Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ❤️
Terimakasih buat cik penulis (Emmiyya) untuk ebook percuma ini. Tengahari semalam (21 April) claim ebook, tengahari juga dapat. Tak sangka cepat betul penghantaran file. Ika memang tak ada perancangan nak baca ebook ni sebenarnya tapi entah kenapa lunch 21 April terdetik nak tengok layout ebook. Sekali boleh terlajak baca.
Untuk pengetahuan semua, pada tahun ini juga karya pertama penulis sudah diterbitkan. Bertajuk Sahmura Cinta - terbitan Kaseh Aries. Ika masih tidak berpeluang untuk dapatkan Sahmura Cinta. Jadi, kita bacalah ebook percuma yang penulis berikan ini terlebih dahulu.Nanti ada rezeki lebih, boleh dapatkan Sahmura Cinta pula.
Jom teruskan dengan ulasan ringkas untuk ebook Sebening Cinta Dea ini. Bismillah.
Jalan cerita sudah boleh dijangka. Konflik juga bukanlah konflik yang berat. Konflik yang masih boleh diselesaikan dengan baik. Tiada masalah yang tiada jalan penyelesaian. Adakah jalan ceritanya klise? Ya, klise. Sebuah cerita romantik yang boleh dikatakan sebagai kahwin mengejut. Kalau ditanya, apa alasan utama ika tetap baca dan habiskan buku ini. Ika akan secara jujurnya akan cakap yang
"Rumah ini kosong. Sunyi. Sayu"
Kehilangan.
🧷Saya boleh kaitkan emosi kedua-dua watak utama (Mirza & Dea) dengan diri saya sendiri ketika mereka berdua kehilangan orang yang mereka sayang. Hati terasa kosong dan terasa seolah-olah orang tersebut masih ada. Lagi-lagi bila kita masih duduk di tempat yang sering kita bersama dengan arwah. Yang merasai kehilangan saja tahu perasaan kehilangan itu. Ada satu bahagian di dalam ebook ini yang sedih bagi saya iaitu ketika Mirza & Dea melayan perasaan mereka ketika hujan turun. Mereka berdua tahu yang cuaca itu merupakan cuaca kesukaan arwah. Sedih tau T.T
"Saya minta maaf sebab terlalu lambat untuk zahirkan rasa hati. Tapi saya rasa kita belum terlambat untuk mulakan kisah hidup kita sebagai suami isteri "
Kesalahan.
🧷Akhirnya, Mirza sedar juga dari kelekaan. Itupun, setelah bertahun berlalu. Langkah yang diambilnya untuk membetulkan keadaan itu ialah satu tindakan yang bijak. Dia tidak membabi buta membuat keputusan yang akan memakan dirinya sendiri. Suka dengan cara dia berfikir semula segala tindak tanduknya itu. Mirza juga tidak malu mengakui kesalahannya terhadap Dea.
Konsisten
🧷 Dea masih mampu mengalas tugas sebagai seorang isteri dengan baik meskipun layanan Mirza bukanlah layan yang sepatutnya diterima oleh seorang isteri yang taat kepada suami. Perempuan lain belum tentu akan buat seperti mana Dea buat. Sebab selalunya perempuan ini mudah uuntuk befikir jauh sehingga menimbulkan perasaan tidak senang dan overthinking. Saya sendiri tak tahu macam mana Dea boleh kawal emosinya dengan baik. Salute. Hati kau memang keras Dea.
Apa yang penting ialah Mirza & Dea. Kedua-dua mereka belajar dari kesilapan. Dan berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik demi hubungan dan rumahtangga mereka. Sebenarnya kunci utamanya ialah komunikasi. Dua hala komunikasi lebih berjaya dari satu hala. Inilah hakikatnya. Jika tiada komunikasi, apa jua masalah memang tidak dapat diselesaikan.
Kegatalan
"I masih sayangkan you.. I nekad untuk dapatkan you balik Mir"
🧷 Hajeera such a stupid toxic. Best ke jadi langau dalam hubungan orang?. Mohon kita semua dijauhkan dari orang yang macamni. Buat sakit hati ja. Dan Hajeera. Ketidak sanggupan engkau untuk menjaga mak Mirza sudah membuktikan yang kau bukanlah orang yang selayaknya menjadi isteri Mirza. Kaau dah buktikan yang kau adalah orang paling pentingkan diri. Paling tak boleh nak hadam bila kau cakap kalau kau tahu jangka emak Mirza hanya setahun, kau sanggup untuk jaga. See. Apa yang dalam kepala otak pun tak tahu la. Sick.
Secara keseluruhannya, memang sebuah cerita cinta klise. Ika rasa sesiapa yang tidak cerewet dan masih boleh menerima jalan cerita sebegini. Kalian boleh dpaatkan ebook percuma ini dari penulis. Mungkin pendapat kita berbeza. Tapi tidaklah ika kata yang lansung tiada pengajaran yang boleh diambil dari ebook ini. Masih ada.
percubaan menarik dari penulis.. Mungkin lepas nie boleh ditambah baik..
ReplyDelete