Jul 19, 2022

Ulasan Ebook - Temuduga Jawatan Bini Datuk by Umi Kalsom

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️ 


"Alamak, kalau datuk tua kerepot macam mana"


Terimakasih kepada penulis Umi Kalsom untuk ebook percuma ini. Semoga penulis terus berkarya. Tak expect pun akan baca cerita ini dahulu. Tapi, kebiasaanya ika akan belek dulu setiap ebook yang diterima untuk baca sekali imbas. Bila buka ebook ni, ika tengok page nya sangat la sikit. Alang-alang tu kita baca teruslah. 


Cerita ini mengisahkan tentang seorang perempuan berumur 25 tahun yang bernama Intan Safira Samad. Dia sedang mencari kerja. Interviu yang diperginya pada hari itu tidak berjaya. Dan end up dia sampai di sebuah syarikat di mana kebetulan tengah mengadakan sesi inteviu. Namun, disebabkan terlalu gamble ke sesi interviu yang sebenarnya khusus untuk yang terpilih. 


Safira yang kononnya tak mahu mengalah terus mendesak frontdesk untuk turut serta dalam sesi tersebut sehinggalah dia tahu yang sesi interviu itu ialah misi rahsia untuk jawatan kosong menjadi bini seorang yang berpangkat datuk. Nak patah balik tidak boleh kerana dia tidak boleh keluar dari situ selagi tidak ditemuduga. Apa yang akan terjadi selepas itu? 




Fast pacing 
Finished in one sitting 
Plot twist 
No antagonist character
Cliche 
Happy ending 


Kalau sesiapa yang tidak kisah untuk membaca cerita klise. Ini untuk kalian. Tapi kalau sesiapa yang sudah muak dan akan judge storyline sebegini. No. This is not for you. Kalian bukan target reader penulis. Cerita cinta biasa. Tak lari dari watak anak orang biasa dan anak orang kaya. 

Cerita ini keseluruhannya mengenai Safira. Kerana hampir separuh cerita hanya cerita pasal Safira. Dan karakter lain yang menyerlah ialah Datuk Akhbar. Mereka berdua lebih banyak berkomunikasi sehingga watak utama iaitu anak datuk tenggelam. Munculnya Datuk Amriz Fallah hanya di penghujung cerita. Tiada apa sangat nak dikomen. Sebab cerita bergerak dengan sangat laju dan tengok-tengok habis macam tu sahaja. Dan Safira juga sering bermain dengan perasaan dan emosi dalam proses temuduga ini kerana dia tak jangka yang orang biasa seperti dia berjaya melepasi ujian dari Datuk Akhbar. Sedangkan dia cuba untuk gagalkan ujian yang diberikan. Namun, semuanya berjaya mendapat tempat di hati Datuk Akhbar. 

Tiada watak langau dalam cerita ini. Jadi tak stress. Konflik pun ialah konflik biasa. Ebook paling nipis setakat ini yang ika baca.. Kalau nak baca ebook ini untuk bacaan santai okay saja. Kalau kalian harapkan cerita ini lain dari yang lain, ika tak rasa macam tu.



4 comments:

  1. memang untuk bacaan santai je lah ebook temuduga jawatan bini datuk ni

    ReplyDelete
  2. ok tak jadi nak baca hahahhaha

    ReplyDelete
  3. Bacaan santai kadang memang diperlukan sangat minda kita ni. Boleh masuk wishlist :D

    ReplyDelete