Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ❤️
Amaran: (18sx)Ada perkataan dan ayat yang bagi saya tidak sesuai dibaca oleh kanak-kanak ribena.
"Saya mati pada hari saya dilahirkan. Yang belum dilakukan adalah kebumikan saya. Saya kini menunggu waktu untuk dikebumikan"
Jejak secara ringkas mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Abdul Wahid. Wahid anak yatim dan sejak kecil dia tinggal di rumah anak yatim. Dalam fikiran Wahid, penuh dengan persoalan tentang dirinya sendiri. Siapakah dirinya - sejarah keluarga - kenapa dia dibuang - banyak lagi. Jadi, dia mengambil keputusan untuk keluar dari rumah anak yatim tersebut dan mulakan misinya untuk mencari identiti diri dan menjejak keluarga kandungnya. Bermulalah perjalanan dia mencari kerja, tempat berteduh, kawan serta kehidupan baru di tempat asing. Mujurlah Wahid dipertemukan dengan orang-orang yang baik dan mahu membantunya. Dan dengan izinNYA, segala urusan Wahid dipermudahkan. Kes 20 tahun lalu seperti mustahil untuk diingati. Tetapi, nasib baik masih ada terselit beberapa orang yang masih hidup.
Jika baca di ruangan bio penulis. Kita tahu yang penulis berpengalaman dalam selok belok dunia polis kerana opernah berkhidmat di sana. Ini membuatkan Jejak bertambah menarik. Tak sangka yang saya akan suka dengan gaya penulisan penulis walaupun ini karya pertama yang dibaca. POV 1 yang digunakan tidak nampak kekok dan syok sendiri. Saya suka baca monolog dalaman watak Wahid. Macam-macam hal rupanya yang dia fikirkan. Kadang apa yang dia fikir tak seiring dengan apa yang dia lakukan. Mengutuk orang bukan main tapi kadang saya sendiri terhibur dengan apa yang berlegar dalam kepala Wahid.
Saya simpati dengan watak Wahid terutamanya. Bukan dia minta untuk dilahirkan sebegitu rupa. Itu sudah menjadi bahagian dia dalam dunia ini. Tidak senang juga untuk dia terima hakikat yang dia merupakan anak hasil dari perbuatan terkutuk seseorang. Saya tak sangka begitu juga pengakhiran bagi Wahid. Saya suka Wahid mengambil keputusan untuk buat semua ini demi diri dia dan juga mendapat keadilan buat arwah ibunya.
Puas hati aku bila Wahid belasah cukup-cukup orang tu. Alasan bodoh yang tak masuk akal. Betul la kata orang. Kita pada hari ini lebih banyak kesian dekat si pelaku dari mangsa. Katanya oh si pelaku kan sudah banyak berkorban tenaga membesarkan kau dan sebagainya. Kita kena maafkan la perbuatan dia. Tapi bagi aku siapa yang cakap macamni mungkin tak kena dkt batang hidung sendiri. Bodoh ya. Salah tetap salah. Jangan cuba nak halalkan perkara haram.
Isu anak luar nikah hasil perbuatan sumbang mahram ni dah macam isu biasa. Satu dunia pun hadap masalah macamni.
Sha suka karya penulis ini.. Jejak ini best..
ReplyDeletemacam best cerita ni, tapi memang dah lama sangat tak beli buku under 'Fixi' semenjak kejadian banjir. 1 almari rebah, hanyut. jadi timbunan sampah. haritu ada pesta buku , beli lah 1. berbulan tak baca. dah tak ada mood membaca.
ReplyDeletesemoga lebihbanyak karya kakak dapat review untuk pembaca ^_^
nice info!! can't wait to your next post!
ReplyDeletevisit mine: muhammad solehuddin https://uhamka.ac.id/