Sep 13, 2021

Hadiah dari Alien Oren 🍊


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Entry ringkas ini ika tujukan khas buat saudari Alien Oren. Kalau tidak silap sebulan lepas ika ada join satu segmen yang dianjurkan AO (Segmen Wanna Be My GFF). Jadi, bila AO contact di ws. Rupanya, ika adalah manusia terpilih untuk dapat hadiah special yang diperkatakan oleh AO dalam segmen dia.

Untuk peserta yang berada di sekitar Shah Alam, AO akan bagi hadiah special untuk korang.
-AO-

Masa tu memang ika tengah kerja. Nasib baik dekat rumah ada orang. Itu yang ika minta AO proceed saja kalau nak hantar. Kalau nak tunggu ika balik kerja, alamatnya lambat lagi nak balik. Cuba korang teka apa agaknya barang yang AO hantar dekat ika mengunakan Grab Express?. Tapi kan, memang mudah sangat hantar barang sekarang. Guna saja Grab dan perkhidmatan lain yang menawarkan servis yang sama. Musim COVID sekarang nak berjumpa bersemuka pun ramai yang masih takut. Jadi, ini adalah inisiatif lain yang boleh digunakan.

Buah, Tabung, Keychain & Sepucuk surat <3

Terimakasih banyak-banyak dekat AO sebab berikan ika buah Melon Manis Terengganu dari Golden Fresh Fruits. Tahu-tahu je buah kesukaan ika. Memang kebetulan sangat. Buah Melon ni warna dia menyerlah sangat sampaikan ika tengok warna pun dah terliur. Ini kita terus review ya buah Melon Manis Terenganu. Rasa dia just nice. Tak manis sangat, tak tawar sangat. Kena dengan citrasa ika, Sebab tu ika makan banyak lebih dari orang lain dekat rumah tu. T.T 

AO dia punya baik hati siap selitkan benda lain selain buah. Ika hargai dan sangat suka dengan pemberian AO. Salam perkenalan AO. :) Terimkasih sekali lagi. Semoga AO terus maju jaya. Siapa yang nak berkenalan dengan saudari AO sila ke blog beliau okay. Sana macam-macam cerita boleh baca. 

13 comments:

  1. spesel ni siap dapat buah melon manis.... seronok betul kan

    ReplyDelete
  2. Tahniah Ika, dapat hadiah. seronoknya dapat surprise kan..hehe..comel je AO bagi hadiah buah, patutlah kena guna Grab :P

    ReplyDelete
  3. Wahhhh dapat surprise melonn. Sweet sangat AO ni

    ReplyDelete
  4. Tahniah.. Semoga ukhwah berkekalan.

    ReplyDelete
  5. Wah seronoknya dapat hadiah. Tahniah~

    Salam kenal dpd follower baru :)

    ReplyDelete
  6. Tahniah Ika. Nampak sedap buah melon tu. Selamat menabung!

    ReplyDelete
  7. first time tgk buah melon warna oren..
    bkn slalu warna ijo ke eh? hehehe.. suka bau melon

    ReplyDelete
  8. wah..bestnya dpt hadiah, alhamdulillah.

    ReplyDelete