Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ❤️
Bacaan ke 9 pada bulan ini. Jadi slow reader terus bila bekerja. Tapi ika masih akan cuba cari masa untuk baca. Macam ebook Lautan Cinta Kahfi ini. Bila ika tengok yang page tak sampai 200 lebih. Ika terus baca. Selalunya kalau page tak banyak ika akan cepat habiskan. Bulan ni, banyak baca karya penulis yang tidak dikenali sebab ika rasa ika patut explore lebih banyak lagi karya yang telah diterbitkan. Buku lokal juga bukanlah boleh dipandang sepi.
Mesti ramai tertanya-tanya kenapa agaknya ika masih boleh membaca novel cinta. Walaupun novel cinta dilabelkan sebagai cerita fantasi dan tak masuk akal. Tapi bagi ika, selagi boleh baca semua karya. Apa salahnya berikan peluang. Tak nafikan yang ika kadang ada juga perasaan macam tak suka bila terlalu klise. Tapi, macam ika cakap. Selagi ada pengajaran yang terselit, Ika terima dan baca tak kisah apa jenis bahan bacaan sekalipun. Percayalah, genre romantik masih ada peminat tersendiri dan sebab itu ramai penulis masih tetap bertahan. Ika salah seorang pembaca yang sapu semua.
Jom teruskan dengan ulasan LCK. Bismillah.
Kahfi & Farihan bertemu semula di sebuah majlis berbuka puasa. Farihan tidak menyangka yang dia akan berjumpa semula lelaki yang menyimpan rahsianya. Rahsia yang memalukan. Namun bagi Kahfi. Ini peluangnya untuk memikat Farihan. Dari satu pertemuan ke pertemuan yang seterusnya telah menimbulkan perasaan yang aneh di hati mereka. Apa yang terjadi seterusnya?
Dalam satu perbualan random di antara Farihan dan ibunya. Farihan ada memberitahu yang Kahfi bukan calon suami yang sesuai untuk dirinya. Kerana pekerjaan Kahfi di laut yang tidak menentu dan perlu meninggalkan isteri dalam satu tempoh masa membuatkan dia berfikir. Baginya, dia lebih suka jika suami ada di depan mata dan disisinya. Untuk apa sudah berkahwin jika perlu berjauhan. Begitulah perumpamaannya. Tak hairan jika Farihan mempunyai mindset sebegitu kerana semua orang pun tidak suka akan perhubungan LDR ( Long Distance Relationship) dan perempuan memang akan selalu overthinking. Ini fakta. Jadi, Farihan mempunyai perasaan yang sama dengan semua wanita yang ada dekat muka bumi ini. Kalau ada yang boleh terima. Kita gelarkan mereka ini "geng mental kuat". Hee.
Kahfi. Baginya pula. Tugasnya di laut,
“Tangan akan mula berpeluh, darah menderu naik dalam kepala, jantung berdegup kencang, perut rasa sebu dan kaki separuh kebas. Semua itu saya alami setiap kali berlawan dengan ombak ganas. Perasaan itu yang belum saya temui di darat. Saya tak reti nak ungkap kepuasan bila berjaya meredah gelora di lautan. I just love the excitement, the adrenaline rush.”
Personally, ika suka dengan jalan cerita. Simple tetapi masih ada terselit kemanisan, pengajaran dan liku-liku kehidupan orang dewasa. Watak kedua-duanya memang berbeza. Namun saling melengkapi antara satu sama lain. Soft spoken & extrovert kalau bergabung jadi apa? Jadi macam Farihan dengan Kahfi la. Menarik. Persoalan tentang peristiwa memalukan itu pun terjawab dan puas hati. 👍🏻
Ada beberapa perkara yang boleh dihighlight:-
▪️Jika seseorang itu telah menerima kekurangan diri kita seadanya. Dia tidak akan sesekali menjadikan kekurangan itu sebagai satu isu. Malah dia akan menutup kekurangan pasangan dengan kelebihannya.
▪️Melakukan sesuatu pekerjaan yang kita suka merupakan satu kepuasan yang tidak terhingga. Melepaskannya juga mungkin perit untuk kita terima namun mesti ada pulangan yang lebih baik akan diperolehi.
Lepasni rasa nak cuba baca karya penulis yang lain. Bila tengok di GR. Banyak juga karya penulis. Kena mencari la ni. Untuk LCK, Tahniah buat penulis sebab ika rasa ini satu percubaan yang baik. Siapa kata nak menulis cerita pendek tapi padat itu senang.
E Sentral - Lautan Cinta Kahfi
Nice review Ika.. Releven je buku cinta sebab dah makin ramai dan penceritaan pun tak cliche..
ReplyDelete