Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ❤️
Terimakasih kepada FIXI untuk ebook percuma ini sempena dengan Hari Malaysia pada 16 September 2022. Murah hati sangat ni. Tak pernah menghampakan peminat-peminat FIXI. Sebenarnya, sebelum FIXI umumkan yang mereka ingin berikan ebook ini secara percuma. Ika dah beli awal dulu dengan harga RM 11+. Maka dengan itu kiciwa juga hati ni sebab dah TERbeli tanpa tahu yang dieorang nak bagi free je. Tak apalah. Rezeki FIXI.
Pertama sekali, tahniah atas kelahiran Ghaib & Happy Belated Birthday kepada penulis. Ika ingatkan Uja ni perempuan sampailah baca nama betul penulis. Mengucap panjang sebab dah salah faham. Buat pengetahuan kalian, Ghaib merupakan kisah benar penulis (boleh refer twitter). Ghaib ini membawa genre seram. For those yang tak suka cerita seram yang heavy, boleh baca Ghaib/
"Kalau berjanji dengan manusia, bila diputuskan akan jadi dendam. Kalau berjanji dengan syaitan, bila diputuskan akan jadi petaka" -Makwa
Penulis telah membuatkan kita sebagai pembaca turut sama lelah dan penat mengikuti perjalannya sepanjang tempoh kena gangguan. Saya simpati dengan apa yang menimpa Uja. Dia sendiri terpinga-pinga dengan apa yang terjadi dan cuba untuk ingat kembali kejadian sebelum dirinya teruk diganggu. Dikatakan, Uja pengsan dan sejak dari itu dia mula nampak benda yang tidak sepatutnya, bisikan & keadaan dirinya juga tidak terurus (meracau, ketakutan, pengsan, muntah & hidung berdarah). Sehinggalah membawa dia dan keluarganya pulang ke kampung untuk berubat dan banyak lagi perkara lain yang terjadi ketika mereka di sana.
Secara jujurnya 100 mukasurat pertama bagi ika terlalu banyak pengulangan. Ika faham penulis cuba untuk ceritakan perkara yang terjadi kepadanya. Tapi bila terlalu banyak sangat pengulangan sampaikan saya rasa macam okay. Stop sekejap baca, nanti sambung semula. Takut momentum membaca merudum jika terlalu desak diri habiskan bacaan.
Geram dengan Uja sebab dari awal dia taknak share apa yang dia nampak. Mungkin dia sendiri keliru dan tidak mahu takutkan orang lain. Tapi dari dia ketakutan sendiri ada lebih baik dia beritahu. Sekurang-kurangnya orang akan alert dengan keadaan dia dan dapat bantu jika berlaku perkara yang tidak diingini. Mujur, dia ambil keputusan untuk share juga dengan ibu dan ayahnya. Itupun setelah tidak tahan diganggu. Nasib baik juga mak dan ayah Uja bertindak awal untuk pergi berubat.
Elemen seram itu kurang tapi lebih kepada suspen. (dengan menceritakan secara details bagaimana rupa dan keadaan makhluk tersebut). Dan saya sebenarnya lebih kepada rasa sedih bila baca Ghaib ini.
Namun begitu, saya suka dengan terma terma perubatan yang penulis letakkan di dalam Ghaib ini kerana sedikit sebanyak saya juga dapat mempelajari sesuatu. Walaupun, bukan bidang kita. Tapi sekurang-kurangnya ada sedikit ilmu yang kita tahu.
Saya sendiri pernah melihat depan mata bagaimana susahnya orang yang diganggu dengan perkara mistik untuk pulih. Kena banyak korbankan masa, tenaga & wang ringgit untuk pergi berubat.Dan ianya sangat memakan masa. Bukan sekali dua pergi berubat boleh selesai. Kadang ada yang semakin teruk keadaannya, ada juga yang semakin baik dan baik. Saya doakan apa jua keadaan penulis sekarang. Semoga ianya baik-baik saja. Be strong!
Apa pun, satu percubaan yang baik dari penulis. Saya yakin awak berpotensi untuk menulis dengan lebih baik lagi. Teruskan menulis dan jangan hanya disebabkan 1-2 kritikan awak nak berhenti berkarya. Okay?. Sesiapa yang berminat, boleh beli buku fizikal di Shopeee FIXI.
Ala.. nape tak tahu.. sayangnya..
ReplyDelete