Jun 19, 2021

TBF Leather Card Holder | PTT Outdoor


 Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Dulu masa sekolah, ika ada seorang kawan perempuan yang suka pakai card holder instead of wallet or purse. Masa tu, ika tertanya-tanya juga kenapa agaknya dia lebih suka dengan card holder. Sebab ika ada satu midset jahat iaitu card holder ni hanya untuk lelaki dan untuk orang yang tua. Jahat kan mindset ni. Hmph ampun. Tapi jawapan dari kawan ika buatkan ika fikir balik.  Dan jawapan ringkas dari dia ialah :- 

"Sebab aku simple dan gabra orangnya. Aku perlukan sesuatu yang simple macam card holder ni bila aku gabra nak mencari dompet dalam beg aku. Card holder ni kau buka dah nampak kad dengan duit." 
-Kawan- 

Harini, ika nak share satu card holder yang ika jumpa di PTT Outdoor. Kebiasaanya, card holder yang ika jumpa dan beli. Hanya ada beberapa tempat untuk letak kad yang sikit dan juga tiada apa-apa protection. Tiada zip atau buckle lock. Kalau la nak dijadikan cerita terjatuh atau apa. Memang ada kemungkinan juga la sebab dah nama nak dijadikan cerita kan. 

So, jom kita kenal lebih dengan TBF Leather Card Holder | PTT Outdoor. 


Ciri-ciri TBF Leather Card Holder 
  • Direka khas untuk menyimpan sehingga 12 kad dalam satu poket lansing 
  • Kalis Air 
  • Ringan & Padat 
  • Sesuai untuk Lelaki & Perempuan 
  • Harga Berpatutan (RM35) 
  • Quick Open Buckle 
  • Kulit Premium 
  • Kain PU Tahan Lama 
  • Penyimpanan kad Stail Organ 
Dimensi Produk: 11.5 x 7  x2 cm 
Fall in love dengan material TBF Leather Card Holder ni. <3 

 
Kalau kalian yang suka melakukan aktiviti sukan ataupun hiking. Ini sangat sesuai untuk kalian. Card holder ini sangat ringan dan jika diletakkan di dalam beg pun tidak makan ruang. Malahan menjimatkan lagi space. Kalau lihat dalam gambar, card holder ni sebesar tapak tangan ika saja. Kecil dan comel.  Ika suka dengan material kulit yang mereka gunakan. Kalau waktu hujan sekalipun, card holder ini akan selamat dan tidak basah. Usually, dompet atau card holder ni material yang digunakan jenis yang cepat koyak dan bila basah akan berbau dan naik kulat. 

Tapi, buat yang tidak bersukan sekalipun. Ini juga sesuai untuk kalian gunakan. Macam yang ika cakap,  mungkin ada diantara kita yang suka bawa beg kecil ketika keluar. Jadi, kita perlukan sesuatu yang sangat kecil untuk simpan kad & duit. Ika suggest card holder ni. 

Kalau nak berikan hadiah juga samaada lelaki atau perempuan pun sesuai. Cuba lihat warna yang mereka keluarkan. Nampak eksklusif dan mahal.

Siapa kata tak boleh letak duit syiling? 
Boleh juga letak tapi berpada-pada la. Jangan la letak syiling menimbun. Oki geng? 

Secara keseluruhannya. Ika sangat puas hati dengan kualiti produk dari PTT Outdoor ini. Tidak pernah mengecewakan. Ika harap orang ramai alert dengan kewujudan PTT Outdoor ini. Buat penggemar aktiviti sukan. Singgah la ke website mereka. Kalian pasti akan rambang mata dengan produk-produk mereka. Especially musim PKP ni kan. Kita tak boleh nak keluar rumah untuk beli barang di mall. Jadi, hanya pembelian online sahaja yang valid untuk kita gunakan. 

Jika kalian berminat ingin dapatkan produk ini. Boleh ke media social PTT Outdoor. Dan untuk membeli boleh ke website rasmi mereka seperti tertera di bawah :- 


16 comments:

  1. Menarik la benda ni sebab dompet sekarang ni terhimpit-himpit je kad dia. Takut2 lepas ni rosak pulak magnetik dia tu. Nak tengok la nanti.

    ReplyDelete
  2. Eh. Cantik pula bila dia buka macam kipas tu. Pastu dia ada stopper, takde la kad terjatuh ye. Macam menarik nie.

    ReplyDelete
  3. Mudah sangat kalau bawa card holder cenonet ni ke kedai runcit, ke pasar, ke pasaraya. Nanti nak beli lah. Sekarang pun dah kurang membership card. Muat sangat kad bank dan id aje. Kahkahkah.

    ReplyDelete
  4. nampak mmg berkualiti. bolehlah nnti guna utk mcm2 aktiviti. harga pun berpatutan dengan kualiti :)

    ReplyDelete
  5. menarik gak ni. design pun cantik. boleh letak banyak kad. tak la gemok purse dengan kad je hehe

    ReplyDelete
  6. Cantik la, byk compartment. Card holder x semestinya utk simpan kad saja kan, boleh guna sbg wallet juga.

    ReplyDelete
  7. This leather card holder is very neat and convenient too.

    ReplyDelete
  8. Murah je harga dia. Features dia pun menarik. Yg penting kalis air dan guna kulit premium.

    ReplyDelete
  9. hey saya geng pakai card holder! Suka card holder instead on wallet/ purse sebab dia nipis. Letak beberapa keping duit cukup la.

    ReplyDelete
  10. wow cantiknya! ni buat as wallet pun boleh sebenarnya sebab lelaki sekarang lebih sukakan kekemasan. kalau dulu suka letk dkt bahagian belakang now dah suka pegang.

    ReplyDelete
  11. Smart dan cantik suka tgk. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan

    ReplyDelete
  12. woow...this is a nice travel accessories to own for a good travel companion. love the design too. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  13. Suka sangat tengok, Sis nak belilah satu senanglah letak kad-kad penting, so kalau malas nak bawa handbag, masuk je dalam poket...

    ReplyDelete
  14. Stylo lah! Akak suka cara bukaan card holder tu. Kad tak bertindan.

    ReplyDelete