Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ❤️
Selamat berpuasa semua. Semoga semuanya baik-baik saja buat kalian. Memandangkan lama menyepi dengan entry ulasan buku. Bulan puasa ni, ika akan cuba sehabis baik untuk ulas buku-buku yang ika dah habis baca. InshaAllah. Ini pertama kali ika baca siri Amylea dari Jon Suraya. Sebelum ini ika hanya tengok di website saja. Tapi ini pun, ika pinjam buku orang. Untuk siri yang lain, kena beli sendiri la.
Adakah ini kulit buku baru? Ika sendiri tak pasti tapi kalau di Goodreads, cover lain. Tapi yang ni memang segar bugar mata sebab rasanya pemilihan warna sangat memainkan peranan penting. Kan kan. Jom ke ulasan ringkas untuk komik Amylea Puteri Magik ini.
Bismillah.
Mengisahkan tentang seorang budak perempuan bernama Amylea. Dia memiliki keistimewaan untuk berkomunikasi dengan anak patung. Cumanya Amylea lebih gemar memilih patung yang tidak comel & tidak akan dipilih oleh budak yang lain. Jadi, koleksi anak patungnya sangat unik. Cerita bertambah menarik apabila Amylea susah untuk mendapat kawan di sekolah kerana dikatakan pelik.
Dan pada suatu hari, dia telah menjumpai anak patung bernama Bobo. Bobo telah dibuang oleh tuannya. Ini kerana, tuan Bobo mempunyai anak patung yang baru dan lebih cantik. Jadi, Amylea mengambil pendekatan untuk mengambil Bobo dan membawa ke rumah. Namun, Amylea menghadapi masalah yang lain apabila membawa Bobo pulang ke rumah. Apa yang terjadi?.
Bergenre fantasi. Saya rasa komik ini boleh dibaca oleh kanak-kanka untuk meningkatkan daya imaginasi mereka. Yang penting, kanak-kanka tahu yang ianya hanya fantasi bukan realiti. Ibu bapa mungkin boleh duduk di sebelah anak-anak dan menerangkan sedikit sebanyak inti pati komik ini. Anak-anak akan lebih faham setelah diterangkan dengan lebih mendalam. Sebab bagi saya, komik ini bukan sekadar imaginasi luar kotak. Ianya masih terselit pengajaran tersendiri. Antara pengajarannya ialah:-
- Anak-anak akan belajar untuk lebih menghargai barang milik mereka.Kerana jika tidak, anak-anak akan sewenang-wenangnya merosakkan dan membuang barang walaupun masih boleh digunakan.
- Dapat meningkatkan daya pemikiran kanak-kanak dalam menyelesaikan masalah. Bukannya ada masalah terus melarikan diri. Seperti Amylea, dia sehabis baik untuk mencari jalan untuk mengetahui apa yang terjadi kepada Bobo. Kenapa selalu Bobo menangis pada waktu malam. Apa yang menganggu fikiran Bobo.
Banyak lagi pekara baik yang boleh diambil dari komik ini. Seperti yang diberitahu sebelum ini. Kita sendiri yang perlu keluarkan nilai nilai baik dalam buku tersebut. Rekomen buat adik-adik yang baru berjinak-jinak untuk membaca atau yang tengah mencari genre yang berbeza dari kebiasaan.
Best komik Amylea nie.. Anak-anak Sha suka..
ReplyDelete