. Kita kena sensitif dengan sesuatu benda yang membuatkan orang sekeliling kita takut. 

Pengajaran yang paling jelas dalam Meow ini khas buat mereka yang sudah berkahwin:

 ◻️ Give & Take 

◻️Pentingnya komunikasi dua hala antara suami dan isteri. 

◻️Turunkan ego. Jika bergaduh dua-dua tidak boleh jadi api. 

◻️Faham pasangan kita. Jika pasangan fobiakan sesuatu benda. Hormati perkara tersebut. 

◻️Sekalipun kita marahkan pasangan kita, lebih baik diamkan diri. Untuk mengelakkan diri dari bercakap perkara yang tidak sepatutnya. Terlajak kata susah nak tarik semula. 

Cerpen Meow ini adalah sekuel kepada Novelet: Marry Me, Mawar . Boleh dapatkan novel Love, Perhaps terbitan RC Publication. Sekian ulasan untuk kalini. Jumpa lagi di entry lain. InshaAllah :)

7 comments:

  1. Hai. Lila here, thankyou so much. This means a lot to me ❤️

    ReplyDelete
  2. Thank you ika sudi review salah satu cerpen dalam Hope ♥️♥️

    ReplyDelete
  3. tq Ika.... sekali berderet komen-komen Ika kat entry kak ret...
    Salam kenal...
    Kita da add awak dalam list blog kita :)

    ReplyDelete
  4. Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  5. Macam best jugak cerita meow ni... SS takot kucing. heheeh

    ReplyDelete
  6. Akak dah baca banyak ulasan menarik mengenai karya penulis ini, tetapi belum berpeluang beli dan baca karyanya lagi.

    ReplyDelete
  7. Saya teringin nak beli ebook Hope ni juga sebab ramai penulis yang saya suka. Tapi, kena tunggu gaji dulu. Tak sabar :D

    ReplyDelete