Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ❤️
Movie Seven ini kalian boleh tengok di Netflix. Ika pun semalam tak plan lansung nak tengok movie ni. Ika ingatkan Seven ni series. Sebab tu ika pandang sepi. Sebab ika masih boleh layan lagi kdrama. Tapi kalau nak layan series ni, take time sikit la atau kata mudahnya tak ngam la. Movie Seven dah ada lama dah dekat Netflix kalau tak silap. Ika tak pasti kalau movie ni kalian boleh tengok di mana-mana website. Kalian boleh search. :)
Ika tak familiar sangat dengan pelakon yang ada dalam ni tapi nampak macam familiar la jugak, Haha dia macam was-was samaada kenal pelakon ke tak. Tapi, ika tetap bagi peluang untuk movie ini. Kenapa tajuk dia seven eh? Sebab ada 7 watak utama ke? Siapa tahu boleh drop komen ya.
Sinopsis: Beberapa wanita mendakwa Karthik sebagai suami mereka dan membuat laporan polis atas kehilangan Karthik. Namun, kes semakin rumit. Polis menganggap Karthik ialah penipu dan mula membuat siasatan. Dan juga seorang pesakit mental secara tiba-tiba mengaku yang Karthik ialah sahabat lamanya dan sudah mati.
Pelakon: Anisha Ambrose, Tridha Choudhury, Nadita Swetha, Havish, Regina Cassandra, Rahman, Pujita Ponnada
Tahun: 2019
Masa: 1jam 57min
Genre: Drama/Thriller
Bahasa: Tamil/Telugu
Secara jujurnya, ika tak ada high expectation sangat bila tengok sinopsis cerita ni. Sebab mungkin ika kerap tengok storyline yang seakan-akan dengan cerita ni. Tapi, sangkaan ika meleset sama sekali bila di pertengahan cerita di mana 2 wanita melaporkan perkara yang sama di balai polis. Kehilangan suami mereka menimbulkan tanda tanya. Jangan kata polis blank. Yang tengok ni pun blank juga. Polis agak clueless asalnya sebab tak ada sebarang petunjuk. Nak dijadikan cerita, selepas pihak polis meletakkan iklan orang hilang di surat khabar, ada sorang pesakit mental secara tiba-tiba datang ke balai dan mengaku yang Karthik itu sebagai kawan lamanya dan telah mati. Selepas itu, pesakit mental itu dibunuh dengan kejam. Dari situ polis mula bergerak.
Sumber: Google |
Hasil siasatan mendapati yang Karthik ini bukan saja menipu 2 orang gadis, tetapi lebih dari itu. Malahan, gambar yang ada dalam simpanan pesakit mental itu jelas menunjukkan yang muka persis seperti Karthik. Jadi, Karthik pernah hidup dalam zaman sebelum ini. Kekeliruan ini la yang menyebabkan pihak polis teruskan siasatan dengan lebih mendalam. Ada plot twist. Dan seronok juga bila cerita ini banyak menimbulkan banyak tanda tanya sebab otak ni ligat berfikir apa yang jadi. Tak senang duduk juga ya. Toward the end, baru terfikir macam possible ke nak jadi macamtu dan macamni. Dalang disebalik kejadian dia memang tak expect pun. Cuma ending macam terburu-buru nak cepat habis.
Ika paling suka karakter yang dibawa oleh Regina Cassandra. Nampak hidup dan real. Perasaan taksub dan obses dia membuatkan dia separuh gila dengan kekasih ciptaan dia. Sanggup buang keluarga dan lakukan apa saja asalkan kemahuan dia dipenuhi. Gila betul bila tengok karakter dia. Lakonan yang baik. Dengan ekspresi dan mimik muka seorang psiko tu menjadi. Bagi credit untuk karakter yang dia bawa. Untuk yang lain. For me, ada rasa macam kaku dan seolah-olah macam try hard sikit. Ke try hard banyak ya. Haha tak pasti la tapi yang nampak all out ialah Regina Cassandra.
Kalau kalian jenis tak memilih cerita. Mungkin boleh tengok cerita ni. Cuma ika tak jamin yang kalian akan suka. Sebab citarasa kita kan berbeza :) Sedangkan ika sendiri pun ada rasa macam lack sana sini untuk movie Seven ni. Kesudahannya, ika banyak juga buat kesimpulan sendiri untuk beberapa perkara. If kalian dah tengok, dah nak share pendapat atau anything. Boleh la kita komen komen :)
Saya nak sangat ada neflix aaaaaa. tapi tulah aaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletejarang jarang sangat tengak filem Tamil ni...
ReplyDeletebelum tengok lagi, nanti saya tengok
ReplyDeleteSelamat menonton.. Mesti ada aksi bergaduh sampai tercampak jauh-jauh.. Hihi
ReplyDeleteFuhhh menarik storyline! Boleh try carilah nnti
ReplyDeletemenariknya cerita nih . mmg filem telegu kalau kena gaya memang best jugak kalau layan
ReplyDeleteRamai yang claim suami mereka eh?. Actually tak pernah tengok lagi movie ni. Maybe boleh tontonnya nanti.
ReplyDeleteOk. Boleh masuk list untuk tengok weekend nie. I jenis akan tengok dulu for at least 30 min, kalau takleh pergi baru terus tak tengok hehe
ReplyDeleteNak tengoklah, ni dah berapa hari xlayan movie ni... dan sejak ni suka plak nengok filem hindi dan tamil, so boleh masuk list ni..
ReplyDeleteKalau baca sinopsis yang ika share tu nampak macam misteri sangat filem ini..
ReplyDeleteOk. Nak masuk dalam list. Suka layan filem tamil.. lagi2 yg misteri ni hehehe
ReplyDeleteada nampak semalam dekat netflix tapi sebab movie tamil so scroll away je haha
ReplyDeleteThanks for review and share this movie, this one macam best nanti i can watch it over the weekend.
ReplyDeleteBanyak sangat cerita dkt Netflix yang tak sempat nak tonton. Nampak macam menarik cerita ni. Boleh msauk dalam list :)
ReplyDeleteKena tengok baru boleh komen , suka sebenarnya cerita tamil nih tapi dah lama tak tengok sebab takut tak best macam ceroita2 yang kita pernah tengok sebelum ni. Pelakon memainkan peranan jugak bila nak tengok. Kalau ada Surya ker Ajit ker Vikram ker oklah...ehehehe
ReplyDeleteEh menarik ni, nanti boleh cari! Thanks for the sharing!!!
ReplyDeleteAkak layan juga filem ni tahun lepas. Seronok juga. Hahaha. Lelaki tu memang sesuatu sangat kan. Cerita tamil bab investigation camni memang best. Sampai pening kepala polis tu. Hahaha.
ReplyDeleteDulu minat jugak layan tamil ni. Sekarang jangan cakap tamil semua cerita jarang gila tengok. Lately tengok TV sebab Olimpik Tokyo saja haha
ReplyDeleteAkak dah layan cerita ni. Lama dah citer ni ada kat Netflix. Sebelum tu nak tengok macam was2 sebab ingatkan macam cerita hantu ke ni?Hah, sekali dah tengok, amikk. Untuk akak jalan cerita dia suspense & buat kita tak nak bergerak dari depan tv. Nak gi bilik air pun, pause jap. haha. tapi memang plot twist dia unexpected. Gila lah kan pompuan tu. Psiko. Moral of the story, org tak nak kat kita, ramai lagi org lain. haha..
ReplyDelete